Tuesday, June 28, 2011

ULANG TAHUN BERSIH 2.0 KE 25

Kuala Lumpur, 9 Julai 2036: Encik Aris Awang, Perdana Menteri Malaysia, telah menyempurnakan majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun ke 25 memperingati BERSIH 2.0 di Dataran Bersih, Kuala Lumpur.

"Saya menzahirkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah swt yang telah melimpah keharmonian, kemakmuran serta penuh barakah kepada negara Malaysia yang kita cintai ini, hasil dari perjuangan mereka yang terdahulu dalam memulihkan demokrasi di Malaysia ini m
elalui perhimpunan aman BERSIH 2.0 dua puluh lima tahun yang lalu", ucapan Perdana Menteri ketika memulakan ucapannya.

Seramai sekitar 100,000 orang telah hadir di dalam sambutan ulang tahun ke 25 Bersih 2.0 dan tetap ditempat masing-masing dengan pakaian kuning dan ada antaranya berpayung kuning ketika ucapan perasmian oleh Perdana Menteri walaupun hujan gerimis turun seolah-olah merestui perhimpunan pagi itu.

Perdana Menteri juga mengingatkan agar rakyat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa mengingati tokoh-tokoh pejuang BERSIH 2.0 yang telah menabur jasa memulihkan demokrasi di Malaysia ini, sehingga menjadi Malaysia sebuah negara yang makmur seperti yang di nikmati hari ini.

"Biarlah pemimpin negara miskin, tetapi rakyat kaya dan jangan kita ulangi seperti pemerintahan BN dahulu biar rakyat miskin tetapi pemimpin mengaut kekayaan negara" tegas En Aris lagi.

Sebagai penghargaan kepada rakyat sempena sambutan ke 25 Bersih 2.0 Perdana Menteri telah mengumumkan keuntungan wang Petronas akan digunakan untuk membiayai bidang pendidikan secara percuma bermula dari pra-sekolah sehingga ke peringkat Ijazah pertama. Tepukan gemuruh dari seluruh peserta sambutan bergema sebaik sahaja pengumuman tersebut dilafazkan oleh Perdana Menteri,

"Keuntungan negara akan dijanakan pula melalui kepandaian dan kepakaran rakyat yang dapat menghasil kepakaran teknologi yang kita Malaysia sekarang ini sudah memintas negara Eropah dan Amerika dan mereka pula terpaksa mempelajari teknologi dalam Bahasa Malaysia" demikian tegas Perdana Menteri

Dihujung majlis perasmian sambutan, beberapa Anugerah telah diberikan kepada mereka yang terlibat dalam BERSIH 2.0 dan ada diantaranya diwakili oleh kaum keluarga masing-masing kerana sudah uzur dan meninggal dunia kerana sakit tua.

Tepukan gemuruh sekali lagi bergema, apabila Hj Mohamad Sabu muncul di atas kerusi roda ketika di jemput untuk menerima Penghargaan dari Perdana Menteri. Beliau melambai-lambaikan tangannya di atas kerusi roda dalam keadaan yang agak uzur kerana di tahan di bawah ISA beberapa tahun sebelum Malaysia berjaya di perintah oleh Pakatan Rakyat melalui perjuangan BERSIH 2.0 setelah mendapat pilihanraya yang adil dan bersih.

Perdana Menteri juga, melancarkan prototype Kereta Terbang yang di beri nama BERSIH 2.0 dalam gimik Pelancaran BERSIH 2.0 bagi tahun ke 25.

"Tidak dapat di bayangkan Malaysia berjaya menjadi pengeluar kereta terbang pertama di dunia yang menggunakan kuasa solar dan kuasa graviti negatif, inilah hasil kuasa rakyat betul-betul dijanakan selepas BERSIH 2.0, 25 tahun yang lalu", tegas Perdana Menteri.

Muhamad Salam Kamarudin, selaku pengarah program sambutan ke 25 tahun BERSIH 2.0 mengalukan-mengalukan kehadiran seluruh pengunjung yang belum lagi hadir ke program yang akan berlangsung selama 3 hari 3 malam bermula 9 Julai 2036 - 11 Julai 2036 di Dataran BERSIH 2.0, Kuala Lumpur. Berbagai acara dan sambutan di adakan seperti tayangan hologram BERSIH 2.0 seperti wujud depan mata, pancaran laser nama-nama dan gambar mereka yang terlibat dalam BERSIH 2.0, poster 25 tahun lalu yang masih disimpan dan sebagainya yang melibat seluruh rakyat Malaysia dan dibiayai oleh rakyat tanpa melibatkan wang negara.

NOTA:
1. Perdana Menteri sengaja masuk nama Pak Teh sendiri, buboh nama orang lain kut perasan pulak, biar Pak Teh perasan sorang-sorang cukup la, Pak Teh pun mati dah masa tu.... mungkin!
2. Dataran BERSIH 2.0 (25 tahun dahulu namanya dikenali sebagai Dataran Merdeka)

4 comments:

AloQStaQ said...

BRAVO!

Bagus , Bagus imaginasi pakteh yer ... macam imaginasi kanak2 ... saya yakin, imaginasi pakteh itu akan terkubur dan lenyap dengan sendirinya SEANDAINYA parti DAP memerintah negara ini (atas kebodohan Melayu PAS) memberi undi kepada mereka.

Masa tu, bukan DATARAN MERDEKA sahaja ditukar nama kepada (kononnya) dataran Bersih (macam imaginasi pakteh), tapi Putrajaya juga akan ditukar nama kepada KITSIANGJAYA.

gadailah negara ini Pakteh oi!
Sokonglah BERSIH !
Demi masadepan anak cucu pakteh yang pastinya akan merempat dijijak !

Salam BERSHIT!


AloQStaQ

Bang Aji said...

Tahniah tuan.....
Imaginasi yang cukup tinggi. Menarik untuk dihayati. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada rakyat untuk mendapat kerajaan Bersih seperti yang diangankan oleh kita semua... Takbir!!!! ALLAHU AKBAR!!!

Depa yang dengki dan tak maju fikiran, jangan di layan.... Kemaruk dengan pemimpin yang abiskan duit rakyat. Memang patut depa bertambah miskin janji pemimpin depa kaya!! Apa ra...

Tok Teh said...

Pak Teh tak baca ka buku Mohd Sabu Air Mata Memali. Selesaikan dulu isu Memali sebelum nak org lain bersih.Hak anak yatim n balu pun boleh buat zalim, apa lg rakyat biasa. Awat yg Md Sabu saja Pak Teh bg anugerah, Ambiga mana? Dia kan hero Bersih 2. Ka waktu tu org Pas dah sembelih dia kot sebab penyokong kuat Lina Joy untuk kembali murtad. Eh, eh, ehhhh, tak sedaq diri sungguh Pak Teh niii. Ambiga yg hero, Md Sabu dapat nama..ha..haa..haaa...haaaaa

Unknown said...

jangan fikir begitu, singapura tetap nama singapura, geylang serai tetap namanya begitu, tak berubah pun. jangan diperbodohkan oleh retorik umno. tak kan nak namakan dataran merdeka tu najib kut? apa jasa dia? nama tempat tak akan tukar, nak gadai negara apa? dulu penang gerakan perintah, gadai ke tidak? soal gadasi negara ni fikiran jumud umnoisme yang masih bersarang dalam kebebalan pemimpin umno hingga rakyatnya.