Sunday, February 17, 2013

SEKEPING SURAT MAHASISWA RIUH SATU PEKAN... ADUHAI NAJIB !!!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada,
Rakyat Pekan, Pahang.

Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama pernah berpesan,

“Selepas semua yang telah dikatakan dan dilakukan, kita tidak mempunyai negara lain yang kita boleh katakan sebagai negara sendiri . Samada baik atau buruk, hanya Malaysia rumah kita dan tidak ada tempat yang lebih baik daripada rumah sendiri. Setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan dalam mengurus hal ehwal Negara, samada  kecil atau besar, kaya atau miskin, tua atau muda, rakyat perlu hadapi hari ini dan masa depan. Rakyat perlu buktikan mereka mampu menunaikan amanah yang dipikul”

Oleh itu bagi kami Mahasiwa berpendapat,

Adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat malaysia untuk menjunjung pesanan ini. Maka kami sebagai generasi muda, berazam untuk sentiasa menjadikan Malaysia sebagai rumah kami yang tercinta.  Hanya Malaysia satu-satunya Negara yang kami ada dan perlu kami jaga. Di sinilah tempat tumpahnya darah kami dan disinilah bakal lahirnya anak cucu kami. Siapalah kami tanpa Malaysia. Oleh itu kami akan pastikan kedaulatan Malaysia akan sentiasa dipertahankan biarpun kami terpaksa berkorban hingga ke titisan darah yang terakhir.

Jika dahulu, sewaktu ekonomi Negara masih dalam keadaan baik, walaupun gaji rakyat tidak tinggi, namun kos kehidupan adalah rendah memandangkan harga barangan masih murah. Hari ini, kos untuk pelajaran anak-anak yang bersekolah tidak kurang dari 500 ringgit untuk seorang anak. Untuk pelajar universiti seperti kami pula belanja pelajaran adalah tidak kurang daripada 7000 ringgit setahun. Tidak dapat kami bayangkan betapa sukarnya para ibu dan bapa yang berpendapatan rendah ingin menampung pembelajaran anak-anak.

Kami sendiri sebagai pelajar Universiti terpaksa berhutang untuk membolehkan kami mendapat segulung ijazah. Selepas tamat belajar, kami sudah dibebankan dengan hutang walaupun belum tentu dapat berkerja. Andaipun kami dapat berkerja, sudah pasti gaji permulaan masih rendah dan kami terpaksa membayar hutang pelajaran. Beban hutang ini menyebabkan masa depan kami semakin kabur. Kerana kami juga terpaksa berhutang untuk membeli kereta dan rumah.

Kami sedar kerajaan ada menyediakan bantuan dengan memberi sejumlah wang tunai kepada rakyat. Tetapi bagi kami bantuan itu hanya meringankan sementara beban rakyat. Setelah wang tunai itu habis digunakan, rakyat akan kembali berhadapan dengan beban kos hidup yang tinggi. Bagi kami, jika benar-benar ingin  meringankan beban rakyat, Kerajaan perlu berusaha keras untuk menurunkan harga barangan keperluan harian termasuk minyak kenderaan dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat. Dengan cara ini beban kewangan rakyat dapat dikurangkan secara berterusan.

Lebih menyedihkan, walaupun bergaji kecil, rakyat tetap taat membayar cukai kepada kerajaan. Rakyat membayar cukai pintu, cukai jalan, cukai barangan dan tol-tol di lebuhraya. Namun beratus juta ringgit duit rakyat hilang begitu sahaja menurut Laporan Audit Negara pada tahun 2011. Pemimpin selalu menagih setia daripada rakyat, namun pemimpin terus bermewah dan rakyat masih hidup susah. Isteri pemimpin membeli beg tangan berharga ribuan ringgit dan memakai cincin berharga jutaan ringgit. Tetapi rakyat terpaksa mencatu makanan harian kerana duit belanja yang tidak mencukupi.

Rakyat sebagai tuan kepada Negara Malaysia berhak untuk mendapat kehidupan yang lebih selesa berbanding hari ini. Para Ibu bapa sepatutnya boleh mendapat gaji yang lebih tinggi. Barangan keperluan harian sepatutnya lebih murah daripada harga hari ini. Ibu bapa juga sepatutnya tidak terbeban dengan kos pembelajaran anak-anak jika kerajaan dapat memberi pendidikan percuma dan biasiswa kepada rakyat.  Kami yakin semua ini boleh dilakukan kerana Malaysia merupakan sebuah Negara yang kaya. 

Pendapatan Negara dalam satu tahun mencecah 500 bilion ringgit kerana Malaysia juga merupakan Negara yang kaya dengan hasil petroleum.

Tiba masanya untuk kami sebagai generasi muda mengubah kepimpinan Negara yang sedia ada. Kami rasakan Barisan Nasional perlu direhatkan setelah 55 tahun memerintah Negara. Kami nekad untuk menjadikan Pilihanraya akan datang sebagai masa untuk BN bermuhasabah di atas segala perlakuan semasa menjadi kerajaan Malaysia. Pilihanraya akan datang kami generasi muda akan mengundi perubahan. Kami ingin memberi peluang kepada Malaysia untuk ditadbir oleh pemimpin baru.

Tidak salah kita mecuba kerajaan yang baru, kita berhak untuk mengundi BN, kita juga berhak untuk mengundi selain BN. Jika kepimpinan baru nanti gagal memenuhi kehendak rakyat, maka kita berhak untuk kembali memenangkan BN sebagai kerajaan Malaysia.  

“UNDI ANDA UNTUK ANAK CUCU ANDA”

Sekian.

Yang Benar 


SYIS KADIR
Pengerusi
Gerakan Mahasiswa Pru 13.

Sumber surat klik di sini 

Saturday, February 9, 2013

AKU BERTANYA, GURU MENJAWAB - FAKTOR PENYIMPANGAN AGAMAWAN

Soal: Apakah faktor-faktor penyimpangan sebahagian agamawan Muslim?


 Jawab: Sebelum menjawab pertanyaan di atas ini, sebaiknya kita menyelidiki faktor-faktor penyimpangan seorang muslim secara umum, termasuk di dalamnya kaum agamawan muslim.

Pada masa-masa awal Islam di Tanah Arab, Apa yang sekarang disebut sebagai penyelewengan dan penyimpangan diistilahkan dengan fitnah.

Fitnah atau penyimpangan adalah suatu fenomena yang pertama kali muncul dalam cara pemikiran, dan boleh bersambung sampai pada cara tindakan  dengan berbagai bentuknya seperti; pembunuhan, teror, memerkosaan hak, dan lain-lain. Maka itu, fitnah (penyelewengan) ini boleh dicari asal usulnya melalui cara berfikir seseorang. Dan, apa yang terjadi dalam perlakuan merupakan buah dan kesan dari penyelewengan pemikiran tersebut. Oleh karena itu, Al-Qur’an menganggap fitnah dan penyimpangan pemikiran secara normatif lebih keji dari tindakan-tindakan jahat yang muncul darinya. “sesungguhnya fitnah itu lebih kejam daripada pembunuhan”.


Pada masa awal kemunculan Islam, dimana masyarakat Islam masih mendapat pengajaran akidah  dan pandangan Islam yang murni dari Rarulullah saw, mereka siap berkorban di jalan Islam dan menjaga keselamatan jiwa  sang Nabi, serta berjuang bersamanya di dalam berbagai peperangan untuk membebaskan manusia tertindas. Namun, setelah setelah wafatnya rasulullah saw,  mereka melakukan serangkaian tindakan-tindakan yang menjadi  sumber fitnah-fitnah, dimana tidak hanya meninggalkan fitnah yang buruk dan kesan yang fatal atas nasib dan takdir umat Islam yang datang di kemudian hari, bahkan meninggalkan sejumlah risiko yang membuat masyarakat manusia selama berabad-abad menjadi terlantar dari kebahagiaan dan kesejahteraan mereka.

Di sini muncul pertanyaan di benak kita, mengapa fitnah-fitnah seperti ini terjadi justru tidak lama  setelah wafatnya Rasulullah saw. dan meninggalkan risiko yang begitu fatal?

Pertanyaan ini pernah diutarakan oleh kaum muslimin zaman itu kepada Saidina Ali ra. Beliau menjawab: “sesungguhnya awal terjadinya fitnah-fitnah adalah menuruti hawa nafsu dan membuat hukum-hukum baru”. Imam Ali dalam jawaban ini menyebutklan dua sebab penyelewengan (fitnah);  hawa nafsu dan membuat hukum baru.

Hawa nafsu ini bermacam-macam, umpamanya rakus atau cinta pada wang dan harta kekayaan, serta segala bentuk perlampiasan hawa nafsu. Salah satu dari hawa nafsu yang tampak dipandang penting dalam banyak mazhab-mazhab agama adalah kecenderungan yang begitu kuat kepada populariti dan kemasyhuran. Seseorang akan mengerahkan segala daya upayanya dan siap menghadapi segala tentangan dan mengeluarkan sedemikian banyak  biaya, semua itu diusahakan untuk merebut perhatian dan hati orang lain.

Disepanjang sejarah, begitu banyak orang-orang yang rela bertahun-tahun menjalani kesulitan hidup dan kekerasan di penjara bahkan penyiksaan dan pengasingan, sehingga dengan cara itu mungkin mereka mendapatkan pendukung-pendukung yang boleh meneriakkan suara-suara mereka, sebagaimana yang kita jumpai pada sebagian tokoh-tokoh sufi atau politik. Karena, tujuan utama mereka adalah mendapatkan perhatian dan populariti, dan ini tidak mudah selain dengan menyampaikan retorik-retorik yang menarik dan menyenangkan khalayak. Oleh karena itu, orang-orang seperti itu memodifikasi dan mentahrif hakikat sedemikian rupa sehingga tujuan-tujuan mereka boleh terpenuhi.

Lebih dari itu, sebagian mereka bahkan tak segan lagi mengemas reatoriknya secara bertentangan dan bercanggah. Dalam usaha pembenaran atas percanggahan itu, mereka mengatakan: “Semua jalan-jalan itu benar dan lurus, dan semua pendapat itu tidak boleh dipersalahkan dan paling betul. Dengan demikian, mereka pun mampu memperkenalkan diri mereka sebagai  pelopor perdamaian universal atau sebagai tokoh perpaduan umat.

Faktor kemunculan fitnah dan penyimpangan kedua adalah membuat hukum-hukum baru, dan biasa disebut juga sebagai pembaharuan dalam agama. Faktor kedua ini pada dasarnya berakar pada faktor pertama.

Saidina  Ali ra. Mengangkat dua faktor ini sebagai dua faktor mendasar penyelewengan dan penyimpangan manusia. Pada dasarnya, beliau hendak mengingatkan bahwa dalam penafsiran agama harus meletakkan sikap pasrah sebagai landasannya, bukan kepentingan-kepentingan subjektif dan pendapat-pendapat pribadi.

Dengan kata lain, ada dua cara bagaimana manusia menghadapi teks-teks dan hukum agama: satu, apa yang ada pada ayat dan riwayat yang menjelaskan hukum-hukum Tuhan diterimanya bulat-bulat, dan mengamalkannya, dan dalam memahami sumber-sumber pengetahuan agama (ayat dan riwayat) mengikuti metode inferensi dan ijtihad yang benar. Cara kedua iaitu bahwa ia sebelumnya sudah menerima adanya serangkaian kepercayaan utama, dan berdasarkan kepercayaan utama ini ia berusaha menta’wilkan ayat dan hukum-hukum Tuhan. Kebalikan  dari metode pertama di atas, ia menakwilkan ayat dan riwayat sedemikian rupa sehingga sesuai dengan kepercayaan, praanggapan, pemahaman utama, dan kepentingan pribadinya. 

Serta, alih-alih ia mengikuti agama dan syariat,. Ia menafsirkan agama sehingga agama mengikuti dirinya dan sesuai dengan keinginananya. Dimana saja ada hukum-hukum agama yang tidak sesuai dengan selera subjektirf dirinya, ia berusaha menampilkan dan mengetengahkan hukum-hukum itu dengan cara yang menyenangkan dirinya dan orang lain.

Demikian di atas ini adalah satu usaha baru dalam agama yang dilakukan demi dengan tujuan memenuhi kepentingan dan menarik perhatian orang lain, populariti dan memberhalakan dirinya di hadapan mereka. Bid’ah ini mereka ketengahkan dalam bentuk retorik dan ungkapan puitis demikian indahnya dengan topik-topik seperti: penafsiran kotemporari, perpaduan, wasatiah dan sebagainya bertujuan untuk menjadi topeng kepada kejahatan mereka menindas manusia atas nama agama.

Walhasil, dua faktor tersebut diatas dalam ungkapan Saidina Ali ra merupakan akar penyimpangan umat Islam, termasuk kalangan agamawan di dalamnya yang harus diwaspadai secara saksama.

PERINGATAN: SUDAH ADA SEBAHAGIAN AGAMAWAN ISLAM YANG SEDANG GIGIH BERUSAHA AGAR RAKYAT KEMBALI MELIHAT BAHAWA SEBURUK-BURUK DAN SEJAHAT MANAPUN PEMIMPIN UMNO ITU, MEREKA ADALAH MELAYU DAN ISLAM, MAKA SOKONGLAH MEREKA UNTUK TERUS BERKUASA DEMI "MELAYU DAN ISLAM!"

INILAH SATU BIDA'AH YANG CUBA DI KETENGAHKAN SEKARANG OLEH KALANGAN AGAMAWAN TERMASUK YANG MASIH AHLI PAS DALAM MENGHADAPI PRU13.

BIDA'AH INI PERLU DITOLAK !!!