Seluruh petugas, ahli PAS serta penyokong Pakatan Rakyat.
Usaha sudah..........
Mesyuarat sudah.......
Menghantar risalah sudah........
Kempen rumah ke rumah sudah..........
Hantar bubor lambuk sudah.........
Kacau kanji sudah.........
Ceramah sudah............
Tazkirah sudah............
Solat terawikh dimasjid dan surau sudah..........
Edar slip mengundi ke setiap rumah berkenaan sudah.........
Dailog sudah...........
Bersedekah sudah..........
Periksa kesihatan sudah..........
Bersukan bersama pemuda sudah..........
Kuasai surau dan masjid sudah...........
Buka pos-pos disimpang-simpang jalan sudah..........
Dedah kejahatan BN sudah.....
Bongkar kelemahan calon BN sudah.....
Semua berganding bahu, ulamak, pemuda, muslimin, muslimat DAP, PKR dan PAS memasti kejayaan pun sudah....
Berbagai taktik dan strategi di laksana sudah.....
Apa lagi strategi yang masih tidak di buat, Ya????
Jangan lupa....... bertawakallah kepada Nya dengan berserah sepenuh hati segala usaha yang kita laksanakan. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan. Itulah keyakinan kita.
Dan akhirnya di malam ke 4 Ramadhan yang penuh berkat ini berdoalah kepada Allah semoga kita memperolehi majoriti melebihi dari yang didapati pada PRU 12 yang lalu.
Ya, Allah janganlah Engkau berikan kepada BN walaupun kemenangan MORAL sekalipun.
Ya, Allah pastikan pengundi-pengundi dalam DUN Permatang Pasir dibuka hati mereka untuk mengundi Parti Islam SeMalaysia (PAS) semasa mereka mengundi sehingga undi mereka melebihi majoriti yang diperolehi dalam pilihanraya umum yang lalu.
Ya, Allah gagalkanlah segala tipu daya mereka, sesungguh Engkau lebih mengetahui segala tipu daya mereka.
Ya, Allah ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa petugas-petugas kami sepanjang berkempen.
Ya, Allah Engkaulah yang Maha Pemurah dan Penyayang, berikan kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan permudahkanlah kami dalam usaha melaksanakan segala titah perintah Mu diatas muka bumi Mu ini.
Ya, Allah Berikanlah hidayah dan petunjuk Mu kepada rakan-rakan kami untuk menerima perjuangan Islam yang kami perjuangankan.
Ya, Allah campakkan lah keberanian kepada pengundi-pengundi yang masih lagi ingin menyokong BN, yang menerima berbagai Umpan dari mereka untuk melakukan perubahan dengan mengundi Parti Islam SeMalaysia berlambang bulan.
Ya, Allah tingkatkanlah majoriti kami,
Ya, Allah janganlah berikan kepada mereka walaupun kemenangan Moral.
Al-Fatihah
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Amin, Ya Rabbal 'Alamin.
2 comments:
alhamdulillah doa kita termakbul..
lupa....kita heret semua isteri2 calon bn ke pentas politik, suh depa ngaku suami2 depa tak bagi nafkah.... yaaa tunjuk satu dunia.... pastu kita serang peribadi depa, kita cemuh depa sampai malu tahap gunung berapi meletup... jatuhkan air muka depa... yaaa.... kita ahli syurga... kita bebas melakukan apa juga di muka bumi ini...
Post a Comment