Tuesday, August 16, 2011

GETARKAN SANUBARI DENGAN ASMA ALLAH

Munajat dengan nama-nama Allah Tuhan Pencipta Alam ini adalah bahagian ke 6 daripada 10 bahagian yang akan saya cuba upload ke youtube keseluruhannya.

Entah bagaimana di malam yang ke enambelas ini terasa untuk berkongsi dengan muslimin dan muslimat sekelian bermunajat kepada Allah swt sebaik sahaja selesai melayari blog Tukar Tiub mencerita puasanya sendiri hari ke 15 (klik disini). Aku mengikuti cerita puasa tukar tuib dari hari pertama menceritakan mengenai makanan fizikal dan akhirnya hari ke 15 menceritakan mengenai makanan spritual untuk dirinya.

Terasa amat kecil dan hinanya aku berbanding Tukar Tiub yang telah benar-benar dapat menjiwai puasanya di Ramadhan yang penuh berkat ini, bermula dengan Rahmat, di pertengahan Keampunan dan di Akhirnya Pembebasan dari Neraka. Betapa malunya aku, seorang ahli dari Parti Islam tapi amat lemah mengambil peluang anugerah dan yang telah dihidangkan oleh Allah swt di bulan yang mulia ini.

Sebagai menghilangkan sedikit rasa malu, sedih, marah kepada diri sendiri akan banyak kekurangan itu, aku uploadkan munajat Rasulullah yang cukup panjang ini ketika beliau terlibat dalam satu peperangan untuk sama dikongsi oleh muslimin dan muslimat sekelian dan mudahan-mudahan akan mendapat sedikit cebisan anugerah Tuhan di bulan yang berkat ini.

Semoga dengan munajat dengan penuh khusyuk menyebut 100 nama-nama Allah daripada 1001 nama-namaNya dari 10 bahagian yang telah di pecahkan daripada klip selama 1 jam 30 minit lebih (tapi belum di upload lagi ke youtube) akan menyedarkan kita betapa kerdilnya kita dan teramat perlu kita benar-benar mengabdikan diri kita kepadaNya (Allah, Tuhan yang mencipta kita)

Marilah sama-sama kita mulakan munajat ini dan hayati makna keagungan nama-nama Allah tersebut:-



Selepas itu bertanyalah diri sendiri, bergetarkan hati kita?

Terasakah kita bahawa kita adalah hambaNya dan akan kembali kepada tidak berapa lama lagi..

Apakah persediaan yang telah kita sediakan di dunia yang cukup singkat ini?

Apakah tujuan kita di datangkan ke planet bumi ini???

No comments: