Saturday, December 15, 2012

GAYA PEMIMPIN DI NEGARA PALING PESAT KEMAJUAN EKONOMI DALAM DUNIA

Xi Jinpin, bakal Presiden China yang akan menggantikan Hu Jintao pada Mac 2013  nanti , dilihat membawa pinggan sendiri untuk memilih makanan di kafeteria semasa melawat sebuah kemudahan tentera di wilayah selatan China di Guangdong, perbuatan yang dilihat sebagai usaha untuk menggalakkan pegawai-pegawai kerajaan mengurangkan birokrasi dan entitlement*.

Sepanjang perjalanan Xi Jinpin juga tiada sekatan lalu lintas oleh polis, iaitu satu amalan yang lazim digunakan untuk memastikan keselamatan semasa lawatan, perkara ini telah memberi keselesaan kepada rakyat yang sering terpaksa turun ke bahu jalan apabila kereta pimpinan negara melintasi jalan tersebut.

Kerajaan China pada 4 Disember 2012 yang lalu juga telah meluluskan langkah-langkah mengharamkan banner mengalu-alukan, permaidani merah, gubahan bunga dan majlis besar untuk lawatan rasmi, serta mengurangkan kawalan trafik semasa kehadiran pimpinan negara.


Mahkamah Agung Republik Rakyat China pula pada Rabu lepas mengumumkan rancangan untuk memperbaiki kaedah kerja dengan melarang mesyuarat di hotel mewah, mengawal kekerapan bilangan mesyuarat dan melayan tetamu/pemeriksa kehormat dalam majlis yang cukup sederhana sahaja.


Di Shanghai, pegawai-pegawai di pelbagai peringkat dikehendaki menaiki bas ulang-alik ketika mereka menghadiri aktiviti berkumpulan dan bukannya menggunakan kereta persendirian. Di wilayah tengah China Hunan, jawatankuasa wilayah dan kerajaan telah dilarang mengadakan jamuan makan malam yang mahal atau melakukan pertukaran hadiah untuk tujuan perniagaan.

Satu komentar dalam edisi Jumaat Akhbar Harian Rakyat berkata kaedah yang dilakukan adalah untuk mengawal selia pegawai dan ia akan memberi  kelegaan kepada masyarakat awam.

Xi Jinpin menegaskan "Di bawah peraturan yang ketat, pegawai dan pimpinan negara sudah tentu tidak akan selesa, tetapi rakyat akan menjadi lebih selesa dan mempunyai perasaan yang lebih hormat kepada pegawai dan pimpinan negara"


Sejak 18 Oktober 2006, Kerajaan telah menetapkan 8 perkara baik dan sebaliknya yang perlu diamalkan dalam pentadbiran dan rakyat.
 

  1. Cintakan negara; jangan lakukan tindakan merbahaya. 
  2. Berkhidmat kepada rakyat, jangan khianati mereka. 
  3. Pelajari ilmu dan sains; hapuskan kejahilan. 
  4. Rajin; jangan malas. 
  5. Bersatu, membantu antara satu sama lain, jangan mencari keuntungan dengan mengorbankan orang lain.
  6. Bersikap jujur ​​dan amanah; jangan mengorbankan etika untuk mendapat harta dan kemewahan.
  7. Berdisiplin dan mematuhi undang-undang, tidak buat kacau dan semberono. 
  8. Hidup jelas, bekerja keras, jangan bergelumang dalam kemewahan dan keseronokan.

Maksud "Entitlement"  

1. hak untuk mempunyai sesuatu
2. sesuatu yang berhak untuk (atau percaya bahawa seseorang itu berhak kepada)
3. (politik) kewajipan undang-undang ke atas kerajaan untuk membuat pembayaran kepada urusan seseorang, atau unit kerajaan yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dalam undang-undang, seperti kereta, rumah, elaun dsb.


sumber klik di sini

No comments: