Thursday, September 8, 2011

FILEM 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA KARYA FAHMI REDZA

Seluruh rakyat Malaysia yang telah di gegarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu sepanjang 2 minggu ini mengenai isu siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan tanah air kita yang tercinta ini, untuk menambah maklumat kita, dirasakan amat baik saudara-saudari yang budiman menonton sebuah dokumentari yang di hasilkan oleh Sdr Fahmi Redza

Berikut adalah penjelasan Sdr Fahmi Redza mengenai filem 10 Tahun Sebelum Merdeka yang dihasilkan oleh beliau:-

"10 Tahun Sebelum Merdeka ialah percubaan pertama aku bikin filem, dan juga percubaan pertama aku dalam mengendalikan blog. Blog ini aku khaskan untuk maklumat² sejarah menarik yang aku temui dalam proses penyelidikan untuk filem ini. Aku masih dalam proses mencari veteran² politik lain dari zaman 1945-1957 untuk ditemubual. Jadi, kalau ibu, bapa, nenek, datuk, pakcik, makcik, saudara atau jiran kamu dulu aktif dalam PKMM, API, AWAS, PKM, UMNO, kesatuan sekerja, atau badan² politik lain, tolong email aku di fahmireza@gmail.com
"

Beliau juga menjelaskan,

"20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik negara untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.
"

Mereka yang telah menceritakan pengalaman itu ialah,

Lim Kean Chye / Malayan Democratic Union (MDU)

Yahya Nassim / Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Hashim Said / Angkatan Pemuda Insaf (API)

Zainuddin Andika / Angkatan Pemuda Insaf (API)

Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)

Pencarian itu telah berjaya dipersembahkan kepada khalayak pada tahun 2007 yang lalu.
Selamat menonton, semoga bermanafaat.










No comments: