Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihi
Pemuda dan pemudiku pada 16 Jun 2008 nanti, genaplah 100 hari pemerintahan Parti Islam SeMalaysia (PAS) bersama rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat di 5 buah negeri.
Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, sebagai Menteri Besar Negeri Kelantan dimana sahaja menyampaikan ucapannya terus konsisten menjelaskan asas perjuangan PAS yang diperjuangkan iaitu membawa manusia kepada beriman kepada Allah dan Perkara Ghaib.
Kebimbangan ku ialah kepada pemuda dan pemudiku di negeri yang baru berjaya memerintah.
Apakah akan pupus selepas ini untaian-untaian kata didalam program tarbiyyah dan ceramah umum kita seperti:-
a. “Kita mesti mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia” ditukar kepada “Kita mesti menjaga hati pengundi yang mengundi kita”
b. “Runtuhkan jahiliyyah dan tegakkan Islam di atas runtuhan jahiliyah tersebut” ditukar kepada “Kita akan meneruskan program-program yang ada kerana kalau tak ubah takkan jadi kafir kut”
c. “Kita mesti melaksanakan Islam yang syumul” ditukar kepada “Kita mesti melaksanakan secara berperingkat….. mungkin 50 tahun baru boleh sampai tahap syumul kita bukan nabi dan Kelantan”
d. “
e. “Kita mesti mengubah undang-undang ciptaan penjajah” ditukar kepada “Takkan semua kita nak kena tiru Kelantan”
f. “Kita mesti tubuh PASTI, sekolah rendah, menengah dan kolej sendiri untuk melatih kadir-kadir Islam kita dengan syakhsiah kita sendiri yang memahami bahasa Al-Quran” ditukar secara praktikal kepada “Ape enta pakai tak begaya nia….. sekarang kita kena pakai kot necktie, mesti tau cakap bahasa penjajah ………..kita jangan tunjuk lekeh”
g. “Omar Abdul Aziz ketika sebelum berkuasa adalah seorang hidupnya mewah, tetapi selepas berkuasa meninggalkan segala kemewahan tersebut……. bla…bla….” Ditukar kepada “Kita jangan tunjuk lekeh, kita kena tunjuk kepada mereka, kita pun tahu guna semua itu dan ia mana ada nas kata haram…. bla…. bla…usul fiqh… bla… bla”
g. Dan banyak lagi yang mungkin akan ditukar (pemuda dan pemudiku boleh tulis sendiri dan semak takut ianya berlaku kepada diri kita sendiri)
Mungkin apa yang ku tuliskan ini masih belum terjadi lagi dan tidak pernah terjadi kepada negeri-negeri baru yang kita perintah.
Tetapi naluriku merasa amat bimbang, jika pemuda dan pemudi ku tidak berlatih untuk sentiasa bertutur dalam mana-mana pertemuan dan perjumpaan serta mempraktikkan seperti Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz, Mursyidul Am PAS maka bahasa dan tindakan jujur dan benar kepada Islam yang diperjuangankan lambat laun akan pupus dari kamus perjuangan Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Apabila ianya pupus, akibatnya Allah Taala akan mencari orang lain sebagai pengganti untuk meneruskan perjuangan Menegakkan AgamaNya tanpa takut kepada celaan orang yang mencela.
Ya Allah lindunganlah kami semua dibawah lembayung rahmat Mu, untuk terus berada di Sirathol Mustaqim.
4 comments:
macam sedih shaja sahabat bunyinya....
Assalamualaikum,
Bismillah Arahmaan Arrahiim
Saudaraku, kami adalah penyokong penyokong kecil yang doif tapi kami punyai semangat tinggi. Kami korbankan masa dan wang ringgit malah sanggup korbankan nyawa untuk perjuangan ini. Jauh di sudut hati ingin melihat Kedah sekurang kurangnya dapat merialisasikan sedikit menisfesto berkenaan janji nak melaksanakan Hukum hukum Allah. Ari tu MB ada bagitau nak mengikut kaedah dan cara Kelantan - Alhamdulillah, seronoknya kami.
Tapi akhir akhir ini kami ada dengar "kita akan buat cara kita" -cara kita tu macam mana ? Pemerintahan Kelantan dan Tuan Garu Nik Aziz adalah contoh terbaik di Malaysia, sehingga VIP VIP UMNO pernah menyatakan mereka hanya percaya T.G. Nik Aziz dan Ustaz Haron Din Saja yg boleh dipercayai dapat memimpin dan menjaga ISLAM di Malaysia.
Kami lihat ada juga pemimpin yang dilantik ke jawatan tertentu bukan jenis yang boleh buat kerja. Ada juga pemimpin yg dilantik adalah dari kalangan yg pernah disumpah oleh anak anak yatim (Memali) dan membuat inaya terhadap org yg ikhlas berjuang, adakah pemimpin jenis ini akan mendapat berkat dari Allah ? Lagipun pemimpin tersebut tidak ada kelayakan sepatutnya. Kami hairan dan bengong, ini kah cara yg dikatakan cara Islam Memerintah ? Ada ramai lagi yg kami tau pemimpin yg dilantik itu TAK LAYAK DAN TAK BOLEH BUAT KERJA. Kami tau, kami org bawahan selalu memerhatikan benda benda ini. Sepatutnya pemimpin tertinggi selidik dan berbincang dengan org bawahan seperti kami. Jangan ingat kami tak tau menahu dan Jahil dalam perkara sedemikian.
Tolong lah jangan persiakan harapan kami, kami mahu Islam memerintah dan biarlah yg memerintah itu memenuhi piawai dan syarat tertentu, jangan pakai tangkap muat dan amalkan kronisma saja. Kalau macamtu sama sajalah dengan UMNO yg memerintah dulu. PENAT SAJA KAMI BERJUANG - HAMPAS.
Sekian, nanti ada lagi.....
Alhamdulillah dgn adanya blog yg berbentuk muhasabah macam ni..
Teruskan ustaz utk dibaiki dalaman kita.
Wassalam
Uataz Aris…
Saya rasa Ustaz aris pernah diamanahkan sebagai ketua pemuda, ketua penerangan, setiausaha perhubungan dalam Pas Kedah..semua tu tentu memberi pengalaman dan ruang untuk ustaz buat apa yang sepatutnya sebagai pemimpin…
Akhir-akhir ini..nampaknya ustaz banyak ‘menghentam’ orang yang sedang bergelut di medan yang ustaz tinggalkan…macam ustaz tidak pernah berada di’sana’ dan semua amanah yang ustaz pernah pikul tidak beri apa-apa pengalaman siasah kepada uztaz…
Amanah yang sedang terpikul dibahu sahabat-sahabat, sepatutnya dipikul sebahagiannya oleh Ustaz, bukannya dengan cara ustaz lari tinggalkan medan, jadi pemerhati, buat ala kadar supaya orang tak nampak ustaz lari, lepas tu ‘tenyeh’ cukup-cukup orang yang sedang bergelut..pada ustaz orang ini salah, orang ni buat tak betul, orang ini sudah lari dari landasan…ustaz sorang ja betoi…
Nampak macam ustaz merajuk..tak tahan ujian.. tak mampu menyerap tekanan…mana ada perjuangan yang tak ada tekanan dan ujian.. ustaz sedang bermasalah kerana tak berupaya mengatur tapak kaki selari dengan keperluan semasa.
Saya yakin dan saya nampak, pimpinan yang sedang bergelut sedang berjuang habis-habisan dengan segala upaya yang ada untuk hadapi serangan, menepis pukulan, mengalak tikaman, menyerang balas dengan segala seni peperangan yang dibenarkan oleh nas dan Ijtihad semasa.
Tapi saya nampak ustaz sedang menambah tahil bebanan yang terpaksa dipukul oleh para pimpinan dengan sikap ustaz yang mengelak dan menolak bila diberi amanah, memilih untuk ‘menenyeh’ pribadi dan tindakan2 siasah yang silaksanakan oleh pimpinan. Saya takut ustaz jadi penajam pena musuh saja.
Post a Comment