Sunday, June 28, 2009

MOTIVASI RAKYAT SIRI 7 BERSAMA HJ MOHD SABU


Janganlah berdolak dalik, wahai pemerintah-pemerintah negeri dan negara umat Islam.

Dengan memakai imej Islam - kamu menzalimi rakyat

Dengan memakai imej Islam - kamu hidup bermewah dengan habuan dari keringat rakyat.

Dengan memakai imej Islam - kamu menimbun kekayaan.

Dengan memakai imej Islam - kamu bermegah-megah dengan pangkat dan darjat.

Dengan memakai imej Islam - kamu hilang pedoman, apa sebenarnya hala tuju kehidupan kamu dalam membimbing rakyat.

Oleh itu, renunglah dengan penuh mendalam.......

Apakah benar, kamu memerintah dengan Islam yang diajar Muhammad saw?

Atau kamu wahai pemerintah negeri dan negara umat Islam telah mengubah agama
Muhammad yang suci itu kepada satu ajaran baru yang mengikut nafsu dan keinginan kamu sendiri.

Muhammad saw hidup sederhana ketika berjuang di Mekah tanpa pemerintahan dan hidup lebih sederhana, sehingga mengorek walaupun sebutir kurma dari mulut Hassan kerana kurma itu adalah sedekah orang yang tidak dibenarkan keluarga nabi menerimanya.

Untuk apa semua itu dilakukan? Ia adalah untuk mengelak dan mengajar supaya pemimpin umat Islam tidak menerima sebarang bentuk habuan dunia yang akhirnya akan menindas rakyat yang diperintahnya............ kerana rakyat sering memberikan sesuatu kepada pemimpinnya, dengan berbagai alasan dan hasrat. Berwaspadalah.............

Ikuti kupasan lanjut dari Bang Mat Sabu mengenai MUHAMAD S.A.W. USWATUN HASANAH........ seperti poster di atas.

Majlis tersebut juga akan di isi dengan Majlis Penyerahan Sijil Keahlian PAS kepada 400 orang ahli baru PAS mewakili 43 cawangan dalam Kawasan Kuala Kedah (jumlah keseluruhan cawangan sekarang ialah 88 cawangan) - Semua Setiausaha Cawangan PAS dari cawangan yang terlibat dijemput hadir.

Tuesday, June 23, 2009

Menggemparkan !!! mesti ambil tindakan segera...

1. Helikopter Nuri terhempas............

"Siasat Menteri Pertahanan", Mahfuz kata..........

2. Jejambat retak..........

"Siasat Samy Vellu", Solahudin Ayub beri amaran dengan tegas.............

3. Bangunan pasaraya runtuh.............

"Dakwa pemaju mungkin ada rasuah", seru Ustaz Nasaruddin Hassan.........

4. Stadium Terengganu runtuh...........

"Siasat yang terlibat", Hanipa Maiden tekankan..........

5. Malaysia beli kapal terbang tentera buruk dan tersadai di padang pasir Arizona........

"Menteri Pertahanan sila letak jawatan", kata Mohamad Sabu dengan tegas..........

6. Marina Habour terbengkalai di Kuala Kedah.........

"Menteri Besar BN wajib dipersalahkan", kata Amiruddin Hamzah.......

7. Perwaja di Gurun bankrap..........

"Pemimpin BN wajib dipersalahkan", kata Ustaz Fadzil Noor (23 Jun 2009 genap 7 tahun pemergiannya - Al Fatihah)

8. Bank Bumiputera hancur............ dan ditelan oleh Bank yang lebih kecil......

"Pemimpin utama negara perlu di pertanggung jawabkan," seru Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang

9. Bangunan komputer di sekolah-sekolah banyak yang runtuh..........

"Menteri Pelajaran mesti disiasat", tegas Ustaz Nasarudin Md Isa........

10. Wang rakyat di rompak oleh Menteri-Menteri BN........

"Apabila Fatimah anaku mencuri nescaya aku potong tangannya, maksud sabda Rasullah saw" jelas Ustaz Idris Ahmad dalam Usrah kami masa muda-muda dulu...........

11. PAS retak..........
hampir punah.........

"Maaf je lah......... tak payah siasat apa-apa......... husnu zhon..........", setakat yang Aris Awang tengok.......

Harapan semoga tidak begitu.

Monday, June 22, 2009

Alhamdulillah - Sujud Syukur............

AlhamdulilLah.........

Terima kasih kepada pelbagai pihak yang dengan jelas berada di posisi menentang ................... (tak mahu sebut dah perkataan itu) secara jelas sehingga semua pemimpin telah bersetuju ia tidak berbangkit lagi.

Tahniah kepada pimpinan yang mampu menadah telinga untuk mendengar dan akhirnya akur dengan rayuan kami ahli bawah.

Tahniah........ jangan ulang lagi, penat.

Saturday, June 20, 2009

TULISAN OLEH USTAZ AHMAD AWANG


I
su Kerajaan Perpaduan/Unity Government.

Oleh Ustadz Ahmad Awang
Diambil dari sini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Konsep Kerajaan Perpaduan

Kerajaan perpaduan atau National Unity Government atau National Union Government adalah kerajaan gabungan yang luas meliputi semua parti-parti politik utama dalam parlimen bagi membentuk sebuah kerajaan. Kerajaan Perpaduan biasanya dibentuk bagi mengatasi keadaan semasa dan selepas berlaku peperangan atau selepas keadaan darurat sesebuah negara.

Kerajaan perpaduan pernah dibentuk di beberapa buah negara barat pada masa yang lalu, sebagai contohnya di Amerika, Presiden Abraham Lincoln membentuk Unity Government selepas Perang Saudara pada tahun 1865. Di Canada pula Kerajaan Perpaduan atau Unity Government pernah dibentuk dalam masa Perang Dunia Pertama (1917) dan semasa Perang Dunia Kedua. Demikian juga Luxembourg pernah membentuk Kerajaan Perpaduan semasa Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Di England pula pernah ditubuhkan Kerajaan Perpaduan pada tahun 1931dan juga pada tahun 1935.

Indonesia adalah contoh terdekat dan terbaru Kerajaan Perpaduan. Kerajaan tersebut terbentuk selepas berlaku reformasi apabila tumbangnya pemerintahan Suharto yang kemudiannya digantikan oleh Presiden Habibie dalam masa peralihan kepimpinan apabila terbentuknya Kerajaan Perpaduan pada tahun 2004 sehingga hari ini. Semua parti-parti yang memenangi pilihanraya tahun 2004 bergabung mendukung pemerintah. Ini bermakna tidak ada golongan atau parti pembangkang dalam kerajaan. Bagaimanapun Presiden adalah dipilih terus melalui pilihanraya yang mana parti-parti utama bertanding merebut jawatan Presiden dan Timbalannya.

Satu perkara yang perlu disebutkan sistem pilihanraya di Indonesia bagi memilih wakil-wakil rakyat di semua peringkat adalah mengikut kaedah proportional representative system yang berdasarkan pada peratusan undi yang didapati oleh kumpulan calon-calon dan peratusan kerusi yang mereka perolehi, bukannya berdasarkan kepada majoriti undi yang diperolehi oleh calon-calon yang bertanding di satu-satu kawasan parlimen atau negeri, seperti majority system yang diamalkan di negara kita.

Bila Idea Kerajaan Perpaduan Dibangkitkan?

Secara rasminya idea Kerajaan Perpaduan ini tidak pernah dibangkitkan dalam parti PAS apatah lagi untuk membincangkannya. I
anya tidak lebih dari lontaran idea Presiden Tuan Guru Haji Hadi Awang (TGHHA) seperti yang beliau sendiri pernah membuat kenyataan mengenainya. Lontaran idea itu dibuat beliau semasa pimpinan Kerajaan di bawah pentadbiran Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (sekarang Tun) yang menjanjikan untuk membasmi amalan rasuah. Beliau menyuarakan idea dengan penubuhan Kerajaan Perpaduan itu dapat dilakukan reformasi terhadap Suruhanjaya Pilihanraya dan Suruhanjaya Kehakiman yang selama ini dilihat semakin terhakis kepercayaan rakyat kepada kedua-dua suruhanjaya itu.

Di samping itu juga kebebasan media akan dapat dijamin bersikap adil kepada semua pihak. Saya difahamkan dalam sembang-semban
g sambilan beliau pernah bercakap mengenai idea Kerajaan Perpaduan ini dengan Dato’ Seri Anwar dan Lim Kit Siang.

Bagaimanapun tidak ada perbincangan rasmi dengan pimpinan UMNO mengenai perkara ini dan tidak ada sebarang keputusan dibuat. Apa yang saya difahamkan lontaran idea ini pernah disampaikan kepada Pak Lah (sahaja) ketika hampir-hampir berlaku peralihan kuasa kepimpinan negara kepada Dato’ Seri Najib. Khabarnya Pak Lah berminat dengan idea tersebut (bukan cadangan), mungkin kerana takut orang-orang beliau akan tersingkir apabila Najib menjadi Perdana Menteri, bukannya kerana idea Unity Government itu.

Namun tidak ada apa-apa perkembangan lanjut sehingga peralihan kepimpinan negara berlaku dengan perletakan jawatan Pak Lah pada 29 Mac lalu. Ini bererti Unity Government itu kini hanya menjadi idea akademik sah
aja. Ia sepatutnya tidak bangkit lagi sebagai perancangan parti atau perbincangan strategi politik PAS PADA MASA INI dan tidak sepatutnya pun menjadi isu yang menggawatkan baik di peringkat parti atau di peringkat Pakatan Rakyat.

Bagaimana Isu Kerajaan Perpaduan Ditimbulkan

Dalam kegawatan perbincangan mengenai isu ini, pimpinan parti rakan Pakatan Rakyat membuat kenyataan-kenyataan yang boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penyokong-penyokong dan pendokong Pakatan Rakyat. Malah dengan permainan dan pengolahan media arus perdana yang merupakan alat UMNO/BN, ulasan-ulasan kenyataan sedemikian boleh merenggangkan PAS dengan rakan Pakatan Rakyat. Malah paling ditakuti ianya boleh membawa perpecahan.

Saya sendiri banyak menerima panggilan telefon dan SMS dari rakan-rakan Pakatan Rakyat menyatakan kebimbangan mereka sekir
anya benar-benar Kerajaan Perpaduan ini menjadi pemangkin ke arah kerjasama PAS dan UMNO untuk membentuk Kerajaan. Mengapa setengah pimpinan Pakatan Rakyat begitu mudah boleh terperangkap dengan permainan musuh?

Saya percaya ramai boleh memahami mengapa idea Kerajaan Perpaduan ini boleh menjadi isu yang sedemikian panas. Ia berpunca dari sidang media Dato’ Seri Presiden selepas menyampaikan ucapan dasar Presiden dalam Muktamar PAS ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Jun lepas. Dalam sidang media itu Presiden menyebut semula idea KP itu. Saya pun tidak pasti samada ianya timbul kerana soalan provokasi media kerana dalam ucapan dasar beliau lebih satu jam langsung tidak menyebut Kerajaan Perpaduan. Apa yang ditegaskan beliau ialah PAS akan terus memperkukuh Pakatan Rakyat dan bersedia menyumbang khidmat kepimpinan berlandaskan Islam Memimpin Perubahan yang menjadi tema Muktamar kali ini.

Saya sendiri terperanjat apabila mandapati semua media arus perdana hari ke dua Muktamar menyiarkan berita berkenaan Kerajaan Perpaduan. Hampir seluruh ucapan dasar Presiden tenggelam dengan isu KP ini. Pada awal pagi hari ke dua Muktamar itu, saya bertanya kepada Presiden mengenai perkara ini. Kebetulan ketika itu beliau sedang berjalan seiring dengan Timbalan Presiden yang sedang menuju kenderaan masing-masing untuk pergi ke tempat Muktamar. Saya mencadangkan beliau menjelaskan perkara ini kepada media supaya tidak menimbulkan kekeliruan. Akan tetapi saya mendapati berita yang keluar esok harinya seolah-olah menegaskan lagi keterbukaan pimpinan beliau untuk meneruskan idea Kerajaan Perpaduan.

Barangkali yang terus menimbulkan pertanyaan-pertanyaan apabila dalam Ucapan Penggulungan Muktamar mengulangi penekanan kepimpinan atas keterbukaan PAS untuk bertemu dan berbincang dengan siapa-siapa sah
aja. Ucapan penggulungan Timbalan Mursyidul Am, Dr. Haron Din dan ucapan-ucapan penggulungan Presiden dan Timbalan Presiden dilihat seperti tidak begitu selari dengan pandangan majoriti besar perwakilan dan wakil Kelab Penyokong PAS yang dengan keras menolak sebarang pertemuan dan perbincangan dengan UMNO.

Mengapa Tok Guru Nik Aziz Sensitif

Apabila ucapan-ucapan kepimpina
n PAS itu di spin oleh media, maka akhirnya yang timbul bukan idea konsep Kerajaan Perpaduan yang mencakupi semua parti-parti diwakili di parlimen pada masa ini. Ianya diputar-belitkan seolah-olah Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO atau Kerajaan Perpaduan PAS/UMNO/BN. Di sinilah timbulnya berbagai-bagai pandangan negatif atau tuduhan-tuduhan berat terhadap pimpinan tertinggi PAS pada masa ini.

Saya percaya Mursyidul Am Tok Guru Nik Aziz (TGNA) tersentuh perasaan beliau apabila teringat apa yang berlaku dalam pertemuan sulit antara Pimpinan Tertinggi PAS dengan Pak Lah yang didedahkan sendiri oleh Presiden UMNO itu beberapa bulan sebelum Muktamar ke-54 di Perak tahun lalu. Pertemuan itu kemudian diistilahkan sebagai muqabalah bukan muzakarah. Saya boleh mengerti TGNA begitu sensitif kerana jika dahulu boleh berlaku muqabalah secara sulit, apakah nanti tidak akan ada muqabalah seperti itu di antara pimpinan parti yang diberi mandat oleh perwakilan dalam Muktamar kali ini.

Apatah lagi apabila TGNA melihat “orang” tertentu yang terlibat dengan rundingan sulit dengan Pak Lah, dilantik memegang j
awatan penting dalam pentadbiran PAS sekarang. Saya sendiri pun tertanya-tanya samada Dato’ Seri Presiden berasa dalam keadaan serba salah bersabit perlantikan jawatan berkenaan terutama saya memahami watak TGHHA sebagai seorang yang sangat menghormati orang lain sehingga boleh menyebabkan beliau berada dalam dilema untuk membuat satu keputusan yang tegas.

Mungkin saya salah seorang anggota pimpinan PAS (mantan) yang cukup memahami sensitifnya TGNA bila mengenangkan pertemuan sulit pimpinan PAS dengan Pak Lah pada 10 Mac 2008 di sebuah rumah di Kuala Lumpur yang bertujuan membincangkan penubuhan Kerajaan PAS/UMNO/BN. Namun ianya gagal atas sebab-sebab tertentu.

Bayangkanlah apabila kerajaan PAS di Kelantan diserang begitu hebat terutama dalam kempen PRU ke-12 itu oleh pimpinan BN yang diketuai oleh Pak Lah sendiri, timbalannya Najib dan menantunya Khairy, tiba-tiba 2 hari selepas itu PAS diajak bersama untuk membentuk kerajaan walaupun bukan di Kelantan. Takkanlah pimpinan PAS tidak terfikir macam mana UMNO boleh serta merta hendak berbaik dengan PAS setelah mereka berusaha hendak menghancur lumatkan PAS sebagai musuh utama politik mereka.

Tidak perlulah berfikir panjang, semua orang boleh tahu Pak Lah berbuat demikian kerana menyaksikan UMNO/BN menerima pukulan hebat dengan kehilangan majoriti 2/3 dan kehilangan kira-kira 50% kerusi parlimennya di Semenanjung. Itulah tabiat UMNO apabila hampir kehilangan kuasa, dibuatlah alasan PAS mesti bersama dengan UMNO demi kepentingan bangsa dan agama.

Pengalaman Saya Di Perak

Di Perak, UMNO mengajak PAS membentuk kerajaan bersama UMNO/BN. Alasannya ialah alasan yang sama dijadikan hujah apatah lagi UMNO/BN yang memenangi 28 kerusi hanya seorang sahaja ADUN bukan Melayu. Ini bermakna jika PAS menyertai UMNO/BN, kononnya terbentuklah kerajaan yang didukung oleh 97% Melayu Islam. Dengan ini berlakulah satu sejarah dalam masa 50 tahun merdeka tertubuh Kerajaan Melayu Islam di negeri Perak. Kononnya kukuhlah kedaulatan Melayu Islam di Perak.

Namun kepada saya dan rakan pimpinan PAS Perak, alasan tersebut dapat kami ketepikan dengan hanya satu hujahan iaitu UMNO/BN selama ini tidak pernah mengangkat Islam bahkan sebaliknya menghakis Islam di Negara ini. Kami ambil kenyataan Mufti Perak sendiri, Dato’ Seri Haji Harussani yang menyatakan bahawa orang Melayu ratusan ribu menjadi murtad dan kerajaan UMNO/BN tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya.

UMNO Perak yang didukung oleh pimpinan UMNO Pusat berusaha bersungguh-sungguh dengan segala tipu dayanya memujuk kami untuk membentuk kerajaan bersama UMNO/BN dengan menawarkan jawatan Menteri Besar dan 5 EXCO kepada 5 orang lagi ADUN PAS. Jawatan speaker juga ditawarkan kepada pimpinan PAS. Sehingga hari upacara angkat sumpah Menteri Besar Perak (Dato’ Seri Haji Nizar Jamaluddin) agen UMNO masih lagi datang menemui saya di perkarangan Istana Iskandariah. Sehari sebelumnya Dato’ Zahid Hamidi mengejar saya untuk pertemuan 4 mata dengannya tetapi beliau gagal berbuat demikian apabila saya meminta pihak polis mengawal rumah saya (rujuk posting berkenaan tahun lepas).

Bayangkanlah bagaimana perasaan saya atau sesiapa juga seperti yang saya alami tiba-tiba mendapat tahu kemudian Pimpinan Tertinggi PAS berunding dengan UMNO untuk membentuk kerajaan PAS bersama UMNO/BN. Walaupun saya hanya mengetahuinya selepas kira-kira 2 bulan kemudian, saya tetap terasa amat pelik dan tersentuh dengan tindakan pimpinan itu. Apahal pun saya menerimanya kerana ia sudah menjadi perkara akademik dan sejarah sahaja.

Namun begitu ia tidak boleh padam dari ingatan dan tetap tersimpan dalam hati kecil saya. Saya percaya perasaan seperti inilah yang tersimpan mendalam dalam hati TGNA dan boleh timbul pada bila-bila masa apabila wujud situasi seperti isu Kerajaan Perpaduan. Apatah lagi UMNO itulah yang telah melakukan rampasan kuasa ke atas Kerajaan Pakatan Rakyat di Perak yang diketuai oleh Dato’ Seri Najib dengan mendapat restu dari Pak Lah sendiri.

Kini kelihatan perbezaan pendapat di antara TGNA dengan pimpinan tertinggi PAS. Akibat perkara-perkara yang berlaku selepas isu Kerajaan Perpaduan ini menjadi topik politik nasional. Kenyataan-kenyataan pimpinan bahawa PAS tidak akan berpakat membentuk kerajaan dengan UMNO/BN seperti tidak diendahkan oleh sebahagian penyokong dan pendukung parti.


Keadaan seperti ini boleh meletakkan parti di peringkat amaran bahaya maka perlulah pimpinan tertinggi dari peringkat syura dan kepimpinan organisasi peringkat pusat dan negeri mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan cara-cara yang terbaik untuk menangani isu ini berlandaskan kaedah dan cara terbaik mengikut lunas-lunas Islam.

Tuesday, June 16, 2009

Cerita Zaman Dulu-Dulu

Cerita ini ada kena mengena dengan yang hidup dan yang mati.

Pada zaman dahulu dalam sebuah kampung di perintah oleh puak-puak lanun dan perompak yang ganas. Kaganasan mereka ini telah melampaui batas seperti merompak, merogol, membunuh, mendera, menangkap tanpa usul periksa, menindas, pilih kasih dan macam-macam lagi keburukan yang dilakukan.

Kejahatan mereka ini telah merata keseluruh kampung dan tidak pernah berubah walaupun telah bertukar ketua beberapa kali. Semakin hari memerintah di kampung itu, mereka menjadi semakin jahat. Penduduk kampung yang terdiri dari Melayu, Cina, India, Sikh dan Siam telah tidak minat kepada mereka.

Mereka telah membentuk kelompok mereka sendiri dan telah membangun surau sendiri di hujung kampung itu, surau ini diketuai oleh Seorang Datuk yang mempunyai beberapa orang anak dan ramai cucu. Penduduk kampung yang menyokong Datuk ini telah bersiap sedia untuk menggempur geng lanun yang memerintah kampung itu sejak puluh tahun. Berbagai strategi dipasang agar geng lanun tumpas dan mereka pula yang akan memerintah kampung itu.

Apabila melihat surau yang dibangunkan berkembang dengan baik, anak-anak jamaah surau semuanya mempunyai akhlak yang baik dan boleh dipercayai, maka penduduk kampung yang terdiri dari kalangan bukan Islam telah tertarik untuk bersama dengan kelompok surau ini bagi memerangi lanun-lanun yang ganas itu.

Mereka telah membentuk satu kumpulan dinamakan Pakatan Memerangi Lanun, dan ianya dapat berjalan dengan agak baik walaupun tidak dinafikan agak kekok untuk berinteraksi secara sempurna kerana perbezaan agama, adat dan budaya.

Tiba-tiba, dalam diam salah seorang cucu Datuk ini telah pergi berbincang dengan geng lanun, agar kampung diperintah secara bersama oleh keluarga Datuk ini.

Datuk ini telah menasihati cucunya supaya jangan lakukan perkara seperti itu kerana ini akan menyebabkan surau mereka akan hancur, kepercayaan orang bukan Islam juga akan hilang kerana rasa telah dikhianati dan akhirnya geng lanun akan terus dapat memerintah kampung itu. Namun hubungan cucunya dengan geng lanun semakin hari semakin intim.

Apabila mengetahui bahawa cucu Datuk itu telah pergi berbincang dengan geng lanun itu, seluruh penduduk kampung makin hilang kepercayaan kepada keluarga Datuk tersebut, malah ada yang marah-marah dan hampir memukul cucu Datuk yang dikatakan akan membuat jahat seperti geng lanun buat jahat selama ini.

Oleh kerana, tidak ingin melihat surau dan Pakatan Memerangi Lanun yang baru ditubuhkan hancur, maka Datuk yang sudah tua itu telah menggagahkan dirinya memanjat bumbung rumahnya untuk melaung kepada seluruh penduduk kampung bahawa keluarganya, surau dan Pakatan Memerangi Lanun tetap tidak akan bersama dengan lanun yang ganas itu.

Antara laungannya dari atas bumbung ialah, "Woi orang-orang kampung, cucu aku yang hampa dok kata nak pi bekawan dengan geng lanun, biar dia pi bekawan sorang-sorang dia, tapi aku, keluarga aku yang lain tidak sama sekali bekawan dengan geng lanun jahat tu."

Ramai antara anak-anak Datuk ini telah berasa kurang senang dengan tindakan Datuk itu, mereka berkata, "Malu la bapak, nanti orang kata orang gila".

Datuk tu jawab balik, "Sapa yang gila, nak bekawan dengan lanun ka gila, atau aku yang naik atas bumbong nak bela hampa ni yang gila, kerja yang aku buat ni orang puteh pangge demeh kontron - hampa tau ka menatang apa dia demeh kontron tu....".

"Aku nak bagi tau kat hampa kalau aku tak buat macam ini, silap kepala hampa pun penduduk kampung sekeh, sebab depa sangka kita sekeluarga nak bekawan dengan geng lanun, hampa tau ka?, tambah Datuk itu lagi.

Seterusnya Datuk itu, mengherdik anak-anaknya, "ha, tunggu apa lagi, pi la umum kat seluruh kampung kata kita sekeluarga tak akan bersama dan tak pernah terfikir nak bersama dengan lanun dalam apa cara sekali pun".

Seterusnya beliau berkata, "Kalau hampa semua senyap dik tak kata apa kat cucu kesayangan aku tu, tengoklah lepas ni semua orang pandang serong kat kita, biar aku pukul dan belasah cucu aku tu depan orang ramai, agar keluarga dan orang kampung kita selamat dari geng lanun yang ganas itu."

"Sambil dok umum tu, kena jaga-jaga jangan silap cakap, sat lagi orang kampung mengamuk bakar surau kita" tekan Datuk itu.

"Kalau cucu aku yang aku sayang tu, nak pi sama-sama dengan lanun tu pila la, tapi aku tak redho". tambahnya lagi.

Cerita tu aku pun tak baca habis lagi..... nanti bila aku baca habis aku akan sambung cerita pula kat hampa semua.

Minta maaf.

BENDUL...

Jangan jadi bendul.......

Bendul memang lurus.......

Tapi hanya jadi tempat orang langkah..........

Pak Lah langkah..........

Najib langkah.........

UMNO langkah..........

BN langkah............

Jadilah Alang tempat bergantung..........

Atau jadi bumbong tempat berteduh...........

Walaupun bendul memang lurus..............

Usahakanlah tidak jadi bendul.......

Biarlah bendul yang jadi bendul...........

Jangan bumbung jadi bendul............

Jangan alang jadi bendul...........

Thursday, June 11, 2009

Jangan Main Dengan Api..... Akan Terbakar Nanti

Tuhan Yang Maha Mengetahui

Niat seorang manusia tiada manusia lain yang tahu, walaupun berbual bertentangan mata.

Apa yang dinilai dan ditanggapi ialah percakapan dan tingkah lakunya.

Begitu juga, PAS sebagai sebuah Gerakan dan Parti Islam, kenyataan dan tingkah laku amat memain peranan untuk dinilai dan ditanggapi oleh masyarakat dan yang lebih penting ialah pengundi setia.

Ketika, UMNO/BN dibenci oleh rakyat, tiba-tiba kenyataan dan tingkahlaku menunjukkan PAS ingin bekerjasama dengan UMNO/BN.... sebutlah dengan nama apa sekali pun dengan penuh ikhlas untuk kebaikkan rakyat. Rakyat tidak akan nampak, kerana telah terlekat dalam pemikiran rakyat, pemimpin UMNO/BN rasuah, menindas rakyat, diskriminasi, kroni, penting diri, zalim, menolak syariat Islam, salah guna kuasa, jahat, penipu, cakap tak serupa bikin, tiada akhlak..... (sila tambah sendiri).

Sebutlah berulang kali........ PAS tidak akan bekerjasama dengan UMNO/BN, "Niat kami bukan begitu", tetapi apabila sebaik selesai muktamar ia diulang kembali dan lebih malang apabila bekas Naib Presiden, Ustaz Ahmad Awang pula menyebut bahawa beliau pernah ditelefon oleh salah seorang pemimpin PAS supaya membentuk kerajaan bersama UMNO/BN di Perak selepas pilihanraya umum yang lalu. Maka pemimpin tidak boleh memarahi ahli bawahan dan rakyat dari berbagai kalangan yang meragui keikhlasan PAS dan mungkin selepas ini menolak PAS (Na'uzubilLah).

(Khusus untuk Ustaz Ahmad Awang, kenyataan beliau menyebut seseorang tetapi tidak memberi tahu nama secara tepat, bagi saya akan mengundang fitnah yang lebih besar. Jika tidak mahu sebut siapa pemimpin itu lebih baik tidak cerita perkara itu).

Ketika UMNO/BN sudah nyawa-nyawa ikan......... dengan niat yang baik mungkin yang tidak dapat dibaca oleh manusia lain, tetapi dapat didengar oleh manusia lain ialah kenyataan dan dilihat oleh manusia lain ialah tingkah laku PAS iaitu oleh manusia-manusia dari PKR, DAP, Kelab Penyokong PAS, pengundi atas pagar , maka sekarang mereka telah menanggapi bahawa mereka akan dikhianati oleh PAS.

Bahaya sedang menanti, sesuatu yang drastik perlu dilakukan agar rakyat kembali melihat UMNO/BN adalah jahat seperti asal dan belum layak untuk dibuat kawan.

Kepada yang berhujah bahawa, kita mesti melakukan dakwah kepada siapa sahaja, jawabnya, memanglah itu kerja kita sejak PAS ditubuhkan lima puluh lapan tahun lalu, jangan cuba pesongkan pemikiran dengan mengatakan tak faham mengapa ahli PAS tidak mahu lagi berdakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO, dari manakah datangnya ahli PAS jika tidak sebahagiaannya dari ahli-ahli UMNO yang dibuka pintu hatinya oleh Allah swt untuk bersama PAS dengan hasil usaha ahli PAS melalui berbagai pendekatan dakwah selama ini.

Oleh itu, perkara baru yang timbul dan ditimbulkan melalui kenyataan dan tingkahlaku PAS dewasa ini, ditafsirkan oleh ahli dan rakyat terbanyak bahawa PAS ingin bekerjasama dengan UMNO/BN, dan tidak ditafsir sebagai PAS mahu berdakwah kepada ahli dan pemimpin UMNO/BN. Kerana mereka tahu kerja kempen dan dakwah adalah tugas hakiki ahli PAS.

Persoalan yang dilontar semasa dihujung kepimpinan Pak Lah , kemudian ditarik balik pada 21 April 2009 dan selepas itu dilontar pula pada 7 Jun 2009, hanya menimbulkkan keributan yang tiada ada apa kebaikkan pada masa ini.

Janganlah kita terperangkap dengan angan-angan panjang, yang disebut dalam ilmu akhlak. Saya nyatakan begitu kerana, jika "Unity Government" yang diidamkan seperti Indonesia. Maka usaha menjatuhkan regim UMNO/BN perlu dilakukan dahulu seperti rejim Suharto dijatuh oleh rakyat sehingga memakan korban nyawa dan darah Mahasiswa Trisakti.

Adalah, tidak menasabah dengan tidak semena-mena PAS nak pergi bincang dengan UMNO supaya sistem pemerintahan Malaysia diubah mengikut sistem pemerintahan di Indonesia yang amat berbeza dengan Malaysia dan akhirnya akan mengurang semua kuasa yang telah sedia dipegang oleh UMNO. Jangan jadi seperti tikus bermesyuarat untuk menggantung loceng di leher kucing.

1. Malaysia sistem raja berpelembagaan - Indonesia sistem Republik.
2. Malaysia Perdana Menteri dilantik oleh Parti menang dan diperkenan Agong - Indonesia Presiden dipilih melalui undian terbuka kepada seluruh rakyat yang layak mengundi.
3. Pilihanraya di Malaysia lebih satu undi menang dan ikut kawasan parlimen dan DUN- Indonesia sistem berkadar.
4. Di Malaysia Parti Politik yang lebih kerusi memerintah - Indonesia parti politik hanya berada di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Perwakilan Rakyat (MPR).
5. Di Malaysia Menteri dilantik oleh parti yang menang - Indonesia Menteri dilantik oleh Presiden, dan jika mana-mana pemimpin parti politik menjawat jawatan Menteri diminta melepaskan jawatan parti, agar benar-benar statusnya sebagai Penjawat Awam.

Jika ingin pula, mengikut jejak langkah seperti Lubnan yang Kerajaan mereka telah menetapkan Presiden mesti Kristian, Speaker Parlimen Sunni dan Perdana Menteri Syiah. Jika itu yang PAS hendak jadikan contoh maka PAS perlu menjadi seperti Hizbullah yang ada angkatan bersenjatanya sendiri sebagai alat untuk suara dan pandangan mereka tidak dipandang sepi.

Persoalannya apakah kita mampu mencapai perkara tersebut?, Oleh itu janganlah berangan-angan panjang, usahakanlah supaya UMNO/BN dikuburkan dalam pilihanraya ke 13 ini ataupun sekurangnya tinggal hanya 15 kerusi parlimen sahaja seluruh Malaysia. Selepas itu perlu lagikah Kerajaan Perpaduan atau PAS dan Pakatan rakyat pula yang memerintah Malaysia ini dan UMNO/BN menjadi pembangkang.

Kepada kepimpinan baru PAS, segeralah mematikan isu yang dilihat dan nilai oleh rakyat terbanyak sebagai PAS mahu membentuk kerajaan dengan UMNO/BN, persembahkan dalam lakonan dan topeng apa sekalipun sekarang rakyat melihat jika perkara itu disebut, rakyat akan menafsir PAS akan tidur sekatil dengan UMNO/BN.

Niat yang baik sahaja tidak memadai dan kami tidak mempertikaikan niat yang baik itu, kami hanya mempertikaikan kenyataan dan tingkahlaku.

Mohon Sembah Derhaka!!!

Monday, June 8, 2009