Tuesday, June 28, 2011

ULANG TAHUN BERSIH 2.0 KE 25

Kuala Lumpur, 9 Julai 2036: Encik Aris Awang, Perdana Menteri Malaysia, telah menyempurnakan majlis perasmian Sambutan Ulang Tahun ke 25 memperingati BERSIH 2.0 di Dataran Bersih, Kuala Lumpur.

"Saya menzahirkan rasa penuh kesyukuran kepada Allah swt yang telah melimpah keharmonian, kemakmuran serta penuh barakah kepada negara Malaysia yang kita cintai ini, hasil dari perjuangan mereka yang terdahulu dalam memulihkan demokrasi di Malaysia ini m
elalui perhimpunan aman BERSIH 2.0 dua puluh lima tahun yang lalu", ucapan Perdana Menteri ketika memulakan ucapannya.

Seramai sekitar 100,000 orang telah hadir di dalam sambutan ulang tahun ke 25 Bersih 2.0 dan tetap ditempat masing-masing dengan pakaian kuning dan ada antaranya berpayung kuning ketika ucapan perasmian oleh Perdana Menteri walaupun hujan gerimis turun seolah-olah merestui perhimpunan pagi itu.

Perdana Menteri juga mengingatkan agar rakyat Malaysia yang berbilang kaum sentiasa mengingati tokoh-tokoh pejuang BERSIH 2.0 yang telah menabur jasa memulihkan demokrasi di Malaysia ini, sehingga menjadi Malaysia sebuah negara yang makmur seperti yang di nikmati hari ini.

"Biarlah pemimpin negara miskin, tetapi rakyat kaya dan jangan kita ulangi seperti pemerintahan BN dahulu biar rakyat miskin tetapi pemimpin mengaut kekayaan negara" tegas En Aris lagi.

Sebagai penghargaan kepada rakyat sempena sambutan ke 25 Bersih 2.0 Perdana Menteri telah mengumumkan keuntungan wang Petronas akan digunakan untuk membiayai bidang pendidikan secara percuma bermula dari pra-sekolah sehingga ke peringkat Ijazah pertama. Tepukan gemuruh dari seluruh peserta sambutan bergema sebaik sahaja pengumuman tersebut dilafazkan oleh Perdana Menteri,

"Keuntungan negara akan dijanakan pula melalui kepandaian dan kepakaran rakyat yang dapat menghasil kepakaran teknologi yang kita Malaysia sekarang ini sudah memintas negara Eropah dan Amerika dan mereka pula terpaksa mempelajari teknologi dalam Bahasa Malaysia" demikian tegas Perdana Menteri

Dihujung majlis perasmian sambutan, beberapa Anugerah telah diberikan kepada mereka yang terlibat dalam BERSIH 2.0 dan ada diantaranya diwakili oleh kaum keluarga masing-masing kerana sudah uzur dan meninggal dunia kerana sakit tua.

Tepukan gemuruh sekali lagi bergema, apabila Hj Mohamad Sabu muncul di atas kerusi roda ketika di jemput untuk menerima Penghargaan dari Perdana Menteri. Beliau melambai-lambaikan tangannya di atas kerusi roda dalam keadaan yang agak uzur kerana di tahan di bawah ISA beberapa tahun sebelum Malaysia berjaya di perintah oleh Pakatan Rakyat melalui perjuangan BERSIH 2.0 setelah mendapat pilihanraya yang adil dan bersih.

Perdana Menteri juga, melancarkan prototype Kereta Terbang yang di beri nama BERSIH 2.0 dalam gimik Pelancaran BERSIH 2.0 bagi tahun ke 25.

"Tidak dapat di bayangkan Malaysia berjaya menjadi pengeluar kereta terbang pertama di dunia yang menggunakan kuasa solar dan kuasa graviti negatif, inilah hasil kuasa rakyat betul-betul dijanakan selepas BERSIH 2.0, 25 tahun yang lalu", tegas Perdana Menteri.

Muhamad Salam Kamarudin, selaku pengarah program sambutan ke 25 tahun BERSIH 2.0 mengalukan-mengalukan kehadiran seluruh pengunjung yang belum lagi hadir ke program yang akan berlangsung selama 3 hari 3 malam bermula 9 Julai 2036 - 11 Julai 2036 di Dataran BERSIH 2.0, Kuala Lumpur. Berbagai acara dan sambutan di adakan seperti tayangan hologram BERSIH 2.0 seperti wujud depan mata, pancaran laser nama-nama dan gambar mereka yang terlibat dalam BERSIH 2.0, poster 25 tahun lalu yang masih disimpan dan sebagainya yang melibat seluruh rakyat Malaysia dan dibiayai oleh rakyat tanpa melibatkan wang negara.

NOTA:
1. Perdana Menteri sengaja masuk nama Pak Teh sendiri, buboh nama orang lain kut perasan pulak, biar Pak Teh perasan sorang-sorang cukup la, Pak Teh pun mati dah masa tu.... mungkin!
2. Dataran BERSIH 2.0 (25 tahun dahulu namanya dikenali sebagai Dataran Merdeka)

Wednesday, June 22, 2011

PERSIAPAN KE BERSIH 2.0

Wahai pemuda dan pemudi ku....

Peruntukan masa malam mu selama lebih kurang 33 minit untuk doa, Doalah dengan doa ini di malam Jumaat pertama 23 Jun 2011 seterusnya malam Jumaat kedua 30 Jun 2011 dan malam Jumaat ketiga pada 7 Julai 2011 dan selepas itu bersamalah turun dengan penuh ketenangan ke BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 (Sabtu)

Ku peringatkan ini, terutama kepada yang akan memimpin kumpulannya dari cawangan, kawasan dan negeri-negeri..... mudah-mudahan Allah akan memudahkan urusan kita pada 9 Julai 2011 dan menghindar segala ganguan dari jin, iblis dan manusia yang cuba mengganggu.

Doa adalah senjata para mukmin.... gunakanlah ia, jangan bertangguh...

Selepas doa itu, atau sebelum doa itu .... lakukanlah solat malam mu seperti biasa.

Doa ini diajar oleh Saiadina Ali kepada sahabatnya Kumail bin Ziyad.



PERMOHONAN KITA KE HADZRAT YANG MAHA PERKASA DARI SEGALA YANG MENGAKU PERKASA!!!




Tuesday, June 21, 2011

MAJLIS MENGINGATI PEMERGIAN USTAZ FADZIL

Kepada seluruh sahabat seperjuangan

Jemput hadir ke Majlis Tahlil dan Pengkisahan Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Nor pada 23 Jun 2011 hari Khamis.

Bertempat di Markaz PAS Kawasan Kuala Kedah, Kg Kuala Sungai, Kubang Rotan, Kedah.

Majlis di mulakan dengan Solat maghrib berjamaah.
Diikuti bacaan Tahlil

Seterusnya pengkisahan kehidupan dan perjuangan Al-Marhum Ustaz Fadzil oleh Ustaz Abd Ghani Shamsudin, AJK PAS Pusat.

Solat Isyak berjamaah dan Solat hajat keamanan dan perlindungan Allah HIMPUNAN BERSIH 2.0

Akhirnya disudahi dengan jamuan.

Diharap seluruh muslimin/ muslimat ahli dan penyokong PAS dapat menghadirkan diri.


Sunday, June 19, 2011

KEPIMPINAN BARU PAS KEDAH 2011-2013

Pesuruhjaya: Ustaz Hj Azizan Razak (Kekal)

Tim. Pesuruhjaya 1 : Ir. Phahrolrazi Zawawi (Kekal)

Tim. Pesuruhjaya 2 : Dr. Ismail Salleh
(Dulu Hj Mahfuz Omar)

Tim. Pesuruhjaya 3 : Ustaz Md Isa Shafie
(Dulu Ust Taib Azamudin)

Setiausaha : Ustaz Musodak Hj Ahmad
(Dulu Hj Muhamad Yusof Husin)

Bendahari : Ir Hj Amirudin Hamzah
(Dulu Hj Mohamed Taulan Mohd Rasul)

Ketua Penerangan: Hj Mohd Sanusi Md Nor
(Dulu Ir Hj Amirudin Hamzah)

Pengarah Praya : Hj Muhamad Yusof Husin
(Dulu Ir Hj Phahrolrazi Zawawi)

Thursday, June 16, 2011

MARI KITA DIALOG DAHULU DENGAN SPR SEBELUM 9 JULAI 2011

Rakan Taulan, Sahabat Handai, Teman Setia dan seluruh penyokong himpunan BERSIH 2.0 marilah kita berdialog dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) mula dari sekarang dalam blog, facebook, tweet dan sebagainya.

Harap SPR dapat dengan kadar segera mengeluarkan tender untuk bagi kontrak kepada sapa-sapa yang mahu kendali laman sosial tersebut (kalau tawaran 1.8 juta aku pun mahu) dalam usaha berdialog dengan penyokong Himpunan BERSIH 2.0.

Awat senyap je.... biasanya senyap tanda setuju. Setuju kami buat BERSIH 2.0 atau setuju dengan 8 tuntutan kami.

Aku mula dulu dialog:-

Nii... Tuan Ketua Pengarah SPR saya.... saya nii.... saya niii (ketaq) wakili 3 juta ahli PAS meminta agar tuan dapat memenuhi lapan tuntutan kami iaitu:-



1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS


3. GUNA DAKWAT KEKAL


4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI


5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL


6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM


7. HENTIKAN RASUAH


8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Harap Tuan Ketua Pengarah SPR cepatlah jawab. Ni tengah dialog ni, jangan buat tak dengar pulak.

Soalan lain, hampa sambung la pulak.... cemuih aku cakap dengan orang tak mahu jawab dan ikut telunjuk BN memanjang.

Oleh itu BERSIH 2.0 perlu diteruskan secara aman dan santai.

Wednesday, June 15, 2011

BISIKAN IBLIS MENGIKTIRAF MENJADI HAMBA MANUSIA

Setiap hari syaitan Iblis akan menggoda manusia, samada manusia itu berada berseorangan ataupun berada dalam himpunan yang ramai. Bahkan mungkin himpunan itu meletakkan cita-cita yang cukup tinggi untuk membebaskan manusia dari menyembah sesama manusia kepada menyembah Allah.

Mungkin tidak semena-mena, akan bangun seseorang dalam perhimpunan itu, atas alasan tertentu dan kepentingan tertentu meminta agar seluruh jamaah mengiktiraf semula amalan yang telah ditinggal berpuluh tahun, menyembah kepada sesama manusia untuk di amalkan semula.

Oleh itu, pemuda dan pemudiku, awaslah bisikan syaitan yang tidak mengira tempat dan suasana. Paling penting baginya (iblis) ialah merosakkan pegangan yang sudah sebati bahawa tidak boleh mengiktiraf mereka yang zalim, hidup memperhambakan manusia lain kepada melunakkan hati manusia yang sudah memperhambakan diri kepada Allah swt untuk kembali menyembah sesama manusia secara halus melalui lisan mereka yang diiktiraf masyarakat.

Awas bisikan syaitan........... banyaklah membaca Surah An-Nas dengan penuh penghayatan.


سورة الناس
SURAH AN-NAS
Surah Manusia

Surah (114) - Makkiyah - 6 ayat

بِسْمِ الّلهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.

( ُق ْ ل َأعُوُذ بِرَبِّ النَّاسِ ( 1

1. Katakanlah (wahai Muhammad) aku pohon perlindungan pada Tuhan yang memelihara manusia.

( مَلِكِ النَّاسِ ( 2

2. Yang menguasai (dan memerintah) manusia.

( إَِلهِ النَّاسِ ( 3

3. Tuhan yang disembah manusia.

( مِن شَرِّ اْلوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ ( 4

4. Dari kejahatan (Syaitan) pembisik yang datang dan menghilang.

( الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ ( 5

5. Yang membisik (kejahatan) di dalam dada manusia.

( مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ ( 6

6. Iaitu dari (Syaitan) jin dan manusia.

Thursday, June 9, 2011

ENAM OBJEKTIF NEGARA BERKEBAJIKAN


1. Dalam negara berkebajikan, kerajaan mengambil tanggungjawab dalam perkara yang menjadi rukun hidup, keperluan asasi kemudahan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan lain-lain. PAS wajib menghapuskan budaya mendapat hasil secara membebankan rakyat yang menjadi amalan kerajaan UMNO/BN, sehingga mengambil kesempatan mendapat hasil melalui rukun hidup rakyat. Rakyat yang berniaga pula terpaksa berdepan dengan kerajaan yang berniaga. Kerajaan yang berniaga menerusi GLC pula, mengagihkan keuntungan kepada pemegang saham kroni tertentu, manakala kerugian perniagaan pula ditanggung oleh kerajaan, yang akhirnya dibebankan kepada rakyat menerusi sistem cukai yang menekan mata pencarian hidup rakyat jelata. Akhirnya GLC ini akan hilang daya saingnya kerana sentiasa menerima bantuan dari kerajaan.

2. Islam menjadikan kerajaan tidak membebankan rakyat dengan cukai yang tinggi atau cukai paksaan. Contohnya dengan mewajibkan bayaran zakat kepada orang Islam, dan cukai kepada bukan Islam dengan kadar kemampuan dan galakan yang meningkatkan produktiviti pendapatan mereka. Kerajaan juga tidak boleh menyekat kekayaan yang halal, tidak menipu, tidak menindas dan tidak rasuah. PAS percaya bahawa perolehan pendapatan negara bukannya dengan cara membebankan rakyat dengan kaedah menaikkan cukai atau menyebabkan kenaikan harga barangan keperluan. PAS yakin bahawa keadilan sosial yang berteraskan kebajikan kepada rakyat dan amalan yang adil membawa berkat yang mengembangkan hasil negara.

3. PAS telah membuktikan kemampuan memerintah selama dua puluh tahun di Kelantan dan di negeri lain, dengan kadar hasil yang tidak boleh difikir mampu oleh mereka yang berfahaman kebendaan. Apatah lagi kini kita tentunya lebih yakin berkemampuan kerana hasil dan sumber negara tidak bocor dengan rasuah, membazir dan mewah.

4. Negara berkebajikan yang ingin kita capai ialah bukan hanya hebat pencapaian ekonominya semata-mata, kerana kita juga tidak mahu melahirkan masyarakat yang hanya melihat pembangunan material yang bertaburan di sana-sini tetapi jiwa mereka kosong sehingga melahirkan berbagai penyakit kemanusiaan dalam masyarakat kita ini. Negara yang kita mahu ialah yang juga menumpukan kepada kesejahteraan spiritual dan akhlak serta pembangunan rohani, yang dihubungkan dengan pegangan agama yang mampu untuk memandu kehidupan rakyat di bawah jagaan kita. Indeks kesejahteraan yang ingin kita capai juga perlu mengambil kira persekitaran masyarakat beragama berbagai kaum dan fahaman yang wujud dalam negara kita ini, apatah lagi ianya mungkin berbeza dengan pentafsiran kesejahteraan di negara-negara lain. Kita inginkan kerukunan sebuah keluarga, yang mampu untuk berdepan dengan krisis moral dan akhlak yang semakin berleluasa di zaman yang serba moden ini.

5. Negara berkebajikan juga melaksanakan undang-undang yang mendidik rakyat, bukannya menakutkan rakyat dengan wajib menjatuhkan hukuman. Apa yang lebih parah lagi, BN telah menjadikan undang-undang sebagai satu cara untuk merompak harta rakyat, contohnya di atas nama saman ekor yang sama sekali tidak mendidik rakyat. Kaedah perundangan Islam menjadikan orang yang dituduh belum bersalah dengan wajib melindungi dan membelanya. Sesorang hakim mencari jalan bagaimana membebaskan orang yang dituduh, bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman. Islam menggalakkan orang yang bersalah bertaubat dan membuat penyelesaian di luar mahkamah kerana balasan bukan sahaja di dunia, bahkan ada lagi balasan dalam kubur dan selepasnya, kalau terlepas di dunia tanpa taubat. Islam membuktikan wujudnya keamanan dengan kehebatan undang-undang yang adil, bukan menakutkan rakyat dengan undang-undang yang zalim.

6. Islam menggalakkan wujudnya masyarakat berkebajikan dengan sifat persaudaraan kemanusiaan dan kejiranan untuk melakukan kerja kebajikan, sehingga mendahului kerajaan untuk berlumba-berlumba mendapat pahala. UMNO/BN telah melemah dan mematikan sifat tersebut, amalan wakaf bagi mendirikan masjid, sekolah rakyat, rumah kebajikan dan sebagainya, semata-mata bagi melaksanakan peluang rasuah politik terhadap rakyat.


Bagi melaksanakan tujuan tema negara BERKEBAJIKAN ini, maka PAS ingin melaksanakan langkah yang menjadi intipati utama iaitu membetulkan fahaman salah, membetulkan salah urus-tadbir ekonomi, dan seterusnya memimpin rakyat melakukan perubahan ke arah kebaikan sehingga rakyat sendiri berjiwa kebajikan. Semuanya ini tidak akan mampu kita capai tanpa mempunyai organisasi dan petugas parti yang mantap, perancangan yang bersifat semasa dan ke hadapan, pemantauan dan penambahbaikan dari masa ke semasa.