Maaf, jika perkara ini terjadi walaupun tanpa sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Saya tetap menyokong tindakan ini!
(Namun hakikatnya ia adalah hasil provokasi melampau dan komplot terancang oleh pihak yang ingin terus berkuasa dengan apa cara sekalipun, seperti ucapan Najib yang berapi di Perhimpunan Agung UMNO satu ketika lalu).
Lihatlah video kejadian kereta Polis merempuh peserta BERSIH 3.0 di bawah:-
Sudah tentu sesiapa yang melihat video itu, akan terloncat perkataan dari mulutnya, "ganas!"
Siapa ganas? Sebagai manusia yang selalu berfikir spontan akan terus menunding jari bahawa peserta BERSIH 3.0 lah yang ganas.
Manusia jenis fikir sepontan ini akan terus memaki hamun pemimpin BERSIH 3.0 dan pemimpin Pakatan Rakyat dengan bermacam kata nista, seperti "Pengkhianat", sementara yang kononnya alim akan menggunakan perkataan Arab "Bughah" untuk menunjukkan betapa Islamnya beliau, sementara yang tidak tahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu (jahil murakab) akan memaki hamun dengan kata-kata seranah dimana sahaja ada peluang seperti di kedai makan, blog, facebook, tempat kenduri, dsb.
Seterusnya, manusia jenis ini akan terus menjulang Najib Razak, Muhyidin, Jamil Khir, Tunku Aziz, Nasarudin Mat Isa, Mashitah, Fathul Bari, Rais Yatim, Nakhaei serta yang sejenis dan sewaktu dengannya, dengan berkata,
1. "Ini bukan masa yang sesuai, tunggulah pilihanraya dan terjemahkan di kotak undi"
2. "Tindakan kita akan membuka peluang kepada musuh luar memporak perandakan negara kita"
3. "Gunakan saluran yang betul untuk menegur, mengapa gunakan kaedah seperti orang bodoh!"
4. 'Kita mahu kejayaan atau kebenaran? Sudah tentu kita sebagai orang bijak akan mendahulukan mencapai kejayaan negara dan selepas itu kita tegurlah kepada kebenaran.... dan dikeluarkan hadis serta ayat Al-Quran dan Hadis sehingga bersembur air liur"
Banyak lagi ungkapan yang tidak perlu saya nyatakan kerana akan merugikan ruang sahaja, namun itulah hakikat pemikiran masyarakat Melayu Malaysia tanpa mengira parti atau atas pagar. Saya menyeru kepada yang masih menggunakan fikiran spontan ini,lontarlah cara berfikir seperti itu jauh-jauh, dan bukalah paradigma baru dalam menelusuri kehidupan dunia yang penuh tipu muslihat, adu domba hanya semata-mata bertujuan untuk mempertahankan status quo pemimpin bernafsu besar, tetapi berjiwa hama.
Seperti kata-kata Pak Long Sheikh Mohamad, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, "Kita jangan hanya melihat apa yang sedang berlaku sahaja, tetapi kita harus bertanya sebab apa berlaku."
Beliau menambah, "Kita jangan hanya memarahi serta memusuhi kepada pelaku dihadapan mata kita, tetapi kita wajib menyiasat apa yang telah dilakukan kepada pelaku tersebut, sehingga ia bertindak begitu, kerana kita mesti sentiasa berusaha menuju kepada As-Sidiq dan Al-Falah secara serentak"
Saya bukan ulamak, maka saya contohkan dalam status saya sebagai seorang juhalak, hanya cerita seperti ini:-
Tiba-tiba, di satu simpang seorang anak pemuda dilihat sedang mengejar seorang tua, bukan setakat kejar orang tua tersebut malah di flying kicknya pula orang tua itu hingga tersungkur"
Pemikir spontan, terus akan menghukum bahawa pemuda itu jahat dan wajar dihukum, akan berhamburanlah sumpah seranah kepada pemuda tersebut dan jika sempat pemuda tersebut akan dilempang sekuat hati.
Bagi mereka yang berfikir "sebab apa berlaku", akan terus menyiasat punca kenapa pemuda itu melakukan keganasan sehingga ketahap itu?
Rupa-rupanya orang tua yang terhegeh-hegeh belari itu dan pura-pura meminta tolong kepada orang ramai, setelah diterajang bertubi-tubi itu, sebenarnya telah merogol dan membunuh adik perempuan pemuda tersebut di lorong belakang yang terselindung!
Ambillah Ibrah dari sepanjang perjalan sejarah kehidupan para anbiya, keturunan beliau, tokoh-tokoh sejarah samada yang adil atau zalim agar kita tidak mudah menghukum hanya yang berlaku di depan mata tanpa mencari punca mengapakah ianya boleh terjadi sehingga peringkat demikian.
Balik kepada BERSIH 3.0 saya masih berpegang untuk diri saya (tidak terlibat dan mempengaruhi orang lain, apatah lagi fatwa) jika saya mati ketika BERSIH 3.0 maka saya tidaklah 'mati katak' sebaliknya 'mati sebagai seorang yang ingin cepat bertemu dengan Rabbnya"
Sebagai kesimpulan, seluruh rakyat Malaysia mesti mencari punca mengapakah kejadian itu terjadi? (Sekali lagi dijelaskan walaupun sebenarnya ia adalah provokasi pihak tertentu)
Punca utama dan besar adalah kerana rakyat sudah tidak tahan dengan kejahatan pemimpin UMNO/BN dan mereka yang berkepentingan untuk terus menguasai khazanah negara dan diagihkan dikalangan mereka sahaja, dengan cara yang amat 'berhemah' kononnya tetapi sebenarnya "menipu" dalam proses pilihanraya dan menggunakan undang-undang sewengan-wenangnya untuk melanggar undang. Akhirnya rakyat muak dengan polis yang sentiasa menjadi benteng terakhir pemimpin UMNO/BN dalam mempertahankan kerakusan kuasa mereka.
Kita doakan semoga rakyat semakin faham dan nampak pekung yang cuba disembunyikan!
Shukri MSR Grafik tentu marah, sebab dok tunggu bahan untuk cetak Buku Laporan Tahunan masih tak sampai, Pak Teh pi tulih blog pulak.
"Ma'oh la Shukri oooii!"
Pinjam sepatah kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor kepada UMNO/BN dan Dr. Mahathir, "GERAM!"
TERUSKAN TUNTUTAN BERSIH IAITU:-
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
No comments:
Post a Comment