Bagaimanakah bentuk 'GAYA HIDUP' masyarakat Malaysia adalah bahagian terpenting dan hakiki dalam usaha kita membangun peradaban baru, samada sebelum atau lebih-lebih lagi selepas Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia.
Oleh itu antara persoalan yang perlu difikirkan oleh pemimpin negara, pemimpin negeri, penggubal dasar, para pemikir, pemimpin masyarakat, ketua jabatan, pengetua sekolah, bahkan individu yang prihatin mengenai apakah gaya hidup masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk?
Sebagai permulaan kepada usaha berfikir kearah gaya hidup yang mampu membina sebuah peradaban baru, marilah kita menjawab beberapa persoalan mengenai gaya hidup masyarakat Malaysia di sekitaran kita?
1. Mengapa budaya kerja berkumpulan semakin lemah?
2. Mengapa dalam hubungan kemasyarakatan hak orang lain sering dilanggar?
3. Mengapa angka perceraian masih tinggi?
4. Mengapa para pemandu kendaraan kurang memperdulikan peraturan lalu lintas?
5. Apa saja aturan hidup di apartemen/rumah flat dan apakah aturan itu diindahkan?
6. Apakah contoh yang ideal bagi hiburan yang sihat?
7. Apakah dalam keseharian kita selalu berbicara jujur?
8. Sejauh manakah pemimpin dan anggota masyarakat dicemari kebiasaan berbohong?
9. Apakah penyebab tindakan brutal dan ketidaksabaran dalam hubungan bermasyarakat?
10. Apakah model pakaian dan tatacara kehidupan kota yang ada saat ini?
11. Apakah hak-hak masyarakat dijaga di internet dan media massa?
12. Apakah penyebab munculnya penyakit berbahaya berupa kecenderungan melanggar hukum Tuhan/ undang-undang negara pada diri sebahagian orang?
13. Sejauh manakah dedikasi kita dalam bekerja?
14. Sejauh manakah kepedulian pengeluar tempatan terhadap kualiti produknya?
15. Mengapa masih banyak ide cemerlang yang hanya bertahan di tahap kata-kata dan impian?
16. Berapa jamkah kerja manfaat yang dilakukan di pejabat-pejabat?
17. Apa yang harus kita lakukan untuk membenteras riba' dan manipulasi kewangan?
18.Apakah hak-hak suami, isteri, dan anak-anak diambil berat secara penuh dalam keluarga?
19. Mengapakah sebahagian orang amat bangga dengan konsumerisme?
20. Apa yang harus kita lakukan supaya wanita tetap menjaga kehormatan keluarganya dan di saat yang sama dapat melaksanakan tugas sosialnya dengan baik?
21. Apakah ketenangan jiwa manusia dapat dipenuhi dengan harta dan wang?
22. Mengapakah Ketua Jabatan, yang sudah banyak wang, masih menipu dan melakukan penyelewengan serta tidak amanah?
23. Mengapakah masih terdapat seorang yang berlatar belakang pengajian agama, tetapi bersikap angkuh dan bodoh sombong?
24. Mengapakah perkara yang sudah mempunyai 'track record' yang baik tidak dijadikan model dalam melaksanakan satu projek baru?
25. Apakah etika yang perlu ada kepada seorang pemimpin nombor satu negara dan negeri?
26. Mengapakah gejala penagihan dadah semakin meningkat?
27. Apakah punca kes mengandung luar nikah dan gejala buang anak semakin parah?
28. Bagaimanakah budaya 'duit kopi', 'wang pelincir', 'tumbuk rusuk', 'bawah meja' akan dianggap seperti memakan daging babi oleh orang Islam?
Banyak lagi persoalan yang boleh kita timbulkan dalam soal gaya hidup yang enak dan tidak enak berlegar dihadapan mata kita sekarang.
Berfikir, berwacana dan berusaha membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai gaya hidup yang unggul adalah penting!
Setelah mempunyai satu dasar yang jelas, fenomena membentuk gaya hidup ini harus diperbaiki secara perlahan dengan cara perubahan dalam masyarakat itu sendiri, terutama kepimpinan, kerana jika sesuatu masyarakat memandang baik dan tidak endah kepada sesuatu perbuatan buruk, maka akhirnya setiap individu dalam masyarakat serta generasinya juga mewarisi tindakan tersebut. Maka masyarakat mesti dididik secara bijak untuk melihat perkara baik adalah baik dan perkara buruk adalah buruk.
Jawablah dengan jujur: Apakah gaya hidup yang anda inginkan terhadap generasi sekeliling anda?
No comments:
Post a Comment