Friday, December 31, 2010

TUAN KOLAM... JENGUKLAH KE KOLAM KAMI

Tuhan Yang Maha Mengetahui Segala Sesuatu.

Masalah dalaman tidak elok di perbincangkan hadapan khalayak, itulah pegangan yang sepatutnya dipegang dalam kontek Amal Jamaie'. Apabila masalah dalaman itu diibaratkan seperti sebuah kolam yang tenang, tidak ada riak atau kocakkan dipermukaannya, menandakan tiada ikan di dalamnya, maka sudah tentu tidak ada manusia yang akan menebarkan jala atau melontar kail.

Walaupun sebenarnya, di bawah permukaan kolam itu bapak haruan sedang membaham, anak-anaknya dengan rakus sehingga hampir habis, dan ada yang lari bercempera ketakutan dengan penuh meluat kepada bapak mereka sendiri. Apabila kejadian itu dapat dilakukan dengan sempurna tanpa perlu timbul dipermukaan, maka pengail, dan penjala ikan tidak akan terghairah untuk melontar kail dan jala masing-masing.

Ketika disituasi itu, walaupun anak-anak ikan dan ibu haruan resah dan gelisah, namun keadaan masih selamat kepada keseluruhan koloni ikan di dalam kolam itu dari gangguan penjala dan pengail.

Namun, apabila keghairahan sibapak haruan itu sudah tidak dapat dibendung lagi, ia meluncurkan badannya sehingga menyebabkan anak-anak haruan dan ibu haruan yang cuba mempertahankan diri terpaksa timbul kepermukaan dan kadang-kadang terpancul keluar dari permukaan. Suasana ini akan menarik perhatian penjala dan pengail untuk menangkap keseluruhan ikan-ikan yang ada di dalam kolam, kerana mengetahui ikan banyak dengan melihat kocakkan air yang memercik disana-sini.

Itulah gambarannya, sekarang ini...

Kocakkan air, seperti ikan menangkap selepas hujan telah berlaku di blog-blog, media cetak dan percakapan umum mengenai masalah yang melanda PAS Kedah dan pemerintahan Pakatan Rakyat di Kedah. Perlu diingat semua masalah itu tidak boleh disembunyikan lagi.

Ikan sudah menangkap........... penjala dan pengail akan menjalankan kerja mereka, itulah adat dunia.

1. Bermula dengan kocakan kecil iaitu, PAS Pendang... yang dirasakan ini, insyaAllah dapat diselesaikan dengan penuh ukhwah oleh sahabat seperjuangan di Pendang. Pendang yang memulakann kocakan dan Pendanglah yang dirasakan mampu menenangkannya dengan formula terbaik mereka.

2. Demontrasi Isu Kenaikkan Harga Air oleh Hj Najib Fahmi Hj Yahaya Junid dan 13 orang anak muridnya, masih dirasakan bukan sebagai kocakkan, tetapi hanyalah riak anak-anak haruan yang belajar bernafas menggunakan insang baru. Dibiarkan ianyanya berlalu begitu sahaja dengan kenaikan harga air sebanyak 10 sen setiap meter padu telah di signboardkan dengan bangganya di jalan utama dan lebuhraya.

3. Buku Mohammad Sabu, Air Mata Dibumi Memali karya Cikgu Zainol, dilihat telah menarik perhatian penjala dan pengail bahawa di bawah air kolam yang tenang, telah terdengar bunyi kocakkan. Walaupun sebenarnya bagi aku yang turut terlibat menguruskan Tabung Mangsa Memali peringkat Badan Perhubungan PAS Kedah sejak 1986 lagi. Aku sehingga hari ini, masih sependapat dengan Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor bahawa tidak berlaku penyalahgunaan wang tabung tersebut. Amat berharap, janganlah seluruh balu syuhada dan mangsa Memali merasakan Ust Hj Fadzil Mohd Noor telah mengkhianati kepercayaan yang di berikan kepadanya dahulu.PAS Kedah dan PAS Baling telah menguruskan wang yang di dermakan dengan penuh ketelusan, sehinggalah apabila ada report polis dibuat mengenai penyelewengan tabung di peringkat Kawasan dan natijahnya polis cawangan Jenayah Perdagangan telah turun melakukan siasatan dan didapati tiada unsur salah guna kuasa dan penyelewengan. Oleh itu, bagi AJK Harian dan Badan Perhubungan PAS Kedah ketika itu termasuk aku merasakan ianya telah ditutup dan tidak berbangkit lagi. Masalah itu di anggap adalah perselisihan individu antara Cikgu Zainol Ismail dan Muhammad Yusof Husin. Kedua-dua mereka adalah sahabat aku. Namun apabila buku karangan Cikgu Zainol telah berada di pasaran dengan tulisan yang baik dan cukup terperinci dari segi jalan penceritaannya (belum tentu kepada faktanya), permukaan kolam yang tenang telah mula berkocak semula menandakan di dalamnya banyak ikan yang di idamkan oleh penjala dan pengail. Ia bukan lagi kocakan atau riak kecil, tetapi ia adalah kocakan nasional, kerana Memali adalah isu nasional, yang mampu memberi kocakan ke setiap negeri Pakatan Rakyat.

4. WR. Hj Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS dan juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah meletak jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kedah Sato Sdn Bhd, adalah kocakan yang terbesar terjadi setakat ini. Bagi aku ini akan menarik perhatian ramai penjala dan pengail, kerana sudah tentu mereka dapat menjangka dengan kocakkan yang besar itu, ikan yang mencurus di musim hujan sudah tentu banyak dan besar-besar, kerana ikan yang sudah timbul dipermukaan kolam pun besar, yang di dalam air sudah tentu ada yang lebih besar lagi. Akibat kocakan yang besar itu bukan sahaja penjala dan pengail, tetapi memerang akan berpusu-pusu datang tanpa mengira siang malam. Maka ketika itu, semua ikan akan diangkut keluar dengan cukup mudah, mengakibatkan kolam akan kosong. AWAS!!!. Kedua-dua pihak ada hujah, satu pihak hendak cepat siap sebelum habis penggal pilihanraya dan satu pihak ingin tender secara terbuka dan telus.

Oleh itu, aku menyeru kepimpinan PAS Pusat, sekurang-kurangnya 2 orang Naib Presiden, selain Mahfuz dapat memastikan pengail, penjala dan memerang yang mula cuba mengerumuni kolam yang sudah berkocak tidak dapat menghampirinya. Ketika keadaan begini, aku yang juga berada di dalam kolam itu tidak dapat membuat apa-apa yang berkesan, kerana terlalu dekat, dan pandangan pula semakin kabur dengan kekeruhan akibat kocakan yang terlalu kuat.

Oleh itu, PAS Pusat sebagai tuan kolam mestilah melakukan sesuatu. Kenal pasti puncanya terutama kocakan ke 3 dan ke 4 yang aku sebut di atas. Perlu diingat masa pantas berjalan, kocakan yang terjadi mampu melemparkan ikan-ikan kecil kedarat, jika lama dibiar ia akan mati kekeringan. Janganlah malu mata dengan ikan-ikan besar dan yang lebih tua dari tuan kolam, kerana jika perasaan itu timbul akan mengakibatkan kolam menjadi keruh pekat, di selongkar semaunya oleh memerang dan penjala yang sentiasa menunggu peluang.

Carilah puncanya........ walaupun terpaksa sedikit basah kerana turun dan menyelam kedasar kolam, kerana itulah kerja tuan kolam jika ingin melihat hasil kolamnya membuahkan hasil yang banyak untuk tuaian kali ke 13 nanti (PRU13).

Datanglah ke kolam kami dan kenal pasti kocakan itu dan bertindaklah dengan bijaksana untuk menghentikan kocakan yang mengundang penjala, pengail dan memerang bila masa sahaja sekarang ini. Selamat menjalankan amanah kepada 2 Naib Presiden dan menguji keupayaan kepimpinan mereka sebelum menjelangnya muktamar yang ada pemilihan 6 bulan dari sekarang.

Semoga Allah memberi pertolongan kepada kita dan memberikan kepimpinan yang Muttaqin dalam usaha menegakkan kehidupan berlandaskan akhlak mulia baginda Rasulullah saw berpandu kitab yang diturunkan kepadanya iaitu Al-Quranul Karim.

12 comments:

pensel kayu said...

Moga syiar Islam terus tertegak dan subur di bumi Kedah Sejahtera

Paksu Ki said...

Pemimpin PAS suruh orang bawah lawan UMNO..depa pulak kawan dengan UMNO demi survival politik dan jawatan....pening kepala ana...

BILLYtheKID said...

Kalu kolam concrete (Kelantan) boleh tahan kocak dan boleh main kepong2 lagi, tapi yang kolam batas tambak (Kedah), buleh pecah dan roboh wooo..! dont play-play aaa...!

lesungbatu said...

Tak yah pangge tuan kolam lah Pak Teh ooi.. Pak Teh sendiri pun bulih setel aih... Mesyorat pehubungan ni Pak Teh bubuh cukup2...

Anonymous said...

Nak habaq mai, kolam hangpa tak sejernih mana, tambah-tambah lagi kolam Kedah ni. Cukup kotoq..
Hangpa cukup angkuh dan sombong. Awai-awai lagi bila orang tegoq dalam kolam hangpa ada pelaq-pelaq kucing kurap yang dok kuat kencing hangpa, hangpa kata fitnah dengki. Hangpa ambik musuh buat kawan., hangpa ludah kawan jadi lawan. La ni dah dekat 3 tahun, kudis gatai dah mula jadi kayap..hangpa kelamkabut dok cari punca.
Puncanya, hangpa sendiri yang angkuh. Pada masa yang sama, hangpa serupa darai ponen bila berjumpa sesama sendiri. Masalah orang hangpa nampak. Masalah hangpa, duk sembunyi cantik dalam serban ketayap.
Macam yang Paksu Ki kata, hangpa semai benih kebencian dikalangan orang bawahan terhadap Umno. Hakikatnya diperingkat atasan pentadbiran, hangpa peluk cium sakan puak yang duk kencing hangpa. Munafik sungguh perangai hangpa..
Sungguh, orang kampung ramai yang tak tau apa yang duk jadi.. Tapi hangpa kena ingat, Allah Maha Kuasa, lagi Adil dan Saksama..

Anonymous said...

Pebetui balik, balik kepada Allah dan Rasulnya.. lekaih-lekaih, aku ni orang lama aku kenai semua sepak terajang dlm Pas, kocakan renek saja buat apa dok heboh, Mahfuz letak jawatan tu pun tak betui, sepatutnya dia kena terus pegang, jangan dok bebal tak tentu kalu, tunjukkan pemimpin seumpama Rasullullah, apa ni sikit-sikit bebal letak jawatan.. minta la nasihat Tok Guru Nik Aziz mcm mana nak settle.. tanya aku pun aku tau nak buat macam mana? peganglah balik biar nak tarik benang jgan sampai tepung selerak benang putus. Sekian.

cybergazer said...

Memerang dah pun berjaya 'masuk' kolam, zaman teknologi canggih ni maklumat boleh dikeluarkan dari dalam kolam kepengetahuan penggemar isikandung kolam tanpa masuk ke kolam.......... Bapak ikan pula lebih suka kalau anak2 ikan lompat keluag dari dok buat kacau dlm kolam kerana bila anak ikan dah banyak dan bersatu kemungkinan satu hari nanti bapak ikan akan terkejut dan lompat keluag kolam....renungkanlah

MAN TOBA said...

Kepala otak pimpinan ni kadang2 bila dah buleh peghentah dia jadi lupa dunia,mereng.
bukan kolam negeri saja kocak kolam PAS pusat tu lagi la kotoq.
Ada ka dok tak dok timboi balik puak2 pepeduang ganu nih ni pakat ngan umno pekena tok guru nik Aziz alasan jumpa AGONG.
Nasib baikla tok guru nik aziz ni manusia hebat, dia basa puak2 umno ni sampai terkedu.
hebat tok guru, dia kata yang pecah ni bukan melayu yang pecah tu umno.Umno yang merosakan orang melayu.
Pak teh dok lam perhubungan pakat2 pebetoi la kolam kecik tu,PAS ni bukan hak bang jan,pak teh,hj nan,naset,non,pk cup saja,PAS ni hak kita semua bahkan dah jadi hak rakyat malaysia tak kegha sapa.
NI aku nak bagi ptua ,lawan umno habis2an sampai mapoeh,jangan jadikan dia kawan,maka kita tak la belawan sama2 kita.
Ya Allah cucurilah rahmat atas al marhom ustaz Fadhil noor.

Cenangau said...

Dengar cerita kolam kat Baling pun hebat jugak berkocak. Katanya dah ada peraih dok tunggu kat tepi kolam...

ALI MAIDIN said...

Tuan kolam hang sibuk cari tasik mewah kot. Wooo

Anonymous said...

Pertarungan Mahfuz dgn Satik BDB bukan antara telus dan cepat siap. Tapi antara rasuah dan clean.Satu perkara semua kena tahu BDB pinjam bank RM330 juta,bayar balik selama 15 tahun hampir RM 800juta(KRJN KEDAH SEBAGAI PENJAMIN).Tiba2 IJM dapat projek tanpa perlu pinjam bank.Broker cina kawan satik bdb dapat projek pendawaian sebagai hadiah dari IJM.Dgn setahun bayar hampir RM50juta rakyat kedah teraniaya keseluruhannya.Dah 3 Ketua Pegawai Kewangan BDB letak jawatan kerana membantah.Kalau PAS masih tak serious tunggulah sampai BDB fail bayar hutang.IJM sdg ketawa kebodohan krjn PAS kedah.

Anonymous said...

Tuan kolam.kena tengok juga hal hal lain.La ni dalam kolam dah ada ikan penyakit.Ikan penyakit dah tubuh kelab.6 hb mei depa nak lancar.Ikan ikan penyakit ni duk bawa virus keserata tempat.Duk cerita MB dan exco Kedah tak gheti buat kerja.Duk cerita Tok guru Presiden dan ulama2 tak gheti buat kerja juga.Duk cerita rata tempat yang pandai buat kerja ikan belaga bulu cering.Malam depa mesyuarat di nasi kandar Imran.pagi depa brekfas di restoran 3 rasa.Mesyuarat penuh di restoran taqwa.Ikan ikan penyakit ni buat kerja macam orang tak nampak.Baling batu sembunyi tangan.Alang alang seluk pekasam biag sampai lengan.Alang alang nak perosak PAS Kedah dan Pusat hampa tunggu lah......tunggu......