Monday, February 9, 2009

Ikuti Pandangan Prof. Dr. Abd Aziz Bari Mengenai Isu di Negeri Perak

Untuk mengikuti pandangan Prof. Dr. Abd Aziz Bari, Pakar Perundangan Perlembagaan sila ikuti Diskusi di Video Anjung Minda yang juga disertai oleh Shamsul Iskandar, Ketua Angkatan Muda PKR dan juga YB Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam sebagai Ahli Panel.

Klik dibawah untuk mengikuti klip video:-


Bahagian 1 , Bahagian 2 , Bahagian 3

Petikan Pandangan Dr. Aziz Bari di Bahagian 1: "semua orang harus patuh kepada undang, bermula dari raja, driver teksi hinggalah kepada penganggur. Datuk Seri Ahmad Nizar telah dinafikan kedudukannya, kerana daripada permulaan lagi ada beberapa isu yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum perlantikan kerajaan baru dibuat. Ini termasuk menentukan taraf 3 ADUN yangv menyeberang itu dan juga tindak tanduk mereka yang begitu misteri???, jadi ini perlu diselesaikan, jadi saya fikir perlantikan kerajaan baru oleh Paduka Seri Sultan Perak adalah suatu tindakan yang tidak kena pada tempatnya dan rakyat telah meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka......."

Petikan Pandangan Dr. Aziz Bari di Bahagian 1: Mengenai soal titah Tuanku, saya fikir Tuanku perlulah kembali kepada tempat asalnya, jangan kedepan politik kerana ini akan menyeret istana kekancah politik dan ini akan menjadikan suasan lebih keruh, sebab Sultan tidak dilantik untuk berpolitik dan kita tinggalkan politik untuk orang politik dan istana kekal neutral seperti yang dijanjikan oleh Raja Nazrin 3 hari yang lalu....."

Petikan Pandangan Dr. Aziz Bari di Bahagian 1: "Keputusan Tuanku untuk melantik kerajaan yang baru adalah keputusan yang silap, ini macam priskripsi yang silap, bukan semua pening itu boleh selesai dengan makan panadol, mungkin pening kerana suhu naik, mungkin pening kerana penyekit dalam badan, jadi apa yang sepatutnya yang sebaik-baik dilakukan ialah samada menangguhkan atau menunggu yang 3 itu selesai (ADUN lompat) ataupun yang lebih baik adalah membubarkan Dewan sebagaimana yang dipohon oleh Datuk Seri Mohd Nizar dan benarkan pilihanraya, jadi semua orang akan dapat di adili dan sekarang ini.... sekarang ini..."

Selamat Menonton.... dengan mencari kebenaran

No comments: