Sunday, August 31, 2008

MARILAH BERAMAL JARIAH SEPANJANG RAMADHAN



Sila klik brochure di atas untuk membaca dengan lebih jelas. Selepas itu bolehlah print borang yang disertakan untuk turut sama menyumbang melalui Pusat Khidmat Wakil Rakyat ADUN Kubang Rotan kepada mereka yang memerlukan.

Selamat menyambut kedatangan Ramadhan 1429 - Bersama tingkat amalan kita.

Segala sumbangan muslimin dan muslimat terlebih dahulu diucapkan ribuan terima kasih


Aris Awang
Pengarah PKWR
Kubang Rotan

Perutusan khas Presiden PAS Sempena Ramadan Al-Mubarak



Tuan Guru Abdul Hadi Awang

30 Syaaban 1429

Umat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.

Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan ini hukum dan perlembagaan tertinggi buat umat manusia, al-Quran, diturunkan Allah SWT.

"Bulan Ramadhan, yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan (antara yang benar dan salah)." (maksud al Baqarah: 185)

Melalui al-Quran, maka Allah menyelesaikan segala kemelut dan permasalahan manusia khasnya bagi mereka yang mahu menjunjung dan melaksanakannya.

Oleh itu bulan Ramadan ini bukan sekadar bulan ruhiyah (spiritual) bagi mereka yang tekun menghayatinya tetapi ia sebenarnya bulan siyasiyah (politik) kerana di bulan inilah hukum dan peraturan lengkap bagi manusia diperturunkan Allah SWT kepada Rasul-Nya s.a.w.

Di samping kita mengejar manfaat dan kelebihan Ramadan sebagai bulan ruhiyah kita juga wajar menghayatinya sebagai bulan siyasiah bagi mengembelengkan seluruh tenaga dalam meyakinkan segenap lapisan masyarakat bahawa formula untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara kita hanyalah apabila kita kembali kepada al-Quran yang diturunkan pada bulan ini di samping berpegang teguh kepada Sunnah Rasul-Nya.

Di bulan penuh barakah ini jangan sekali-kali kita lupa nasib saudara-saudara kita di bumi Islam yang sedang bergolak khasnya di Palestin, Iraq dan Afghanistan, di samping mereka yang sedang bertarung nyawa di Chechnya, Selatan Filipina, Selatan Thai dan lain-lain.

Titipkanlah doa di bulan yang penuh rahmat ini, mudah-mudahan Allah SWT memberikan kemenangan dan kejayaan kepada mereka setelah sekian lama hidup dan menderita dalam kesengsaraan, darah dan air mata.

Semoga Ramadan ini mampu membangkitkan kesedaran kita untuk mempertingkatkan amal ibadat menuju keredaan Allah di samping menyedarkan kita bahawa hanya Islam penyelamat kita di dunia dan di akhirat, lantas marilah kita sama-sama kembali kepadanya.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Ramadan Kareem" kepada semua umat Islam, mudah-mudahan kekuatan dan semangat yang terbentuk sepanjang Ramadan ini akan terus memperteguhkan iltizam kita untuk sama-sama membela, mempertahan dan memperjuangkan Islam hingga ke akhir hayat.

Presiden PAS

Sunday, August 24, 2008

PILIHANRAYA PERMATANG PAUH SEBAGAI TARBIYYAH PRAKTIKAL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani

Pemuda dan Pemudiku

PAS Kedah telah diberi amanah untuk menjaga 3 Daerah Mengundi di Permatang Pauh yang mempunyai 17 kampung, 1 Taman dan 1 Estet.

Pastikan kamu wahai pemuda dan pemudiku hadir beramai-ramai mulai 25 hb Ogos 2008 (Isnin) sebagai salah satu proses tarbiyyah praktikal menghadapi Pemerintah Angkuh Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil kali ini. Sanggup meninggalkan sekejap pekerjaan kamu untuk sama berusaha mengubah landskap politik Malaysia selepas ini.

Sepanjang aku berada, di Ketiga-tiga Daerah Mengundi yang kita diamanahkan untuk bekerja, aku dapati pengundi Melayu masih tetap akan mengundi Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun bermacam-macam cara dan kaedah digunakan oleh BN. Oleh itu kita mesti pastikan 25 Ogos 2008 iaitu hati terakhir dan malamnya sebagai penampan terakhir untuk memastikan pengundi yang mengundi PKR pilihanraya umum lalu terus mengundi PKR. Jika itu dapat kita lakukan, InsyaAllah Pakatan Rakyat akan menang.

Setelah itu, pada awal pagi 26 Ogos 2008, kita mesti pastikan seluruh pengundi yang telah dicula akan mengundi PKR dapat dikerah keluar seawal mungkin, untuk mengelakkan pengundi hantu mengundi bagi pihak pengundi PKR terutamanya yang uzur. Kita memerlukan mosikal, kerana kesesakan akan berlaku.

Kepada seluruh pengundi yang berada diluar atau sanak saudara yang tahu bahawa ada pengundi PKR yang menetap di mana-mana sahaja diluar Kawasan Pilihanraya tolonglah pujuk mereka balik mengundi.

Kepada ahli PAS dari Kedah yang hendak bertugas sila datang sendiri untuk dapat taklimat dari Ketua Kontijen YB Mohd Nasir Mustaffa (ADUN Kubang Rotan) dan Setiausaha Ustaz Rosli Azmi (SU DPPNK dari Kg Memali) di Markaz Kedah _ Taman Guar Perahu.

Berikut adalah beberap info mengenai 3 Daerah Mengundi yang kita diamanahkan untuk bertugas:-

01. GUAR PERAHU : 1,907 pengundi (Lelaki: 901, Perempuan: 1006)

(Melayu: 1,900, Cina: 7 )

Tempat Mengundi: Sekolah Menengah Guar Perahu

Kampung yang terlibat:-

i. Bukit Berangan (Mukim 21)

ii. Guar Jering B.M. (Mukim 21)

iii. Guar Perahu B.M. (Mukim 21)

iv. Kampung Terus (Mukim 21)

v. Padang Buloh (Mukim 21)

vi. Padang Ibu (Mukim 21)

vii. Padang Temusu (Mukim 21)

viii. Paya Kubu (Mukim 21)


02. KUALA MENGKUANG: 2,727 pengundi (Lelaki 1,314, Perempuan: 1,413)

(Melayu: 2,696, Cina: 15, India: 17)

Tempat Mengundi: Sekolah Kebangsaan Guar Perahu

Kampung/ Taman yang terlibat:-

i. Guar Perahu B.M. (Mukim 20)

ii. Kuala Mengkuang (Mukim 20)

iii. Mengkuang Mak Sulong (Mukim 20)

iv. Padang Ibu (Mukm 20)

v. Taman Guar Perahu

03. TELOK WANG: 599 pengundi (Lelaki:286, Perempuan: 313)

(Melayu: 331, Cina: 186, India: 83)

Tempat Mengundi: Dewan Orang Ramai Tun Saadon Ara Kuda

Kampung yang terlibat:-

i. Bukit Gempas (Mukim 19)

ii. Kg Lalang (Mukim 19)

iii. Penanti Estet (Mukim 19)

iv. Telok Wang (Mukim 19)

v. Kg Tun Saadon

vi. Bukit Langkap


SELAMAT BERTUGAS - JUMPA DISANA

Tuesday, August 19, 2008

INI BUKAN HENTIAN TERAKHIR

Tuhan Yang Menguasai Hari Pembalasan

Pemuda dan pemudi ku,

Hala tuju perjuangan kita adalah untuk menegakkan kembali system Islam di atas muka bumi ini. Sedarlah kita masih jauh dalam usaha mencapai tujuan tersebut, walaupun kita sudah mempunyai koridor Pakatan Rakyat di 5 negeri.

Setiap langkah kita mempunyai tujuan, dan dengan tujuan tersebutlah ia akan memberi satu energi (tenaga dalaman) kepada kita untuk terus bergerak dengan gigih mencapai tujuan. Oleh itu sekali lagi ingin aku tekankan kita masih jauh dari mencapai tujuan gerakan kita. Kita mesti terus berusaha mencapai tujuan hakiki tersebut. Kita tidak boleh leka dan terlalu sibok dengan tugas baru yang dipikul selepas menang pilihanraya, sehingga merosot dari usaha mencapai tujuan hakiki kita. Awas, jika kita merasakan bahawa kemenangan kita menguasai negeri adalah perhentian terakhir, maka energi (tenaga dalaman) kita untuk terus bergerak kehadapan mencapai tujuan hakiki, iaitu tertegaknya system pemerintahan Islam di atas muka bumi Allah akan mula kendur keghairahannya dan sehingga mungkin hasratnya pun berakhir.

Persoalan yang aku timbulkan ini, kepada pemuda dan pemudiku sekelian adalah supaya kita semua dapat merenung sejenak, apakah sekarang kita sudah berada di stesyen yang terakhir dalam perjuangan menegakkan system Islam. Sudah tentu kamu akan menjawab tidak!!! Maka aku akan merasa lega, kerana kamu masih sedar bahawa stesyen yang kita sampai pada 8 Mac 2008 yang lalu bukanlah perhentian terakhir.

Amatlah malang jika kamu memikirkan bahawa inilah perhentian terakhir, maka kamu akan merasakan tujuan kita telah tercapai, maka apa yang akan berlaku dalam usaha menegakkan system Islam (tujuan hakiki) akan mula mengendur, daya motivasi dan kretiviti semakin pudar, lambat laun kemudiannya akan lenyap tanpa bekas. Akhirnya kita selesa berada di perhentian itu untuk selamanya tanpa lagi mahu bergerak ke perhentian hakiki yang sebenarnya.

Pemuda dan pemudiku,

Itulah salah satu sebab Islam tidak ingin tujuan mutlaknya digantikan dengan tujuan yang terbatas setakat duniawi ini, sepertimana system komunis yang telah secara automatic terhenti akibat telah sampai ketitik puncaknya. Sekarang system kapitalisme pulak akan sampai ketitik puncaknya dan akan berhenti juga secara automatic. Hanya system Islam yang tidak akan mencapai titik puncaknya kerana sebagai makhluk yang terbatas, manusia tidak akan mampu mencapai Allah Yang Mahamutlak dan Tidak Terbatas.

Akan tetapi setiap derap langkah yang diayun oleh kita dan di arahkan kepada Allah akan membuahkan kebajikan sekaligus mendorong kita untuk semakin melipatgandakan seluruh ikhtiar dan tenaga mencapai Sistem Pemerintahan Islam dan seterusnya keredaanNya di akhirat nanti.

Pemuda dan pemudiku,

Bingkas bangun dari kealpaan! Ini bukan perhentian terakhir …. Perjalanan kita masih jauh menuju ke perhentian yang berikutnya.

Monday, August 18, 2008

Liwat dan qazaf dari perspektif Islam


> klik disini untuk tengok kitab jawi mengenai Qazaf

Tulisan ini dipetik daripada buku "Qazaf: Mangsa Fitnah" (Jabatan Penerangan dan Penyelidikan PAS Pusat, 2001) tulisan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Buku bersifat kontemporari ini diharap dapat merungkaikan persoalan berhubung tuduhan liwat dan qazaf yang dikategorikan sebagai jenayah hudud dalam sistem perundangan Islam.

Mensabitkan Kesalahan Zina Dan Liwat

Kesalahan zina dan liwat sabit dengan iqrar (pengakuan) atau melalui saksi-saksi yang memenuhi syarat syaratnya.

Iqrar (Pengakuan)

Hadis riwayat Abu Hurairah r.a. (al-Bukhari, kitab al-Hudud):

"Seorang lelaki datang mengadap Rasulullah s.a.w. di dalam masjid. Lelaki itu berkata: "Wahai Rasulullah! Saya telah melakukan zina." Rasulullah s.a.w. berpaling ke arah lain (yakni seperti tidak melayannya), lelaki itu mengulangi pengakuannya sebanyak empat kali. Setelah lelaki itu membuat pengakuan sebanyak empat kali, akhirnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau gila?" Dia menjawab: "Tidak." Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Adakah engkau telah berkahwin?" Dia menjawab: "Ya." Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan (para sahabatnya): "Bawalah lelaki ini pergi dan rejamlah dia."

Mengikut riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Adakah engkau bercumbu-cumbu sahaja." Dia menjawab: "Tidak. Sebenarnya saya telah berzina."

Mengikut riwayat yang lain: "Setelah selesai sembahyang, dia (lelaki itu) datang lagi, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidakkah awak telah berwuduk dan telah bersembahyang? Dengannya Allah mengampunkan dosa." Tetapi lelaki itu terus mengaku berzina dan mahu supaya disucikan dirinya dengan hukuman.

Hadis riwayat Sulaiman bin Buraidah, daripada bapanya (riwayat Muslim, Kitab al-Hudud):

"Kemudian seorang perempuan dari qabilah al-Ghamidiyah datang mengadap Rasulullah s.a.w. Wanita itu berkata: "Wahai Rasulullah! Sucikanlah diri saya." Sabda Rasulullah s.a.w. : "Baliklah, beristighfarlah engkau dan bertaubatlah." Wanita itu berkata lagi: "Adakah engkau mahu melakukan kepada saya seperti yang engkau lakukan kepada

Ma'iz bin Malik?" Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah masalah engkau?" Wanita itu memberitahu bahawa dia sedang mengandung hasil perbuatan zina. Rasulullah s.a.w. bertanya: "Apakah benar?" Wanita itu menjawab: "Ya." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bersalinlah dahulu."

Wanita itu dijaga oleh seorang lelaki dari kalangan Ansar sehingga bersalin. Kemudian lelaki itu datang menemui Rasulullah s.a.w. memberitahu bahawa wanita itu telah bersalin. Baginda bersabda: "Kita tidak akan merejamnya dan membiarkan anaknya tidak dapat menyusu." Lalu bangun seorang lelaki dari kalangan Ansar dan berkata: "Biar saya uruskan urusan penyusuannya, wahai Nabi Allah." Lalu Rasulullah s.a.w. merejam wanita itu."

Kedua-dua hadis di atas diriwayatkan oelh para ulama hadis dengan riwayat yang sahih dan menjadi dalil dalam kes iqrar (mengaku) berzina. Para ulama telah menyimpulkan daripadanya hukum-hukum yang berkaitan dengan iqrar melakukan kesalahan zina dan liwat.

Syarat-syarat iqrar

1. Orang yang membuat pengakuan itu hendaklah seorang yang baligh dan berakal. Tidak sah pengakuan orang gila, mabuk dan sebagainya, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Abu Daud: Kitab al-Hudud):

"Diangkat qalam daripada menulis amalan kanak-kanak sehingga dia baligh, daripada orang tidur sehingga dia terjaga, dan daripada orang gila sehingga dia sedar."

2. Pengakuan hendaklah dilakukan dengan pilihan sendiri, tanpa dipaksa, sepeti dipukul, dibelasah, diberi bahan yang menghilangkan ingatan seperti dadah dan sebagainya. Maka tidak sah pengakuan orang yang dipaksa, kerana sabda Rasulullah s.a.w. (Ibn Majah: Kitab al-Talaq):

"Allah mengangkat (memaafkan) kesalahan umatku yang melakukan sesuatu kerana tersalah, terlupa dan dipaksa."

3. Iqrar (pengakuan) dilakukan secara lisan. Tidak diterima pengakuan dalam bentuk tulisan, pita rakaman dan sebagainya dalam perkara hudud.

4. Iqrar hendaklah dilakukan berulangkali dalam perkara zina dan liwat, iaitu sebanyak empat kali, dalam majlis yang berasingan, seperti yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. terhadap Ma'iz bin Malik.

5. Iqrar itu dilakukan di hadapan hakim dan hakim pula menunjukkan sikap tidak senang dan berusahan supaya orang yang beriqrar itu tidak mengulangi iqrarnya, kerana bertaubat lebih baik daripada menyerah diri secara iqrar di hadapan pihak yang berkenaan, kerana inilah cara yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Menarik Balik Pengakuan

Seseorang yang mengaku melakukan zina dan liwat hendaklah diterima penarikan balik pengakuannya, walaupun sudah memenuhi syarat-syarat yang tersebut di atas, kerana Rasulullah s.a.w. menegur para sahabat baginda dengan keras kerana meneruskan hukuman terhadap Ma'iz bin Malik setelah dia melarikan diri ketika hukuman dijalankan.

Apabila seseorang lelaki mengaku zina dengan seseorang perempuan dan perempuan itu tidak mengaku salah, maka si lelaki sahaja yang dihukum, kerana inilah keputusan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud.

Saksi

Firman Allah (al-Nisa': 15) yang bermaksud: "Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap perbuatan mereka."

Firman Allah lagi (al-Nur:4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi..."

Firman Allah lagi (al-Nur:13) yang bermaksud: "Sepatutnya mereka (yang menuduh) membawa empat orang saksi membuktikan tuduhan itu. Jika mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka mereka itu pada sisi hukum Allah, adalah orang-orang yang dusta."

Orang yang menjadi saksi hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh lagi berakal. Oleh itu tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh diterima.

2. Islam, sekiranya tuduhan dilakukan terhadap orang Islam, kerana kesedarannya terhadap perhitungan dosa pahala dan sebagainya. Di samping itu, perkara zina dan liwat ini termasuk dalam hukum hudud Islam yang dinaskan.

3. Mempunyai pancaindera yang sihat. Tidak diterima saksi yang tidak jelas penglihatan, tuli dan bisu.

4. Adil, yakni seseorang yang diketahui tidak melakukan mana-mana dosa besar, dosa kecil secara berterusan dan perkara-perkara yang menjatuhkan maruah, walau pun tidak berdosa.

5. Lelaki, yakni dalam perkara hudud dan qisas. Oleh kerana zina dan liwat termasuk dalam perkara hudud, maka saksi wanita tidak diterima dalam perkara ini.

6. Tiada tohmahan (kekeliruan yang menarik manfaat atau menolak mudarat), berkepentingan dan prejudis seperti menjadi saksi kepada bapa, anak atau majikannya, atau orang yang diketahui bermusuh dengan orang yang dituduh yang akan memburukkannya sahaja. Maka tidak boleh menerima penyaksian saksi yang ada kaitan dengan konspirasi politik dan sebagainya.

7. Bilangan yang cukup. Pada tuduhan zina dan liwat, memerlukan empat orang saksi.

8. Keempat-empat saksi melihat (perbuatan zina dan liwat itu) bersama-sama.

9. Memberi keterangan dalam majlis (persidangan) yang sama.

Saksi dalam tuduhan zina dan liwat bukan sahaja wajib memenuhi syarat-syarat tersebut tetapi juga hendaklah melihat kesalahan itu berlaku mengikut takrifnya secara jelas, yakni melihat anggota kemaluan yang melakukannya secara jelas. Para ulama bersepakat mengatakan bahawa keterangan melalui kesan air mani, pita video dan gambar tidak boleh mensabitkan kesalahan zina dan liwat. Keterangan saksi yang berlapis yang hanya menerima berita dari orang lain (hearsay) juga tidak boleh diterima.

Kesemua perkara tersebut menunjukkan bahawa tuduhan zina dan liwat, tidak boleh dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Keterangan-Keterangan Yang Tidak Nyata

Penggunaan kepakaran untuk menganalisa darah dan air mani (atau ujian DNA) bagi mensabitkan kesalahan jenayah huduh seperti zina dan liwat tidak dibenarkan oleh Islam, kerana ada syubhat (kekeliruan). Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Hudud hendaklah ditolak (tidak dilaksanakan) dengan adanya syubhat (kekeliruan)."

Ketepatan analisa DNA boleh dipertikaikan kerana banyak kemungkinan-kemungkinan yang boleh menimbulkan keraguan. Sesetengah ulama membenarkan analisa ini untuk menafikan tuduhan sahaja, bukan untuk mengisbatkannya (mensabitkan kesalahan). Para ulama Islam telah menyebut perkara ini di dalam kitab-kitab fiqh, di antaranya Ibn al-Qayyim di dalam kitanya al-Turuq al-Hukmiyyah.

Begitu juga tuduhan tidak boleh disabitkan dengan gambar, pita video, kaset dan sebagainya yang bukan merupakan keterangan secara langsung.

Bersumpah

Tidak diharuskan bersumpah bagi mensabitkan jenayah hudud yang berkaitan dengan hak Allah, seperti zina dan liwat. Bahkan jenayah hudud dan qisas dalam perkara hak manusia juga tidak dibenarkan bersumpah menurut jumhur (kebanyakan) ulama kerana perkara hudud dan qisas yang berhubung dengan hak manusia juga dianggap menyerupai hak Allah.

Yang dimaksudkan dengan bersumpah di sini adalah sumpah mengikut hukum Islam dengan lafaznya yang ditetapkan, bukan seperti yang difahami oleh orang jahil yang mencadangkan supaya sumpah dilakukan secara menjunjung al-Quran, yang menyerupai sumpah yang dilakukan oleh penganut agama Kristian.

Syarat orang yang melakukan zina dan liwat

Orang yang melakukan kesalahan zina dan liwat itu pula hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Baligh, yakni cukup umur mukallaf
2. Berakal
3. Secara pilihan dengan tidak dipaksa
4. Mengetahui pengharaman zina dan liwat
5. Tiada syubhah (seperti terkeliru atau tersilap kerana disangka isterinya)
6. Berzina atau berliwat dengan manusia
7. Melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai zina atau liwat

Qazaf

Perkataan qazaf dalam bahasa Arab bermakna melemparkan sesuatu benda umpama batu dan sebagainya. Seterusnya perkataan itu dikhususkan kepada melemparkan sesuatu yang buruk termasuk menggunakan perkataan yang keji terhadap seseorang.

Menurut istilah hukum syarak, qazaf ialah menuduh zina terhadap seseorang tanpa saksi yang adil. Termasuk juga menuduh liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama, di antaranya Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali. Mazhab Hanafi pula hanya mengkhususkannya kepada tuduhan zina sahaja, manakala tuduhan liwat di sisi mereka termasuk dalam perkara takzir.

Qazaf termasuk dalam hukum hudud yang dinaskan di dalam al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Perkara yang telah dinaskan, berada di luar bidang ijtihad para ulama, kerana haram meminda nas daripada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, tidak boleh dinamakan hudud PAS atau hudud sesiapa. Sesiapa yang membuat kenyataan itu maka hukumnya berdosa kerana kenyataan yang dibuatnya itu berdasarkan kepada kejahilannya.

Perkara tersebut menjadi perkara yang wajib diketahui oleh orang-orang Islam, kerana fardhu ain itu, bukan sahaja terdapat pada perkara yang wajib ditunaikan, tetapi termasuk juga pada perkara yang diharamkan kita melakukannya agar kita menjauhinya, meninggalkannya dan mencegahnya, Manakala mendalaminya secara detail hukumnya adalah fardhu kifayah.

Di kalangan ulama ada yang membahagikan tuduhan itu kepada dua cara:

1. Secara sorih (berterus terang) dengan menujukan tuduhan zina atau liwat kepada orang yang tertentu. Sekiranya tuduhan itu diakui oleh orang yang dituduh secara sukarela dan memenuhi syarat-syarat pengakuannya, maka hukuman hudud boleh dijatuhkan oleh hakim ke atas orang berkenaan.

2. Secara sindiran. Seperti menafikan nasab daripada ayahnya mengatakan 'awak bukan anak kepada si anu' yang diketahui sebagai bapanya yang sebenar, atau 'awak anak daripada hasil zina' dan lain-lain tuduhan yang boleh difahamkan sebagai tuduhan zina atau liwat.

Hikmah Pengharaman Qazaf

Tujuan pengharaman qazaf adalah bagi memelihara maruah manusia, yang menjadi satu daripada perkara yang sangat penting bagi manusia sama ada bagi diri, keluarga atau masyarakatnya. Maruah sangat bernilai dalam hidup dan mati seseorang, membezakan manusia dengan binatang dan menjadi sebahagian daripada harga diri sehingga tidak boleh dinilai dengan harta benda yang paling mahal. Islam telah menegaskan kewajipan mempertahankan maruah dengan meletakkan maruah mengatasi harta yang juga wajib dipertahankan.

Demi menjaga maruah itulah, maka diwajibkan hukuman qazaf secara hudud yang ditetap oleh Allah dan Rasul-Nya s.a.w. supaya seseorang itu atau kumpulannya tidak boleh melemparkan tuduhan zina dan liwat ke atas seseorang yang lain secara sewenang-wenangnya.

Syarat-syarat Qazaf

Tidaklah mudah menentukan bahawa seseorang itu telah melakukan qazaf, kerana Islam mewajibkan syarat-syarat tertentu bagi orang yang melakukannya, orang menjadi mangsa dan tuduhan itu sendiri.

Syarat-syarat bagi orang yang melakukan tuduhan itu adalah:

1. Berakal. Tidak boleh diterima tuduhan yang dilakukan oleh orang gila, kerana cakapnya tidak boleh dipakai.

2. Baligh, yakni sampai umur mukallaf yang boleh dipertanggungjawabkan perintah-perintah agama ke atasnya. Kanak-kanak yang belum baligh, tidak boleh dikategorikan tuduhannya sebagai qazaf.

3. Tidak dipaksa. Tidak boleh menerima tuduhan yang dilakukan oleh orang yang dipaksa supaya melakukan tuduhan itu.

4. Tidak dapat mengadakan empat orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi mengikut hukum Islam.

Orang yang dituduh juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:

1. Berakal. Maka tidak sah menuduh orang yang tidak berakal. Oleh itu orang yang menuduh tidak boleh diambil tindakan qazaf

2. Baligh. Maka orang yang menuduh terhadap orang yang tidak baligh, tidak boleh dikenakan hukuman had qazaf. Dia hanya dikenakan hukuman ta'zir.

3. Islam, mengikut jumhur para ulama.

4. 'Iffah atau ihsan, yakni orang yang dituduh itu seorang yang diketahui kebaikan akhlaknya dan tidak pernah disabitkan melakukan zina.

5. Orang yang ditentukan tidak berlaku qazaf dengan menuduh seseorang yang tidak ditentukan secara khusus.

Syarat tuduhan pula hendaklah tuduhan dalam perkara zina, menurut ijmak para ulama dan tuduhan dalam perkara liwat, mengikut pendapat jumhur para ulama. Sekiranya tuduhan itu dalam perkara yang lain seperti berjudi, minum arak, rasuah dan sebagainya, maka tidak dinamakan qazaf yang mewajibkan hukuman hudud, tetapi berpindah kepada hukum takzir yang terserah kepada budibicara pihak yang berkenaan untuk menentukan hukumannya.

Mensabitkan Jenayah Qazaf

Kesalahan qazaf yang dijatuhkan hukuman had ialah apabila terbukti melalui dua cara:

1. Iqrar daripada orang yang melakukan qazaf.
2. Dua orang saksi yang memenuhi syarat-syarat saksi.

Hukum Hudud yang berkait dengan Qazaf

Terdapat kekhilafan di kalangan para ulama, adakah hukum qazaf berkait dengan hak Allah atau hak manusia?

Mazhab Hanafi menegaskan bahawa qazaf termasuk di dalam kategori hak Allah terhadap hamba-Nya kerana ia berkait dengan maruah seseorang. Hukum hudud yang ditetapkan ke atas jenayah qazaf berkait dengan maslahah umum, iaitu untuk memelihara kepentingan hamba-hamba Allah (manusia) dan maruah mereka, serta menghindarkan perkara kefasadan di kalangan manusia.

Apabila ia menjadi aspek umum maka ia termasuk dalam hak Allah terhadap hamba-hamba-Nya.

Mazhab Syafie dan Hanbali berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak hamba (manusia), kerana maruah secara langsung diberikan kepada manusia. Apabila

maruahnya dijatuhkan melalui qazaf, ia bermakna seperti melakukan sesuatu ke atas batang tubuh orang yang tertentu, maka ia menjadi hak bagi diri orang itu.

Manakala ulama dalam mazhab Maliki berselisih pendapat. Ada di kalangan mereka yang bersetuju dengan mendapat Mazhab Hanafi, ada yang bersetuju dengan pendapat Mazhab Syafie dan Hambali. Di antara mereka adalah Ibnu Rusyd, dan ada yang berpendapat bahawa di dalam perkara qazaf ada kedua-dua hak tersebut.

Mereka yang berpegang kepada pendapat bahawa qazaf itu adalah hak Allah, bermakna setelah perkara itu dibawa kepada pihak yang berkenaan (berwajib) maka ia tidak boleh dimaafkan lagi, yakni mangsa tuduhan tidak boleh memberikan pengampunan.

Pengampunan hanya boleh diberi sebelum kes tersebut dibawa kepada pihak yang berkenaan. Manakala mereka yang menyatakan bahawa qazaf itu adalah hak manusia, maka mangsa tuduhan diberi hak untuk memberikan pengampunan kepada orang yang dijatuhkan hukuman kerana kesalahan melakukan qazaf.

Hak Tuduhan Qazaf

Mereka yang berpendapat bahawa qazaf termasuk dalam kategori hak manusia, mengatakan bahawa orang yang menjadi mangsa mempunyai hak pengampunan ke atas orang yang melakukan jenayah qazaf.

Sekiranya orang yang menjadi mangsa qazaf masih hidup, maka hak membuat pendakwaan terserah kepadanya sendiri. Sekiranya ia telah meninggal dunia, maka hak tersebut berpindah kepada keluarganya yang terdekat, iaitu bermula daripada ayah hingga ke atas, kemudian berpindah kepada anak hingga ke bawah. Ia tidak berpindah kepada saudaranya yang lain, kerana perkara qazaf sangat berkait dengan maruah zuriat secara langsung.

Hukuman ke Atas Orang Yang Melakukan Qazaf (Menuduh Zina atau Liwat)

Nas dan ijtihad para ulama yang berlandaskan roh syariat Allah yang maha adil, menunjukkan bahawa tuduhan yang menjatuhkan maruah seseorang seperti tuduhan zina dan liwat tidak harus dipermudah-mudahkan.

Untuk membuat tuduhan itu, wajiblah mempunyai alasan dan hujah yang kukuh. Perkara-perkara yang diwajibkan ke atas pihak yang berkenaan supaya dilaksanakan ketika melakukan sesuatu tuduhan, membuktikan bahawa kewajipan memelihara maruah juga menjadi tanggungjawab kerajaan setelah ditegaskan bahawa ianya adalah kewajipan individu.

Kesalahan tuduhan zina dan liwat amat besar, sehingga ia dimasukkan ke dalam jenayah yang dikenakan hukuman keras dan ditetapkan sendiri hukumannya oleh Allah SWT secara nas di dalam Al-Quran. Di akhirat pula ia dikira sebagai dosa besar yang disediakan azab yang pedih kepada pelakunya, sekiranya dia tidak bertaubat dan meminta

maaf daripada mangsa tuduhan atau tidak menerima tindakan undang-undang Islam oleh pihak yang berkenaan.

Hukuman di dunia

Hukuman di dunia yang wajib dijatuhkan ke atas penjenayah qazaf oleh kerajaan Islam ditetapkan oleh Allah di dalam al-Quran.

Firman Allah (al-Nur: 4) yang bermaksud: "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik."

Hukuman terhadap penjenayah qazaf di dunia ialah:

1. Disebat sebanyak 80 kali sebatan mengikut cara Islam. Bukannya sebatan seperti yang diamalkan sekarang. Iaitu dengan alat yang sederhana dan cara pukulan yang sederhana. Tidak dibenarkan mengangkat alat sebatan lebih tinggi daripada kepala dan sebatan itu tidak boleh menyebabkan kulit dan daging terkoyak. Orang yang disebat pula hendaklah berada dalam keadaan kesihatan yang baik dan memakai pakaian yang bersopan serta disaksikan oleh orang ramai.

2. Dihukum menjadi fasik dengan tidak diterima penyaksiannya dalam segala urusan, sama ada di mahkamah, ketika berjual beli, perkahwinan, melihat anak bulan Ramadan, Syawal dan lain-lain.

Hukuman di Akhirat:

Firman Allah (al-Nur: 23-24) yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan-perempuan (dan lelaki-lelaki) yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi yang beriman akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar. Pada hari lidah mereka dan tangan mereka serta kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan."

Hukuman pada hari kiamat nanti lebih adil dan bijaksana. Allah Yang Maha Mengetahui tidak menghukum dengan sifat mengetahui-Nya sahaja, tetapi perbicaraan akan di ulang semula di mahkamah-Nya dengan bukti-bukti yang lebih terperinci. Ketika itu, anggota badan manusia, tangan dan kaki mereka akan menjadi saksi. Di samping itu terdapat catatan para malaikat, iaitu makhluk Allah yang paling baik dan suci, yang nalurikan dengan sifat sentiasa taatkan perintah Allah dan tidak sekali kali menderhakai-Nya.

Mereka akan dikerah untuk menjadi saksi sehingga mulut para pembohong dan pendakwa yang pandai mengubah kata dan meminda catatan tidak mampu lagi untuk memutarbelitkan kenyataan yang sebenar.- tajdid

Sumber Harakahdaily

Pemuda dan Pemudiku

Kita bertahaluf atas nama Pakatan Rakyat dengan Parti KeADILan Rakyat, kita bukan bertahaluf dengan Anwar Ibrahim, oleh itu kita mesti menangkan Parti KeADILan Rakyat di Permatang Pauh atas nama Pakatan Rakyat.

Soal Saiful bersumpah, kita tunggu kes-kes tersebut dibicarakan dimahkamah, biarlah mahkamah yang membuat keputusan - kita mesti berlaku adil.

Kita sekarang sedang membicarakan UMNO bukan Anwar Ibrahim....

Rakyat perlu menghukum UMNO BN... di Permatang Pauh

Biarkan Hakim yang menghukum Anwar Ibrahim... di Mahkamah

Setujuuuu!!!!!

Saturday, August 16, 2008

Tahniah Presiden

Alhamdulillah...

Aku bangga dapat Presiden seperti Tuan Guru Hj Ad Hadi Awang.

Nampak cerdik politik Islam - cakap pun cerdik politik Islam...

yang penting Presiden....

Orang lain aku tak peduli... bodoh politik Islam dan nampak nak pi ke UMNO...

Lepas dengar ucapan Presiden baru 5 minit

Tuesday, August 12, 2008

MUKTAMAR - ISU PANAS, KEPALA MESTI SEJUK

Tuhan ku Yang Maha Mengetahui

Pemuda dan Pemudiku,

11 Syaaban hingga 15 Syaaban 1429 nanti akan berlangsung Muktamar PAS di Ipoh.

Banyak perkara yang akan dibincangkan dan semuanya panas-panas belaka.

Panaskanlah sehingga ketakat didih sekalipun isu yang dibahas, tetapi jika ia dibincangkan dengan kepala sejuk dan ke arah satu matlamat (Politik Islam Memerintah Muka Bumi dan Politik Kita Untuk Bertemu Allah Di Padang Mahsyar) maka semua akan berjalan dengan baik dan sempurna.

Percayalah, pemuda dan pemudiku !!!

Janganlah sampai yang sudah bercadang nak keluar 3 hari pergi Ghast Tabligh…

Janganlah sampai ada yang berkira-kira nak desak PAS keluar Pakatan Rakyat….

Akibat tak tahan bahang panas yang bukan pun sampai tahap didih lagi… dah nak lari tinggal kawan…. Itu bukan anak jantan!!

Wahai pemudaku… wahai pemudi ku….

Kamu adalah pelapis kepimpinan masa depan, kamu telah di tarbiyyah oleh pimpinan supaya istiqamah, bertawakal, tetapi janji, jangan khianati kawan, sabar, sanggup tanggung risiko, berani, tabah, bijaksana, benar bahkan sangup syahid dan banyak lagi. (walaupun kamu kadang-kadang tertanya-tanya, ahli pemimpin tarbiyyah, pemimpin siapa tarbiyyah?).

Era Tarbiyyah berdentum ialah era 80an

Apabila kita telah sepakat tahun 1987 kita bertahaluf dengan dengan Semangat 46 yang hendak menghidupkan kembali UMNO lama, dalam Angkatan Perpaduan Ummah dan Semangat 46 pula jadi jambatan penghubung dengan DAP yang menubuh Gagasan Rakyat, kita setuju Tengku Razaleigh calon Perdana Menteri – Kita menang di Kelantan 1990 – Tuan Hj Nik Abd Aziz jadi MB, Tengku Razaleigh gigit jari. Kita terus isitiqamah dengan janji, tak khianati kawan – akhirnya Semangat 46 buat hal, dia khianati kita, lari masuk UMNO ramai-ramai. Rakyat yang Islam dan yang kafir tengok, PAS memang baik tak khianati kawan, orang jubah serban memang ikhlas dan jujur. Natijahnya Islam memang ajaran yang benar !!!. Natijahnya juga ramai ahli dan pimpinan UMNO semakin yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa PAS, maka mereka isi borang, menyertai PAS. Alhamdulillah.

Setelah itu Al-MarhumUstaz Fadzil Noor umum PAS bersendirian….

Tup-tup 1997, Anwar Ibrahim berkelahi dengan Dr. Mahathir Mohamed, Ustaz Fadzil pergi bela Anwar secara terbuka walaupun tahu Anwar keluar UMNO bukan tak setuju dengan dasar UMNO hanya berkelahi dengan Dr. Mahathir berebut jawatan. Tubuh GERAK, tubuh ADIL dan selepas itu ada parti KeADILan, kita sekali lagi buat tahaluf dengan nama Barisan Alternatif. PAS setuju Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri kalau BA memerintah. Buat Manifesto bersama perjuangan Islam yang diperjuangan PAS diletak sebagai Menegakkan Islam sebagai Ad-Deen. DAP setuju, lepas pilihanraya tak berapa lama, DAP kata PAS kecoh dia, DAP huraikan maksud Islam sebagai Ad-Deen ialah tegakkan Islam dalam seluruh sendi kehidupan termasuk pemerintahan, DAP marah dan “menyebai” lari keluar keluar Barisan Alternatif. PAS tetap tak khianti kawan dan tetap istiqamah serta sentiasa tepati janji. PAS boleh tambah satu negeri Terengganu dan menang agak besar di Kedah.

Tahun 2004 BN menang besar dengan imej ‘Mr Clean’ Pak Lah yang baru menggantikan Dr. Mahathir yang berimejkan ‘diktator’, rakyat nak cuba, try, test kepimpinan Pak Lah mewakili UMNO/BN dengan beri mandat yang cukup besar dalam sejarah negara. Pemimpin UMNO BN jadi “juah” gila. Rakyat tengok tak boleh jadi UMNO memang “pelaq” (Bahasa Kuala Kedah- bahasa bakunya “Pelar” …kut). Seluruh rakyat termasuk rakyat bukan Islam yang sebelum ini menjadi tungkat kepada UMNO dan BN (Tuan Guru Nik Aziz selalu pesan tungkat UMNO mesti dipatahkan) telah meluat dan benci kepada UMNO dan BN.

Ya! Dalam tahun 2008, Barisan Alternatif menang besar, selepas menang bincang secara biasa dengan Parti Keadilan Rakyat dan DAP tubuh kerajaan di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Sementara Kelantan terus pemerintahan macam sebelumnya. Secara luarannya itu yang dilihat oleh umum. DAP sedikit sebanyak sudah boleh menerima PAS, walaupun ada lagi saki-baki yang ketegar, itu biasa.

Rakyat menaruh kepercayaan, termasuk yang bukan Islam, PAS tepati janji, PAS kawan baik, PAS jujur, PAS boleh caya, PAS ikhlas, PAS amanah, PAS orang baik, PAS tak tipu, PAS tak makan kawan, PAS istiqamah dan macam-macam lagi isitlah yang dibincang mengenai kebaikan PAS dikalangan berbagai bahasa di Malaysia. Tiba-tiba timbul isu pergi jumpa UMNO, nak kawan dengan UMNO. Gempar satu Malaysia.

Pemimpin PAS buat mesyuarat – keputusan tetap dengan Pakatan Rakyat, dengan UMNO macam biasa kena ajak depa meninggal parti mereka yang sudah membusuk dan mereput (dinamakan Muqabalah).

Oleh itu pemuda dan pemudiku

Jangan masuk Tabligh, Jangan keluar Pakatan Rakyat – teruskan politik Allah hu Akbar. Kita mesti tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun mungkin 16 September nanti Pakatan Rakyat membentuk kerajaan. Bila dah bentuk kerajaan pemimpin utama PAS mesti kuat, mesti berani minta segera apa yang menguntungkan Islam, biarlah sampai sekali lagi DAP “menyebai” lari keluar tak mahu memerintah bersama.

Kalau tak berani nak berhujah dengan Lim Kit Siang dan Karpal Singh, kami di Kuala Kedah ini boleh hantar Pak Ya Pasar Borong pergi selesai masalah dengan dua orang tua tu. Kafir satu pasar borong di Alor Setar dia boleh jaga dan ikut arahan inikan pula dua kawan kita yang dah uzur tu. Cerita elok-elok kebaikan Islam kepada mereka, insyaAllah boleh terima punyalah. Mereka adalah orang yang pegang kepada prinsip perjuangan mereka, mereka tidak munafik kepada asas perjuangan yang mereka pegang. Yang jadi masalah kepada kita sekarang ini orang Melayu Islam yang munafik dengan asas pegangan agamanya.

Itu baru politik Allah hu Akbar, ini tidak!!, dapat tawaran UMNO dah meleleh air liur.

Ataupun pilihan kedua, biarkan kita ditendang keluar Pakatan Rakyat akibat tuntutan kearah perlaksananaan Islam secara syumul, itu lebih bermaruah dari kita hancurkan Pakatan yang telah tersemai selama 5 bulan ini.

Adalah tidak menasabah untuk aku, wahai pemuda dan pemudiku sekelian untuk menggariskan semua apa yang perlu di minta apabila jadi sungguh Pakatan Rakyat memerintah 16 September ini Kalau aku gariskan sudah tentu akulah pula Presiden!!!.

Ringkas cerita, jadi atau pun tidak, Pakatan Rakyat memerintah Malaysia pada 16 September ini kita mesti terus istiqamah bersama dengan Pakatan Rakyat, kita jangan khianati dan dilihat khianat terutama oleh orang-orang bukan Islam yang sudah yakin bahawa kita adalah “olang Tuhan tak tipu punya oooo… ”.

Kalaulah tidak jadi memerintah Malaysia sekalipun– Kelantan, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang mestilah terus memperkukuh kerjasama sama sebagai satu Koridor baru menyaingi Koridor-Koridor bikinan Pak Lah. Tunjukkanlah contoh terbaik mengenai Islam yang kita perjuangkan dinegeri yang kita dominan dan berikan desakan yang maksimum kepada kerajaan Pusat agar menerima cadangan kearah pelaksanaan Islam yang lebih menyeluruh dan keadilan samata-rata agihan hasil negara dinegeri kita dominan serta Koridor Pakatan Rakyat.

Kepada sahabat yang ada di Pahang, Perlis, Pulau Pinang berilah cadangan penambah baikan Islam di negeri Kedah ini, dari berfikir hendak keluar Pakatan Rakyat. Kerana dirasakan itu lebih berfaedah dan berada di realiti sebenar kita.

Biarkan UMNO hancur seperti Pak Din Hancur laungkan “Hancur UMNO!!!” dan pecah belah seperti yang sentiasa kita doakan demi menyelamatkan ahli UMNO dari terus terjebak, terjerat, tertipu, termakan umpan oleh kemunafikan dan kejahatan dasar asobiyyah UMNO itu sendiri dan juga pimpinannya yang sudah tidak dapat lagi keluar dari noda dan dosa kecuali terjun segera menyelamatkan diri masing-masing.

Selamat Bermuktamar.

Saturday, August 9, 2008

POLITIK "ALLAH HU AKBAR"

Allah hu Akbar!

Allah Maha Besar!

Satu ungkapan ringkas yang cukup besar ertinya. Dalam setiap rakaat sembahyang tidak kurang 5 kali kita menyebut perkataan tersebut, dharab dengan 17 rakaat yang wajib disempurna bersamaan dengan 85 kali sekurang-kurang dilaungkan oleh kita sehari semalam.

Itu tidak dicampur ucapan dalam solat sunat, ucapan dalam zikir selepas solat fardhu, kalau jadi muadzin sudah tentu tambah lagi dan kalau yang rajin setiap nafas yang disedut diiringi dengan beratus kali sehari semalam bahkan ada yang beribu kali menyebut ucapan agung itu “Allah hu Akbar”.

Mengapakah perkataan itu disunatkan apabila hendak berpindah dari satu rukun kerukun lain dalam solat lain tidak bukan ialah kerana perkataan tersebut bertujuan manusia yang beriman membesarkan Allah di dalam solat dan akan membesarkan Allah swt. pula diluar solat.

Persoalannya setelah dengan penuh khusyuk kita menyebut perkataan tersebut dalam dalam solat mengagungkan Allah swt, apakah selepas keluar dari solat perkataan tersebut menyebabkan kita benar-benar mengagungkan Allah swt?

Seperti persoalan Ustaz Ahmad Yahaya, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dalam kuliahnya di surau Al-Hasaniah Tambak Bunga. Apakah akan berlaku kepada seorang guru sekolah kerajaan jika diakhir ucapannya dalam perhimpunan mingguan sekolah menyebut, “sebagai mengakhiri ucapan marilah semua guru-guru dan pelajar-pelajar bertakbir 3 kali”.

Begitu juga dimana-mana jabatan kerajaan tidak terdengar laungan ini. Kalau ada yang cuba melaungkan ucapan ini – alamat terbaliklah periuk nasi, atau dicap sewel dan dipandang dengan satu pandangan anih.

Bahkan ucapan ini, sekarang makin pudar dalam ceramah-ceramah kita. Ianya cukup terasa dengan kematian Pak Mat Jawa beberapa tahun lalu, yang ada sekarang hanya Bang Mat Jerlun yang sudah semakin uzur. Siapakah pemuda yang akan menggantikan mereka menjadi leader dalam melaung perkataan hebat ini yang kemudian diikuti dengan penuh semangat oleh seluruh hadirin.

Kamulah wahai pemudaku!!!

Ucapan membesarkan Allah inilah yang akan mencorakkan perjuangan politik Islam. Wahai pemuda dan pemudiku.Samada sedar ataupun tidak akibat laungan Allah hu Akbar dilesukan, malah kadang-kadang dihalang atas kononnya maslahah telah menyebab golongan thaghut penentang Islam seperti Majlis Peguam, 10 Menteri bukan Islam, Kelompok Penentang 121(A), Sister in Islam dan sebagainya makin tumbuh dengan berani mencabar Islam.

Memang kita boleh menyalahkan Pak Lah, Pak Lah lemah!!!! dan memang dia lemah!!! setelah menjadi imam terawikh membesarkan Allah dia pula menjadi imam membesar berhala tugu peringatan. Semoga Allah memberi petunjuk kepada dia dan pengikutnya sebelum nyawa sampai ke halkum.

Bagaimana dengan kita?

Kembalikanlah politik “Allah hu Akhbar” samada dalam niat, lisan, tulisan dan tindakan wahai pemuda dan pemudiku, maka insyaAllah golongan thaghut samada dalam bentuk syaitan jin dan syaitan manusia tidak akan berani lagi.

Politik kita adalah untuk membesarkan Allah.

Hidup sendirian kita membesarkan Allah - menolak semua kemahuan sendiri yang ditegah Allah: Politik membesarkan Allah

Hidup berkeluarga kita membesarkan Allah - menolak semua kemahuan keluarga yang ditegah Allah:Politik membesarkan Allah

Hidup bermasyarakat kita membesarkan Allah - menolak semua amalan dan budaya yang ditegah Allah: Politik membesarkan Allah.

Hidup berkerjaya kita membesarkan Allah- menolak semua cara kerja dan muamalah yang ditegah Allah: Politik membesarkan Allah.

Hidup bernegara kita membesarkan Allah- menolak semua sistem pemerintahan yang tidak mengikut sibghah (acuan) Allah dan meyakini Allah sebagai kuasa mutlak mentadbir dan menurun peraturan kepada seluruh manusia: Politik membesarkan Allah

Kita semualah yang akan menanggung akibat, kerana mungkin sudah kurang membesarkan Allah dalam seluruh sendi kehidupan kita. Kembalilah membesarkan Allah dengan sebenar-benar keyakinan.

“Apabila Allah Yang Maha Besar telah terpahat dihatimu, maka semua makhluk seluruh alam ini adalah kecil belaka”.

Monday, August 4, 2008

PIAGAM MADINAH

Segala syukur dan puji ke Mu Tuhan ku..........

Pemuda dan pemudi ku

Sengaja aku perturunkan Piagam Madinah untuk kita sama-sama renungi,
walaupun aku tahu kamu semua pemuda dan pemudiku sudah mengkhatamnya beratus kali...

Tetapi sebagai manusia biasa mungkin lupa...

Negara perlu di ajar mengucap, baru lah nak suroh yang lain-lain...
dan ini sebabnya Jujungan Besar Nabi ku Muhammad saw di cap gila, ahli sihir, dihalau keluar dari kampung halaman, disakiti dan sebagainya
itulah perjuangan.... setelah berkuasa peraturan mestilah dijelaskan sejelas-jelas kepada rakyat... letak Islam atas dan berikutnya bla....bla
Masa di Mekah diajak syer kuasa Nabi kesayangan ku tidak mahu..
Pergi ke Madinah berjalan kaki di padang pasir tandus sejauh 410 km setelah mendapat janji setia dari 72 masyarakat dari Yastrib di Aqabah (Mina)

Renungilah terjemahan Piagam tersebut.... sesuaikan dengan penuh ketaqwaan dalam situasi semasa ini

Kandungan Piagam Madinah
• Fasal 1
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang : Inilah kitab (Piagam Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-orang yang memeluk Islam dari Quraisy dengan penduduk Yathrib dan orang-orang yang bersama mereka lali masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama mereka.

• Fasal 2
Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

• Fasal 3
Golongan Muhajirin dari Quraisy tetaplah di atas pegangan lama mereka : mereka saling tanggung-menanggung membayar dan menerima diyat (wang tebusan) di antara sesama mereka dalam mana mereka menebus sesiapa yang tertawan dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang beriman.

• Fasal 4
Bani Auf (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka dalam mana mereka bersama-sama tanggung-menanggung membayar serta menerima wang tebusan seperti dulu; dan setiap taifah (golongan) tetaplah menebus sesiapa yang tertawan dari kalangan mereka sendiri dengan cara berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

• Fasal 5
Bani al-Harith (dari Yathrib – Madinah) bin al-Khazraj tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dulu, dan tia-tiap puak dari (Suku Khazraj) hendaklah membayar wang tebusandarah mereka sendiri dengan adil dan berkebajikan di kalangan orang-orang yang beriman.

• Fasal 6
Bani Saidah (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebusan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

• Fasal 7
Bani Jusyam (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

• Fasal 8
Banu al-Najjar (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

• Fasal 9
Bani Amru bin Auf tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

• Fasal 10
Bani al-Nabiet (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

• Fasal 11
Bani Aus (dari Yathrib) tetaplah di atas pegangan lama mereka bersama-sama bertanggungjawab membayar wang tebuan darah seperti dahulu dan tiap-tiap puak dari mereka hendaklah membayar wang tebusan darah untuk mereka sendiri dengan berkebajikan dan adil di kalangan orang-orang yang beriman.

Fasal 12
Bahawa orang-orang yang beriman tidaklah boleh membiarkan sebarang masalah di antara mereka sendiri bahkan mestilah sama-sama bertanggungjawab memberi sumbangan, dengan berkebajikan untuk menbayar wang tebusan darah dengan adil.

Fasal 12-b
Hendaklah seseorang yang beriman itu tidak membuat apa-apa perjanjian dengan orang yang di bawah kawalan seseorang yang beriman yang lain dengan tidak mendapat persetujuan terlebih dahulu.

Fasal 13
Bahawa orang-orang beriman lagi bertaqwa hendaklah menentang sesiapa yang membuat kesalahan, melanggar kesusilaan, melakukan kezaliman atau dosa atau perseteruan atau kerosakan di kalangan orang-orang beriman, dan mereka hendaklah bersatu bersama-sama menentang orang tersebut walaupun jika orang itu anak kepada salah seorang dari mereka.

Fasal 14
Tidak sayugianya seseorang mukmin itu membunuh seorang mukmin lain kerana seorang kafir, tidak sayugianya ia menolong mana-mana kafir terhadap seseorang mukmin.

Fasal 15
Bahawa jaminan Allah itu adalah satu dan sama; ia melindungi nasib orang yang lemah dari perbuatan mereka; dan bahawa orang-orang Mukmin hendaklah salinh menjamin sesama sendiri terhadap (gangguan) orang lain.

Fasal 16
Bahawa orang-orang Yahudi yang menyertai kita hendaklah mendapatkan pertolongan dan pimpinan dengan tidak menzalimi dan tidak boleh ada pakatan tidak baik terhadap mereka.

Fasal 17
Bahawa perdamaian orang-orang mukmin itu adalah satu dan sama, oleh itu tidak boleh dibuat perjanjian dengan mana-mana orang mukmin tanpa diturut serta oleh mukmin yang lain dalam sesuatu perang pada jalan Allah, melainkan dengan dasar persamaan dan keadilan di kalangan mereka.

Fasal 18
Bahawa setiap serangan kita hendaklah dikira sebagai serangan terhadap semua, oleh itu hendaklah disilihgantikan tenaga menentangnya.

Fasal 19
Bahawa orang mukmin hendaklah saling membela sesama mereka atas setiap darah yang tumpah pada jalan Allah.

Fasal 20
Bahawa orang-orang mukmin lagi bertaqwa hendaklah teguh di atas sebaik-baik petunjuk dan seteguh-teguhnya.

Fasal 20-b
Nahawa tidak boleh mana-mana orang musyrik melindungi harta orang-orang Quraisy dan tidak juga nyawa mereka dan tidak boleh menghalang orang mukmin (akan haknya)

Fasal 21
Barangsiapa membunuh dengan sewenang-wenangnya akan seorang mukmin dengan tidak ada bukti yang cukup hendaklah dihukum bunuh balas kecuali dipersetuji oleh wali yang kena bunuh menerima ganti darah. Semua orang mukmin hendaklah bersatu suara mengutuk perbuatan itu, bahkan tidak harus bagi mereka menegakkan terhadapnya.

Fasal 22
Bahawa tidak harus bagi mana-mana orang mukmin yang mengakui isi kandungan Piagam ini, dan percaya Allah dan Hari Kemudian, menolong mana-mana orang yang mencabul ataupun melindungi orang itu. Barangsiapa menolong orang itu maka keatasnya laknat Allah dan kemurkaanNya pada hari Kiamat kelak, dan tidak akan diterima darinya sebarang tebusan dan tidak juga sebarang taubat.

Fasal 23
Berbalah walau bagaimanapun kamu dalam sesuatu perkara hendaklah merujukkan perkara itu kepada Allah dan Nabi Muhammad.

Fasal 24
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah turut serta membelanja sama-sama dengan orang-orang mukmin selama mana mereka itu berperang

Fasal 25
Bahawa kaum Yahudi dari Bani Auf adalah satu ummah bersama orang-orang mukmin, mereka bebas dengan agama mereka sendiri (Yahudi) dan orang Islam dengan agama mereka (Islam), begitu juga orang-orang yang sekutu mereka dan begitu juga diri mereka sendiri, melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan dirinya dan keluarganya sendiri

Fasal 26
Yahudi Bani al-Najjar (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 27
Yahudi Bani al-Harith (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 28
Yahudi Bani al-Saidah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 29
Yahudi Bani Jusyaim (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 30
Yahudi Bani al-Aus (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf.

Fasal 31
Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan sama dengan Yahudi Bani Auf, kecuali orang-orang zalim dan orang yang berbuat dosa maka hal itu tidak akan menimpa melainkan diri dan keluarganya sendiri.

Fasal 32
Bahawa suku Jafnah yang bertalian keturunan dengan Yahudi Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu (Bani Tha’alabah)

Fasal 33
Bani Shutaibah (diperlakukan) sama dengan Yahudi Bani Auf, dan sikap yang baik hendaklah membendung segala kejahatan.

Fasal 34
Bahawa orang-orang yang bersekutu dengan Yahudi Bani Tha’alabah (diperlakukan) sama dengan mereka itu.

Fasal 35
Bahawa para pegawai kepada orang-orang Yahudi (diperlakukan) sama dengan orang-orang Yahudi itu sendiri.

Fasal 36
Tiada seorang pun yang menyertai Piagam ini boleh menarik diri keluar dari pakatan mereka melainkan dengan persetujuan dari (Nabi) Muhammad.

Fasal 36-b
Tidak boleh disekat dari membuat kelukaan yang dilakukan oleh mana-mana orang ke atas dirinya, barang siapa membuat kejahatan maka balasannya adalah dirinya dan keluarganya kecuali orang yang dizalimi dan bahawa Allah akan melindungi orang yang menghormati piagam ini.

Fasal 37
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama0sama tolong-menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan terhadap perbuatan dosa.

Fasal 37-b
Mana-mana orang tidaklah boleh dianggap bersalah kerana kesalahan yang dilakukan oleh sekutunya; dan pertolongan hendaklah diberi kepada orang yang dizalimi.

Fasal 38
Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah memikul biayaan bersama-sama orang mukmin selama mana mereka berada dalam keadaan perang

Fasal 39
Bahawa Kota Yathrib adalah terpelihara sempadannya tidak boleh dicerobohi oleh mana-mana pihak yang menganggotai piagam ini

Fasal 40
Bahawa jiran tetangga hendaklah diperlaku sebagai diri sendiri, tidak boleh dilakukan terhadapnya sebarang bahaya dan dosa.

Fasal 41
Tidak boleh dihampiri sebarang kehormatan (wanita) melainkan dengan izin keluarganya sendiri.

Fasal 42
Bahawa apa juga kemungkaran (bunuh) atau apa juga pertengkaran di antara sesama peserta piagam ini sekira-kira dikhuatiri membawa bencana maka hendaklah dirujukkan kepada hukum Allah dan kepada penyelesaian oleh Muhammad pesuruh Allah, Allah menyaksikan kebaikan isi kandungan piagam ini dan merestuinya

Fasal 43
Bahawa tidaklah boleh diberi bantuan perlindungan kepada Quraisy (musuh), begitu juga tidak boleh diberi perlindungan kepada orang-orang yang membantunya.

Fasal 44
Bahawa hendaklah bantu-membantu mempertahankan kota Yathrib daripada mana-mana pihak yang mencerobohnya.

Fasal 45
Apabila mereka diajak untuk berdamai atau untuk masuk campur dalam satu-satu perdamaian maka hendaklah mereka bersedia berdamai atau masuk campur ke dalam perdamaian itu; dan bila mana mereka diajak berbuat demikian maka orang-orang mukmin hendaklah merestuinya kecuali terhadap orang-orang yang memerangi agama (Islam).

Fasal 46
Bahawa orang-orang Yahudi Aus sendiri dan begitu juga orang-orang yang bersekutu dengan mereka hendaklah memikul kewajipan sama seperti mana pihak-pihak yang lain yang menganggotai ini demi kebaikan mereka semata-mata (perdamaian) dari anggota-anggota piagam ini. Dan mereka hendaklah berbuat kebajikan dengan tidak melakukan dosa kerana barang siapa yang berbuat sesuatu maka dialah yang menanggungnya sendiri. Dan Allah menyaksi akan kebenaran isi kandungan Piagam ini dan merestuinya.

Fasal 47
Bahawa piagam ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang-orang zalim dan yang bersalah; dan bahawa –mulai dari saat ini barang siapa berpergiaan dari kota Madinah atau menetap di dalamnya adalah terjamin keselamatannya kecuali orang-orang yang zalim atau bersalah. Dan bahawa Allah merestui setiap orang yang membuat kebajikan dan bertakwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui Pesuruh Allah.


Masuk sekolah ada peraturan ada undang-undang sendiri,
Masuk kerja ada peraturan ada undang-undang sendiri,
Masuk atas jalan ada peraturan ada undang-undang sendiri,
Masuk rumah sendiri atau rumah kawan ada peraturan ada undang-undang sendiri,
Masuk hospital ada peraturan ada undang-undang sendiri,
Masuk tentera ada peraturan ada undang-undang sendiri,
Masuk penjara ada peraturan ada undang-undang sendiri,
Masuk wad gila pun ada peraturan ada undang-undang sendiri,
Tiba-tiba masuk bumi Allah tidak mahu ikut peraturan Allah????
Sila keluar dengan segera..........