Wednesday, January 5, 2011

Mohamad Sabu, Menulis Mengenai Janji Setia

Dasar PAS ialah Islam. Rujukan PAS ialah Al Quran dan Sunnah, contoh ikutan terbaik ialah Muhammad Rasulullah SAW uswatun hasanah. Setelah mendapat kuasa di Madinah, Nabi membuat Perlembagaan Madinah/Piagam Madinah.

Ada lebih kurang 47 pasal dalam Piagam Madinah. Yang paling banyak ialah hal melindungi puak-puak atau kaum-kaum yang mengikat dan menandatangani perjanjian tersebut. Hak keselamatan, budaya, agama dan ekonomi dilindungi oleh Perlembagaan Madinah.

Penguasa Madinah tidak pernah mengkhianati perjanjian tersebut, bahkan orang-orang Yahudilah yang mengkhianati perjanjian tersebut semasa Perang Ahzab. Yahudi Madinah memihak kepada tentera bersekutu kafir yang mengepong Madinah. Selepas selesai Perang Ahzab kerajaan Madinah bertindak kepada orang Yahudi di atas sebab pengkhianatan mereka.

Nabi Muhammad SAW juga membuat Perjanjian Hudaibiah secara zahiriah, dilihat perjanjian itu merugikan umat Islam dan kerajaan Madinah. Sepuluh tahun tidak ada peperangan di antara Mekah dan Madinah. Pihak Mekah dan Madinah bebas mengadakan urusan dengan mana-mana pihak.

Orang Madinah yang pergi ke Mekah, tidak perlu dihantar balik. Sebaliknya orang Mekah yang pergi ke Madinah perlu dihantar balik. Undang-undang ektradisi ini dilihat tidak seimbang dan tidak adil. Setelah menandatangani perjanjian ini, Nabi dan rombongan berpatah balik dan tidak jadi melakukan umrah pada tahun tersebut.

Nabi dan umat Islam patuh kepada perjanjian tersebut. Kesempatan damai digunakan oleh kerajaan Madinah untuk menyebarkan Islam keseluruh pelusuk Semenanjung Arab dan negara-negara yang berdekatan.

Perjanjian ini dipatuhi oleh kerajaan Madinah sehinggalah mubaligh Islam dibunuh oleh pihak kerajaan Mekah. Selepas itu Nabi menggerakkan puluhan ribu umat Islam untuk mengepong Kota Mekah dan akhirnya menguasainya.


Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang meletakkan Al Quran dan Sunnah sebagai rujukan , cuba mengikuti jejak langkah sirah Nabi Muhammad SAW apabila berlaku ikat janji dengan BN pada tahun 1973, mereka tetap setia berada dalam BN sehinggalah dikhianati oleh Umno dan ditendang keluar dari BN pada November 1977.

Apabila PAS mengikat janji dengan Parti Melayu Semangat 46, walaupun pengaruh parti tersebut merosot dari masa ke semasa semenjak ianya ditubuhkan pada tahun 1988, PAS tetap setia sehinggalah Parti Semangat 46 tersebut dibubarkan dan pemimpinnya kembali kepada Umno.

Dalam Pakatan Rakyat (PR) dilihat oleh orang ramai gelagat pemimpin dan ahli PAS jangan bimbang, PAS tidak akan mengkhianati kawan. Saya yakin Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mengikat perjanjian akan terus istiqomah dan sesekali tidak akan mengkhianati rakan politik. Jangan ragu, jangan bimbang gerakan Islam tak akan mengkhianati perjanjian yang telah dipersetujui.

Oleh : Hj Mohamad Sabu

Nota: Cuma aku hairan mengapa kenyataan ini dikeluarkan oleh Hj Mohamad Sabu, adakah beliau mengetahui bahawa sudah ada yang tidak setia, atau sedang berlakon setia, tetapi sebenarnya tidak setia, ataupun setia tetapi amat naif untuk menolak tipu daya untuk dilihat tidak setia.

8 comments:

Paksu Ki said...

Pak Teh ada jawapannya...jawablah sendiri

Anonymous said...

Itulah PAS, Dasarnya Islam, seruannya ALLAHUAKBAR. Insya Allah orang bawah mcm kami ni akan terus sokong sampai kiamat.. di sana kita tengoklah sapa yg mengkianati perjuangan ini..harta dunia tk sampai kemana, harta akhirat kekal abadi selamanya.. ingatlah setiap yg hidup ada ajalnya, begitu juga dgn PAS ni pun.. UMNO dh nazak PASlah sebagai alternatifnya, toksah dok lemah semangat.

Anonymous said...

Bab ni MAT sabu cukup cepat dapat maklumat dan tepat pula tu. katannya di sendiri jumpa TGNA dan tahu semua cerita.Pokonya UG masih di ushakan oleh pemimpin PAS dan UMNO yang tertentu untuk memusnahkan pR agar PAS bersenderian dan BN terus berkuasa pabila PR Pecah....ini lah yang tersurat dan tersirat.UMNO mahu pAS menerukan ajenda UG dan pemimpin PAS yg tertentu sudah di janjikan habuan.UMNO mahu PAS menkianati perjanjian PR supaya pengundi cina yang jadi penentu hilang kepercayaan pada PAS.Maka PAS akan kalah banyak kerusi pada UMNO dalam PRU 13.Dengan itu BN akan capai matlamat.Ynag rugi pAS yang untung UMNO.Bodoh punya Stopa Ali adan Naza.Ayuh kita pancong mereka dalam muktamar nanti.Salah seorang Master mind nya di sebalik ajenda ini adalah Hassan Ali.Berhati hati Ahli Pas semua.Sebelum kedatangan TGNA ke majlis itu , TGHA,Stopa Ali,Nazza,Najib,Pak lah dan Muhayudin telah pun berada disana mereka telah pun ber bincang sesuatu pasal UG.Sebenarnya mereka mahu pasang perangkap terhadap TGNA.Tetapi Allah maha perancang.Perangkap sudah makan tuan.Mak terpaksalah TGNA cover 3 ekok tu sebab rahsiani dah terbongkar.Soalnya kenapa pemiminpin lain dari PR tidak di jemput?????kalau ia benar itu majlis Raja.Raja untuk semua bukan untuk Pemimpin yang tertentu saja.Ajenda tersembunyi ialah untuk memporak perandakan pakatan rakyat dengan memerangkapkan TGNA bersama itu matlamat sebenarnya perjumnjumpaan ini

ahli yg kecewa said...

tolong kami di selangor,kami ahli pas peringkat bawah tidak mempunyai kuasa terhadap pimpinan kami di peringkat negeri.YDP di hampir semua kawasan selangor telah di motivasikan oleh dr hassan.bayangkan khairuddin othman dan dr che rosli bole jadi tukang angguk.

menantu tghh free hand dan ust zawawi free hand bagu usrah UG di semua kawasan.

pls help us.kami tidak boleh terima umno.
pengarah jais khusrin dulu banyak menyusahkan ahli pas di masjid2 namun dr hassan kamchin dengan dia.infact yg pelik pegerusi surau di bangi di arah letak jawatan namun yg dr shafiee yg pro UG bersama dr hassan masih bermesra dgn khusrin.

kesian pekerja parti di bawah..

Geng Kola said...

PAS tak khianat kawan?? Mungkin... Contoh?? Kat Kedah kut... MB Ostat cukup suka buat beruk sebagai kawan..Berkawan sampai tak kenai punca mana lawan mana kawan...
Phening.....

Mat Sabu, macammana hang boleh confident sangat PAS tak kan kena khianat dengan 'kawan' yang suatu masa dulu cukup top hang balun dalam ceramah hang????

Anonymous said...

Yang di selangor tu..ap[a nak susah kali ni Muktamar pemilihan cantas semua yang PRO Hasan ali di semua peringkat.Di peringkat Pusat kita lantik MD sabu jadi TP PAS.Selesai masalah

ALI MAIDIN said...

tanda kiamat kecil, bila aris tak tulis blog lagi

Anonymous said...

nak bercakap bab setia memang senang.Tapi di kedah yang duk celaru ni puak puak fanatik mad sabu la.bila depa jumpa tajuk utama isu kedah mb dan exco kedah tak betui.sembang bab pusat pula tok guru dan ulama tak betui.yang betui puak puak mad sabu saja.....