1. Bersihkan senarai undi
• Senarai undi harus dibersihkan dengan segera untuk menyingkirkan ‘pengundi hantu’ seperti orang yang telah meninggal.
• Pendaftaran pengundi automatik yang diselarikan dengan senarai Jabatan Pendaftaran Negara boleh menyelesaikan masalah pengundi hantu dalam jangka masa panjang.
2. Mereformasikan undi pos
• SEMUA pengundi seharusnya dibenarkan untuk mengundi melalui undi pos atau mengundi lebih awal sekiranya seseorang individu itu tidak dapat berada di kawasan pengundian semasa hari mengundi.
• Anggota polis dan tentera yang tidak bertugas harus mengundi seperti biasa pada hari mengundi.
• Undi pos mesti dijalankan dengan telus! Agen parti politik harus dibenarkan untuk memantau proses undi pos.
3. Gunakan dakwat kekal
• Penggunaan dakwat kekal boleh mengelakkan seseorang (atau pengundi hantu) daripada mengundi beberapa kali.
4. Masa kempen minima 21 hari
• Masa yang lebih panjang diperlukan untuk calon menyebarkan maklumat, terutamanya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Contohnya, pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini diberi masa kempen 10 hari sahaja.
• Pada 1955, ketika era pemerintahan penjajah, pilihanraya mempunyai masa kempen sepanjang 42 hari. Manakala semasa Pilihanraya Umum ke-12 pada 2008, masa kempen 8 hari sahaja.
5. Akses media yang bebas dan adil
• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.
• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.
• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.
6. Kukuhkan institusi awam
Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.
Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.
Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.
Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.
7. Hentikan rasuah
Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.
Pembelian undi harus dihentikan!
Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.
8. Hentikan politik kotor
BERSIH 2.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.
5 comments:
Salam saudara Aris,
Saya ingin mengutarakan pandanga peribadi saya tentang Bersih 2.0 serta kewajaran kita menyertainya.
Sewaktu Muawiyyah hampir kalah dalam perang Siffin, pihaknya telah menjulang mashaf alQur'an yang masih dengan kesan darah Othman dan pihaknya melaungkan "لا حكماالا الله " yaani "Tiada hukum melainkan degan Allah".
Bila Ali mendengarnya beliau terus mengatakan " كلمة حق وأريد بها باطل" yaani satu kalimah yang benar tapi tujuannya batil.
Suasana hari ini tidaklah sama. Tetapi di sebalik kebenaran dalam tuntutan-tuntutan Bersih 2.0, pelbagai pihak boleh mengambil peluang dari perhimpunan sebesar itu, untuk kepentingan masing2!
Yang biasanya berlaku, pejuang2 Muslim/melayu/PAS yang bersusah payah dan berkorban dalam perhimpunan dan demonstrasi dengan segala risikonya. Tetapi hasilnya nanti - keadilan pilihanraya, persamaan hak/peluang kempen dsb - akan dituai, diculik dan dimanafaatkan oleh kumpulan2 lain, terutamanya yang bukan Muslim dan juga yang anti-Muslim.
Lihat saja persamaan hak yang selama ini diperjuangkan oleh PAS serta kumpulan2 Islam yang lain. Bila persamaan itu cuba diamalkan (dalam hal biasiswa, peluang perkerjaan sektor awam, kontrak2 kerajaan dsb), pihak bukan Islam lah pula yang menculiknya dan melaung-laungkan "hak-hak" mereka.
Sedangkan apa yang mereka miliki dan kuasai, tidak pernah pula mereka cuba pikirkan hak-hak orang lain. Adakah kita nampak mereka mengambil orang-orang Islam bekerja dengan mereka dengan kedudukan2 yang penting disyarikat2 gergasi yang mereka kuasai? Ada kita lihat mereka memberikan peluang2 perniagaan dan kontrak secara sama-rata pada orang2 Islam.
Daripada kita bekerjasama dengan golongan2 ini dan menuntut keadilan pilihanraya,lebih baik kita gembelingkan tenaga menyusun program memperkukuhkan kedudukan ekonomi, kemahiran, kepakaran, keilmuan, akhlak dan iman orang-orang kita. Lebih baik kita berusaha membuat program menyatupadukan orang-orang kita.
Belumkah kita kenal siapa Anwar Ibrahim, Karpal Singh, Kit Siang dan rakan-rakan mereka? kajilah sejarah hidup, peribadi dan politik mereka. Dengarlah ucapan2 mereka dimasa lampau. Dan perhatikanlah kelakuan2 mereka dahulu.
Kalau UMNO dan MCA batil dan jahat dan anti-islam, mereka ini pun apa kurangnya?
kepada 'johor mari', saudara kena banyak lagi menekuni sejarah Malaya yang sebenar (bukan dari buku UMNO yang penuh dengan semangat Assobiyyah) - akibat perbuatan UMNO yang tidak mempamerkan akhlak Islam sejak 54 tahun yang lalulah menyebabkan sikap Bukan Islam menjadi seperti yang puan sebut, sekarang PAS cuba baikinya... yakinlah, percayalah!!!
Salam saudara Aris,
Saya yakin dan percaya dgn keikhlasan kebanyakan pejuang2 dari PAS dan lain-lain kumpulan Islam. Mereka konsisten dan banyak berkorban untuk kejayaan Islam. Saya juga setuju bahwa sikap UMNO telah menyumbang kepada sikap negatif kaum bukan Islam.
Namun kita sentiasa harus berwaspada, kerana dalam dunia ini orang yang baik dan berhati suci tidak ramai. Yang lebih ramai adalah mereka yang zalim, menipu daya, menindas dan suka mengambil kesempatan.
Kita tengok saja dalam sejarah - apa kurangnya akhlak yang dipamerkan oleh Rasul s.a.w, Ali, dan tokoh2 Islam yang lain? Berpuluh tahun akhlak dan sikap paling terpuji diamalkan dan dipamerkan. Namun akhirnya pihak yang khianat tetap khianat! Belum sampai 50 tahun Rasul s.a.w wafat pihak anti-Islam telah meyebarkan fitnah dan memerangi kerajaan Islam. Mereka telah "hijack" Islam dan negara Islam dijadikan sebuah dinasti berasas perkauman.
Memang kebanyakan pihak akan melaungkan "keadilan" bila mereka tersepit dan maukan sokongan. Kaum Umayyah melaungkan keadilan untuk Usman. Kaum Abassiyyah melaungkan hak-hak Ahlil-Bayt. Namun bila kemenangan diperolehi hasil pengorbanan ikhlas dan darah pejuang-pejuang Islam, kuasa dirampas dan dipergunakan untuk menentang Islam dan menzalimi umat.
Kumpulan2 yang ada di negara kita ini pun tidak lah berlainan sangat daripada yang wujud dalam sejarah. Tokoh2 yang "BEKERJASAMA" dengan Pas pun antara yang pernah menyokong ISA, menyalahgunakan kuasa dan jentera dalam pilihanraya, mengongkong media dan pelbagai kemungkaran lain. Ada juga tokoh2 yang sangat anti-Islam atau anti hukum Islam. Malah ada tokoh mereka yang boleh begitu rapat dengan Paul Wolfowitz yang telah mengepalai perancangan menyerang dan menawan Iraq. Janganlah kita beranggapan bhw tokoh2 seperti ini tidak sanggup untuk memperdaya kita dan mengkhianati kita nanti.
Untuk apa kita berhimpun membuat tuntutan? Merekalah nanti yang akan "hijack" manafaat tersebut untuk kepentingan kumpulan mereka. Selepas mereka menang nanti pihak Islam akan dipersenda dan ditindas oleh mereka semula.
Kalau itu terjadi, hanya diri kita sendiri yang harus dipersalahkan. Kerana kita tidak mau pelajari dari kisah2 silam. Kita mungkin terlampau "obsessed" dgn suasana kini dan kebencian kita pada UMNO dan BN. Kita mungkin "overlook" bahawa mereka yang berpakat dengan kita sekarang juga adalah bekas kepala2 UMNO.
Itu pandangan peribadi saya. Saya tidak arif pasal politik. Tapi saya minat sejarah dan saya nampak persamaan antara suasana hari ini dengan sejarah silam. Saya minta perspektif yang saya utarakan ini diambil kira. Mungkin pandangan saya ini tidak menepati suasana hari ini. Walaubagaimanapun, berwaspadalah dan jangan biarkan kumpulan2 tertentu mempergunakan semangat jihad dan pengorbanan ikhlas pendokong2 Islam.
Semoga kita diberi hidayah oleh Tuhan.
sejarah mengajar kita bagaimana hendak mengambil kuasa politik sesebuah negara. kepada para ahli politik berjuanglah terbaik mungkin untuk meraih kuasa politik. Islam untuk semua bangsa. politik dunia dari manusia kepada manusia hak manusia untuk mentadbir manusia dengan keadilan dan pembangunan untuk semua rakyat untuk hidup sebelum meninggalkan dunia yg fana ini.
Salam Saudara,
Sebaik-baiknya kita berjuang untuk mendapatkan kuasa. Jangan sekali-kali berjuang membantu pihak lain mendapat kuasa.
Kalau tidak kita akan jadi seperti pejuang2 yang membantu AsSafah merampas kuasa dari Dinasti Umayyah. Mereka kemudian dikhianati dan cita-cita murni mereka untuk menegak pemerintahan adil hancur berkecai. Pemerintahan Abbasiyyah tak kurang zalimnya dari Dinasti Umayyah.
Berwaspada lah kita selalu daripada tipu-daya politik kumpulan2 seperti itu.
Post a Comment