Sunday, June 8, 2008

CHE HAD BIN DHALI ADALAH SAHABAT SAYA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihi

Saya terbaca 2 kisah komentar mengenai Che Had bin Dhali di dalam ceritayan.blogspot.

Saya tidak kenal siapa pemilik ceritayan.blogspot dan saya tidak mahu menghalang beliau untuk meneruskan kerjaya beliau sebagai blogger dan tulislah sekehendak yang beliau nak tulis kepada sesiapa sahaja, itu adalah hak beliau.

Sementara saya, Aris bin Awang adalah sahabat Che Had bin Dhali yang saya berdoa kepada Allah yang menguasai hari pembalasan, kami juga akan terus bersahabat di alam selepas kematian nanti di bawah lembayung rahmatNya.

Saya amat bimbang padangan serong yang diberikan oleh ceritayan.blogspot. terhadap Che Had akan turut diikuti oleh pemuda-pemudi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) diseluruh Semenanjung, bahkan Sabah Serawak dan seterus seluruh dunia ini.

Saya menyedari tidak ada manusia yang maksum, kecuali para nabi dan rasul., tetapi gambaran yang digambarkan oleh ceritayan.blogspot. adalah luar dari sikap sebenar Che Had yang saya kenali sejak dari beliau sebagai pelajar di UTM dan aktif dalam gerakan PAS di kampus sehingga mula membuka firma penilaian di Alor Setar, terlibat dengan PAS sebagai AJK PAS Cawangan Tambak Bunga, Dewan Pemuda Kawasan Kuala Kedah, Dewan Pemuda PAS Negeri dan PAS Kedah sejak 18 tahun yang lalu.

Bermula sebagai seorang anak muda Islam dari keluarga yang sederhana di Kampong Jerong, Sungai Petani dan sekarang menjadi sebagai salah seorang yang berjaya dalam kerjayanya di bidang penilaian hasil usaha beliau yang gigih.

Sebagai sahabat kepada Che Had yang seagama, seiman dan seperjuangan saya tidak mengisahkan apa orang nak kata apabila apabila membela Che Had. Bagi saya sebagai sahabat jika ada perkara yang tidak betul dikatakan terhadap seorang sahabat maka mesti sebagai sahabat bangun membelanya selagi merasakan bahawa sahabat tersebut berada dilandasan yang benar.

Sepanjang yang saya kenali Che Had ialah…

Seorang yang amanah

Seorang yang jujur

Seorang yang lurus

Seorang yang pemurah

Seorang yang mengikut arahan pemimpin tanpa ragu dan banyak soal

Seorang yang taat kepada pemimpin jamaah dengan sepenuhnya

Seorang yang sanggup bekerja di bawah tekanan

Seorang yang mampu melakukan banyak kerja dalam satu-satu masa

Apabila sikapnya begitu, mungkin ceritayan.blogspot telah tersalah persepsi terhadapnya.

Sekali lagi saya menyebut bahawa tidak ada manusia yang maksum kecuali para nabi dan rasul, oleh itu saya mendoakan Che Had akan terus mengekalkan sikapnya seperti yang saya gambarkan di atas.

Sementara kepada pemuda-pemudi Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang terbaca ceritayan.blogspot yang kemungkin sedikit sebanyak terpengaruh dengan cerita tersebut, marilah sama-sama beristighfar dan mendoakan semoga Che Had dapat memacu Syarikat berkaitan Kerajaan Negeri Kedah (GLC) yang sedang disusun oleh beliau dapat menjana keuntungan beratus kali lipat dan akhirnya laba akan dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Kedah

Selamat maju jaya kepada Che Had Dhali didunia dan diakhirat, teruskan kerja-kerja mu tanpa mengira celaan orang yang mencela.

Seorang pemain catur, mungkin tidak nampak kesalahan yang dilakukan ketika beliau sedang mencaturkan permainannya, sebaliknya mungkin orang yang tidak bermain lebih nampak kesilapan yang dilakukan tersebut.

Oleh itu kepada ceritayan.blogspot saya berharap beliau teruslah menulis dan memberikan kritikan membina dalam membangunkan Negeri Kedah Darulaman yang kita cintai ini kearah mendapat keredaan Allah semasa hidup sesudah mati di alam yang kekal abadi.

Lebih-lebih lagi tegurlah diri saya (Aris Awang), yang sedang menjalani peperiksaan dalam bilik peperiksaan Allah yang sentiasa di catat setiap markah amalan dan tingkah laku saya setiap detik dan ketika oleh dua malaikat di kiri dan kanan saya.

Semoga dengan teguran ceritayan.blogspot saya akan dapat membetulkan diri saya untuk lulus dengan cemerlang ketika berhadapan dengan Rabul Jalil di Padang Mashyar kelak.

3 comments:

Anonymous said...

i knew en had too and agree with all the traits you have listed above, if not more. i just pray to allah that no one is taking advantage of his 'kelurusan' to manipulate and alas, let him be a scapegoat. wallahualam

Anonymous said...

saye pon kenal che had.. che had mmg seorang yang saaaaangat baik... semoga che had tabah dengan segala dugaan2 yang menimpa.. insyaAllah kebenaran akan terbukti satu hari nanti...

x-jbas

ABDULRAZAK SALLEH said...

Banyak cerita kalau nak tulis pasai seseorang hamba Allah tapi cukuplah sekadar bertanya diri kita masing-masing apakah kita akan selamat di persaksian Hari Kiamat nanti.Teruskan usahamu Che Had!