Tuesday, August 25, 2009

STRATEGI TERAKHIR KITA.... DI PERMATANG PASIR!!!

Seluruh petugas, ahli PAS serta penyokong Pakatan Rakyat.

Usaha sudah..........

Mesyuarat sudah.......

Menghantar risalah sudah........

Kempen rumah ke rumah sudah..........

Hantar bubor lambuk sudah.........

Kacau kanji sudah.........

Ceramah sudah............

Tazkirah sudah............

Solat terawikh dimasjid dan surau sudah..........

Edar slip mengundi ke setiap rum
ah berkenaan sudah.........
Dailog sudah...........
Bersedekah sudah..........
Periksa kesihatan sudah..........

Bersukan bersama pemuda sudah..........

Kuasai surau dan masjid sudah...........

Buka pos-pos disimpang-simpang jalan sudah..........

Dedah kejahatan BN sudah.....

Bongkar kelemahan calon BN sudah.....
Semua berganding bahu, ulamak, pemuda, muslimin, muslimat DAP, PKR dan PAS memasti kejayaan pun sudah....
Berbagai taktik dan strategi di laksana sudah.....


Apa lagi strategi yang masih tidak di buat, Ya????


Jangan lupa....... bertawakallah kepada Nya dengan berserah sepenuh hati segala usaha yang kita laksanakan. Kita hanya berusaha, Allah yang menentukan. Itulah keyakinan kita.

Dan akhirnya di malam ke 4 Ramadhan yang penuh berkat ini berdoalah kepada Allah semoga kita memperolehi majoriti melebihi dari yang didapati pada PRU 12 yang lalu.


Ya, Allah janganlah Engkau berikan kepada BN walaupun kemenangan MORAL sekalipun.


Ya, Allah pastikan pengundi-pengundi dalam DUN Permatang Pasir dibuka hati mereka untuk mengundi Parti Islam SeMalaysia (PAS) semasa mereka mengundi sehingga undi mereka melebihi majoriti yang diperolehi dalam pilihanraya umum yang lalu.


Ya, Allah gagalkanlah segala tipu daya mereka, sesungguh Engkau lebih mengetahui segala tipu daya mereka.

Ya, Allah ampunilah dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, dosa petugas-petugas kami sepanjang berkempen.

Ya, Allah Engkaulah yang Maha Pemurah dan Penyayang, berikan kemenangan kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) dan permudahkanlah kami dalam usaha melaksanakan segala titah perintah Mu diatas muka bumi Mu ini.

Ya, Allah Berikanlah hidayah dan petunjuk Mu kepada rakan-rakan kami untuk menerima perjuangan Islam yang kami perjuangankan.

Ya, Allah campakkan lah keberanian kepada pengundi-pengundi yang masih lagi ingin menyokong BN, yang menerima berbagai Umpan dari mereka untuk melakukan perubahan dengan mengundi Parti Islam SeMalaysia berlambang bulan.

Ya, Allah tingkatkanlah majoriti kami,
Ya, Allah janganlah berikan kepada mereka walaupun kemenangan Moral.

Al-Fatihah

Terimalah doa kami ini Ya Allah,

Terimalah doa kami ini Ya Allah,

Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,
Terimalah doa kami ini Ya Allah,

Amin, Ya Rabbal 'Alamin.

Saturday, August 22, 2009

PENGUMUMAN PENTING!!!

SEGERA DAN PANTAS!!!

SEMUA AHLI PAS DIMINTA BERKUMPUL DIMARKAZ BESAR PERMATANG PASIR BESOK, 23 OGOS MULAI JAM 7.30 PAGI BERSAMA TG HADI, DS ANWAR, EN. GUAN ENG DAN PIMPINAN PAKATAN RAKYAT SERTA KESELURUHAN YB DARI KEDAH DALAM PROGRAM HIMPUNAN DAN MERAYU UNDI PERDANA BERSAMA-SAMA SEMUA PIMPINAN SELEPAS TAKLIMAT - KEHADIRAN ANDA AMAT DIPERLUKAN: TOLONG SEBARKAN SMS INI
DARI
HJ NABIL SETIAUSAHA KONTIJEN KEDAH.

JANGAN BIARKAN BN MEMANG WALAUPUN SEKADAR MORAL!

AYUH TURUN BERTUGAS 150,000 AHLI PAS KEDAH

Selamat Menyambut Ramadhan 1430 - semoga ibadah diterima Allah.

Ikuti perkembangan PRK Permatang Pasir klik disini

Gunakan sepenuh kesempatan Ramadhan kali ini untuk mencapai dua kemenangan iaitu pertama kemenangan menunai kefardhuan puasa ke atas setiap diri kita sebagai melatih diri membersih dan menyuci jiwa dan seterus kemenangan yang lebih cemerlang di Permatang Pasir untuk menobatkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) .

Jika sebelum ini kita menang dengan berjaya menahan lapar dan dahaga, maka kali ini kita mesti menang dengan lebih bergaya iaitu nampu mengawal lisan, mata, telinga serta lain-lain anggota badan dari mengerjakan perkara sia-sia, memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, solat-solat sunat, bersedekah, berzikir dan berbagai amalan soleh. Itu untuk kewajipan ibadah puasa kita


Sementara kewajipan kedua kita ialah, memastikan majoriti 5,433 yang diraih pada 8 Mac 2008 di Permatang Pasir mesti ditingkat kepada sekurang-kurangnya 6,000 undi pada 25 Ogos 2008. Jangan biar UMNO menang walaupun hanya sekadar 'MORAL'.

Oleh itu, petugas dari seluruh negeri Kedah mesti turun seramai boleh dan pastikan merayu setiap pengundi yang kita jumpa tidak kira dia UMNO, GERAKAN, MCA, MIC, PAS, PKR, DAP, Atas Pagar, uzur, tua, muda, lelaki, perempuan, Cina, India, Melayu, Sikh, di mana sahaja kesempatan yang ada di dalam Daerah Mengundi Permatang Ara yang telah diamanahkan kepada kita.

Pastikan kita, tidak hanya datang untuk menonton dan mendengar ceramah dari tokoh-tokoh tanah air, tetapi pastikan agar kita dapat bercakap meminta mereka yang akan mengundi pada 25 Ogos 2009 nanti mengundi Ustaz Salleh Man, Calon PAS. Undi Bulan!!!.

Kedah telah diamanah untuk bertugas pada kali hanya menjaga 2,955 pengundi, di Daerah Permatang Ara, gunakan seluruh keupayaan kita untuk memenangi hati mereka.

Berikut ialah Lokaliti yang terdapat dalam Daerah Mengundi Permatang Ara:-

1. Pengkalan Tambang Mukim dua 249
2. Pengkalan Tambang Mukim tiga 84
3. Kampung Kota Mukim tiga 308
4. Kampung Kota Mukim dua puluh satu 78
5. Sungai Sintok Mukim dua 167
6. Tanjung Putus Mukim dua 223
7. Permatang Pasir Mukim dua 469
8. Permatang Pasir Mukim tiga 572
9. Bukit Jelutung Mukim tiga 152
10. Bukit Jelutung Mukim dua puluh satu 165
11. Permatang Rambai Mukim dua 133
12. Permatang Ara Mukim dua 27
13. Permatang Ara Mukim tiga 108
14. Permatang Ara Mukim lima 139
15. Taman Ara Indah 43
16. Polis 1
Jumlah Pengundi : 2,995 - Lelaki: 1,506 dan Perempuan: 1,489

Keputusan 8 Mac 2008 bagi Daerah Mengundi Permatang Ara ialah:

Barisan Nasional : 1,067
PAS : 1,533
Majoriti : 466

Untuk menidakkan kemenangan 'MORAL' BN maka kita KEDAH mesti berusaha mendapat majoriti sekurang-kurangnya 600 undi di Permatang Ara, Ianya sekarang bergantung kepada saudara-saudari dari Kedah - Kerana Allah swt. telah memberi tahu kepada kita bahawa Allah swt tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, kecuali diri mereka sendiri. Nah sekarang tanggung jawab itu berada ditangan kita!!!.

Usahakan sepenuh tenaga dalam masa yang amat terdesak ini untuk berjumpa 2,000 orang pengundi, merayu dan pastikan mereka berjanji untuk menyokong PAS dan pasti mereka yang berada luar kawasan balik untuk mengundi sempena musim cuti sekolah ini, kesempatan balik bersahur dan berbuka bersama keluarga di kampung halaman tercinta, jika ini berjaya maka target majoriti 600 undi bagi tempat PAS KEDAH bertugas akan berjaya.

Kebetulan, Permatang Ara ini, BN telah meletakkan UMNO Kedah bertugas. Lebih senang sudah mengenali antara satu sama lain, dan insyaAllah aman, tiada gaduh.

Khusus kepada petugas dari kawasan Kuala Kedah hendaklah datang bertugas secara rasmi pada 23 hingga 25 Ogos (2 - 4 Ramadhan 1430) di POS berikut: Pengkalan Tambang Mukim 2, Pengkalan Tambang Mukim 3, Kampung Kota Mukim 2 dan 3 serta Tanjung Putus/Sungai Sintok. Sial lapor diri di Rumah Kedah di POS Permatang Ara dengan Kapten Zamri (Kapten Power).

InsyaAllah Ramadhan kali ini kita ada 2 Raya, iaitu Raya menang Pilihanraya dan Raya Aidil Fitri. Ini adalah sejarah, jadikan anda adalah salah seorang dari mereka yang mencipta sejarah tersebut.

Perkara pokok kali ini amat mudah untuk dijelaskan kepada Rakyat iaitu BN tak pandai pilih calon, pilih calon yang tidak bersih dan dilihat tak bersih. Bukan musuh yang kata, tetapi kawan beliau sendiri. Islam amat mementingkan pemimpin itu seorang yang bersih dan amanah.

Turun melalui tol Sungai Dua, ambil jalan Sungai Dua, terus ke Permatang Pasir, di situlah Daerah Mengundi Permatang Ara. Rujuk peta di bawah:-






















Kobar semangat mu dengan kepanasan Ramadhan!!!

Nyala keimanan mu dengan kehangatan Ramadhan!!!
Suburkan jihad mu dengan bakaran Ramadhan!!!

Thursday, August 20, 2009

Saya Curi .... Tapi Niat Nak Bagi Balik............

Pakai duit customer............
Pakai sat...........
Kebas.......... bukan curi..........
Ingat nak bayar........ tapi tak dak duit lagi............
BN tolong bayar la.............
Inilah calon pilihan BN....
Saya bukan bohong cuma Muhong je...
Berniaga rugi nak buat macam mana...........
Saya bukan mengata kat lembu.... saya kata kat orang sebab dia ada akai
Kawan dia pun kata dia bohong

Tapi ini bukan calon pilihan Rakyat Permatang Pasir. Untuk tahu lanjut klik disini

UNDILAH PAS

Friday, August 14, 2009

Menghayati Hikmah Bi'tsah (Pengutusan) Nabi SAW


Bismillahirrahmanirrahim

Saya ucapkan selamat menyambut hari Bi'tsah (pengutusan) Nabi SAW kepada segenap umat manusia, khususnya umat Islam. Kita memohon kepada Allah SWT supaya ianya membawa berkah untuk muslimin-muslimat dan segenap umat manusia.

Persoalan bi'tsah (pengutusan) Rasulullah SAW adalah persoalan yang terlampau luas untuk dijelaskan dengan lisan dan pikiran kita yang terbatas ini. Bi'tsah Nabi pada hakikatnya merupakan peristiwa agung dimana dimensi demi dimensinya terlalu luas untuk dapat dijelajah dalam waktu singkat. Semakin jauh waktu bergerak maju dan semakin banyak manusia menjalani pengalaman hidup dan menyadari berbagai kekurangan dan penderitaannya semakin jauh dan luas pula dimensi-dimensi yang akan terlihat dari bi'tsah Nabi SAW. Bi'tsah pada prinsipnya adalah seruan kepada umat manusia menuju tarbiyah rasional, moral, dan hukum. Semua ini adalah sesuatu yang sangat diperlukan dalam proses kehidupan umat manusia menuju kesempurnaan.

Tahap pertama adalah pendidikan rasional. Artinya, bi'tsah mengeskplorasi daya nalar manusia dan mendudukkannya pada posisi teratas, menyalakan pelita fikiran untuk manusia agar manusia dapat menentukan dan meniti jalan yang benar. Inilah masalah yang paling utama. Di samping itu, tahap pertama pada bi'tsah Nabi SAW ini juga mengangkat masalah pengetahuan. Dalam kitab suci Al-Quran dan kalimat-kalimat suci Rasulullah SAW. Anda dapat melihat betapa saratnya penekanan terhadap akal, penalaran, perenungan, pemikiran, dan seterusnya. Pada hari kiamat pun, Al-Quran menggambarkan kata-kata para pendurjana sebagai berikut;

لَوْ كُنَّا نَسْمَعُ أَوْ نَعْقِلُ مَا كُنَّا فِي أَصْحَابِ السَّعِيرِ

"Sekiranya kami mendengarkan atau berpikir niscaya tidaklah kami termasuk penghuni-penghuni neraka yang menyala-nyala". (QS.67.10)

Para pendosa itu mengakui bahwa mereka masuk ke dalam neraka karena telah mengabaikan akal, pikiran, dan hati nurani mereka. Pengabaian ini telah menyebabkan buruknya nasib mereka yang kekal di hari kiamat. Seruan agar manusia kembali kepada akal pikiran sudah menjadi agenda utama dalam perjalanan hidup para nabi, dan bukan hanya dalam sirah nabi terakhir Muhammad SAW. Hanya saja, seruan ini dalam Islam tentu lebih tajam dan fokus. Karena itu, mengenai sebab diutusnya para nabi, Saidina Ali Karamallah Wajhah berkata;

لِيَسْتَأْدُوهُمْ مِيْثَاقَ فِطْرَتِهِ

"Untuk membimbing mereka (umat manusia) kepada ikrar fitrahnya..."

Hingga beliau berkata;

وَ يُثِيْرُوا لَهُمْ دَفَائِنَ الْعُقُوْلِ

"Dan demi menggalikan untuk mereka khazanah akal yang terpendam."

Para nabi diutus adalah dengan tujuan membukakan kepada kita khazalah akal pikiran dan hati nurani kita. Problem kita ibarat orang yang duduk di atas sebuah harta karun tapi tidak menyadarinya dan tidak memanfaatkannya, lalu mati karena kelaparan. Ketika kita tidak menggunakan akal dan tidak menjadikannya sebagai panduan, ketika kita tidak mengasah akal, dan tidak menyerahkan kendali jiwa kita kepada akal, kondisi kita akan tetap seperti ini.

Harta karun ini ada di tangan kita, tetapi kita tidak memanfaatkannya. Akibat kebodohan kita, kita terdera kesulitan dalam menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Sebab itu, Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bersabda;

اِنَّ الْعَقْلَ عِقَالٌ مِنَ الْجَهْلِ

"Sesungguhnya akal adalah kendali dari kebodohan."

Kendali (iqal) adalah tali yang diikatkan kepada hewan semisal unta untuk mencegahnya agar tidak bergerak. "Akal adalah kendali dari kejahilan" maksudnya ialah bahwa akal adalah tali kendali agar manusia tidak disertai kedunguan dalam bergerak. Rasulullah SAW kemudian bersabda;

وَ النَّفْسُ كَمَثَلِ اَخْبَثِ الدَّوَابِ

"Dan jiwa (nafs) adalah ibarat binatang yang paling liar."

Rasulullah SAW menggambarkan jiwa manusia sebagai hewan yang paling liar. Beliau bersabda lagi;

فَاِنْ لمَ ْ تُعْقَلْ حَارَتْ

"Jika tidak diikat maka ia akan membabi-buta."

Jiwa manusia akan kacau dan tak terkendalikan lagi jika tidak diikat dengan akal. Manusia akan sama persis dengan binatang yang liar yang tidak tahu kemana akan pergi. Dalam keadaan demikian, manusia akan selalu mengalami masalah dalam menjalani kehidupan individual maupun sosial, dan ini juga akan menjadi masalah besar bagi masyarakat manusia. Inilah peranan akal manusia.

Dengan demikian, agenda pertama Rasulullah SAW ialah membangkitkan peranan akal dan daya fikir manusia dan masyarakat manusia. Dan inilah yang akan menjadi kunci penyelesaian semua masalah. Akallah yang menggiring manusia kepada agama, menyeru manusia agar tunduk dan mengabdi kepada Allah. Akal mencegah manusia dari perbuatan bodoh dan kepasrahan kepada dunia. Jadi, agenda utama ialah memperkuat daya akal dan fikiran di tengah masyarakat, dan ini juga merupakan kewajiban bagi kita semua. Di tengah masyarakat Islam, kita sekarang berusaha menjadi teladan dan contoh dari masyarakat Islam Nabi Muhammad SAW, betapapun banyaknya kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri kita. Di hadapan keagungan Rasul SAW yang tiada bandingannya itu, kita mencoba bergerak demikian. Kita berharap untuk tampil sebagai contoh yang demikian. Di tengah masyarakat ini, akal harus dijadikan pedoman dan tolok ukur.

Tarbiyah kedua adalah tarbiyah akhlak sebagaimana sabda Rasul SAW;

بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الْاَخْلَاقِ

"Aku diutus adalah untuk menyempurnakan keutamaan-keutamaan akhlak."

Rasulullah menyempurnakan norma-norma etika di tengah masyarakat. Akhlak adalah budi pekerti yang jika diterapkan di tengah masyarakat maka manusia akan dapat menjalani kehidupan dengan sehat. Sebaliknya, kehidupan akan keras dan sulit jika akhlak tidak ada atau kehidupan justru dikuasai oleh kebidaban, ketamakan, ambisi, kejahilan, serakah kepada dunia, emosi pribadi, kedengkian, kekikiran, kecurigaan satu sama lain, dan kelakuan tiada berakhlak lainnya. Dalam kondisi demikian, kehidupan akan terasa sempit dan manusia tidak mungkin akan dapat bertahan hidup dengan sehat. Oleh sebab itu, Al-Quran al-Karim dalam sejumlah ayatnya menyebutkan;

وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَة

"... membersihkan mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al Hikmah." (QS.3.164 / 62.2)

Penyucian jiwa (tazkiyah) yang merupakan pencerahan akhlak didahulukan atas pengajaran. Pada riwayat hadits Nabi SAW tadi yang berbicara tentang keutamaan akal juga disebutkan bahwa akal melahirkan kelapangan (hilm), dan kelapangan membuahkan ilmu. Dalam tarbiyah ini manusia harus sadar bahwa akal mula-mula melahirkan hilm yaitu kelapangan jiwa yang disertai kesabaran menanggung beban. Dengan kesabaranlah seseorang akan dapat tekun belajar dan menambah pengetahuan individu dan sosialnya. Dengan demikian, ilmu menempati posisi kedua setelah hilm yang merupakan satu norma etika. Dan ini juga ditegaskan dalam ayat Al-Quran tadi. Demikianlah pentingnya tarbiyah akhlak. Kita sekarang benar-benar sangat memerlukan tarbiyah akhlak. Kita sebagai umat Islam di lingkup wilayah geografis ini, maupun kita sebagai umat Muslim di dunia Islam yang besar ini. Ini merupakan keperluan utama bagi kita semua.

Setelah itu adalah tarbiyah dan kedisplinan hukum. Pelaksana pertama seluruh hukum Islam adalah pribadi Rasulullah SAW sendiri. Dari Ummul Mukminin Aisyah diriwayatkan bahwa orang-orang bertanya kepadanya tentang akhlak dan perilaku Nabi SAW. Aisyah menjawab;

كَانَ خُلُقَهُ الْقُرْآنُ

"Akhlaknya adalah Al-Quran."

Akhlak, perangai, dan kehidupan Nabi SAW adalah kristalisasi Al-Quran. Artinya, tidak ada perintah Allah SWT yang diabaikan oleh beliau. Ini adalah pelajaran untuk kita semua. Tentunya, kita tidak bermaksud membandingkan diri kita yang hina ini dengan diri Rasulullah SAW yang sangat agung. Beliau ada di puncak sedangkan kita masih berada di sekitar kaki gunung. Namun, yang kita maksud ialah bahwa kita harus bergerak menuju puncak, dan inilah yang menjadi ukuran.

Gelanggang kehidupan ini adalah gelanggang ujian. Umat telah menjalani berbagai ujian berat dan masih tetap terkurung dalam cengkraman thaghut seandainya kita hanya sekedar mengucapkan kalimat lailaha illallah atau sesekali hanya berpikir tentang lailaha illallah. Namun jika kita masuk ke dalam kancah pengamalan kalimat lailaha illallah, maka Allah SWT memberikan keagungan, kekuatan, dan kecemerlangan identitas kepada kita, yakinlah. Allah SWT pasti merespon jika kita menjejakkan kaki kita ke depan karena Allah adalah Zat yang sangat mudah dan cepat mengabulkan, sebagaimana firman Allah SWT;

مَن جَاء بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا

"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya sepuluh kali lipat amalnya." (QS.6.160)

Allah SWT memberikan balasan sepuluh kali lipat jerih payah yang kita lakukan. Kita sekarang terkurung dalam terowong, tak dikenal orang, dilupakan, dan bahkan diri kita sendiri miskin kepekaan terhadap sesuatu dan hilang keberanian. Bebaskan diri kita dari kurungan itu.

Rasulullah SAW sendiri adalah pelaksana hukum. Allah SWT berfirman;

آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّه

"Rasul telah beriman kepada Al Qur'an yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya... (QS.2.285)

Rasulullah SAW melaksanakan perintah Ilahi dan kaum mukmin kemudian mengikutinya. Beliau melaksanakan dan umat menyaksikannya sehingga merekapun menemukan jalan. Peranan yang sama juga harus dimainkan oleh para tokoh, pemimpin, dan pemimpin masyarakat. Jangan hanya sekadar ucapan. Di tengah Anda sekalian terdapat banyak pejabat negeri, dan masing-masing Anda dapat menjadi teladan dari segi amal untuk orang-orang yang memperhatikan Anda.

Kita harus tahu bahwa apapun kata-kata, tindakan, dan analisa yang dapat membantu para pengacau adalah tindakan yang menyalahi aspirasi perjuangan. Kita semua harus berhati-hati dan waspada. Berhati-hati dalam menebar statemen, mengambil keputusan, mengeluarkan pernyataan, dan berhati-hati dalam mengambil sikap berdiam diri. Ada hal-hal yang memang harus dikatakan, karena jika kita diam kita telah tidak menunaikan kewajiban kita. Ada hal-hal yang membuat kita harus diam membisu, dan jika kita berbicara berarti kita telah melanggar tugas. Kita sedang duduk di depan meja ujian yang sangat besar. Dalam ujian, jika hasilnya adalah gagal maka akibatnya bukan saja ketertinggalan kita dalam satu tahun, melainkan keterpurukan. Jika kita tidak ingin mengalami nasib seperti ini, maka akal budi kita yang menyeru manusia kepada ubudiyyah harus kita jadikan sandaran.

Bermain-main dengan politik secara tidak konvensional adalah tindakan yang menyalahi akal sehat.

اَلْعَقْلُ مَا عُبِدَ بِهِ الرَّحْمَنُ وَ اكْتُسِبَ بِهِ الجِْناَنُ

"Akal ialah sesuatu yang dengannyalah Yang Maha Pengasih disembah dan surga digapai."

Akal membimbing manusia kepada jalan yang benar. Salah anggapan bahwa permainan politik adalah permainan orang-orang pintar dan berakal. Yang benar ialah bahwa akal adalah sesuatu yang meluruskan perjalanan ubudiyyah kepada Allah SWT. Tolok ukurnya untuk kita atau antara kita dan Allah SWT ialah apakah kita ikhlas dalam mengeluarkan pernyataan ini, atau apakah kita benar-benar mengingat Allah atau tidak. Kita harus melihat diri kita apakah kita bertujuan mencari keridhaan Allah atau hanya untuk menarik perhatian orang dalam mengeluarkan pernyataan. Inilah kriterianya. Kita harus kembali kepada diri kita sendiri. Diri manusia sendiri adalah juri yang paling kompeten. Jangan sampai kita membohongi diri sendiri. Kita harus tahu apa yang kita perbuat dan katakan.

Jalan bagi kita sudah dibuka lebar-lebar. Kita harus memandang bi'tsah Nabi SAW dengan sisi pandang ini. Bi'tsah bukan sekedar sambutan yang harus kita meriahkan dengan ceramah agama dan menzahirkan sukacita. Bi'tsah bukan ini, melainkan sebuah momentum ied, dan ied tak lain adalah suasana dimana manusia harus merenungkan hakikat itu dalam-dalam. Memandang bi'tsah adalah memandang Rasulullah SAW, menghayati keagungan mujahadah beliau, dan merenungkan kebesaran pengaruh beliau yang menakjubkan.

10 tahun adalah masa yang sekejap untuk usia sebuah umat. Dalam 10 tahun apa yang dilakukan pribadi teragung ini. Tidak ada masa 10 tahun yang dapat dibandingkan dengan masa 10 tahun pemerintahan Rasulullah SAW yang penuh berkah. Apa yang telah beliau lakukan dalam kurun waktu 10 tahun? Badai apa yang telah beliau hembuskan, dan hamparan apa yang telah beliau bentangkan untuk manusia di balik badai itu, dan bagaimana beliau membentangkannya? Usia beliau 63 tahun. Dengan usia panjang kita, dan dengan perangai kita yang masih kekanak-kanakan kita ingin mengikuti jejak beliau, entah sejauhmana. Yang jelas, jika kita dapat bergerak dengan penuh ikhlas, penuh mujahadah, dan dengan hidayah Ilahi maka hasilnya adalah seperti yang terjadi pada masa 10 tahun pemerintahan Nabawi beserta segala keagungannya.

Ilahi, anugerahilah kami keterjagaan. Sirami hati kami dengan pengetahuan yang lebih mendalam tentang hakikat Islam. Ya Allah, tolonglah umat ini dalam berjuang menempuh jalan yang lurus.

Wasalamu'alaikum wa rahmatullah.

Ucapan menyambut Hari Diutuskan Muhamad saw sebagai Rasullah ini telah diubahsuai untuk renungan kita bersama.

Monday, August 3, 2009

Bagi Orang lain lah

Kepada Bang Mat..........

Bagi orang lain lah bertanding di Permatang Pasir............

Kita mesti memimpin masyarakat bahawa anak kelahiran Hawaii boleh bertanding di Illinois.......... begitu juga di Malaysia lahir di Guar Petai......... sepatutnya boleh bertanding di mana sahaja di Malaysia ini.

Jangan hidupkan kembali, sentimen anak tempatan........... yang telah dihapuskan sekian lama oleh pimpinan PAS terdahulu.

Mohon maaf............ kalau Bang Mat teringin juga nak bertanding di situ!!!

Ini hanya pandangan.

Motivasi Rakyat 6 Ogos 2009 - jangan pulak tak datang.

Sunday, August 2, 2009

Tak Mau Terfitnah.....

Sampai balik rumah dari Demo Mansuh ISA jam 3.15 pagi. YB Naset hantar sampai rumah, lena atas kereta tak sedar habaq sampai Ust Mud gerak........ sampai dah depan rumah. Bertolak lewat balik dari KL kerana dok adjust peserta yang kena tahan Polis dari......... Baling satu bas, Jerlun 5 orang, Kuala Kedah 10 orang , Alor Setar 2 orang...............

Bukan nak cerita Demo ISA, tetapi teringat nak pesan kepada Bekas AJK Pemuda PAS Negeri Kedah, ahli pemuda PAS Kedah yang pegang jawatan-jawatan tinggi dalam Kerajaan mana-mana pun la. Jika tidak mahu terfitnah, maka janganlah buat kerja-kerja yang boleh menimbulkan fitnah.

Wahai pemuda dan pemudi ku.........

Akhlak adalah nombor wahid............... teknikal tidak berguna lagi setelah akhlak tercemar.

1. Kerjalah elok-elok untuk Kerajaan dan Rakyat setelah kamu memilih profesion itu. Jangan otak dok pusin ligat pikiaq pasai lain banyak sangat.

2. Tak payah lah dok pikiag nak cari duit kat PAS, cari lah duit kat kamu secara halal dan selepas itu duit gaji kamu sedekahlah kat PAS, itu lebih berkat dan terelak fitnah.

3. Jangan mudah percaya dan ikut arahan kepada mereka yang bergelar 'pimpinan' secara membuta tuli terutama bila membabitkan hal Maddiyyah , fikirlah dengan sebaik-baik tanyalah sahabat lama yang lebih mengetahui sejarah lama.

4. Elakkan dari melakukan perkara yang syubahat.

5. Kadang-kadang kena bijak dan kena sedar adakah kita telah bekerja untuk jamaah atau bekerja untuk individu.

6. Buat kerja biarlah terang, jelas dan tidak teragak-agak untuk menghebahkan kalau kita buat betul. Kerja suk-sik dalam gelap terutama melibat 3 perkataan yang 2 huruf belakangnya ada .............. it.

7. Bila kamu telah memilih jadi pejawat awam........ jadilah penjawat awam yang baik, jangan masa yang sama itu dok pulun nak berniaga........... silap-silap pulun berniaga lebih dari bertugas sebagai penjawat awam. Itu orang panggil tak dak etika.

8. Bagi pemuda-pemuda yang nak dapat kontrak dari kerajaan, pergilah usaha macam masa UMNO memerintah dulu, gunalah kepakaran yang ada, kalau dapat......... dapatlah kalau tak dapat bukan rezeki, tak payahlah dok sendai perkataan hawar ini..............berbunyi "Bagi la projek tu kat saya......... nanti saya sumbang lah kat PAS".

9. Jadikan Islam sebagai Panduan dalam segala hal................ tanyalah diri sendiri sebelum membuat perkara yang dirasakan meragukan............. fekahnya macam mana? Lulus lepas itu kena tanya pula............. akhlaknya macam? kurang baik............ maka jangan buat, bahaya bukan untuk diri kita sahaja tetapi untuk keluarga, masyarakat, jamaah dan negeri............ kalau buat perkara yang kurang akhlaknya.

10 Detailkan perkataan retorik masa belum memerintah dulu, untuk menjadi garis panduan kamu antaranya ialah :-
a. Kami Benci Rasuah - tetapi kita buat rasuah kerana tak tahu secara terperinci apa itu rasuah.
b. Kami Anti Salahguna kuasa - tetapi kita melakukan perbuat salah guna kuasa kerana tidak faham secara terperinci apa itu salah guna kuasa.
c. Kami menentang diskriminasi - tetapi kita juga melakukan diskriminasi kerana tidak menghayati erti diskriminasi.

Aku mengerti pemuda dan pemudiku............ kita bukan maksum.

Tetapi awasilah diri kita dari fitnah dunia......... yang akan mengkaburi mata dan hati kita. Fikirlah sedalam-dalamnya tidak ada apa untungnya........... jika kerja yang kita buat tidak berkat, dilihat tidak beretika............. lebih-lebih lagi apabila dipercakapkan sebagai tidak berakhlak..............

Nota: Syabas kita semua yang sama-sama bertempur dengan pihak FRU dengan "empty hands" melawan gas dan air racun di pusat bandaraya Ibu Negara Satu Malaysia. Kalau rajin aku cerita detik-detik cemas itu.......... kalau nak tengok video klik sini