Tuesday, October 18, 2011

SOALAN DEWAN WR NASIR, ADUN KBG ROTAN

Berikut adalah Soalan yang akan dikemukakan dalam sidang DUN Negeri Kedah oleh Wakil Rakyat (WR MOHD NASIR MUSTAFA, ADUN Kubang Rotan) bulan November nanti:-

Terima Kasih kepada seluruh warga Kubang Rotan dan AJK Soalan Dewan yang telah memberi input untuk soalan pada kali ini:-

A. SOALAN BERTULIS

1. PEMBANGUNAN INSAN

Sila nyatakan mengenai pembangunan Insan di Kedah sejak 3 tahun yang lalu (2008—2011) terhadap perkara di bawah-

a. Agensi pelaksana
.

b. Jenis program / kekerapan
.

c. Modul
yang digunakan.

d. Jumlah peserta
setiap program.

e. Jumlah peruntukan
yang dikeluarkan.

2. PEMBANGUNAN USAHAWAN BELIA

Sila nyatakan secara terperindi usaha-usaha ke arah pembangunan usahawan belia yang telah dilakukan sejak 2008 hingga 2011:-

a. Agensi pelaksana

b. Jumlah penerima manfaat

c. Peruntukan yang telah dibelanjakan

3. JABATAN ZAKAT

Nyatakan perkara berkaitan Zakat bagi Negeri Kedah seperti berikut:-

a. Jumlah kutipan 2009 dan 2010.

b. Kaedah agihan dan jumlah penerima mengikut asnaf dan Daerah.

c. Pusat hemodialisis zakat mengunakan asnaf mana?

d. Perancangan Jabatan Zakat Negeri Kedah untuk menangani isu kemiskinan dengan mengunakan wang zakat.

4. SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN

Nyatakan perkara berkaitan Syarikat Perbadanan Negeri Kedah (PKNK dan MBI) serta semua Syarikat Bekaitan Kerajaan (GLC) termasuk Agensi Korporat seperti berikut:-
a. Senaraikan keseluruhan nama syarikat aktif/ tak aktif , Lembaga
Pengarah dan CEOnya bagi tahun 2011.

b. Nyatakan ringkasan Penyata Untung Rugi setiap syarikat dan aktiviti yang telah dijalankan.

c. Berapakah jumlah sumbangan setiap syarikat yang dapat menjana keun tungan yang telah disalurkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri tahun 2010 dan 2011?

d. Senarai masalah-masalah yang telah dikenal pasti bagi setiap syarikat.

B. SOALAN LISAN

1. MAKTAB MAHMUD

Nyatakan perkara berkaitan Maktab Mahmud seperti berikut:-
a. Berapakah jumlah Maktab Mahmud sekarang dan di daerah mana?

b. Berapakah jumlah guru dan kategori Maktab Mahmud?

c. Berapakah Peruntukan kepada Maktab Mahmud sejak 2006 - 2011?

d. Apakah perancangan fizikal, korikulum dan mutu alumninya?

2. MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Sehingga kini, setiap kali hujan yang agak lebat, banjir kilat sering melanda hingga melimpahi kawasan kampong, taman perumahan dan atas jalan di sekitar Bandar Alor Setar, mohon penjelasan berikut:-

a. Apakah punca utama berlakunya banjir kilat tersebut, terutama di kawasan sekitar perumahan baru dibina?

b. Apakah langkah penyelesaian (segera/ jangka sederhana/ jangka panjang) yang telah dan sedang dilakukan?

c. Pohon nyatakan bilakah kali terakhir perparitan di kawasan di bawah diselenggarakan:
i. Di km 8- km10 jalan Kuala Kedah
ii. Sepanjang kiri kanan Lebuhraya Sultanah Bahiyah dari lampu isyarat MADA Ampang Jajar sehingga lampu isyarat Masjid Aman
iii. Jalan Putera dan kawasan perindustrian Mergong.

c. Bilakah jangkaan tarikh akhir masalah pembayar cukai tersebut dapat diselesaikan?

No comments: