Kaum lelaki adalah pemimpin kepada wanita.
Wajib bagi seorang wanita untuk mentaati suaminya
dalam sebuah rumahtangga, sehingga apabila isteri tidur, sementara suaminya
masih dalam keadaan marah kepadanya, maka para malaikat akan terus mencelanya
sepanjang suaminya masih marah. Doanya tidak akan dikabulkan, begitu juga
amal-amalnya tidak akan diterima. Semua amal baik yang dianjurkan dan perbuatan
semisalnya harus dilakukan dengan izin daripada suaminya dan setelah yakin
apa yang diinginkan oleh suaminya.
Demikian juga sebaliknya. Al-Quran dan Sunnah telah
juga menetapkan tanggung jawab dan kewajipan seorang lelaki kepada isterinya.
Disamping peralatan rumah tangga, makanan dan tempat tinggal serta berbagai
tanggung jawab lainnya adalah terletak di bahu kaum lelaki sebagai suami.
Setiap lelaki yang mengahwini seorang wanita dibahunya
terpikul tanggungjawab yang besar seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran, “Wahai
manusia! Jagalah dirimu dan keluarga mu dari api neraka”. Setelah seorang
lelaki berkahwin dia tidak lagi boleh memikirkan hanya mengenai dirinya
sahaja, tanggungjawabnya juga adalah untuk menjauhkan isterinya dari api
neraka kerana suami adalah ketua keluarga.
Tanggung jawab lain yang diletakkan oleh Al-Quran adalah
bergaul dengan sebaik-baiknya dengan isteri. Semua usaha mencari kesalahan yang
berlebihan terhadap perkara yang dilakukan isteri kepada suaminya adalah
melawan syariat Islam.
Celakalah! Orang lelaki yang melakukan tuduhan yang
tidak berasas kepada isterinya, juga berperilaku buruk kepada isteri mereka,
lebih-lebih lagi, Na’uzubillah, suami yang memukul isterinya. Suami tidak
berhak memukul isterinya.
Di sisi lain, dikatakan secara timbal balik kepada wanita,
“Taatilah suamimu”. Sebagaimana juga
Islam mengatakan kepada suami, “Anda tidak berhak memerintah isteri anda sesuka
hati!!!”. Si suami tidak berhak bertanya kepada isteri mengapa tidak mengemas
rumah, kerana itu bukan tugas asasinya, kamulah yang perlu menyediakan pembantu
rumah.
Islam mengatakan pula kepada si isteri, “Wahai seorang
isteri!, jihad anda adalah melayan suami dengan baik! Jihad anda adalah
menjadi ibu rumah tangga yang baik!, hormat kepada suami. Jadikan dirimu suci,
bersih dan cantik, sejauh yang anda mampu, dandanilah dirimu untuk suami,
layani dia, dan besarkanlah anak-anaknya. Berikan susumu untuk anak-anakmu.
Ketahuilah bahawa dalam setiap titis susu yang sedut oleh anakmu dari payudaramu
akan mendapat ganjaran disisi Allah seperti membebas seorang hamba.”
Islam mengatakan pula kepada si suami, “Wahai seorang
suami!, anda tidak berhak untuk memaksa isteri anda memberi susu kepada anakmu,
kerana memberi makan dan memberi pakaian adalah tanggungjawab ayah!!!. Anda tidak
berhak menolak, jika isterimu meminta upah atas pemberian air susu kepada
anakmu. Dia mempunyai hak untuk itu. Memberi makan anak adalah tanggungjawab
ayah”.
Tetapi Islam berkata pula kepada para ibu, “Wahai
seorang isteri!, anda haru bersyukur dan tidak perlu meminta upah, cintailah
suamimu dan bersyukurlah kepada Allah swt yang telah menganugerahi kepada anda
berdua seorang bayi yang comel, berilah ia makan, dari air susumu sendiri!”.
Diwajibkan kepada setiap lelaki yang beristeri,
menjaga isterinya dengan sebaik mungkin. Wanita kebiasaannya lebih lemah
fizikalnya daripada lelaki, oleh itu lelaki harus menjaga dirinya agar tidak
keterlaluan memarahi isterinya.
Suami harus mempunyai penuh pertimbangan dan
simpati dan bersikap tolak ansur kepada isterinya. Jika si isteri marah, berleter dan
mula bertindak menjengkelkan, suami harus tetap bersabar. Jangan berlawan cakap
apa yang dirungutnya, jika tidak masalah akan semakin kusut dan berpanjangan. Anda harus
sentiasa memaafkan isteri anda kerana kehendaknya lemah.
Perilaku suami
mestilah lebih rasional, tidak bersikap kasar dan berbeda dari isteri.
Nota ini hanya sebagai secebis bingkisan awal dalam
melayari sebuah bahtera kehidupan bagi bakal sepasang suami isteri yang saling
cinta mencintai, samada sebelum atau selepas berumah tangga.
SELAMAT
MENYAMBUT EIDIL FITRI 1434
DAN
SELAMAT
PENGANTIN BARU KEPADA YANG AKAN MELANSUNGKAN PERKAHWINAN SEPANJANG SYAWAL 1434 YANG
MULIA INI.
DAN
KHUSUSNYA KEPADA
SDR
MOHAMAD OTHMAN
DARIPADA
GELARAN MAT LEHA AKAN BERUBAH MENJADI MAT FATHIYAH!!!
PADA 8 SYAWAL 1434/ 15 OGOS 2013
TAHNIAH
!!!
MAT LEHA......... OPSSSS MAT FATHIYAH !!!
Nasihat diadaptasi dari
Kitab Bermasyarakat Menurut Al-Quran (Tafsir Surah Al-Hujurat ayat 5) muka surat 97-100.
2 comments:
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK
Post a Comment