Pemuda dan pemudiku bakal pimpinan Jamaah, negara dan dunia.
Di bawah ini aku perturunkan beberapa petua dan cara mudah untuk menolak nasihat orang lain apabila anda menjadi pimpinan suatu hari nanti:-
Berkatalah dalam hati atau lebih kukuh lagi lontarlah ucapan kepada mereka disekeliling anda yang menjadi pendokong anda, antaranya ucapan mudah itu ialah begini:-
1. "Mereka semua dengki"
2. "Mereka tak ada ditempat aku, kalau jadi macam aku boleh jadi teruk daripada aku lagi"
3. "Mereka tidak faham"
4. "Ini memang hak aku, ikut peraturan boleh"
5. "Ahhh... itu dari persepsi mereka, manusia ada berbagai persepsi... pedulikan"
6. 'Mereka yang hendak menasihat kita itu, lebih kurang Iblis yang nasihat nabi Adam makan buah larangan"
Namun Rasulullah saw berkata yang bermaksud: "Agama itu Nasihat" dan beliau pernah berkata kepada Jarir Ibn Abdullah mengenai 3 perkara, "Sujud kepada Allah (Solat), membayar zakat (berkebajikan), memberi nasihat kepada semua umat Islam termasuk pemimpin dan yang dipimpin"
Oleh itu tegur dan nasihatlah saya, wahai semua sahabatku... kerana walaupun aku hanya menjadi pemimpin di peringkat kawasan, sebagai Setiausaha PAS Kawassan. Amat dibimbangi mungkin penyakit di atas sudah mulai menjangkiti diri ku dan kita semua dalam zaman ada Kerajaan ini.
Sebagai manusia, kita melakukan sesuatu perbuatan tanpa berkeupayaan untuk memerhati diri sendiri, kita melakukannya tanpa ragu-ragu dan ini merupakan satu kelemahan. Bagaimanapun Allah swt telah menjadikan sahabat sejamaah sebagai cermin di antara satu sama lain. Melalui respon, nasihat, kritikan dan tingkahlaku mereka kepada kita, ambillah ia sebagai hadiah yang amat bernilai.
Janganlah ianya ditolak mentah-mentah, dengan ungkapan mudah seperti di atas.
Mengikut ajaran Nabi Suci kita (Muhamad saw) seorang mukmin itu adalah cermin kepada sahabatnya. Ingatlah cermin memberi satu gambaran yang tepat, tidak kurang, dan tidak lebih. Amatlah malang jika kita melihat cermin (nasihat dan kritikan dari sahabat seperjuangan) terlihat panau ada dibawah dagu kita. lalu kita mengatakan ahh... cermin ni mana boleh pakai, mana aku ada panau.... cerdikkah kita?
Bahkan sekalipun kritikan itu datang dari musuh dalam (jika dianggap musuh) atau musuh luar jamaah. Sesungguhnya seorang yang bijak memperolehi manfaat daripada kritikan yang dilemparkan oleh kononnya musuh terhadap amalan dan tindakannya dengan memperbaiki kesilapan yang dilihat oleh orang lain tetapi tidak disedarinya. Sebenarnya seorang sahabat yang setia yang memberi nasihat kepada kita, adalah seorang teman yang amat berharga dalam kehidupan ini. Pada satu masa Saidina Umar r.a menyatakan: "Semoga Allah merahmati sesiapa yang memberitahu kesilapan-kesilapanku. Teguran itu aku anggap sebagai hadiah yang cukup berharga."
Ingatlah! Cermin akan terus menjadi cermin kepada kita, ketuklah ia pecah berderai menjadi debu, agar ia tidak lagi mengkritik kita.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN
KAUTLAH SEBANYAK MUNGKIN WANG DAN HARTA TANAH AKHIRAT (PAHALA) YANG DISEDIAKAN OLEH ALLAH PENCIPTA SEKELIAN ALAM.