Monday, October 29, 2012

MEMBINA GAYA HIDUP MASYARAKAT MALAYSIA?

Bagaimanakah bentuk 'GAYA HIDUP' masyarakat Malaysia adalah bahagian terpenting dan hakiki dalam usaha kita membangun peradaban baru, samada sebelum atau lebih-lebih lagi selepas Pakatan Rakyat Memerintah Malaysia.


Oleh itu antara persoalan yang perlu difikirkan oleh pemimpin negara, pemimpin negeri, penggubal dasar, para pemikir, pemimpin masyarakat, ketua jabatan, pengetua sekolah, bahkan individu yang prihatin mengenai apakah gaya hidup masyarakat Malaysia yang ingin dibentuk?

Sebagai permulaan kepada usaha berfikir kearah gaya hidup yang mampu membina sebuah peradaban baru, marilah kita menjawab beberapa persoalan mengenai gaya hidup masyarakat Malaysia di sekitaran kita?

1. Mengapa budaya kerja berkumpulan semakin lemah? 


2. Mengapa dalam hubungan kemasyarakatan hak orang lain sering dilanggar? 

3. Mengapa angka perceraian masih tinggi? 

4. Mengapa para pemandu kendaraan kurang memperdulikan peraturan lalu lintas? 

5. Apa saja aturan hidup di apartemen/rumah flat dan apakah aturan itu diindahkan? 

6. Apakah contoh yang ideal bagi hiburan yang sihat? 

7. Apakah dalam keseharian kita selalu berbicara jujur? 

8. Sejauh manakah pemimpin dan anggota masyarakat dicemari kebiasaan berbohong? 

9. Apakah penyebab tindakan brutal dan ketidaksabaran dalam hubungan bermasyarakat?

10. Apakah model pakaian dan tatacara kehidupan kota yang ada saat ini?

11. Apakah hak-hak masyarakat dijaga di internet dan media massa? 

12. Apakah penyebab munculnya penyakit berbahaya berupa kecenderungan melanggar hukum Tuhan/ undang-undang negara pada diri sebahagian orang? 

13. Sejauh manakah dedikasi kita dalam bekerja? 

14. Sejauh manakah kepedulian pengeluar tempatan terhadap kualiti produknya?

15. Mengapa masih banyak ide cemerlang yang hanya bertahan di tahap kata-kata dan impian? 

16. Berapa jamkah kerja manfaat yang dilakukan di pejabat-pejabat

17. Apa yang harus kita lakukan untuk membenteras riba' dan manipulasi kewangan? 

18.Apakah hak-hak suami, isteri, dan anak-anak diambil berat secara penuh dalam keluarga? 

19. Mengapakah sebahagian orang amat bangga dengan konsumerisme?

20. Apa yang harus kita lakukan supaya wanita tetap menjaga kehormatan keluarganya dan di saat yang sama dapat melaksanakan tugas sosialnya dengan baik?

21. Apakah ketenangan jiwa manusia dapat dipenuhi dengan harta dan wang?

22. Mengapakah Ketua Jabatan, yang sudah banyak wang, masih menipu dan melakukan penyelewengan serta tidak amanah?

23. Mengapakah masih terdapat seorang yang berlatar belakang pengajian agama, tetapi bersikap angkuh dan bodoh sombong?

24. Mengapakah perkara yang sudah mempunyai 'track record' yang baik tidak dijadikan model dalam melaksanakan satu projek baru?

25. Apakah etika yang perlu ada kepada seorang pemimpin nombor satu negara dan negeri?

26. Mengapakah gejala penagihan dadah semakin meningkat?

27. Apakah punca kes mengandung luar nikah dan gejala buang anak semakin parah?

28. Bagaimanakah budaya 'duit kopi', 'wang pelincir', 'tumbuk rusuk', 'bawah meja' akan dianggap seperti memakan daging babi oleh orang Islam?


Banyak lagi persoalan yang boleh kita timbulkan dalam soal gaya hidup yang enak dan tidak enak berlegar dihadapan mata kita sekarang. 

Berfikir, berwacana dan berusaha membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang mempunyai gaya hidup yang unggul adalah penting!

Setelah mempunyai satu dasar yang jelas, fenomena membentuk gaya hidup ini harus diperbaiki secara perlahan dengan cara perubahan dalam masyarakat itu sendiri, terutama kepimpinan, kerana jika sesuatu masyarakat memandang baik dan tidak endah kepada sesuatu perbuatan buruk, maka akhirnya setiap individu dalam masyarakat serta generasinya juga mewarisi tindakan tersebut. Maka masyarakat mesti dididik secara bijak untuk melihat perkara baik adalah baik dan perkara buruk adalah buruk.

Jawablah dengan jujur: Apakah gaya hidup yang anda inginkan terhadap generasi sekeliling anda?

Monday, October 22, 2012

KUPASAN FALSAFAH HAJI OLEH TIMPRES PAS



Dalam Kuliah Bulanan beliau kali ini Hj Mohamad Sabu, Timpres PAS telah mengupas Falsafah Ibadah Haji pada 17 Oktober 2012 yang lalu bertempat di Madrasah Al-Hasaniah, Tambak Bunga, Alor Setar Kedah. Kuliah bulanan beliau ini telah berjaya diadakan sejak 4 tahun yang lalu sehingga sekarang setiap bulan.

Beliau menegar perlu mencontohi Nabi Ibrahim as. membawa balik Nabi Ismail as., membuang Firaun, Qarun dan Bal'am dari hati mereka yang pulang dari mengerjakan Haji. Bagaimana caranya???

Sila klik klip video di bawah untuk berkongsi mendengar bagaimana caranya yang disampaikan oleh beliau:-


PART 1



PART 2



PART 3



PART 4


Thursday, October 18, 2012

SIAPAKAH BAL'AM BIN BA'URA MODERN?


SURAH AL A’RAAF

سُوۡرَةُ الاٴعرَاف
وَٱتۡلُ عَلَيۡهِمۡ نَبَأَ ٱلَّذِىٓ ءَاتَيۡنَـٰهُ ءَايَـٰتِنَا فَٱنسَلَخَ مِنۡهَا فَأَتۡبَعَهُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ فَكَانَ مِنَ ٱلۡغَاوِينَ (١٧٥) وَلَوۡ شِئۡنَا لَرَفَعۡنَـٰهُ بِہَا وَلَـٰكِنَّهُ ۥۤ أَخۡلَدَ إِلَى ٱلۡأَرۡضِ وَٱتَّبَعَ هَوَٮٰهُ‌ۚ فَمَثَلُهُ ۥ كَمَثَلِ ٱلۡڪَلۡبِ إِن تَحۡمِلۡ عَلَيۡهِ يَلۡهَثۡ أَوۡ تَتۡرُڪۡهُ يَلۡهَث‌ۚ ذَّٲلِكَ مَثَلُ ٱلۡقَوۡمِ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا‌ۚ فَٱقۡصُصِ ٱلۡقَصَصَ لَعَلَّهُمۡ يَتَفَكَّرُونَ (١٧٦) سَآءَ مَثَلاً ٱلۡقَوۡمُ ٱلَّذِينَ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَا وَأَنفُسَہُمۡ كَانُواْ يَظۡلِمُونَ (١٧٧  
  
175. Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang Yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) kami. kemudian ia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang Yang sesat.

176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya Dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir.


177. Amatlah buruknya bandingan orang-orang Yang mendustakan ayat-ayat kami, dan mereka pula berlaku zalim kepada diri merela sendiri.

 
KISAH DARI AYAT

Nabi Muhammad S.A.W. diperintahkan Allah menceritakan kisah seorang Ulama’ yang juga Wali Allah bernama Bal’am ibnu Ba’ura dari kalangan Bani Israel yang hidup di zaman Nabi Musa aliahissalam yang sangat mustajab doanya.


Dia termasuk salah seorang yang diberi ilmu tentang Ismul A’zham (Nama Allah Yang Paling Agung). Setiap kali menyampaikan kuliah, seramai 12 ribu ulama’ menimba ilmu agama darinya.

Menurut ulama tafsir yang diambil dari ‘Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau mengisahkan:

Ketika Nabi Musa ‘alaihissalam datang ke Kan’aan, Syam (Syria) bersama para pengikutnya, para kerabat dan sepupu Bal’am datang menemui Bal’am lalu berkata: “Musa itu orang yang tiada tolak ansur dan mempunyai pasukan yang besar. Jika dia memasuki negeri kita tentulah dia akan memusnahkan kita. Engkau adalah seorang yang diterima doa oleh Allah. Maka berdoalah kepada Allah menurunkan keburukan kepada Musa beserta pasukannya.”


Kata Bal’am: “Sesungguhnya, jika aku berdoa kepada Allah agar menghalau Musa dan orang-orang yang bersamanya, tentulah dunia dan akhiratku hilang.”


Tapi mereka terus menerus memujuknya hingga diapun menuruti permintaan mereka. Dikisahkan, setiap kali dia mendoakan keburukan terhadap Nabi Musa dan pasukannya, maka doa itu menimpa Bal’am dan orang-orang yang memujuknya. Begitulah seterusnya.

Menyedari hal itu, merekapun bertanya, "Mengapa engkau mendoakan keburukan terhadap kita?
 

Bal'am menjawab “Sebenarnya, setiap kali aku mendoakan keburukan terhadap Musa dan pengikutnya, tidak dikabulkan doa aku. Jangan bimbang sekarang aku akan tunjukkan kepada kamu satu hal yang semoga dapat membinasakan mereka. Sesungguhnya Allah membenci perzinaan, dan kalau mereka jatuh dalam perbuatan zina, nescaya mereka pasti binasa, dan aku berharap Allah menghancurkan mereka." jawab Bal'am.

Bal'am memberi arahan, "Keluarkanlah para wanita cantik menggoda mereka. Kerana mereka itu para musafir, mudah-mudahan mereka terjerumus dalam perzinaan lalu binasa.”

Setelah sebahagian besar Bani Israel pengikut Nabi Musa terjerumus dalam perbuatan zina, Allah Subhanahu wa Ta’ala kirimkan wabak tha’un sehingga menewaskan 70 ribu orang dari mereka.

Ringkas cerita, Bal’am ibnu Ba'ura walaupun berilmu tinggi telah terbujuk kepada kehendak manusia jahat kerana diperdaya oleh syaitan berupa manusia dan jin  sehingga tergamak menentang Nabi Musa as. dan akhirnya di tempelak oleh Allah swt seperti ayat 75 di atas iaitu:-

"Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu, tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika Engkau menghalaunya: ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika Engkau membiarkannya: ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah"

Gambar Hiasan

Adakah sikap dan perangai anjing Bal'am bin Ba'ura kembali menjelma? 

Awasi, renungi, kaji, teliti, fahami, berdoa dan bertindaklah semoga kita terus berada di Sirothal Mustaqim dan berjaya mengenali dan menghapuskan Bal'am bin Ba'ura yang sentiasa berusaha menghancurkan perjalanan Gerakan Islam dengan berbagai strategi dan taktik.