Thursday, February 18, 2010

SUMIN LA .... BUKAN SUMBING

Sumin la..... bukan sumbing!!!

"Sumin tu maknanya cawan atau pinggan kaca yang serpih sedikit, manakala sumbing ialah mulut rabit sedikit dibibir seseorang" jelas seorang CEO sebuah syarikat pinggan mangkuk yang baru dilantik dalam promosi kebajikan syarikat untuk menukar pinggan atau cawan yang telah sumbing dari syarikat.

Semua pekerja-pekerja syarikat pinggan mangkuk terpengun dengan CEO baru mereka. Dengan hujah bahasa ikut kamus apa kejadah pun tak tau. Lepas CEO bagi syarahan dalam majlis pelancaran "Promosi Tukar Sumbing Dapat Baru". Semua berita, tajuk risalah, iklan dan cakap pekerja syarikat telah ditukar kepada "Promosi Tukar Sumin Dapat Baru".

Bila ada pekerja syarikat bercakap sesama mereka terkata "sumbing" akan adalah yang perbetul bukan "sumbinglah..... sumin".

Ada juga kalangan pekerja yang kritis sedikit otak mereka, akan bercakap secara berbisik-bisik, buat apala... CEO tu pi perbetul perkataan "sumbing" kepada "sumin" masa majlis perasmian yang dikendalikan oleh Datin Zakiah?

Adakah dia nak pemalu Datin Zakiah? atau dia nak pebodoh siapa? atau dia nak pejatuh pesaingnya CEO dari Pantai Timur? Awat dia tak perbetul awal-awal sebelum majlis pelancaran tu? Akupun heran........... bisik Setiausaha Syarikat.

Ada lagi pekerja yang lebih cerdik balik belek kamus cari apa maksud sumin? selak rata cerok sumin sebenarnya loghat Kedah bukan bahasa baku yang standard. Semua pekerja dah pakat guna lani ni perkataan "sumin" dalam iklan, perbualan dan berita syarikat mereka walaupun sebenarnya perkataan yang betul ialah "sumbing" seperti yang digunakan sebelum ini.

Tapi oleh kerana CEO dah hurai sampai berjela-jela dalam majlis pelancaran tersebut, maka perkataan Sumin terus digunakan sampai sekarang di syarikat itu untuk cawan yang serpih.

Sumbing la..... bukan Sumin!!! opss silap Sumin la bukan Sumbing!!!

Ahhhh........... sumin ka apa ka yang penting dapat cawan dan pinggan baru, kata Pelanggan, bila tukar dengan cawan atau pinggan sumbing kita!.

Sumbing lagi?

Sumin la!!!

4 comments:

Anakkedah said...

macam tak puas hati kat memanda menteri jee bunyinya....

entahlaaa kekadang tu dilihat kita kat utara nie asyik dok madah berhelah jeee....

benda camtu pon nak jadikan isu... betoi la kata kalau dah tau salah awatnya dok tunggu hari nak berak baru nak habaq kata mangkok jamban pasang terbalik...

Zolkharnain Abidin said...

Di Kedah, sapa yang sumin, siapa yang sumbing?

Aris Awang said...

Salam,

Ustaz Zul,

Sebenar tiada siapa yang sumin dan sumbing.

Menyampaikan cerita masa pi kedai pinggan mangkuk di Pekan Cina musim Gong Xi Fa Cai je.

Macam cerita seorang siam dan cina betengkaq.

Siam kata kat Cina: "Apa la hang ni, dok Kedah lama dah dok kata.... lui... lui (duit dalam pelet Cina).

Cina tanya balik: Jadi nak kata apa?

Siam jawab balik: Kata la... let (duit dalam pelat siam)

Anonymous said...

kalau macam nie gerak kerja tak mustahil tungin habih kedah pru13 nanti... macam syok sendiri jaa..

kerja tak buat..umno dah keliling kg dah...last bukan setakat sumbin...pecah pon boleh jadik...