Allah - Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan
Pemuda dan Pemudi ku
Sehingga saat ini, aku masih tetap berpegang kepada pendapat bahawa untuk kita mencapai Pemerintahan Islam yang di cita-citakan wajib mempunyai tiga ciri utama iaitu:-
1. Mempunyai seorang pemimpin muttaqin yang bebas dari sebarang kepentingan kelas dan puak.
2. Kuasa penuh untuk menyusun semula masyarakat secara menyeluruh disemua peringkat dengan sistem Islam.
3. Berkeupayaan untuk berurusan dengan dunia luar dengan cara yang tersendiri berdasar acuan Islam.
Persoalannya adakah usaha Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri dan seterusnya mengambil alih pemerintahan Malaysia pada 16 September nanti akan melengkapkan 3 ciri utama di atas.
Jawapannya sudah tentu tidak. (Kerana, tidak payah lagi aku menghuraikan siapakah Anwar - semua kita sudah tahu).
Jadi bagaimana kita pendokong perjuangan Islam? Apakah kita perlu keluar Pakatan Rakyat? Apakah kita perlu menubuh parti baru? Apakah kita perlu memeluk UMNO? Bagaimana dan bagaimana?.
Itulah persoalan yang berlegar-legar dikebanyakan minda pejuang Parti Islam SeMalaysia (PAS), kadang-kadang idea-idea yang dijana didalam pemikiran hanya digunakan untuk bermonolog, tanpa diluah keluar, kerana bimbang "Luah Mati Emak, Telan Mati Bapak".
Jangan bimbang pemuda dan pemudi ku. Teruskan perjuangan menegakkan Islam yang syumul di atas muka bumi Malaysia ini.
Bagi aku, kita mesti terus dengan Pakatan Rakyat, samada pada 16 September ini berjaya ataupun tidak Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Kerana yang penting bagi ku ialah landskap politik Malaysia ini perlu diubah terlebih dahalu. Khurafat mengatakan orang lain tidak tahu memerintah selain UMNO/BN mesti dihapuskan terlebih dahulu. UMNO mesti dimusnahkan sehingga keakar akar umbi. (maksudku bukan orang UMNO tetapi fahaman UMNO).
Ada dua andaian:
1. Andaian Pertama: Pakatan Rakyat tidak berjaya Memerintah Malaysia pada 16 September 2008.
Semua kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat memerintahlah seperti biasa. Program-program menuju ke arah Islam yang syumul mesti dipertingkatkan oleh pemerintahan yang dikuasai oleh PAS. Jangan takut kepada pegawai tadbir untuk melaksanakan program Islam (bukan pegawai yang memerintah, tetapi kita yang memerintah pegawai - dan bukan Islam yang diperintah, tetapi Islam yang memerintah).
Ustaz Fadzil Noor, pernah memberitahu, "Takut tak pa, jangan muhong je..."
Yang aku bimbang ialah, jika kita memiliki kedua-dua sifat secara serentak iaitu takut dan suka berbohong. Jika kita takut kepada pegawai kerajaan dan bohong kepada ahli PAS, maka kerajaan yang kita perintah tidak akan sampai kemana. Oleh itu sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kepada negeri yang Pakatan Rakyat baru memerintah, tirulah perkara baik dari abang kita yang dah lama memerintah iaitu Kelantan, jangan berasa malu dan segan.
Sehinga jadilah pemerintahan Negeri Pakatan Rakyat sebagai idola yang kepada semua rakyat Malaysia dan menunggu-nunggu bila lagi Pakatan Rakyat akan datang memerintah negeri mereka.
2. Andaian Kedua: Pakatan Rakyat berjaya memerintah Malaysia
Kita mesti terus dengan Pakatan Rakyat di dalam untuk memerintah Malaysia. Selepas itu PAS mesti diperkukuhkan lagi secara serius (ingat tu Ustaz Idris Ahmad - Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyyah PAS Pusat) sebagai sebuah gerakan Islam. Aku mencadangkan PAS hanya menghantar sebahagian sahaja pemimpin pertengahan untuk menjadi Menteri, sementara sebahagian pemimpin utama PAS mesti berada diluar kerajaan untuk terus membina jamaah yang benar-benar mantap.
Cadangan aku ini, berlandaskan kepada tindakan yang UMNO akanlakukan setelah 50 tahun berkuasa, maka adalah tidak mudah mereka akan menyerahkan pemerintahan Malaysia ini secara mudah kepada Pakatan Rakyat. Berbagai provokosi akan mereka timbulkan.
Jika ini berlaku, dan tidak dapat dikawal dengan baik oleh kerajaan baru, maka umur Pakatan Rakyat tidak akan kekal lama. Oleh itu, Presiden dan ke tiga-tiga Naib Presiden dicadangkan tidak menyertai kerajaan Pakatan Rakyat (Menteri atau apa-apa jawatan lain yang tidak payah menjadi Ahli Parlimen untuk menjawatnya). Hanya Setiausaha Agung PAS yang dibenarkan mengetuai PAS dalam Pakatan Rakyat pada kali ini.
Tugas mereka yang berada dalam pemerintahan hendaklah di garis luruskan kepada usaha pemantapan Islam dan mesti berani dan sekali-kali tidak bohong. Ini adalah tugas yang berat. Berada dalam kerajaan Pakatan Rakyat peringkat Malaysia adalah penting kerana disitu kita akan dapat belajar dan menguasainya dimasa hadapan yang lebih mencabar.
Tugas pemimpin yang berada diluar, ialah memantapkan parti (jamaah) sehingga benar-benar menjadi Harakah Islam sehingga berjaya mendaulatkan Islam secara syumul atas muka bumi Malaysia ini. Ini juga adalah satu tugas yang lebih penting, kerana jika apa-apa berlaku kepada kerajaan Pakatan Rakyat, ataupun Pakatan Rakyat terus memerintah sehingga PRU ke 13, proses pembangunan kader-kader PAS secara lebih serius mesti dilakukan.
...dan untuk mendaulatkan Islam secara syumul di atas muka bumi Malaysia ini ada beberapa perkara yang perlu dilakukan dalam tempoh 10 tahun ini....
masa lain pulalah dibincangkan... sekarang kita tumpukan perhatian untuk mengubah landskap politik Malaysia terlebih dahulu dengan menidakkan khurafat UMNO bahawa mereka sahaja yang tahu memerintah Malaysia ini.

4 comments:
Askm,
Bernas pandangan Sdr Aris. Berfikir di luar kotak.
Jangan ingat jadi rakan dlm perintah Kerajaan Msia dgn 23 kerusi itu adalah segala-galanya. Agenda Islam jauh lebih besar. Dan masih jauh.
Yang penting Islam jangan terkorban dalam percaturan ini. PAS perlu setia menjadi the guardian of Islam. PAS perlu bersedia korbankan sedikit kuasa ni, jika Islam jadi taruhannya.
Baca: http://wajahesok.blogspot.com
dot: cuma nak tanya siapa sebenarnya DS Anwar-- saya belum kenal betul2. soalan dua: SU Agung PAS sekarang--sblm dia jadi SU kpd parti yg dipimpin oleh TGHA pernah tak dia jadi SU (or org kanan) utk organisasi yg dipimpin oleh org lain? Saya masih konfius Sdr Aris...
Amat setuju dgn saranan untuk memperkasakan PAS bagi menghadapai cabaran yang lebih besar pada masa hadapan.
Ulasan tentang kedudukan Islam dan PAS dalam pemerintahan PR di MAlaysia..
http://wajahesok.blogspot.com/2008/09/islam-dan-pas-dalam-kerajaan.html
Tiada rotan akar pun berguna. Tiada akag tali pisang pun berguna. Kalau Pak Lah tu tali pisang, koman-koman Anwar pun dia akag. Tak boleh dapat semua jangan tinggai semua. Sementara tak boleh dapat pemimpin yang ideal dalam Pakatan Rakyat, jangan tolak Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN. Aulawiyat buat masa ini ialah tumbangkan BN. Sekurang-kurang ia buka ruang yang lebih baik untuk PAS menggapai matlamat.
Assalamualaikum,
Semilangkola juga merasakan Kerajaan PAS Kedah perlu kepada teguran-teguran. Masih banyak perkara yang perlu kepada perhatian sewajarnya tapi dirasakan tidak penting oleh Kerajaan Negeri la ni.
Sila lawati blog http://semilangkola.blogspot.com
Post a Comment