Sunday, May 20, 2012

NAGA - SALJI - PUTRAJAYA

Jalaluddin Rumi menceritakan:-
Maulana Jalaludin Rumi

ALKISAH, seorang pemburu ular pergi ke gunung untuk menangkap ular dengan mentera-menteranya. Setelah menjelajah gunung-gunung yang tinggi, ia sampai ke puncak gunung yang bersalji. Di sana, ia terjumpa seekor ular besar terbujur kaku seperti sebatang kayu. Tubuh ular itu membeku dan nampak seperti sudah mati kedinginan. Tidak bergerak sama sekali. 

Dengan hati penuh riang, ia memikul ular itu seperti memikul tiang rumah. Pada hari pasar minggu, ia membawa ular itu ke Baghdad. Di simpang jalan raya, di tepi sungai Tigris ia membuka tempat pertunjukan. Ia berteriak, “Aku membawa ular naga yang mati, setelah melakukan pemburuan yang penuh kesulitan.” 

Berita telah tersebar ke seluruh penjuru, pemburu ular sudah menangkap naga. 

Berbondong-bondong orang datang, membayar tiket masuk, dan menanti dibukanya selimut yang menutup naga. Pemburu ular juga masih sabar menanti agar lebih banyak orang hadir. Makin banyak orang hadir, makin banyak wang masuk.

Perlahan-lahan ia menyingkapkan selimut yang menutup tubuh naga. Semua mata terpaku memandang dengan tegang. Naga itu diikat dengan tali yang sangat kuat. Terdengar jeritan yang menakjubkan. Matahari Baghdad memanaskan semua makhluk, termasuk penonton dan ular naga. 

Perlahan-lahan salju yang menutup naga mencair. Ular besar itu menggeliat. Orang ramai menjerit ketakutan. Ular itu telah bangun dari tidurnya yang lama. Dengan mulutnya yang besar, ia mendengus dan menyentap ke mulutnya yang dipenuhi gigi dan taring yang tajam apa sahaja yang dekat dengannya. 

Ia menyempurnakan buka puasanya dengan melahap Si Pemburu Ular dan meremukkan tulang-tulangnya.

Itulah kisah yang diceritakan oleh Maulana Jalaluddin Rumi dalam Kitab III Matsnawi. Rumi mengakhiri ceritanya dengan untaian puisi berikut: 

"Ular naga itu nafsumu: Mana mungkin ia mati?
Ia hanya beku karena miskin dan kelemahan diri.

Jika ia menjadi Firaun dengan segala kekayaannya
sehingga seluruh air Nil mengalir karena perintahnya

Ia akan mulai benar-benar bertindak seperti Firaun
Menelan jutaan orang seperti Musa dan Harun

Ular naga menjadi ular kecil, karena sengsara
Lalat menjadi garuda, karena kaya dan kuasa

Biarkan ular itu dibungkus salji dari keinginannya
Awas, jangan biarkan matahari Iraq mencairkannya."

Dalam setiap diri kita tersembunyi ular naga. Bintang buas yang sangat berbahaya. Setiap saat ia mengancam keselamatan kita dan semua makhluk di sekitar kita

Semoga saki baki salji ketika belum berkuasa masih ada untuk membungkus ular naga dalam diri kita pejuang Islam dari terjaga dan membaham siapa sahaja, diketika diberi sedikit kekuasaan oleh Allah kepada kita di peringkat negeri ini.

Ataupun, salji itu sudah mula mencair, dan ular naga dalam diri juga sudah mula mengeliat bangun dari tidurnya? Penilaian boleh dibuat oleh mereka yang paling hampir dan mengenali ciri-ciri ular naga, wallah hu aklam.

Dinding salji yang lebih tebal teramat perlu disediakan apabila cita-cita HIJAU KE PUTRAJAYA makin berkobar dalam setiap diri pemimpin dan petugas PAS.

Awas! Matahari Putrajaya lebih cepat panas untuk mencairkan salji membungkus ular naga dalam diri kau dan aku, berbanding matahari Wisma Darul Aman, Kota Darul Naim, Komtar dan Bangunan Sultan Abd Aziz Shah!

SELAMAT DATANG KE KEDAH DARULAMAN KEPADA PENYOKONG, AHLI DAN PIMPINAN PAS SELURUH MALAYSIA 
KE KEDAH DARULAMAN 
PADA

1 JUN 2012
DI STADIUM DARULAMAN, ALOR SETAR
SEMPENA
HIMPUNAN HIJAU KE PUTRAJAYA

Tempat menarik untuk dilawati sepanjang berada di Kedah klik disini

Tuesday, May 1, 2012

JANGAN TERUS MENGHUKUM PERISTIWA DI DEPAN MATA, WAJIB BERTANYA MENGAPA TERJADI?

Maaf, jika perkara ini terjadi walaupun tanpa sebarang provokasi oleh mana-mana pihak. Saya tetap menyokong tindakan ini! 
(Namun hakikatnya ia adalah hasil provokasi melampau dan komplot terancang oleh pihak yang ingin terus berkuasa dengan apa cara sekalipun, seperti ucapan Najib yang berapi di Perhimpunan Agung UMNO satu ketika lalu).

Lihatlah video kejadian kereta Polis merempuh peserta BERSIH 3.0 di bawah:-
 

Sudah tentu sesiapa yang melihat video itu, akan terloncat perkataan dari mulutnya, "ganas!"

Siapa ganas? Sebagai manusia yang selalu berfikir spontan akan terus menunding jari bahawa peserta BERSIH 3.0 lah yang ganas.

Manusia jenis fikir sepontan ini akan terus memaki hamun pemimpin BERSIH 3.0 dan pemimpin Pakatan Rakyat dengan bermacam kata nista, seperti "Pengkhianat", sementara yang kononnya alim akan menggunakan perkataan Arab "Bughah"  untuk menunjukkan betapa Islamnya beliau, sementara yang tidak tahu bahawa dia sebenarnya tidak tahu (jahil murakab) akan memaki hamun dengan kata-kata seranah dimana sahaja ada peluang seperti di kedai makan, blog, facebook, tempat kenduri, dsb.

Seterusnya, manusia jenis ini akan terus menjulang Najib Razak, Muhyidin, Jamil Khir, Tunku Aziz, Nasarudin Mat Isa, Mashitah, Fathul Bari, Rais Yatim, Nakhaei serta yang sejenis dan sewaktu dengannya, dengan berkata, 

1. "Ini bukan masa yang sesuai, tunggulah pilihanraya dan terjemahkan di kotak undi"
2. "Tindakan kita akan membuka peluang kepada musuh luar memporak perandakan negara kita" 
3. "Gunakan saluran yang betul untuk menegur, mengapa gunakan kaedah seperti orang bodoh!"
4. 'Kita mahu kejayaan atau kebenaran? Sudah tentu kita sebagai orang bijak akan mendahulukan mencapai kejayaan negara dan selepas itu kita tegurlah kepada kebenaran.... dan dikeluarkan hadis serta ayat Al-Quran dan Hadis sehingga bersembur air liur" 

Banyak lagi ungkapan yang tidak perlu saya nyatakan kerana akan merugikan ruang sahaja, namun itulah hakikat pemikiran masyarakat Melayu Malaysia tanpa mengira parti atau atas pagar. Saya menyeru kepada yang masih menggunakan fikiran spontan ini,lontarlah cara berfikir seperti itu jauh-jauh, dan bukalah paradigma baru dalam menelusuri kehidupan dunia yang penuh tipu muslihat, adu domba hanya semata-mata bertujuan untuk mempertahankan status quo pemimpin bernafsu besar, tetapi berjiwa hama.

Seperti kata-kata Pak Long Sheikh Mohamad, Ketua Dewan Ulamak PAS Kedah, "Kita jangan hanya melihat apa yang sedang berlaku sahaja, tetapi kita harus bertanya sebab apa berlaku."    


Beliau menambah, "Kita jangan hanya memarahi serta memusuhi kepada pelaku dihadapan mata kita, tetapi kita wajib menyiasat apa yang telah dilakukan kepada pelaku tersebut, sehingga ia bertindak begitu, kerana kita mesti sentiasa berusaha menuju kepada As-Sidiq dan Al-Falah secara serentak"


Saya bukan ulamak, maka saya contohkan dalam status saya sebagai seorang juhalak, hanya cerita seperti ini:-

Tiba-tiba, di satu simpang seorang anak pemuda dilihat sedang mengejar seorang tua, bukan setakat kejar orang tua tersebut malah di flying kicknya pula orang tua itu hingga tersungkur"

Pemikir spontan, terus akan menghukum bahawa pemuda itu jahat dan wajar dihukum, akan berhamburanlah sumpah seranah kepada pemuda tersebut dan jika sempat pemuda tersebut akan dilempang sekuat hati.


Bagi mereka yang berfikir "sebab apa berlaku", akan terus menyiasat punca kenapa pemuda itu melakukan keganasan sehingga ketahap itu?

Rupa-rupanya orang tua yang terhegeh-hegeh belari itu dan pura-pura meminta tolong kepada orang ramai, setelah diterajang bertubi-tubi itu, sebenarnya telah merogol dan membunuh adik perempuan pemuda tersebut di lorong belakang yang terselindung!

Ambillah Ibrah dari sepanjang perjalan sejarah kehidupan para anbiya, keturunan beliau, tokoh-tokoh sejarah samada yang adil atau zalim agar kita tidak mudah menghukum hanya yang berlaku di depan mata tanpa mencari punca mengapakah ianya boleh terjadi sehingga peringkat demikian.

Balik kepada BERSIH 3.0 saya masih berpegang untuk diri saya (tidak terlibat dan mempengaruhi orang lain, apatah lagi fatwa) jika saya mati ketika BERSIH 3.0 maka saya tidaklah 'mati katak' sebaliknya 'mati sebagai seorang yang ingin cepat bertemu dengan Rabbnya"

Sebagai kesimpulan, seluruh rakyat Malaysia mesti mencari punca mengapakah kejadian itu terjadi? (Sekali lagi dijelaskan walaupun sebenarnya ia adalah provokasi pihak tertentu)

Punca utama dan besar adalah kerana rakyat sudah tidak tahan dengan kejahatan pemimpin UMNO/BN dan mereka yang berkepentingan untuk terus menguasai khazanah negara dan diagihkan dikalangan mereka sahaja, dengan cara yang amat 'berhemah' kononnya tetapi sebenarnya "menipu" dalam proses pilihanraya dan menggunakan undang-undang sewengan-wenangnya untuk melanggar undang. Akhirnya rakyat muak dengan polis yang sentiasa menjadi benteng terakhir pemimpin UMNO/BN dalam mempertahankan kerakusan kuasa mereka.

Kita doakan semoga rakyat semakin faham dan nampak pekung yang  cuba disembunyikan! 

Shukri MSR Grafik tentu marah, sebab dok tunggu bahan untuk cetak Buku Laporan Tahunan masih tak sampai, Pak Teh pi tulih blog pulak.
  
"Ma'oh la Shukri oooii!"

Pinjam sepatah kata Almarhum Ustaz Fadzil Noor kepada UMNO/BN dan Dr. Mahathir, "GERAM!"


TERUSKAN TUNTUTAN BERSIH IAITU:-

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor


RAIS YATIM ! JANGAN UBAH TAJUK

AMARAN TERBUKA KEPADA RAIS YATIM:

RAIS PEMBAKAR JAMBATAN








"JANGAN UBAH TAJUK!"



TERIMA 8 TUNTUTAN BERSIH 3.0

BARULAH CERITA PASAI LAIN, FAHAM!!!

LAPAN TUNTUTAN RAKYAT YANG PERLU DITUNAIKAN IALAH:-

1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

JIKA TAK MAHU, TERPAKSALAH ADA BERSIH 4.0,  BERSIH 5.0, BERSIH 6.0, BERSIH 7.0, BERSIH 8.0, BERSIH 9.0 DAN BERSIH 10.0 SEHINGGA TUNTUTAN RAKYAT DITERIMA.

ITU SAHAJA TUNTUTAN KAMI, 
SUDAHLAH 8 TUNTUTAN TIDAK DIENDAHKAN, 

DUDUK DI DATARAN MERDEKA PUN TAK BAGI!

KEPADA BAKAL PESERTA BERSIH 4.0 SILA BACA ARAHAN DI BAWAH SEKALI LAGI SECARA TELITI!!!

JIKA MALAS BACA, SEKARANG TOLONG "COPY, PASTE DAN PRINT", KEMUDIAN BACA SEMASA LAPANG...

*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Perkara yang tidak dibenarkan*

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka.
10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
13. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.

*Semasa perhimpunan dan perarakan*

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

*Selepas perhimpunan*

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.

*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*

APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”

BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari

5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.

BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).

*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

*Perhatian!*

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.

Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.