Friday, December 23, 2011

Sajak anak Dr. Yusof Qaradhawi 2004

Saya Tiada Apa-Apa... untuk Hilang



Saya telah tiada apa-apa di sini ... untuk merasa kehilangan ...
di tanah air sendiri, tulang telah hancur berkecai ...
Penguasa hidup mewah dikelilingi oleh penjilat
sombong takbur ...
Dan orang-orang yang hidup kelaparan di tanah perkuburan ...
seolah-olah kebuluran telah biasa ...
nasib mereka telah ditetapkan oleh Allah ...
seolah-olah kelaparan untuk mereka selama-lamanya ...
sebagai satu syarat untuk menerima keampunan ...

***
Saya tiada
punya apa-apa jua untuk menggigil ketakutan ... untuk merasa kehilangan ...
di tanah air yang telah dilingkungi pagar ...
Kami, kumpulan itu, telah melarikan diri dari singa dalam seluruh kehidupan kami!
Fakta-fakta yang merosakkan telah beku di dalam fikiran saya ...
Maruah diri saya?
Roti telah direbut dari tangan saya ...
Kesihatan saya ...?
Telah dibazirkan melalui kesengsaraan ...
Dan keagungan penguasa dalam kemewahan ...
Tongkat penguasa telah dihiasi dengan seribu berlian ...

Saya telah tiada apa-apa di dalam almari saya ... untuk merasa kehilangan ...
Bakat saya?
Telah dikuasai oleh pengaruh televisyen ...
Belia ... Separuh daripada kekuatan mereka adalah biasa ...
Dan separuh lagi ... dadah ...
Dan kemanusiaan saya ...
Telah diinjak oleh kenderaan berantai Sultan ...
Meraikan kekalahannya ...
Beliau telah memberitahu mereka kemenangan atas kekalahan ...
Dan jika saya mengucapkan satu ayat, saya akan memberitahu:
"Tidak perlu bersuara dengan suara pembohongan dan mustahil ..."!!

***
Saya telah tiada apa-apa di dalam perpustakaan saya ... untuk merasa kehilangan
Semua yang saya telah kumpul ...
telah dibakar di dalam musim sejuk ...
Apabila ia sukar untuk mencari alat pembakar ...
Dan dia yang mencuri kebebasan saya ... dan seketul roti ...
Mahu saya mengucapkan terima kasih kepada beliau ...!!
Saya memberitahu orang-orang bersenjata yang bodoh:
Maafkan saya ...
Beritahu Sultan
rahsia kebodohannya ...
Jika dia hendak merungut, menangislah kepada bulan ...
Sejak undi palsu yang membawanya ke istana ...
Beritahu kebodohan
Sultan secara terbuka ...
Tentu saya akan ditahan - walaupun tindakan itu sehina lubang dubur ...!!

***
Saya tiada
punya apa-apa yang bernilai, untuk merasa kehilangan ...
Dalam tanah air yang telah dirampas kebahagiaan saya ...
Telah membuat anak-anak muda dipaksa menelan kurikulum yang dibangunkan dalam kemunduran ...
Mempunyai sejarah yang diputarbelit ...
Dan masa depan yang ia janjikan ...
telah menjadi sebagai pembunuhan beramai-ramai ...
Ia telah membenarkan pelacuran menyapu
Tiap-tiap rumah dan masjid ...
berikutan rancangan yang dianjurkan ...
Dan saya masih menentang kezaliman ...
Dengan pena bulu ayam ... dan bekas dakwat ... !!!!!

Kaherah
23 Ogos 2004
04:00

sumber: web Abd Rahman Yusof Al-Qaradhawi, klik disini untuk sajak original


Monday, December 5, 2011

SEMOGA 10 MUHARAM 1433 MEMBERI ERTI SEBENAR PERJUANGAN

Pemuda dan pemudiku...

Dalam Shahih Tirmidzi 2/240, hadis ke 3769:

Usamah bin Zaid berkata: Pada suatu malam aku datang kepada Nabi saw karena suatu keperluan, lalu beliau keluar rumah dan menyelimuti sesuatu, aku tidak tahu apa itu. Setelah aku selesai keperluanku, aku bertanya: Apa yang engkau selimuti? Kemudian membukanya: Ternyata beliau menggendong Hasan dan Husein. Lalu beliau bersabda: “Kedua anak ini adalah puteraku dan putera dari puteriku. Ya Allah, sungguh aku mencintai keduanya, maka jadikan aku mencintai keduanya dan mencintai keduanya.”

Oleh itu janganlah merasa takut untuk mengkaji sejarah pembunuhan cucu Rasulullah saw, Husain bin Ali Karamallah wajhah oleh tentera Yazid bin Muawiyah hanya kerana takut akan dikaitkan dengan syiah dan paling bimbang akhirnya dituduh sesat, apabila sesat masuk neraka. Maka, trajedi pembunuhan Hussein cucu Rasulullah tertinggal dalam lipatan sejarah, tiada siapa lagi cuba mengkaji secara terperinci, dibahas dan dicerna sebagai pedoman dalam meneruskan perjuangan mengikut garis lurus yang ditunjuk oleh beliau.

Tiada lagi pernah terasa dari dalaman diri untuk menziarahi pusara Hussein
Cucu Rasulullah saw, sedangkan pusara Al-Marhum Ustaz Fadzil serta Asyahid Ustaz Ibrahim Mahmud seolah-olah menjadi kemestian kepada pejuang PAS dan tokoh gerakan Islam dari luar Kedah dan Malaysia menziarahinya bila berkunjung ke Kedah.

Mencintai Hussein dan mengkaji perjalanan sejarahnya bukanlah hak eksklusif sesiapa, ia adalah hak seluruh umat Islam yang inginkan kebenaran yang mendambakan sepenuh ketundukan kepada Allah Azzawajalla dalam menegak yang ma'aruf dan mencegah munkar.

Kajilah mengapa mengapa begitu kejam dan dahsyatnya anak Fatimah binti Muhammad Rasulullah saw serta keluarganya ini dibunuh dan dihina di Padang Karbala, Iraq hanya setelah beberapa puluh tahun kewafatan datuknya yang juga Nabi dan Rasul terakhir kita. Sudah tentu ada banyak pedoman dan pengajaran yang boleh kita dapati dari sejarah tersebut, pemuda dan pemudi ku...

Bagi ku, perjuangan Hussein r.a. adalah lambang penentangan kepada mereka yang bertopengkan Islam, tetapi sebenarnya jahat kepada Islam, manusia dan Tuhannya sendiri!!! Dan mereka ini ada disetiap zaman.

Dalam shahih Ibnu Majah, tentang Al-Hasan dan Al-Husein:

Abu Hurairah berkata bahwa Rasulullah saw bersabda:

من أحبّ الحسن والحسين فقد أحبني ومن أبغضهما فقد أبغضني

“Barangsiapa yang mencintai Al-Hasan dan Al-Husein ia telah mencintaiku, dan barangsiapa yang membenci mereka ia telah membenciku.”

Sekurang-kurangnya hayatilah video-video di bawah ini...




Dalam Mustadrak Al-Hakim, jilid 3 halaman 166:

Salman berkata, aku mendengar Rasulullah saw bersabda:

الحسن والحسين إبناي من أحبهما أحبني ومن أحبني أحبه الله ومن أحبه الله أدخله الله الجنّة ، ومن أبغضهما أبغضني ومن أبغضني أبغضه الله ومن أبغضه الله أدخله النار. قال : هذا حديث صحيح على شرط الشيخين

“Al-Hasan dan Al-Husein puteraku, barangsiapa yang mencintai mereka ia mencintaiku, barangsiapa yang mencintaiku ia dicintai oleh Allah, dan barangsiapa yang dicintai oleh Allah ia akan masuk surga. Barangsiapa yang membenci mereka ia membenciku, barangsiapa yang membenciku ia dibenci oleh Allah, dan barangsiapa yang dibenci oleh ia akan masuk neraka.” Al-Hakim berkata: Hadis ini shahih menurut persyaratan Bukhari dan Muslim.




Dalam Ad-Durrul Mantsur tentang tafsir surat At-Taghabun: 15, As-Suyuthi berkata:

Yazid bin Abi Ziyad berkata: Pada suatu hari Nabi saw keluar dari rumah Aisyah r.ha. lalu beliau melalui di dekat rumah Fatimah (as), kemudian beliau mendengar tangisan Al-Husein. Maka beliau bersabda: “Tahukan kamu sesungguhnya tangisan Al-Husein menyakitkan aku?”



Dalam Mustadrak Al-Hakim 4: 397, kitab ta’bir mimpi:

Ibnu Abbas berkata: Aku bermimpi Rasulullah saw sebagaimana orang mimpi di siang hari, beliau memegang botol yang berisi darah. Kemudian aku bertanya kepada Rasulullah saw: Wahai Nabi Allah, apa maksud dalam mimpiku ini? Rasulullah saw menjawab: “Ini adalah darah Al-Husein dan sahabat-sahabatnya, sejak hari ini hendaknya kamu menghitungnya.” Ibnu Abbas berkata: Kemudian aku menghitung hari itu, maka sebelum satu hari mereka dapatkan Al-Husein terbunuh.
Al-Hakim mengatakan: hadis ini shahih menurut persyaratan Muslim.


Hadis-hadis tersebut di atas dan yang semakna juga terdapat dalam:

1. Kanzul ummal, jilid 6 halaman 220, hadis ke 34255.
2. Khashaish An-Nasa’i, halaman 36.
3. Shahih Tirmidzi, jilid 2 halaman 307, hadis ke 3782.
4. Musnad Ahmad bin Hambal, jilid 2 halaman 288, hadis ke 7816; jilid 5 halaman 369, hadis 22623.
5. Tarikh Baghdad, Al-Khathib Al-Baghdadi, jilid 1 halaman 141.
6. Kunuz Al-Haqaiq, halaman 134, hadis ke 7098.
7. Musnad Abu Dawud Ath-Thayalisi, jilid 10 halaman 332, hadis ke 2546. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
8. Majmaj Az-Zawaid, jilid 9 halaman 180. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah.
9. Sunan Al-Baihaqi, jilid 2 halaman 263, hadis ke 3423.
10. Hilyatul Awliya’ Abu Na’im, jilid 8 halaman 305, hadis ke 432.
11. Al-Ishabah, Ibnu Hajar, jilid 2 halaman 12, hadis ke 1719.
12. Tarikh Al-Kabir, jilid 4 halaman 202, hadis ke 1383.
13. Majmaj Az-Zawaid, jilid 9 halaman 181.
14. Mustadrak Al-Hakim, jilid 3 halaman 166, kitab ma’rifah Shahabah, manaqib Al-Hasan wa Al-Husayn.
15. Majma’ Az-Zawaid, jilid 9 halaman 201.
16. Dzakhair Al-Uqba, halaman 143.
17. Musnad Ahmad bin Hambal, jilid 1 halaman 242, hadis ke 2166.
18. Tarikh Baghdad, jilid 1 halaman 142.
19. Usdul Ghabah, Ibnu Atsir, jilid 2 halaman 22, hadis ke 1173.
20. Al-Isti’ab, Ibnu Abd Al-Birr, jilid 1 halaman 144.
21. Al-Ishabah, Ibnu Hajar, jilid 2 halaman 17, hadis ke 1724.
22. Majmaj Az-Zawaid, jilid 9 halaman 195, bab manaqib Al-Husein bin Ali ra.


Rujukan Hadis dari Ustaz Syamsuri Rifai dan Video dari Ibu Ifadah

Thursday, November 24, 2011

Entitlement... aku ambil memang hak aku !!!

"An entitlement is a guarantee of access to benefits based on established rights or by legislation. A "right" is itself an entitlement associated with a moral or social principle, such that an "entitlement" is a provision made in accordance with legal framework of a society."

Terjemahannya lebih kurang "
Entitlement ialah jaminan memperolehi manfaat berdasarkan hak-hak yang ditentukan atau oleh undang-undang. "Hak" itu sendiri adalah kelayakan yang berkaitan dengan prinsip moral atau sosial, bahawa "hak" adalah satu peruntukan yang dibuat selaras dengan rangka kerja undang-undang dalam masyarakat."

Dalam masyarakat dahulu kala sehinggalah zaman teknologi maklumat sekarang ini sudah menjadi norma biasa seseorang itu berhak menuntut haknya. Lebih-lebih lagi yang menjawat jawatan di dalam sesebuah kerajaan samada sebagai Pegawai Tadbir atau Penguasa iaitu ahli politik, bahkan yang bekerja di sektor swasta.

Setelah menjawat jawatan yang didamkan atau diberi jawatan tanpa mengidamkannya maka hak yang telah di tetapkan oleh undang-undang terutama mengenai gaji, elaun, kemudahan yang berhak diperolehi olehnya akan dituntut. Sesiapa pun tidak akan memarahinya atau menganggap perkara itu salah, bah pihak jabatan audit akan mengesahkan bahawa semua tuntutan yang dibuat adalah sah.

Jika perkara ini juga berlaku kepada pejuang ISLAM dan diterima pakai tanpa ada apa-apa keanihan atau kesalahan, terhadap hak-hak yang melampau yang digazette sejak sekian lama oleh regim terdahulu dimana-mana negara di dunia ini setelah Gerakan Islam menguasai pemerintahan, menurut Hj Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS inilah adalah satu fahaman yang seolah-olah mereka lebih
cerdik dari Nabi dan pemerintah zaman keemasan Islam satu ketika dahulu!

Beliau mengulas, "memang betul saya pergi melancong guna wang kerajaan, kerana itu hak aku ada dalam undang-undang peringkat negara, peringkat negeri, peringkat majlis daerah, GLC setiap tahun boleh pergi melancong! tak percaya lihat dalam peruntukan sekian-sekian... muka surat sekian-sekian"

Seterusnya beliau menambah "Jika perangai pejuang Islam apabila telah menguasai kerajaan menerima atau menuntut hak seperti regim terdahulu, maka sikap Ihsan yang amat ditekan dan di amalkan oleh baginda Rasul masih belum masuk dalam diri mereka. Ya! memang betul Jabatan Audit pun akan membenarkan tuntutan yang kita buat, tanpa ada keraguan,,, kerana mengambil hak yang memang tercat
at dalam peraturan sedia ada"

Beliau seterusnya memberitahu, "disinilah timbul mengapa menjadi pemimpin dalam Islam terutama pemimpin yang menjaga khazanah dan wang rakyat (pemimpin negara, negeri, majlis daerah dan GLC) adalah amanah yang amat berat dan bukan menjadi rebutan... masalahnya sekarang ia menjadi rebutan kerana melihat di sana ada habuan dan hak-hak istimewa yang akan dipungut dan dikumpul"

"Kadang-kadang saya berfikir sendirian, benarkah agama yang dianut sekarang ini, adalah agama yang dibawa oleh Muhammad saw atau agama lain, ket
ika melihat gelagat pemimpin dan rakyat yang mengaku mengikut agama yang di bawa oleh Muhamad saw, kerana Rasulullah saw di beri jaminan dalam Al-Quran haknya untuk mendapat 1/5 daripada hak rampasan perang... dan sepanjang sejarah selama 10 tahun di Madinah Rasulullah saw terlibat sekitar 60 kali peperangan besar dan kecil, yang sepatutnya dengan hak tersebut Rasulullah saw sudah tentu telah menjadi seorang billionaire, kerana harta rampasan berupa emas, perak, binatang ternakan, ladang-ladang, barang perhiasan, makanan, senjata, hamba dan sebagainya diperolehi cukup banyak dalam satu-satu pertempuran yang dimenangi.

Namun kemanakah hak 1/5 harta tersebut yang termaktub di dalam Al-Quran?

Semuanya di agihkan oleh Rasulullah saw kepada rakyat Madinah, hanya s
ecebis diambil oleh beliau dan isteri-isteri beliau setakat keperluan, bahkan lebih sedikit dari keperluan sebenar!. Sehingga kadang-kadang dapur rumah beliau sendiri tidak berasap walaupun ketika itu beliau adalah ketua negara yang memang telah menjadi perkara yang termaktub dalam undang-undang sosial ketika itu hak ketua adalah sekian-sekian, tetapi semua itu diketepikan oleh Rasulullah saw... dan inilah antara punca utama bagaimana Islam dapat berkembang dengan begitu cepat seperti lalang terbakar dimusim kemarau...." Ulas Timbalan Presiden lagi.

Jelas beliau lagi, "Kita lihat pula Khalifah Umar Abd Aziz, yang menjadi Idola kepada TS Khalid Ibrahim, MB Selangor dan T. Guan Eng, KM Pulau Pinang dan sepatutnya kitalah yang lebih banyak mengambil pedoman dan ikutan daripada mereka berdua apabila kita telah berkuasa. Setelah kematian Khalifah Sulaiman, Umar Abd Aziz di lantik sebagai Khalifah dan diminta berucap di atas mimbar, setelah berucap beliau turun dari mimbar dan ketika itu juga dibawa kepada beliau sebuah kereta kuda yang dihiasi penuh gemerlapan hiasan yang indah-indah dan paling berprestij ketika itu.

Umar bertanya kepada pegawai yang membawa kereta kuda itu. "Apakah ini?" Jawab pegawai, "Inilah adalah keketapan negara, bahawa apabila seseorang Khalifah baru dilantik maka sebuah kereta kuda baru yang belum pernah disentuh oleh Khalifah sebelumnya akan diberikan kepadanya" Umar menjawab, "Jual kereta kuda ini dan wangnya kembalikan ke baitulmal" Beliau lalu menuju kepada kaldainya dan selepas itu terlalu amat jarang beliau menaiki kuda.

Setelah sampai dirumah dengan keadaan sugul dan menangis isterinya Fatimah bertanya, "Mengapa menangis, apakah musibah yang menimpa dirimu? Jawab Umar, "Wahai Isteriku, aku diamanahkan untuk mengurus umat Muhammad saw. Lalu aku terfikir berkenaan fakir miskin yang kelaparan, mereka yang sakit terlantar tanpa mendapat rawatan, orang yang tidak berpakaian, mereka yang teraniaya, orang tua yang terbiar, mereka yang ramai anak sedangkan hartanya sedikit dan banyak lagi. Di akhirat saya akan di tanya Tuhan mengenai semua itu. Saya takut dan sedih, lalu saya menangis."

Isterinya cuba memujuk, namun Umar terus berkata, "Apakah selepas saya menjadi Khalifah kamu menyangka kita akan hidup senang lenang dan kaya raya seperti ayahmu Khalifah Abd Malik? Demi Allah, kita pasti akan hidup miskin daripada kita sekarang."

Bila mula masuk bertugas, Pegawai Perbendaharaan Negara datang kepada Khalifah Umar dan memberinya wang gaji pendahuluan sebanyak 40,000 dinar untuk setahun, namun ditolak hak itu dan beliau hanya mengambil 200 dinar sebagai perbelanjaan keluarganya selama setahun, sementara selebihnya diarahkan dimasukkan semula keperbendaharaan negara. Kemudian kunci baitulmal diserahkan oleh pegawai Perbendaharaan Negara kepada beliau. Beliau menerima dan berkata, "Harta baitulmal adalah hak rakyat, saya tidak akan mencuri dan menyelewengkannya walaupun satu dinar."

Khalifah Umar Abd Aziz, menolak tinggal di dalam istana, beliau tinggal dirumah sendiri yang tiada pagar dan pengawal dan beliau juga telah menjual semua harta milik peribadinya dan disumbangkan kepada baitulmal untuk rakyat. Panjang lagi kisahnya jika kita hendak meneladaninya."

"Apabila penguasa hidup di paras miskin, janganlah pula kita menyangka rakyat pula akan hidup di bawah paras fakir, jawapannya tidak, kerana dalam zaman Umar Abd Aziz, seorang hamba (yang sepatutnya tidak boleh memiliki harta) apabila hari kematiannya, diberi tahu kepada Umar Abd Aziz, hamba itu meninggalkan harta sebanyak 10,000 dinar!" jelas Bang Mat.

"Itulah antara contoh sikap dalam soal "Entitlement", yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan Khalifah Umar Abd Aziz. Persoalan saya, adakah Rasulullah saw dan Umar Abd Aziz lebih bodoh daripada kita dalam soal menuntut hak mereka sebagai seorang yang ada jawatan dan berkuasa?" Soal Hj Mohammad Sabu.

"Sudah tentu tidak!, mereka adalah suri tauladan dalam menjaga amanah rakyat." Tambahnya.

Ulasan-ulasan seperti di atas amat sukar untuk saudara perolehi di pentas ceramah umum dari Timbalan Presiden PAS, ia hanya dikupas di dalam kuliah-kuliah, terutama di dalam kuliah kitab Menabur Pesan Ilahi, di Surau Tambak Bunga, Alor Setar, Kedah. (Catatan adalah dalam bentuk ingat-ingat lupa, mohon maaf kepada Bang Mat jika ada mana perkataan dan ayat terlebih dari 'Hak' yang di cakap oleh Bang Mat)

Kembali kepada Hak atau Entitlement tadi, adakah mereka yang menjadi pemegang amanah dan wang rakyat, pernah terfikir seperti yang pernah difikir oleh Rasulullah saw dan Umar Abd Aziz, ketika menggunakan wang rakyat berada di tempat peranginan indah bersama anak isteri, sedangkan ada rakyat masih hidup kais pagi makan pagi.... cuma atas alasan ini hak aku!

Persoalan inilah yang tidak pernah difikirkan oleh pemimpin UMNO/BN dan ahlinya. Mengakibatkan hak kepada mereka yang berkuasa dan memegang amanah rakyat semakin membesar sedangkan hak rakyat semakin terhakis. Maka berlumba-lumbalah mereka mencapai darjat sebagai penguasa untuk mendapat hak dan keselesaan.

Semoga ia tidak menjangkiti dan meresapi caragaya di dalam pemerintahan negara, negeri, majlis daerah dan GLC Pejuang ISLAM. Janganlah golongan sosialis yang dicap oleh kita sebagai sekular memintas kita dengan melakukan pengisytiharan harta ketika memegang jawatan sebagai MP dan ADUN untuk mengelak mengambil perkara yang terlebih hak dari hak... sedangkan ikutan kita Rasulullah saw dan Khalifah Umar Abd Aziz telah menolak hak mereka yang telah termaktub. ini bererti contoh ikutan kita lebih baik dari sosialis, malangnya jika contoh itu kita tidak mahu ikuti! Lebih malang setelah kita tidak ikuti contoh yang tersedia akhirnya golongan sosialis sekular memintas laju menguasai rakyat.... kita terkial-kial hanyut dengan Entitlement.

Wednesday, November 23, 2011

Aku Mohon Maaf: Sehingga sekarang di Malaysia Tok Guru Nik Aziz di Dunia Legasi Khomeini..

Allah Yang Maha Pengasih dan Pemurah

Pemuda dan pemudi ku di Timur Tengah dan Utara Afrika rakyat mereka sedang bangun menjatuh pemerintahan mereka yang korup, zalim, jahat dan munafik!

Namun mereka yang berpemikiran Islam, maaf aku melihat seolah-olah hilang arah dan tujuan perjuangan sebenar mereka.... sehingga saat jari jemari menekan key-board laptop menghasilkan tulisan ini, ada diantara mereka yang sudah berjaya menang pilihanraya tetapi mundur kebelakang dalam soal Islam, yang dulu hebat ada di dalam usrah, tamrin, konvensyen gerakkan Islam sedunia dan menghasil beribu buku yang ditulis oleh mereka dan dijadikan teks panduan oleh kita dibumi jawi ini... semuanya masih lagi di dalam buku, tidak berjaya di keluarkan oleh mereka hingga saat ini!

Dimanakah silapnya???

Namun kita di Malaysia, telah berjaya di keluarkan oleh Tok Guru Nik Aziz sejak 1990, walau belum sempurna sepenuhnya.... dan sejak akhir-akhir ini dilihat semakin cuba dihakis oleh pemikiran seperti pemikiran di Timur Tengah dan Utara Afrika sekarang... aku akan mencuba sedaya upaya untuk menghalangnya dan berharap pemuda dan pemudiku akan bersamaku mempertahan ruh perjuangan yang telah ditiup sejak peralihan kepada kepimpinan Ulamak sejak 1982. InsyaAllah!!!. janganlah kita berpatah balik 29 tahun kebelakang.

Di bawah aku perturunkan pemikiran politik Imam Khomeinei yang boleh pemuda dan pemudiku membandingkan dengan pemikiran politik yang cuba ditonjolkan oleh pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah dan Utara Afrika sekarang ini, sebagai perbandingan untuk kita meneruskan perjuangan Islam yang di bawa oleh Nabi Agung kita Muhammad Saw 1432 + 13 tahun yang lalu.

Berikut adalah idea-idea pemikiran politik Khomenie.


Pemikiran politik Imam Khomeini memiliki sejumlah indikator.

Pertama, dalam ajaran politik Imam Khomeini spiritual dan politik terikat erat tak terpisahkan. Politik dalam pemikiran Imam Khomeini ra tidak terpisahkan dari spiritual, tidak terpisahkan dari irfan dan tidak terpisahkan dari akhlak. Sebagai simbol pemikiran politiknya, Imam Khomeini ra juga berpolitik sekaligus menjaga nilai-nilai akhlak. Imam Khomeini ra benar-benar menjaga masalah ini. Di masa perjuangan politiknya Imam Khomeini ra memfokuskan masalah spiritual dalam perilakunya. Seluruh perilaku Imam Khomeini selalu bersandar pada Allah dan spiritual. Imam Khomeini ra yakin akan kehendak tasyri’i Allah dan menyandarkan diri pada sunnah ilahi. Beliau benar-benar yakin bahwa seseorang yang bangkit untuk mewujudkan syariat ilahi, pasti hukum alam dan sunnah ilahi akan membantunya. Imam Khomeini percaya bahwa “Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (QS. 48:4).

Imam menjadikan hukum-hukum syariat sebagai asas gerakannya. Gerakan Imam Khomeini ra untuk kebahagiaan negara dan bangsa Iran berdasarkan bimbingan syariat Islam. Oleh karenanya, “taklif Ilahi” (Kewajiban Ilahi) merupakan kunci kebahagiaan bagi Imam Khomeini yang berhasil menyampaikan beliau mencapai tujuan dan cita-cita besarnya.

Kedua, keyakinan yang kuat dan tulus akan peranan rakyat, kehormatan manusia dan kehendak manusia. Dalam ajaran politik Imam Khomeini jati diri manusia selain berharga dan memiliki kemuliaan, ia juga kuat dan berguna. Hasil dari kemuliaan dan kehormatan manusia dalam menentukan nasib manusia dan sebuah masyarakat menjadikan suara rakyat punya peranan mendasar dalam pemikiran politik Imam Khomeini. Oleh karenanya, demokrasi (demokrasi berpandu Islam) dalam ajaran politik Imam Khomeini ra yang diambil dari teks Islam adalah demokrasi hakiki. Tidak seperti demokrasi Amerika dan sebaginya yang hanya gembar-gembor, menipu dan memperdaya pemikiran manusia.

Ketiga, ajaran politik Imam Khomeini bersifat global dan internasional. Dalam ucapan dan idea politiknya Imam Khomeini ra berbicara dengan umat manusia dan tidak dibatasi hanya dengan rakyat Iran saja. Bangsa Iran telah mendengarkan pesan Imam Khomeini ra dengan telinga hatinya kemudian berdiri tegak, berjuang dan berhasil mencapai kemuliaan dan kemerdekaanya. Perlu dicamkan bahwa ajaran Imam Khomeini ra untuk seluruh umat manusia. Pemikiran politik Imam Khomeini menginginkan kebaikan, kemerdekaan, kemuliaan dan keimanan bagi semua umat Islam dan umat manusia. Ini sekaligus risalah yang dibebankan di atas bahu setiap muslim.

Bedanya Imam Khomeini dengan mereka yang mengaku membawa misi untuk seluruh dunia terletak pada satu kenyataan penting. Pemikiran politik Imam Khomeini tidak ingin meyakinkan sebuah bangsa akan idea dan jalan beliau dengan perantara artileri, tank, senjata dan penyiksaan.

Orang-orang Amerika juga mengatakan, “Kami punya misi di dunia untuk memperluas hak asasi manusia (HAM) dan demokrasi.” Cara memperluas demokrasi dengan menggunakan bom atom di Hiroshima?! Menggunakan artileri dan tank, mengobarkan peperangan dan melakukan kudeta di Amerika Latin,Afrika, Afghanistan, Iraq dan Libya?! Kini Timur Tengah menyaksikan segala kecurangan, penipuan, kezaliman dan kejahatan. Dengan cara-cara ini mereka ingin memperluas hak-hak asasi manusia dan misi globalnya?! Pemikiran politik Islam tersebar ke dalam benak manusia lewat pemikiran yang benar dan ucapan baru dengan penjelasan argumentatif. Akhirnya, bagaikan hembusan angin sepoi-sepoi dan bau semerbak harum bunga pemikiran ini menyebar ke segala penjuru dunia.

Keempat dari pemikiran politik Imam Khomeini berkenaan dengan pembelaan atas nilai-nilai. Contoh jelasnya ketika Imam Khomeini ra menjelaskan masalah Wilayah Faqih. Sejak awal Revolusi Islam Iran, kemenangan revolusi hingga pembentukan sistem pemerintahan Islam, betapa banyak orang yang berusaha memperkenalkan masalah wilayah fakih secara tidak benar, buruk dan bertentangan dengan kenyataan. Akhirnya muncul berbagai kesimpulan yang tidak sesuai dengan kenyataan, kebohongan, berbagai kecenderungan dan harapan yang tidak sesuai dengan teks sistem politik Islam dan pemikiran politik Imam Khomeini.

Kelima dari pemikiran politik Imam Khomeini berkaitan masalah keadilan sosial. Keadilan sosial merupakan poin terpenting dan utama dalam ajaran politik Imam Khomeini ra. Di seluruh program negara baik dari pembuatan undang-undang dan pelaksanaan hingga masalah peradilan, keadilan sosial dan penghapusan jurang sosial harus menjadi perhatian dan tujuan. memahami dan mempratik pemerintah sebagai pemegang amanah rakyat dan akan diadili segala amanah dan pengunaan harta rakyat itu walaupun sekecil debu jika disalah urus dan tadbir akan dipersoalkan oleh Allah swt.

Pemuda dan pemudi ku bolehlah membandingkan pemikiran beliau dengan yang berada di hadapan kita sekarang, mereka yang mengaku berjuang dan berfikrahkan perjuangan Islam, agar kita tidak lagi berjuang tanpa hala tuju yang jelas.

Rujukan di sini

Thursday, November 3, 2011

Demokrasi Religius Satu Wacana Baru Yang Perlu Diperhatikan

Pemimpin Spiritual Revolusi Islam Iran, Ayatullah Sayid Ali Khamenei mengatakan, rakyat Iran selama 32 tahun telah berhasil dan keluar dari berbagai rintangan. Bahkan di masa depan, rakyat Iran pasti akan menang dan meraih kemuliaan dalam mengatasi semua rintangan yang menghadang. Ditambahnya, kemenangan itu diraih berkat perjuangan, tawakkal, dan kearifan rakyat negara ini.



Dalam pertemuan pada, hari Rabu 2 Nov 2011, dengan ribuan pelajar dan mahasiswa di Tehran, menilai peristiwa rampasan Kedutaan Amerika Syarikat di Tehran pada 4 November 1979, merupakan pelajaran revolusi Islam dan ma'unah yang lahir dari tawakkal kepada Allah swt, yang diiringi perjuangan penuh kearifan demi tercapainya satu tujuan.

Pertemuan itu diadakan menjelang 4 November, yang ditetapkan sebagai Hari Nasional Melawan Keangkuhan Dunia. Ayatullah Khamenei menilai peristiwa 4 November sebagai hari "Ayamullah". Ditambahnya, "Peringatan peristiwa besar dan agung dalam sejarah revolusi Islam merupakan kesempatan untuk merenung kembali guna mengenal jalan yang benar dan rencana ke depan berdasarkan analisa yang tepat dari peristiwa bersejarah itu."

Pada kesempatan itu, Ayatullah juga menilai keistimewaan peristiwa 4 November sebagai buah dari tawakkal kepada kekuasaan Allah Swt dan perjuangan yang diarah dengan kearifan untuk mencapai tujuan-tujuan mulia. Ditegaskannya, "Peristiwa 4 November, yang secara lahir tidak mungkin terjadi, merupakan hasil dari tawakkal Imam Khomeini kepada kekuasaan Allah Swt dan istiqamah beliau dalam pengasingan."

Seraya menyinggung bahwa pemerintah Islam Iran aktif berperanan di semua sektor, Rahbar menuturkan, "Salah satu contoh dari peranan Republik Islam Iran adalah memberikan wacana politik baru kepada dunia dengan nama "Demokrasi Religius." Menurutnya, dari sisi landasan pemikiran dan akidah, demokrasi religius sangat kuat dan dari sisi keilmuan ia telah dapat diaplikasi dan progresif."

Ayatullah menambahkan, musuh sangat ketakutan akan penyebaran fahaman yang kuat ini. Para musuh juga mengkhawatirkan demokrasi religius akan dijadikan sebagi ikutan dunia. Oleh sebab itu, walaupun di tengah krisis dan memuncaknya aksi protes di Wall Street New York, pemerintah Amerika terus berusaha dengan berbagai senario, menuduh Republik Islam Iran melakukan aksi teroris. Namun, bagi seorang pemikir, dia akan mentertawakan senario menggelikan Washington yang anti-Tehran serta menolaknya.

Seraya menyinggung kemaraan gerakan Wall Street dan tekanan terhadap Iran sebagai senario buatan Amerika, Ayatullah menegaskan, "Mereka berniat menuduh Iran sebagai pelaku keganasan. Padahal hari ini, kepala pengganas sebenarnya adalah Amerika."

"Rakyat Timur Tengah dan dunia telah melihat dengan jelas dualisme Amerika dan Barat di Mesir, Tunisia dan Libya. Dualisme Washington akan terlihat dengan jelas pula di tempat lain," tambah Alo Khamenei.

Pada bagian akhir pidatonya, Rahbar menilai bahwa Iran merupakan titik gerakan yang telah dimulai di kawasan dan dunia. Oleh sebab itu, Amerika berusaha mencegah gerakan maju dari titik tersebut dengan cara melunturkan harapan rakyat, khususnya para pemuda dan pentadbir. Namun, para pemuda dan pentadbir negara dengan tawakkal kepada Allah Swt, harapan dan kekuatan berlipat ganda, berdiri tegak melawan konspirasi itu.