Sunday, July 17, 2011

HIBURAN - TIDAK SEMUA HARAM

Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang dicadang dikuatkuasakan (Tidak dikuat kuasakan oleh Pemerintahan BN sebelum ini) perlulah diteliti secara terperinci oleh pemerintah sebelum dikuatkuasakan dalam Ramadhan yang akan menjelang tiba tidak lama lagi.

Niat baik yang disangka baik akan menjadi buruk, jika tidak dinilai secara saksama wala
upun dinyatakan untuk kebaikan Islam. Lebih-lebih lagi Enakmen tersebut di gubal semasa zaman BN memerintah hanyalah untuk menjadi 'injap keselamatan' bila perkara itu ditimbulkan, dengan mengatakan kita sudah ada Enakmen dalam membendung gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang akan ... dan yang akan ... dan yang akan ... dikuatkuasakan, walaupun sebenarnya tidak diberipun penekanan untuk dikuatkuasakan, kecuali secara sambil lewa.

Untuk memberi keadilan kepada semua pihak, terutama kepada pihak Non-Muslim yang membantah penguatkuasaan ini
,

Pihak pemerintah (PAS) dan pembangkang (UMNO), tidak boleh memandang sanggahan daripada Lim Kit Siang dan Karpal Singh sebagai ingin melawan kesucian Islam, tetapi isu ini perlu diteliti dengan baik mengapakah mereka membantah.

Kita perlu melihat secara terperinci apakah yang dimaksudkan dengan hiburan mengikut takrifan Enakmen Hiburan
itu dan apakah semua yang dikatakan hiburan itu haram, ataupun yang mempunyai unsur-unsur maksiat sahaja yang haram?

Takrif 'Hiburan' mengikut Enakmen:-

1. Lakonan, opera, pentomin, anekaragam, persembahan muzik, nyanyian, tarian, gimnastik, pertunjukan seni mempertahankan diri, gerak akrobatik dan silap mata, pertandingan kecantikan, tablo, tunjuk cara, peragaan dan pawal, yang dalamnya orang hidup mengambil bahagian.

2. Pertunjukan bunga api, alatan set, perhiasan peringatan dan rupaan makhluk-makhluk benar atau khayalan.

3. Sarkas atau pameran binatang

4. Pameran model, bahan bacaan, gambar, fotograf, ukiran atau rupaan patung atau rupaan-rupaan lain berbentuk manusia atau binatang.

5. Pameran filem sinematograf, tayangan gambar video dan pertunjukan boneka.

6. Reproduksi atau siaran dengan apa-apa cara sekalipun selain daripada telefoni atau telefon radio, bagi apa-apa muzik, lagu atau ucapan, selain daripada yang berkaitan dengan sesuatu filem sinematograf.

7. Mesin atau peranti yang, jika dimanipulasi, memberi peluang untuk mendapati hadiah-hadiah dalam bentuk wang atau barang.

8. Meja pin atau permainan video

9. Apa-apa jenis pertandingan sukan antara apa-apa bilangan orang atau binatang.

10. Pertandingan terancang bagi permainan kemahiran atau nasib

11. Pesta perdagangan, pertanian atau industri yang terdiri daripada pameran, iklan atau jualan hasil atau bahan-bahan.

12. Permainan-permainan komputer.

13. Bagatelle, billiard, skittle pools dan snooker, miniature billiard dan lain-lain permainan seumpanya.

14. Taman ria dan pesta ria.

15. Bowling alley

16. Apa-apa kombinasi mana-mana bentuk hiburan yang tersebut di atas.

17. Apa-apa hiburan lain yang di istiharkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa melalui perintah dalam Warta.

di mana-mana tempat orang ramai dibenar memasukinya dengan atau tanpa bayaran wang atau apa-apa balasan lain.

Setelah kita membaca keseluruhan, takrif hiburan dan bayangkan
pula, kita adalah salah seorang pengusaha yang terlibat dalam salah satu industri hiburan yang tersebut di atas dengan terpaksa membayar gaji kepada 300 orang pekerja tetap serta sambilan dan perniagaan kita yang dikatagorikan sebagai hiburan itu tidak pula diharamkan di sudut Islam samada dalam bulan Ramadhan ataupun tidak.

Sudah tentu, kita akan membantah! Kerana itulah sumber rezeki kita.

Disinilah isu pokok bantahan yang dilakukan oleh Pengerusi DAP Kedah, iaitu Lim Guan Ek yang amat bimbang seluruh takrif hiburan yang disenaraikan di atas akan diarah menghentikan operasi sepanjang bulan Ramadhan.

Oleh itu, langkah Ustaz Hj Azizan Abd Razak, Menteri Besar Kedah mengadakan rundingan dengan
Dewan Perhimpunan Cina Kedah
adalah langkah yang terbaik untuk menggariskan semula mana yang boleh dan mana yang tidak dan cubalah keluar dari perangkap yang cuba dipasang oleh UMNO/BN yang ada dalam pemerintahan dan luar pemerintahan.

Paling penting pertemuan dengan DAP sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat perlulah diadakan segera kerana mereka masih bimbang jika enakmen hiburan ini dikuatkuasakan sepanjang Ramadhan ini, maka musuh politik Pakatan Rakyat yang ada dalam pemerintahan akan mengambil kesempatan menggunakan peruntukan yang ada untuk menghuru-harakan pemerintahan Pakatan Rakyat yang mempunyai niat yang baik, namun ada mereka yang di dalam pemerintahan akan menggunakan niat baik itu untuk tujuan jahat.

Penguatkuasaan oleh Jabatan Agama sepanjang Ramadhan perlulah dipertingkatkan, seperti saranan Tuan Hj Adnan Saad, Ahli Jawatankuasa Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah iaitu dengan memberi pengiktirafan kepada beberapa NGO Islam menjadi menjadi Penguatkuasa Sukarela membantu Pejabat dan Jabatan Agama yang tidak cukup penguatkuasaan sepanjang Ramadhan dalam mendidik masyarakat Islam, selain tidak memberi lesen kepada mana-mana premis yang jelas tidak boleh dan mengundang masalah kepada masyarakat bukan diborong keseluruhan mengikut takrifan hiburan seperti di atas.

Setiausaha Politik MB, Tuan Hj Sanusi Md Noor, akan berjumpa dengan Jawatankuasa PAS Pusat dan insyaAllah akan mendapat nasihat yang terbaik dalam usaha menjernihkan isu Enakmen tinggalan BN yang perlu digubal semula, jika ingin melihat betul-betul keadilan Islam ditegakkan di bumi Allah ini.

2 comments:

Anonymous said...

Aris,
1. Kenapa dah ishtihar nak laksana baru nak bincang? Ini harus di hindarkan. ini menunjukan ketidakbijaksaan kita... Tak belajarkah dari isu2 sebelum ini?

2. kita marah musuh serang kita. tapi kita kena tutup ruang utk mereka serang

AnaMuslim said...

Siapa pun setuju, Islam itu adil untuk semua. Langkah berbincang bagus. Seperti anony di atas sebut, kenapa buka ruang pada musuh. Setelah jadi isu nasional baru nak bincang. Bukan baru sebulan perintah, 3 tahun dah. Tahun ke 3 baru timbul isu. Kalau DAP tak tegor, adakah MB akan undur. Umno tegor dah tentu tak pakai, kalau yg di tegor tu betul. Sudah sampai masanya Pas perlu makin cerdik juga rasional. Teguran yg baik dari sapa pun terimalah. Aris setujukah setiap yg di buat oleh Umno tu tak betul dan setiap yg di buat oleh Pas itu betul. Mungkin Aris tak baca lg kot buku Mohd Sabu Air Mata Memali. Kalau tak baca elok baca. Kalau dah baca, tak kan seorang pejuang keadilan, menentang kezaliman boleh diam gitu je. Lepas ke persoalan di akhirat esok. Jangan assobiyyah