Sunday, December 19, 2010

Aku Terima Email Dari Ustaz Ridzuan... Aku Siar.

Kalaupun Hikmah, Mahathir Bukan Orangnya

1. “Hikmah adalah barang keciciran orang Islam, di mana saja kamu bertemu dengannya, maka kamu berhak keatas”, demikianlah lebih kurang mafhum sabdaan baginda Rasul SAW yang membicarakan tentang hikmah, dan atas asas memahami hadith tersebutlah yang menyebabkan para pendahulu kita di kalangan para Khulafa telah mengambil pelbagai hikmah dalam segala jurusannya untuk kebaikan ummat ini, sistem pos, hiraki ketenteraan, sistem penyampaian maklumat dan segala macam lagi telah dicedok dari tamaddun lain dan setelah itu dimurnikan dengan “iman”. Gabungan antara “hikmah” yang diambil dari pelbagai tamaddun dimurnikan dengan “iman” yang tidak mungkin dapat dicapai oleh “orang lain” selain dari para mukminin.

2. Namun, sejarah tidak pernah mengajar kepada kita bahawa “hikmah” itu telah di”cedok” terus bersama pelopornya, apatah lagi kalaulah “pelopor”nya itu adalah orang yang amat sinis pandangannya terhadap “keabsahan” Islam dalam pelbagai jalur kehidupan. Pimpinan Islam mengambil “Hikmah” sistem pos dari “Parsi”, namun mereka tidak me”nobat”kan pimpinan “Parsi” sebagai “Penaung Tetap” sistem yang baru ini.

3. Dalam konteks perkembangan ekonomi Islam di Malaysia, Dr Mahathir mungkin lah boleh dianggap sebagai “pelopor” yang mengambil kesempatan atas “arus” permintaan ummat untuk “beriman” kepada sistem ekonomi Islam. Namun, beliau bukanlah “tokoh hebat ekonomi Islam”, mungkin hatta istilah-istilah ekonomi Islam pun belum beliau hadami sedalam mungkin. Kita boleh akui kehebatan manusia yang bernama Matahir, tetapi kita kena “faham”, manusia inilah yang telah menconteng pelbagai arang ke muka ummat ini sepanjang sejarah 22 tahun beliau berada di puncak kuasa. Beliau lah yang mencetuskan perasaan “was-was” terhadap sistem Islam. Meletakkan beliau sebagai Penaung Tetap LIFE dan penganugerahan tokoh kepada beliau “seoalah-olah” merendahkan martabat “tokoh yang sebenarnya tokoh”.

Kalaupun hikmah, Mahathir bukanlah orangnya.

RIDZWAN BIN ABU BAKAR

Thailand, 1.39 pm 16 .12.2010 / 10 Muharram 1432 H

No comments: