Cerita ini ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.
Pada zaman dahulu dalam sebuah kampung di perintah oleh puak-puak lanun dan perompak yang ganas. Kaganasan mereka ini telah melampaui batas seperti merompak, merogol, membunuh, mendera, menangkap tanpa usul periksa, menindas, pilih kasih dan macam-macam lagi keburukan yang dilakukan.
Kejahatan mereka ini telah merata keseluruh kampung dan tidak pernah berubah walaupun telah bertukar ketua beberapa kali. Semakin hari memerintah di kampung itu, mereka menjadi semakin jahat. Penduduk kampung yang terdiri dari Melayu, Cina, India, Sikh dan Siam telah tidak minat kepada mereka.
Mereka telah membentuk kelompok mereka sendiri dan telah membangun surau sendiri di hujung kampung itu, surau ini diketuai oleh Seorang Datuk yang mempunyai beberapa orang anak dan ramai cucu. Penduduk kampung yang menyokong Datuk ini telah bersiap sedia untuk menggempur geng lanun yang memerintah kampung itu sejak puluh tahun. Berbagai strategi dipasang agar geng lanun tumpas dan mereka pula yang akan memerintah kampung itu.
Apabila melihat surau yang dibangunkan berkembang dengan baik, anak-anak jamaah surau semuanya mempunyai akhlak yang baik dan boleh dipercayai, maka penduduk kampung yang terdiri dari kalangan bukan Islam telah tertarik untuk bersama dengan kelompok surau ini bagi memerangi lanun-lanun yang ganas itu.
Mereka telah membentuk satu kumpulan dinamakan Pakatan Memerangi Lanun, dan ianya dapat berjalan dengan agak baik walaupun tidak dinafikan agak kekok untuk berinteraksi secara sempurna kerana perbezaan agama, adat dan budaya.
Tiba-tiba, dalam diam salah seorang cucu Datuk ini telah pergi berbincang dengan geng lanun, agar kampung diperintah secara bersama oleh keluarga Datuk ini.
Datuk ini telah menasihati cucunya supaya jangan lakukan perkara seperti itu kerana ini akan menyebabkan surau mereka akan hancur, kepercayaan orang bukan Islam juga akan hilang kerana rasa telah dikhianati dan akhirnya geng lanun akan terus dapat memerintah kampung itu. Namun hubungan cucunya dengan geng lanun semakin hari semakin intim.
Apabila mengetahui bahawa cucu Datuk itu telah pergi berbincang dengan geng lanun itu, seluruh penduduk kampung makin hilang kepercayaan kepada keluarga Datuk tersebut, malah ada yang marah-marah dan hampir memukul cucu Datuk yang dikatakan akan membuat jahat seperti geng lanun buat jahat selama ini.
Oleh kerana, tidak ingin melihat surau dan Pakatan Memerangi Lanun yang baru ditubuhkan hancur, maka Datuk yang sudah tua itu telah menggagahkan dirinya memanjat bumbung rumahnya untuk melaung kepada seluruh penduduk kampung bahawa keluarganya, surau dan Pakatan Memerangi Lanun tetap tidak akan bersama dengan lanun yang ganas itu.
Antara laungannya dari atas bumbung ialah, "Woi orang-orang kampung, cucu aku yang hampa dok kata nak pi bekawan dengan geng lanun, biar dia pi bekawan sorang-sorang dia, tapi aku, keluarga aku yang lain tidak sama sekali bekawan dengan geng lanun jahat tu."
Ramai antara anak-anak Datuk ini telah berasa kurang senang dengan tindakan Datuk itu, mereka berkata, "Malu la bapak, nanti orang kata orang gila".
Datuk tu jawab balik, "Sapa yang gila, nak bekawan dengan lanun ka gila, atau aku yang naik atas bumbong nak bela hampa ni yang gila, kerja yang aku buat ni orang puteh pangge demeh kontron - hampa tau ka menatang apa dia demeh kontron tu....".
"Aku nak bagi tau kat hampa kalau aku tak buat macam ini, silap kepala hampa pun penduduk kampung sekeh, sebab depa sangka kita sekeluarga nak bekawan dengan geng lanun, hampa tau ka?, tambah Datuk itu lagi.
Seterusnya Datuk itu, mengherdik anak-anaknya, "ha, tunggu apa lagi, pi la umum kat seluruh kampung kata kita sekeluarga tak akan bersama dan tak pernah terfikir nak bersama dengan lanun dalam apa cara sekali pun".
Seterusnya beliau berkata, "Kalau hampa semua senyap dik tak kata apa kat cucu kesayangan aku tu, tengoklah lepas ni semua orang pandang serong kat kita, biar aku pukul dan belasah cucu aku tu depan orang ramai, agar keluarga dan orang kampung kita selamat dari geng lanun yang ganas itu."
"Sambil dok umum tu, kena jaga-jaga jangan silap cakap, sat lagi orang kampung mengamuk bakar surau kita" tekan Datuk itu.
"Kalau cucu aku yang aku sayang tu, nak pi sama-sama dengan lanun tu pila la, tapi aku tak redho". tambahnya lagi.
Cerita tu aku pun tak baca habis lagi..... nanti bila aku baca habis aku akan sambung cerita pula kat hampa semua.
Minta maaf.

2 comments:
Salam
Pak dia p mana ? Pak dia p kg. seberang laut kot, kana....pak dia p sana ada urusan + p betoi cerita anak dia disana, sepatutnya kat sinila.
Anak dia buat sasau lagi teruk, bila pak takdak. Tu la pasai, Datuk sudah hot..tak cantiknya yg c-anak tu over,kalut terlampau, biaq la pak balik dulu...baru kita bagitau ka, apa ka.
WOTR : Sistem keluarga Datok la nie nampak tak cantik. Pak dengan 'kepala' dia, datok dgn 'kepala' dia.
Perbaiki sistem/perlembagaan 'entiti' tersebut.
Perlembagaan sekali imbas tiada 'seal order' bila sesekali melihat pandangan mereka yg disamping cucu datok,adakah depa buat tak tau ?
saya sokong penuh pendirian bg aris awang dalam hal ni... saya pun sedih dari kejauhan dgn apa yg melanda jamaah sekarnag ni... fitnah maha dahsyat dah memecahbelahkan kita, tolong la, ust nasar patut rendahkan diri dan sama2 kembali menjaga jamaah, cukup jgn buat ulasan lagi pasal UG/kerjasama/berbincang dgn umno... cukup!!!
kalau arwah ayahanda ust fadhil noor ada lagi, sudah tentu isu ini tak berbangkit dan ust nasar yg pernah dididik beliau pun sudah pasti tak akan terlajak sampai macam ni...
sama2 kita doa
Post a Comment