Sunday, February 21, 2010

Thiqah

Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan

Pemuda dan Pemudiku,

Thiqah bermaksud "orang yang dipercayai"

Jika kita kata sahabat baik kita, guru-guru kita, pemimpin kita dan keluarga kita adalah orang yang kita percaya, maka mereka itu semuanya adalah adalah orang yang thiqah bagi kita.

Tetapi apabila sahabat baik kita, telah melakukan perkara yang menyebabkan hilang kepercayaan kita kepadanya. Maka ia akan disebut hilang "thiqah".

Begitulah juga, kepada mereka yang lain, thiqah itu boleh ada dan thiqah itu juga boleh hilang disebabkan tindakan, percakapan, gaya dan sebagainya.

Oleh itu, untuk memaksa ahli "thiqah" kepada Aris Awang sebagai Setiausaha PAS Kawasan adalah mustahil, kecuali Aris Awang sendiri berusaha membina ciri-ciri "thiqah" atau ""orang yang dipercayai" untuk dirinya sendiri.

Mengapa ia dikatakan sampai ketahap mustahil?

Ini adalah disebabkan kepercayaan atau thiqah itu terbit dari hati ahli. Jika ahli melihat bahawa kamu Aris Awang sudah tidak boleh lagi dipercayai, maka akan hilanglah thiqah mereka kepada kamu.

Oleh itu, pembinaan kepercayaan ahli (pengikut) adalah amat penting kepada kamu seperti yang dilakukan oleh Rasulullah saw sepanjang kehidupannya kepada para sahabatnya.

Thiqah akan menyala dengan automatik apabila suisnya ke atas dan thiqah akan terpadam secara automatik apabila suisnya ke bawah.

Pemuda dan pemudiku....

Marilah kita sebagai kepimpinan besar, pertengahan atau sekurang-kurangnya pemimpin kepada kucing di rumah kita berusaha meningkat "thiqah" atau menjadi "orang yang dipercayai" dalam jamaah dan kehidupan yang singkat ini.

1000 tahun di dunia ini adalah bersamaan 1 hari di akhirat.


Berkaitan: Jangan Robohkan Doktrin Wala, Taat dan Thiqah Dalam PAS: Ustaz Idris

7 comments:

Unknown said...

Trima kasih kerana menulis memberi penerangan

Anonymous said...

dalam ilmu al-Jarh wat Ta'dil, thiqah boleh boleh dipaksa paksakan. ia adalah hasil amal peribadi seseorang terhadap ajaran islam.

saya sokong apa yang ustaz cakap.

pemuda NS

walausiapapunaku said...

Ana setuju sangat dengan apa yang di nyatakan oleh Pak Teh.

Logiknya , mana2 pemimpin pasti akan menjaga thiqah terhadap diri dan segala tindakannya namun penilaian daripada anak pimpinan pasti berbeda, ada yang menilai berdasarkan ilmu dan ada sebahagian berdasarkan emosi, sudah tentu hasil juga pasti berbeda.

sebab itu, setiap pemimpin memerlukan pegawai2 atau penasihat2 yang bukan saja ikhlas malah mesti berilmu agar dapat memberi teguran dan nasihat betul, tepat dan berkesan.

Umumnya, sebab utama jatuhnya seseorang pemimpin adalah kerana pegawai2 dan penasihat yang ada disekelilingnya, bukan 100% disebabkan peribadi pemimpin itu semata2.

Sudah tentu ramai daripada kita biasa mendengar..." Jika ingin melihat kepimpinan seseorang pemimpin, lihat lah siapa yang berada disekelilingnya".

Dalam kontek PAS ( parti/jemaah) kepimpinan di peringkat pusat, negeri, kawasan dan cawangan adalah sebab utama hilangnya 'thiqah' seseorang pemimpin samada Murshidul Am, Presiden, P/Jaya negeri,YDP Kawasan maupun Ketua Cawangan atas kegagalan untuk berperanan.

Wallau'aklam.

cucu jebat said...

assalamualaikum.
terima kaseh hj ares atas ulasan anda.Wala' dan siqah adalah qat'ei cuma kepada ALLAH dan RASUL.Dan kepada sesama manusia bergantung kepada keadaan,ada waktunya memang wajib dan ada waktunya haram.
sebagai contoh,keputusan muktamar Pas di perak dan Shah Alam telah memutuskan PAS bukan sahaja akan tetap bersama PR bahkan akan mengukuhkankan PR,tetapi ada pemimpin yang tidak mentaatinya,maka kita tidak harus mentaati pemimpin semacam ini bahkan wajib kita menyatakan penentangan nya.Pada ust idris ahmad jujurlah dengan tulisan anda,apakah anda akan terus menulis memperbodohkan ahli untuk terus memileh mereka2 yang seperti anda untuk terus memimpin PAS?Apakah sikap anda untuk terus mempersalahkan ahli yang senantiasa taat dengan PAS di setiap waktu kehidupan nmereka sebagai seorang ahli biasa?Apa sikap anda dengan JKD pas pusat yang terang2 menghukum secara zalim keatas hj khalid samad yang terang2 mempertahankan pakatan rakyat selangor.Sedangkan hasan ali sudah terbukti jelas membocorkan rahsia parti dengan blogers umno/bn terlepas begitu sahaja.tidak hipokrit kah kita?Sedangkan ustaz2 macam andalah yang mengajar ahli2 jangan sesekali berlaku zalim dan jangan cenderong untuk kezaliman.Mana mungkin orang akan melihat PAS boleh berlaku adil terhadap semua rakyat malaysia sedangkan pada ahli sendiri kita tidak boleh untuk menyempurnakan keadilan?
Maaf ustaz! sekiranya saya mengatakan yang YAB lim guan eng jauh lebeh jujur dari SEBAHAGIAN PIMPINAN PAS sendiri termasuk anda!
YA ALLAH SELAMATKAN PAS DARI MANUSIA YANG GILA NAK JADI PEMIMPIN TETAPI TIDAK TAHU UNTUK MELAKSANAKAN AMANAH.
ALLAHUAKBAR,HANCUR UG/UMNO/BN.

man dogoi,kodiang said...

'PEPIMPINAN ULAMA' KALIMAKS NYA,UMNO DAH BAIK,DAH BANYAK BERUBAH,UMNO DAH TAK PISAHKAN UGAMA DAN POLITIK,KITA KENA BERSAMA DENGAN UMNO DEMI KEPENTINGAN MELAYU HAWAU.
'KEPIMPINAN BERTAQWA',PAS FOR ALL,KEADILAN ISLAM UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA,TAK KIRA APA BANGSA ASALKAN BERTAQWA BOLEH JADI PEMIMPIN.
TEPUK DADA TANYA IMAN DENGAN GOLONGAN MANA KITA MAU BERSAMA?

walausiapapunaku said...

Bila bagi komen jangan ikut sedap jari nak tekan keyboard ja..guna sama kepala otak yg berilmu bukan guna kepala lutut ja...cucu jebat oii...hang sapa nak pertikaikan JKD PAS?

Khalid Samad idola hang tu pun sama gak...perasan baguih...kalau x puas hati guna saluran yang betui...buat rayuan...ni dok hingaq apa kat luaq..kalau dia tahap kutu macam hang ja cucu jebat aku tak heran...

PAS ada pengalaman yang banyak dalam hal pakatan politik ni...dan sebahagian besar dari pemimpin (era-fadhilnoor) yang ada punyai berpengalaman dalam beberapa pakatan politik sebelum ni...

Sebenarnya pemimpin (era-anwaribrahimi) ni yang buat celaru banyak depa hadir untuk menguasai bukan melengkapi..depa ni tengok PAS lebih kepada 'Parti Politik' ja...bukan 'Gerakan Islam'..sebab tu depa cuba nak kuasai...'Gerakan Islam' tak kan boleh dikuasai oleh mana2 individu atau kumpulan secara mutlak ianya diwarisi oleh para pewaris 'Pelopor Agung Gerakan Islam' iaitu Rasullullah saw.

nak faham lebih terperinci kena la buat carian, kajian dan kerjarumah sikit..rajin-rajin la ikut usrah jamaei...insyAllah.Meyakini kita semua sayang kan PAS..tapi sayang tak bertempat dan tak berpada lebih merosakkan.

Wallahu'aklam.

inicaraku said...

hehehehe ,wahai walausiapapunaku!
hujjah lawan hujjah!awak ingat maksum ke JKD tuh?
Awak gi usrah ngan siapa ni yang jadi macam lembu kenyang ni?Jangan jadi pandir la kawan, Alhamdulillah lah aku tak join usrah macam yang anda join.
buka lah sikit minda awak tuh,RASUL saw sendiri menerima tegoran dalam strategi perang khandak,begitu juga dengan para sahabat ra,Apa, hebat sangat ke pimpinan yang PAS ada hari ni sampai langsung tak leh nak di tegur,cara awak memang sesuai duduk dalam umno la kawan,baik jadi keli bela dalam kolam cukup 3 bulan jual.Lebih baik menegur pemimpin untuk kebaikan jamaah dari mengangguk yang membawa kpd kehancuran.
wallahuaklam