Kematian Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz al-Saud, yang merupakan pewaris takhta kerajaan, menyebabkan kekosongan pengganti di Arab Saudi.
Calon utama pewaris takhta Raja Saudi ketika ini adalah Putera Nayef bin Abdul Aziz al-Saud (gambar sebelah), namun ia masih perlu mendapat kelulusan dari Dewan Kerabat DiRaja Saudi. Dewan tersebut adalah yang mengawasi masalah pewarisan dalam pemerintahan.
Pengarah Institut Hubungan Teluk, Ali al-Ahmad dalam wawancaranya dengan Press TV Ahad, (23 Oktober 2011) menyatakan, bahawa kematian Putera Sultan akan menimbulkan perebutan kuasa di Arab Saudi.
Dikatakannya, "Putera Nayef dikenali sebagai ahli politik yang kasar dan merupakan sosok yang menentang segala bentuk pembaharuan dan dia juga bertanggung jawab atas pelbagai pelanggaran hak asasi kemanusiaan di Saudi."
"Banyak warga Arab Saudi yang khuatir jika Putera Nayef menjadi Raja Arab Saudi kerana penindasan keras terhadap rakyat juga akan semakin meningkat. Namun demikian, munculnya Nayef sebagai Raja Saudi dapat membantu mempercepatkan proses perubahan di negara ini," tegas al-Ahmad.
Selanjutnya beliau menjelaskan, jika Nayef menjadi Raja, media massa Barat khususnya Amerika Syarikat akan mendakwa bahawa dia sebagai seorang reformer. Namun rakyat Saudi tidak akan dapat melupakan semua kejahatan yang dilakukan Nayef selama ini. Tidak ada elemen dan lapisan dalam masyarakat Saudi, telah tidak menjadi mangsa kejahatan Nayef.
Menurutnya, akan lebih mudah bagi masyarakat, aktivis politik dan hak asasi manusia Arab Saudi untuk melawan Nayef yang sudah tidak mungkin bersembunyi di balik imej Barat atau dengan aksi lakunan baik seperti yang dilakukan Raja Abdullah dengan kata-kata dan janji-janjinya.
Terjemahan dari sumber
Anak Kepada Putera Mahkota yang paling berpengaruh ialah Putera Bandar
No comments:
Post a Comment