Saturday, February 11, 2012

PANDUAN MENDAMAI PERSENGKETAAN

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَإِن طَائِفَتَانِ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ اقْتَتَلُوا فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا ۖ فَإِن بَغَتْ إِحْدَاهُمَا عَلَى الْأُخْرَىٰ فَقَاتِلُوا الَّتِي تَبْغِي حَتَّىٰ تَفِيءَ إِلَىٰ أَمْرِ اللَّهِ ۚ فَإِن فَاءَتْ فَأَصْلِحُوا بَيْنَهُمَا بِالْعَدْلِ وَأَقْسِطُوا ۖ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ


"Dan jika ada dua golongan dari orang mukmin berperang maka damailah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat iniaya terhadap golongan yang lain maka perangilah golongan yang membuat iniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah: jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah), maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya orang-orang mukimin adalah bersaudara dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (Al-Hujurat: 9)

Pemuda dan pemudiku...

Ayat di atas menjelaskan kepada kita semua bahawa dalam kehidupan bernegara, bermasyarakat atau berjamaah (berorganisasi) sudah tentu akan ada perselisihan yang akan berlaku, sehingga kadang-kadang sampai ketahap paling kemuncak iaitu berperang diantara golongan mukmin. Janganlah hairan!


Oleh itu, jika berlaku perpecahan dan pertelagahan, sehingga akhirnya serang-menyerang antara satu sama lain, maka pendamai (pihak ketiga dari golongan mukmin) tidak boleh berpeluk tubuh melihat persengketaan itu, sebaliknya ia wajib bertindak mendamaikan keduanya.

Namun, sebagai pendamai harus mengetahui bila dan bagaimanakah memulakan perdamaian itu?

Pertama-tama, ketahuilah akar permasalah tersebut.Letakkan pada tempatnya. Periksa siapakah yang benar dengan adil.

Jika pihak yang salah mengakui, maka inilah yang terbaik.

Jika tidak, berusahalah hingga akar masalahnya hilang dari keduanya.

Jika salah satu dari kedua pihak berbohong dan berlebihan kemudian mula bertindak agak agresif sehingga mengasah parang dan ingin menggunakan senjata itu, maka cegahlah dia, jika ia melawan maka perangilah dia. Perlu diingat untuk menentang atau berperang dengan pihak yang salah itu, pihak pendamai perlulah mempunyai pra-sarana yang sempurna.

Paksalah dia sehingga dia berserah diri kepada perintah Allah dan berhenti melakukan kezaliman dan kebohongan.


Jika mereka insaf, kembali bertaubat dan berhenti membuat kebohongan, maka mesti mengeluarkan arahan kepada kedua yang bertelagah dengan penuh keadilan dan kejujuran. Kerana Allah mencintai orang-orang yang adil.

Setelah itu, kedua-dua mukmin yang bertelagah itu wajib membaiki diri, menghentikan percakapan yang hina menghina, jika ada kerugian yang perlu diganti maka gantikanlah kerugian itu kepada pihak yang dirugikan, orang yang ditawan mesti di bebaskan dan keadilan ditegakkan secara nyata dan tiada pilih kasih.

Demikianlah, Allah Yang Maha Kuasa memerintahkan dalam bentuk umum agar pendamai (biasa kepimpinan jamaah/ organisasi/ negara) mengetahui batas hak-hak sesama mukmin, bagaimana menyelesaikan persengketaan demi kesempurnaan akhlak setiap individu mukmin.

Bahkan ia boleh digunakan untuk mendamaikan persengketaan di peringkat antarabangsa seperti peperangan saudara dalam sesebuah negara umat Islam, yang wajib di ketahui oleh negara pendamai akar permasalahan persengketaan tersebut dan diselesaikan dengan penuh keadilan.

Lebih-lebih lagi sebagai panduan menyelesaikan masalah dalaman organisasi kita (PAS) yang sudah tentu tidak akan lekang dengan masalah selagi jamaah ini disertai oleh mereka yang bernama manusia.

Namun, Al-Quran ada jalan penyelesaiannya.

Rujukan: Kitab Bermasyarakat Menurut Al-Quran: Dastghaib Shirazi

2 comments:

Zolkharnain Abidin said...

SALAM PAKTEH. Saya nak tanya sebab tak tahu nak tanya sapa. Betulkah pas kawasan memutuskan dalam mesyuarat bahawa amirudin tidak dibenarkan terima jawatan exco dan kalau dia terima tindakan disiplin akan diambil? Pertanyaan ini tak perlu disiarkan dalam blog pak teh dan kalau pak teh sudi tolong jawab dalam email - zolperlis@gmail.com

Anonymous said...

..nanti tolong tengok sat no...Kg Baru kita ni lagumana cerita...berapa tahun dah dok bah/banjir/ayaq masuk dalam rumah...abang arih dengaq kot orang kg dok berletiaq/bersungut...
tolong try ejas tengok lagumana cerita..tak kan nak tambun sama tinggi dengan taman kot...masalah dia bukannya apa tu...parit/longkang tersumbat ja...upah case korek ja...ayaq taman boleh pi tauk dalam sungai..takkan ayaq kg kita asal dari dulu lagi tak buleh nak alir ayaq pi sungai tu...kita ada Paklong Solah..sapa tak kenai?.gunakan kelebihan kita tu...