Monday, August 29, 2011

Tok Janggut Tikam Sarjan Sulaiman: UMNO pilihlah siapa Hero!

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif
ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diamb
il alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang be
rlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Pe
nasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.


(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.

13 comments:

Anonymous said...

Memang jelas sekali UMNO kaki PUTAQ ALAM..dan PEMBELIT.. rakyat harus sedar..ini lah dasar UMNO.. PUTAR.. "DULU, KINI dan SELAMA-LAMA-LAMA-LAMA NYA" MAMPUIH..!!

Pejuang said...

Buku sejarah mana yg mengatakan Tok Janggut ni penjenayah/pemberontak/penjahat/pengkhianat... bukan ke buku sejarah mengatakan beliau adalah satah seorang dari pejuang penentang penjajah..

Kalimah said...

Ramai penyokong pakatan jadi bangang dengan memutar belitkan sejarah. Sejarah tak pernah kata Tok Janggut adalah penjahat/pembelot/pesalah malah sejarah menyanjung mereka sebagai seorang pejuang menentang penjajah...

Bodoh punya tuan punya blog..

Sejarah mana yang ko belajar kata Tok Janggut bukan pejuang kemerdekaan.. cuba beri link..

Anonymous said...

bila masanya umno sokong ckp tok janggut ni pengkhianat?buku teks sejarah yg diajar kat sekolah,yg dpt KELULUSAN KEMENTERIAN PELAJARAN YG JUGAK BAWAH KERAJAAN takde pun menyatakan tok janggut ni pengkhianat.hello,umno ditubuhkan pun untuk menentang british,bilanya pulak dia nak menyokong?apa bendaaaa laaaa

Bob said...

Masa tok janggut tikam sarjan tu, dia bersekongkol, dengan cina komunis tak??

balok said...

sebenarnya melayu yg sekongkol dgn pakatan pembangkang la yg bangang sejarah...sedarlaa.. diperalat oleh bangsa lain utk tentang bangsasendiri

Anonymous said...

KOMUNIS dan Tok janggut 2 insan yang berbeza.....
Perjuangan komunis masih diteruskan selepas merdeka,ramai anggota keselamatan kita terkorban apa yang terjadi kepada anak -anak dan balu mereka.
Tak kiralah apa fahaman politik ,Ekonomi melayu perlu difikirkan bersama agar kita tidak ketinggalan .
Bekas anak tentera.....

Unknown said...

Umno adalah pejuang Melayu pasai tu segala KEKAYAAN SEPERTI GAS KAT PERAIRAN KELANTAN DISALURKAN KE SONGKLA DAN TERENGGANU dan bukan nya KELANTAN.
Mana pi orang umno KELANTAN?
PUAS HATI dgn sikap yg lagu ni?
dok nak kilik lagi?
tak nampak lagi?

Anonymous said...

pnsyarah sya org UMNO sendiri yg ckp tok janggut bukan pejuang kemerdekaan.. siap kata tok janggut ada ramai gundik.. tu org umno yg ckp tu.. astaghfirullahal azim.. sakit telinga bila dgr

Anonymous said...

setahu sayalah.semasa belajar sejarah di sekolah dulu, tak pernah pulak cikgu kata tok janggut pengkhianat. umno pun tak pernah kata tok janggut pengkhianat.
jadi, kenapa saudara aris awang masih pertahankan huujah yg menyatakan umno kata tok janggut pengkhianat?? cuba saudara aris awang terangkan.. cuba bagi fakta.. saudara cuba mengaitkan dengan mat indera (bukit kepong). mat indera berfahaman kominis yg ingin merampas kuasa.salah ke kalau mat indera di panggil kominis?sedangkan pada masa itu kominis yg disertai oleh mat indera menyerang dan membunuh org melayu? walaupun oplis yg bertugas disitu diketuai oleh british, mereka tetap org melayu yg sebangsa dengan mat indera. kenapa nak bunuh bangsa sendiri?
sekarang samalah halnya dengan saudara penulis yg melaga-lagakan org2 melayu yg berlainan parti(umno dan pakatan Rakyat) sedangkan pakatan rakyat sekarang menjadi kuda tunggangan DAP yg tentu sah bukan org melayu. saudara penulis fikir2 kanlah. jgn terlampau taksub dengan ideologi itu. sekiranya pakatan rakyat yg menangpun, saudara tetap jugak kena kerja dengan tulang empat kerat saudara sendiri untuk sebutir beras.....

Anonymous said...

Buku sejarah sek rendsh th 70an dulu ada menyatakan tok janggut, mat kilau, datuk maharajalela dan bbrapa lg sebagai penderhaka..

FaizalRSD said...

Seumur hidup saya tak pernah saya dengar orang cakap tok janggut begitu buruk sekali.tak kira umno/pas.beliau adalah pejuang.kalau pensyarah bodoh tu yang anon percaya,xtahulah.buat statement bodoh then mengaku pulak orang umno.lawak apa ni.

Anonymous said...

Sori boh. Jange nak buat taik dan sebar fitnah. Tu bukan gambar tok janggut dan telah disahkan oleh waris-waris tok janggut di kelate. Selepas kejadian serangan oleh pihak british tok janggut dibawa lari ke gua musang dan kemudia beliau ke pengkalan chepa dan menukar identiti beliau. Gambwr tu adalah propaganda oleh pihak british. Tu gambar askar gurgha british bagi mengabui mata kononnya melayu lemah dan untuk melemahkan semangat kebangkitan melayu pada masa tu. Tok janggut berketurunan melayu asli dan bukan keturunan mamak atau pashtun. Kalau nak tau cerita sebenar, join page 'kelab pencinta sejarah kelate ' di facebook. Salah seorsng admin dia adalah waris tok janggut. Kalau boleh jangan la libatkan politik kepartian anda dengan kisah tok janggut. Beliau berjuang demi agama. Kamu2 ni berjuang demi apa? Demi pangkat dan harta je. Semua sama saja baik dari bn ke pas ke pkr ke. Sampai sanggup jual agama dan bangsa dan memecahbelahkan sesama islam. Politik di malaysia telah dikotori oleh najis najis dan anjing anjing sahaja. Renungkanlah hadis 40 menjelang kiamat.