Monday, August 29, 2011

Tok Janggut Tikam Sarjan Sulaiman: UMNO pilihlah siapa Hero!

Nama sebenar Tuk Janggut ialah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Beliau mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif
ialah mengenai pengenaan cukai kepala sebanyak RM1.00 seorang setiap tahun, pokok buah-buahn sebanyak 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung.

Pada 29 April 1915, pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diamb
il alih oleh Encik Latiff iaitu seorang pegawai tadbir Pentadbiran British yang berasal daripada Singapura, menggantikan raja yang berkuasa di daerah itu. Pertelingkahan mengenai cukai dan pengurusan pengutipan cukai membuatkan Haji Mat Hassan (Tuk Janggut) enggan membayar cukai.

Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis yang diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib untuk menangkap Tuk Janggut pada 29 April 1915. Dalam satu pergelutan yang be
rlaku, Sarjan Sulaiman telah ditikam oleh Tuk Janggut lalu terbunuh, Tuk Janggut telah menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri melalui ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915. Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh.



Kebangkitan Tuk Janggut menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu berasa terancam dan serba salah. Atas Desakan Pegawai Pe
nasihat British pada masa itu Sultan Kelantan terpaksa menganggap Tuk Janggut sebagai seorang penderhaka. Pada hal Tuk Janggut bangkit menentang atau melawan pentadbiran British yang menggunakan undang-undang cukai baru di seluruh Kelantan, termasuk Pasir Putih.

Dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Tuk Janggut telah terkena tembak lalu meninggal dunia. Mayat Tuk Janggut dibawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Mayat beliau digantung songsang (kaki di atas dan kepala di bawah)beberapa hari di Padang Bank (Padang Merdeka).Kemudian mayatnya itu telah ditembak oleh sepasukan pihak British sehingga putus dua badannya. Selepas itu mayatnya dibungkus dan dibawa dengan perahu ke Pasir Pekan untuk dikebumikan.


(Pak Teh telah menziarahi pusara Tok Janggut beberapa tahun lalu - mungkin UMNO menganggap beliau adalah pengkhianat kerana melawan Melayu barua British, namun Pak Teh tetap mengatakan beliau mati sebagai seorang syuhada - Al-Fatihah)

Peristiwa Bukit Kepong (1950) ada persamaan dengan peristiwa Tok Janggut (1915). Tok Janggut di tuduh penderhaka kerana menentang Pasukan Malay State Guide di Kampung Dalam Pupuh, Pasir Putih, sementara Mat Indera telah dituduh Komunis kerana menyerang Rumah Pasong, Bukit Kepong, Muar dan membunuh Mata-Mata. Kedua-dua peristiwa ini melibatkan pihak British sebagai dalangnya dan kejadian berlaku semasa zaman Penjajahan British.

Sunday, August 28, 2011

POLIS BRITISH DIPERTAHAN OLEH UMNO


Sudah 2 hari berturut-turut akhbar Utusan Malaysia menyerang Tuan Hj Mohamad Sabu dengan menuduh Mohamad Sabu sebagai mengherokan komunis.

Sila dengar Ucapan Tuan Hj Mohamad Sabu dan nilailah sendiri:-



"Bila hari merdeka nanti tunjuklah polis Bukit Kepong."

"Bukit Kepong polis itu, polis British."

"Hak serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan, Ketuanya Mat Indera... Melayu"

"Tetapi semua sejarah itu ditutup"

"Jins Samsudin buat filem, Jins Samsudin tu UMNO"


(Peristiwa Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950. Malaysia Merdeka 1957. Polis yang bertugas adalah polis Penjajah British)



Saturday, August 20, 2011

HAYATI KHUTBAH RASULULLAH DI BULAN RAMADHAN...

Dari Saidina Ali bin Abu Thalib ra, berkata, "Suatu hari Rasul Allah Saw berkhutbah di hadapan kami. Beliau berkata:

"Wahai umat manusia, sesungguhnya telah datang kepada kalian bulan Allah dengan berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang di sisi Allah merupakan bulan paling mulia. Hari-harinya paling mulia, malam-malamnya paling mulia, dan saat-saatnya paling utama. Di bulan ini kalian diundang untuk menjadi tamu-tamu Allah dan kalian diajak untuk menerima karunia Allah. Di bulan ini tarikan dan desahan nafas kalian adalah tasbih, tidur kalian ibadah, amal kalian diterima, dan doa kalian dikabulkan. Maka dari itu, mohonlah kepada Allah dengan niat yang jujur dan hati yang bersih, agar Allah memberikan taufik kepada kalian untuk dapat melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Sesungguhnya celakalah orang yang tidak memperoleh ampunan Allah di bulan yang mulia ini.

Dengan lapar dan dahaga kalian di bulan ini, ingatlah lapar dan dahaga hari kiamat. Bersedekahlah untuk kaum miskin kalian, dan muliakanlah orang-orang tua kalian dan kasihilah anak-anak kecil kalian. Bersilaturahmilah kalian dan jagalah lidah kalian, dan pejamkanlah mata kalian dari hal-hal yang tidak halal dari memandangnya, dan hindarilah mendengar hal-hal yang tidak halal dari mendengarnya. Berikanlah kasih sayang kepada anak-anak yatim orang lain, maka Allah akan melimpahkan kasih sayang-Nya kepada anak-anak yatim kalian. Bertaubatlah kepada-Nya dari dosa-dosa kalian, dan angkatlah tangan-tangan kalian kepada-Nya dengan doa di waktu-waktu shalat kalian. Karena ia adalah sebaik-baik waktu, dimana Allah memandang kepada hamba-hamba-Nya di saat itu dengan pandangan rahmat. Allah akan menjawab permohonan mereka yang memohon, dan memenuhi panggilan mereka yang memanggil.

Wahai sekalian manusia, sesungguhnya diri kalian terikat oleh amal perbuatan kalian, maka bebaskan diri kalian dengan istighfar. Pundak-pundak kalian berat terbebani oleh dosa-dosa, maka ringankanlah ia dengan sujud yang lama. Ketahuilah bahwa Allah Swt telah bersumpah dengan kemuliaan-Nya untuk tidak mengazab orang yang shalat dan yang sujud, dan tidak pula akan menakut-nakuti mereka dengan api neraka pada hari ketika semua orang berdiri di hadapan Tuhan seru sekalian alam.

Wahai umat manusia, barang siapa diantara kalian menolong seorang mukmin yang berpuasa untuk berbuka di bulan ini maka Allah akan membebaskannya dari api neraka dan mengampuninya dari dosa-dosa masa lalunya......"

Sampai di sini, seseorang bertanya kepada Rasul Allah, "Wahai Rasul Allah Saw, tidak semua dari kami mampu untuk bersedekah seperti itu."

Rasul Allah Saw menjawab, "Hindarilah api neraka, meskipun dengan separuh kurma. Hindarilah api neraka walau dengan seteguk air. Sesungguhnya Allah Swt akan memberikan pahala tersebut kepada orang yang bersedekah sekecil itu, jika tidak mampu bersedekah dengan yang lebih besar.

Wahai manusia, barang siapa diantara kalian yang baik akhlaknya di bulan ini maka ia akan mendapat kemudahan melewati shirat (jambatan di akherat) ketika banyak kaki yang tergelincir. Barang siapa di bulan ini memberikan keringanan kepada budak atau pembantunya, maka Allah akan meringankan perhitungan amalnya. Barang siapa menghentikan kejahatannya, maka Allah akan mencegah kemarahan-Nya terhadap orang itu di hari pertemuan. Barang siapa memuliakan anak yatim di bulan ini, maka Allah akan memuliakannya di hari pertemuan. Barang siapa menjalin hubungan kekeluargaan di bulan ini, maka Allah akan menjalinnya dengan rahmat-Nya di hari pertemuan. Barang siapa memutus hubungan kekeluargaan di bulan ini, maka Allah akan memutusnya dari rahmat-Nya di hari pertemuan. Barang siapa melakukan shalat sunnah di bulan ini, maka Allah akan menetapkan baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa melaksanakan kewajiban di bulan ini, maka baginya pahala pelaksanaan 70 kewajiban di bulan-bulan selainnya. Barang siapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, maka Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya di hari ringannya timbangan amal baik. Barang siapa membaca satu Ayat al-Quran di bulan ini, maka baginya pahala orang yang mengkhatamkan seluruh al-Quran di bulan lain.

Wahai manusia, sesungguhnya pintu-pintu surga di bulan ini terbuka lebar, maka mohonlah kepada Allah untuk tidak menutupnya bagi kalian. Sedangkan pintu-pintu neraka tertutup rapat, maka mohonlah kepada Allah untuk tidak membukanya bagi kalian. Setan-setan pun terbelenggu, maka mintalah kepada Allah untuk tidak membiarkannya berkuasa atas kalian."

Sumber

Tuesday, August 16, 2011

GETARKAN SANUBARI DENGAN ASMA ALLAH

Munajat dengan nama-nama Allah Tuhan Pencipta Alam ini adalah bahagian ke 6 daripada 10 bahagian yang akan saya cuba upload ke youtube keseluruhannya.

Entah bagaimana di malam yang ke enambelas ini terasa untuk berkongsi dengan muslimin dan muslimat sekelian bermunajat kepada Allah swt sebaik sahaja selesai melayari blog Tukar Tiub mencerita puasanya sendiri hari ke 15 (klik disini). Aku mengikuti cerita puasa tukar tuib dari hari pertama menceritakan mengenai makanan fizikal dan akhirnya hari ke 15 menceritakan mengenai makanan spritual untuk dirinya.

Terasa amat kecil dan hinanya aku berbanding Tukar Tiub yang telah benar-benar dapat menjiwai puasanya di Ramadhan yang penuh berkat ini, bermula dengan Rahmat, di pertengahan Keampunan dan di Akhirnya Pembebasan dari Neraka. Betapa malunya aku, seorang ahli dari Parti Islam tapi amat lemah mengambil peluang anugerah dan yang telah dihidangkan oleh Allah swt di bulan yang mulia ini.

Sebagai menghilangkan sedikit rasa malu, sedih, marah kepada diri sendiri akan banyak kekurangan itu, aku uploadkan munajat Rasulullah yang cukup panjang ini ketika beliau terlibat dalam satu peperangan untuk sama dikongsi oleh muslimin dan muslimat sekelian dan mudahan-mudahan akan mendapat sedikit cebisan anugerah Tuhan di bulan yang berkat ini.

Semoga dengan munajat dengan penuh khusyuk menyebut 100 nama-nama Allah daripada 1001 nama-namaNya dari 10 bahagian yang telah di pecahkan daripada klip selama 1 jam 30 minit lebih (tapi belum di upload lagi ke youtube) akan menyedarkan kita betapa kerdilnya kita dan teramat perlu kita benar-benar mengabdikan diri kita kepadaNya (Allah, Tuhan yang mencipta kita)

Marilah sama-sama kita mulakan munajat ini dan hayati makna keagungan nama-nama Allah tersebut:-



Selepas itu bertanyalah diri sendiri, bergetarkan hati kita?

Terasakah kita bahawa kita adalah hambaNya dan akan kembali kepada tidak berapa lama lagi..

Apakah persediaan yang telah kita sediakan di dunia yang cukup singkat ini?

Apakah tujuan kita di datangkan ke planet bumi ini???

Monday, August 8, 2011

Nasrani Dalam Perspektif Ali Khamenei

Pemuda dan pemudiku,

Sengaja aku perturunkan pandangan Ayatollah Ali Khamenei, Pemimpin Tertinggi Iran mengenai Agama Kristian, mudah-mudahan ia dapat mengimbangi kocakkan yang sedang belaku sekarang di Malaysia dan apa salah kita tinjau dari perspektif orang lain (Mazhab Syiah) yang menghadapi isu yang sama di negara mereka.


Ia agak panjang, namun cubalah mengambil sedikit masa untuk menekuninya:-

Selamat membaca:-

Lihat sumber klik disini

Bab Pertama: Isa al-Masih as

Utusan Allah

Kedudukan Nabi Isa al-Masih as di mata umat Islam tak kalah agungnya dengan kedudukan beliau di mata umat Nasrani. Utusan besar Ilahi ini telah menghabiskan usianya di tengah masyarakat dengan perjuangan dan menyalakan resistensi umat di depan praktik penindasan, agresi, korupsi, dan ambisi sekelompok manusia gila kekuasaan yang membelenggu masyarakat dan menyeret kehidupan dunia dan akhirat mereka ke arah neraka jahannam. Demi tujuan ini, beliau yang sejak kecil telah menerima anugerah nubuwwah rela menanggung segala beban penderitaan perjuangan maha berat ini.

Isa Utusan Allah

Umat Islam mengakui kebesaran Nabi Isa as sebagai utusan Allah Swt sebagaimana umat Nasrani mengakui kebesaran beliau. Sungguh tak dapat diterima klaim kaum Yahudi yang menyebut Nabi Musa as hanya milik mereka, bukan umat yang lain. Umat Nasrani juga mengakui Nabi Musa as, sebagaimana halnya umat Islam. Demikian pula hanya dengan Nabi Isa as. Umat Islam memandang beliau bukan hanya milik umat Nasrani, melainkan juga milik umat Islam. Umat Islam di Iran sangat menyintai dan menghormati beliau. Umat Nasrani di Iran, baik kelompok Ashyrian maupun umat Nasrani di kawasan utara Iran dan Orumiyeh, meyakini bahwa agama Nasrani yang otentik ada di sini, bermarkas di sini, dan dari sini pula ajarannya merebak ke seluruh penjuru dunia. Secara historis, bisa jadi mereka benar.

Hazrat Maryam, Teladan Bagi Umat Manusia

Kitab suci al-Quran tidak menampilkan figur lelaki dalam menyebutkan sosok teladan keimanan umat manusia, melainkan menampilkan figur perempuan. Allah Swt menampilkan dua figur perempuan sebagai teladan untuk seluruh manusia, bukan hanya kaum hawa. Di bidang kemanusiaan dan perfeksi spiritualitas insaniah, Allah Swt tidak memilih para nabi ataupun tokoh-tokoh keilmuan dan agama dari kalangan pria, melainkan memilih dua tokoh wanita terkemuka, yaitu [Hazrat Asiyah] isteri Fir’aun dan Haszrat Maryam binti Imran, ibunda Nabi Isa al-Masih. Maryam adalah sosok perempuan yang selalu tegar laksana gunung ketika di masa mudanya diterjang badai fitnah dan prasangka buruk dari masyarakat luas. Di masa kegadisannya nan suci, beliau menerima anugerah putera yang menjadi perwujudan dari kalimatullah dan ruhullah yang menerangi kegelapan dunia saat itu.

Hazrat Maryam, Cermin Kesucian

Pada kisah Hazrat Maryam dalam al-Quran terdapat satu poin yang sangat menarik perhatian saya. Umat Islam memandang beliau sebagai cermin dan kristalisasi kesucian, yaitu sosok yang benar-benar suci. Dalam beberapa ayatnya, al-Quran menyebutkan nama Maryam antara lain sebagai berikut;

وَمَرْيَمَ ابْنَتَ عِمْرَانَ الَّتِي أَحْصَنَتْ فَرْجَهَا فَنَفَخْنَا فِيهِ مِنْ رُوحِنَا

dan Maryam putri Imran yang memelihara kehormatannya, maka Kami tiupkan ke dalam rahimnya sebagian dari roh (ciptaan) Kami;. (QS. 66.12)

Ketika menyebut nama Maryam, al-Quran selalu menekankan masalah pemeliharaan kehormatan dan kesucian wanita. Apa gerangan yang terjadi pada Hazrat Maryam? Menurut saya, ini sangat penting. Maryam adalah gadis yang sejak kecil hidup di rumah ibadah sampai dewasa. Faktor apa yang mendorong beliau memelihara kesucian dengan mengerahkan kemampuannya yang luar biasa seandainya tidak luar biasa al-Quran tentu tidak akan memberikan penekanan sedemikian rupa- dalam menghadapi godaan sehingga al-Quran menyebutkan “yang memelihara kehormatannya”. Ini sangat penting dan merupakan satu pelajaran bagi semua orang. Di saat yang sangat genting, kesucian dan resistensi beliau di depan segala godaan telah sedemikian berpengaruh dan bahkan dapat mengubah perjalanan sejarah. Hal serupa juga disebutkan oleh al-Quran ketika mengisahkan lelaki muda Nabi Yusuf as.

Keistimewaan Kisah Isa Putera Maryam as

Sejak masa remaja sampai sekarang saya sangat terkesan setiap kali membaca atau mendengar surah Maryam, sebab kejadiannya sangat luar biasa. Kejadian lahirnya Isa al-Masih pada situasi zaman dan tempat di mana fenomena ini muncul ke permukaan sejarah dan kehidupan masyarakat saat itu adalah peristiwa yang terlampau agung untuk dapat dijelaskan dengan kata-kata, kecuali dengan bahasa seni! Ini adalah peristiwa ajaib yang sukar dicarikan tandingannya. Di situ ada peranan Hazrat Maryam dan Nabi Zakaria as; ada karakteristik kondisi sosial saat itu; ada gambaran tentang terbitnya ajaran Nabi Isa as sebagai matahari yang berpijar di langit kemanusiaan dan ufuk pemikiran insani, dan perhatian pada hakikat bahwa ajaran Isa al-Masih as adalah lanjutan dari ajaran Nabi Musa as. Hal-hal demikian ini selalu ditekankan. Saat itu, para pengikut ajaran Nabi Musa as sudah jauh menyimpang dari ajaran suci ini sehingga apa yang dibawa oleh Nabi Isa as mereka pandang sebagai penyelewengan, bid’ah, dan kekafiran. Padahal ajaran Nabi Isa al-Masih juga bersumber pada wahyu Ilahi yang merupakan hulu dari ajaran Nabi Musa as. Dalam kisah ini tergambar jelas bagaimana dampak distorsi dan pengaruh kekuasaan, kekuatan, kesalahpahaman dan kesombongan.

Pengibar Panji Hidayah

Ketika manusia sedang tenggelam dalam kesesatan, kejahilan, penindasan, dan pengabaian terhadap norma-norma insani, Kalimatulllah Isa al-Masih as datang mengibarkan panji hidayah dan keselamatan bagi umat manusia. Dalam rangka ini pula, beliau bangkit melakukan perlawanan terhadap kekuatan-kekuatan penindas dan berjuang membumikan keadilan, rahmat, dan Tauhid. Karena itu, sebagai umat yang beriman kepada al-Masih as, Nasrani maupun Muslim harus selalu mengingat ajaran dan jejak para nabi serta norma-norma insani yang terkandung di dalamnya demi tegaknya tatanan global yang layak.

Penyelamat Manusia dari Kezaliman

Isa al-Masih as adalah manusia yang diutus Allah Swt dengan dibekali mukjizat dan seruan Ilahi untuk membebaskan manusia dari syirik, kufur, kobodohan, dan tirani untuk kemudian membawa mereka menuju cahaya makrifat, keadilan, dan penghambaan kepada Sang Pencipta. Selama berada di tengah umat manusia beliau tidak pernah kendur dalam berjuang melawan angkara murka dan menyeru manusia kepada kebajikan. Ini merupakan pelajaran yang harus dihayati sepenuhnya oleh umat Nasrani dan umat Muslim yang meyakini kenabian beliau.

Manusia di zaman sekarang sangat membutuhkan ajaran Nabi Isa al-Masih, dan Islam yang menyempurnakan ajaran al-Masih menjadikan masalah kebaikan, kebajikan, dan kesempurnaan sebagai pedoman utama ajarannya. Manusia-manusia sesat telah menggunakan kekuatan alam tak terhingga yang diperolehnya berkat ilmu pengetahuan, sebagai prasarana untuk menggapai tujuan yang sebaliknya sehingga tugas umat beragama menjadi semakin berat. Kekuatan-kekuatan besar dunia telah membuat ruang kehidupan bangsa-bangsa tertindas menjadi semakin sempit. Mereka pun tak pernah segan berbuat zalim. Parahnya, para kekuatan besar itu justru menampakkan diri sebagai penganut ajaran al-Masih, padahal mereka buta akan perangai dan ajaran beliau.

Seruan Menuju Kesejahteraan

Hazrat Isa al-Masih as mengajak manusia ke jalan Allah Swt yang tak lain adalah jalan menuju kesejahteraan sejati. Beliau selalu mengingatkan manusia agar tidak diperbudak oleh hawa nafsu yang selalu mendorong untuk berbuat angkara, aniaya, dan keji. Tapi di lain pihak, kekuatan-kekuatan durjana dan para anteknya menghadang beliau dengan represi, tuduhan buruk, dan upaya pembunuhan. Ketika beliau diangkat dan dilindungi Allah Swt, mereka lantas memburu dan menganiaya kaum Hawariyyun dan seluruh pengikut setia ajaran beliau dengan berbagai bentuk aksi penyiksaan yang paling mengerikan. Tujuan mereka tak lain adalah menumpas ajaran al-Masih yang menolak angkara murka, tirani, syirik, pemujaan hawa nafsu, konfrontasionalisme, dan manipulasi publik. Manusia yang bermoral bejat, zalim, ambisius, pemuja kekerasan, dan gemar menipu masyarakat memang tidak akan tahan menyaksikan adanya agama Allah, utusan Allah, dan para peniti jalan Allah.

Kelahiran Isa al-Masih as

Sudah ratusan tahun kelahiran Isa al-Masih as dirayakan. Mengapa kelahiran ini sedemikian penting? Ini tak lain karena kelahiran beliau merupakan satu titik masa yang sangat krusial dan determinan dalam sejarah manusia. Artinya, ketika sejarah sedang berjalan di suatu garis tiba-tiba ia berubah haluan dan beralih ke garis lain. Setiap tahun kita ikut merayakan hari kelahiran Hazrat al-Masih as dan menyampaikan ucapan selamat kepada umat Nasrani di tanah air dan di dunia secara umum. Namun, karena menurut mayoritas umat Nasrani di Iran –termasuk umat Armenia- tanggal kelahiran al-Masih bukan 25 Desember melainkan pada 10 hari pertama Januari, maka kita tidak mengikuti tradisi yang umum; kita menunggu sampai tiba bulan Januari untuk menyampaikan ucapan selamat Natal supaya lebih sesuai dengan pendapat saudara-saudara setanah air kita yang memeluk ajaran Nasrani. Semoga hari kelahiran al-Masih membawa berkah bagi umat Kristiani dan umat Islam di seluruh dunia.

Ala kulli hal, 10 hari ini kita memperingati kelahiran Hazrat al-Masih as. Kita berharap semoga umat Islam dan umat Nasrani selalu meneladani perilaku al-Masih, mengenali keagungannya dengan benar, dan mengikuti ajarannya.


Bab Kedua: Islam dan Nasrani

Penghormatan Nabi Muhammad Saw Kepada Penguasa Nasrani

Dalam sebuah riwayat disebutkan bahwa delegasi raja Habasyah, Najasyi, datang ke Madinah membawa pesan untuk Rasulullah Saw, sebagaimana yang biasa terjadi dalam pergaulan antara negara. Sebagaimana para raja dan penguasa di tempat-tempat lain, Najasyi yang bertahta di Habsyah juga beragama non-Muslim atau tepatnya Nasrani. Namun, ketika delegasi Habasyah datang, Rasulullah Saw menyambut mereka sambil berdiri sebagai tanda penghormatan. Para sahabat lantas berkata; “Wahai Rasul, biarkan kami yang melayani mereka.” Tapi beliau menjawab; “Tidak, sebab ketika umat Islam hijrah ke Habasyah, mereka sangat dihormati oleh raja Habasyah. Saya ingin membalasnya.” Inilah apresiasi Rasulullah Saw terhadap kebaikan orang lain.

Ibadah Dalam Islam dan Nasrani

Dalam al-Quran Allah Swt berfirman;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu.” (QS.2.183)

Seperti kita ketahui, solat dan zakat bukan dikhususkan untuk umat Islam. Syariat para nabi sebelum Nabi Muhammad Saw juga mewajibkan solat dan zakat. Dalam Al-Quran disebutkan kata-kata Nabi Isa as;

‎وَأَوْصَانِي بِالصَّلاةِ وَالزَّكَاةِ مَا دُمْتُ حَيًّا

“dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) salat dan (menunaikan) zakat selama aku hidup.” (QS.19.31)

Dalam al-Quran juga terdapat beberapa ayat lain yang senada dengan ini. Allah Swt berfirman bahwa puasa juga seperti ibadah solat dan zakat yang bukan hanya dikhususkan untuk umat Islam, melainkan juga diwajibkan bagi umat-umat dan para nabi terdahulu.

Pernyataan Bijak Hazrat al-Masih as

Dalam beberapa riwayat yang bersanad kepada Keluarga Rasulullah saw terdapat hadist yang mengutip sabda Nabi Isa al-Masih as. Riwayat-riwayat itu tertera dalam kitab-kitab hadist dan tergolong sebagai riwayat yang paling cemerlang dan bijak. Umat Nasrani sendiri tidak mengklaim bahwa sabda-sabda Nabi Isa as hanya tertera pada Injil. Selain injil-injil yang umum, masih ada injil-injil lain dan sangat mungkin apa yang ada dalam riwayat-riwayat Islam merupakan bahagian yang terangkum dalam injil-injil yang kini telah tiada. Sabda-sabda yang diriwayatkan oleh para Keluarga Rasulullah saw patut diperhatikan dan dimanfaatkan oleh umat Nasrani, dan siapa tahu ini bisa menjadi media pendekatan antara umat beragama. Umat Islam dapat menjadikan pesan-pesan al-Masih sebagai persembahan untuk umat manusia. Sabda-sabda Nabi Isa as yang tertera dalam berbagai riwayat Islam sarat dengan hikmah dan kandungan yang sangat bernas.

Saya sendiri dulu sering sekali membaca Injil. Banyak ungkapan-ungkapan bijak yang terkandung dalam empat Injil yang dimiliki umat Nasrani saat ini. Dari segi akidah, Umat Islam memang tidak sepaham dengan keyakinan yang terangkai dalam kitab Injil. Namun dari segi hikmah, setiap manusia pasti dapat menerima kata-kata bijak.

Mencari Titik Temu Antara Islam dan Nasrani

Menghubungkan agama dengan para pemuda dan memperluas pengaruh agama di tengah masyarakat adalah gagasan cemerlang. Agama adalah anugerah Ilahi yang mengalirkan sejuta kebaikan bagi setiap masyarakat yang mendapatkan anugerah ini. Tentunya, berinteraksi dengan kalangan pemuda adalah pekerjaan yang penuh tantangan namun hasilnya sangat baik.

Ada banyak titik persamaan antara Islam dan Nasrani atau bahkan antara Islam dan berbagai agama lainnya. Berbagai titik persamaan dapat dikaji dalam dialog dwipartit Islam dan Nasrani atau dialog multipartit Islam dengan agama-agama lain. Kalaupun pandangan Islam dan Nasrani tidak dapat didekatkan, tapi setidaknya akan dapat dikenali berbagai titik temu antara keduanya. Dialog bukan dalam rangka membuktikan kebenaran satu agama dan kebatilan agama yang lain, tetapi dalam rangka mencari titik persamaan, khususnya yang bersangkutan dengan berbagai persoalan dalam kehidupan manusia.

Kebebasan di Mata Islam dan Nasrani

Kebebasan adalah bagian dari isu kemanusiaan yang selalu ada sepanjang zaman. Apakah yang dimaksud kebebasan dan seberapa luas ruang lingkupnya? Agama berbicara banyak hal tentang ini, dan ini merupakan salah satu tema yang dapat disorot bersama oleh Islam dan Nasrani. Dalam hal ini kita menyaksikan adanya ifrath dan tafrith (dua sisi sikap ekstrim, pent). Di satu sisi, kehidupan umat manusia terusik oleh keberadaan para diktator dan unsur-unsur terbuka maupun terselubung yang merampas kebebasan masyarakat dalam berbagai bidang. Di sisi lain, ada pula kecenderungan yang mendorong manusia untuk hidup bebas tanpa batas. Di mata semua agama, dua fenomena ekstrim ini sama-sama menyimpang. Islam dan Nasrani sama-sama menolak dua fenomena tersebut. Salah satu tugas utama setiap orang yang peduli kepada nasib umat manusia dan generasi muda ialah memerangi dekadensi moral dan perilaku tanpa batas yang kian hari kian merajalela di dunia. Dalam hal ini, tentu berat tugas yang harus diemban oleh institusi keagamaan Nasrani di Eropa. Ada tangan-tangan kuat yang terus bergerilya memarakkan perilaku rosak susila. Karena itu, sudah selayaknya lembaga-lembaga gereja berpengaruh, khususnya Katolik, melawan fenomena yang notabene laten ini dengan serius dan rasional. Jika ini mereka lakukan, maka masyarakat di banyak negara non-Eropa akan sangat berterima kasih kepada mereka, sebab sebagian fenonema kebejatan moral menyebar dari satu tempat ke tempat lain.

Membela Keadilan dan Kaum Tertindas

Jika agama terlibat dalam perjuangan membela keadilan dan kaum tertindas, akan banyak daya tarik agama yang teraktivasi. Di manapun, para pemuda sangat antusias terhadap gerakan pro-keadilan. Agama mengajarkan keadilan. Para kampiun keadilan di dunia tak lain adalah figur-figur agamawan. Nabi Isa al-Masih sepanjang hayatnya berjuang demi keadilan. Begitu pula Nabi Besar Muhammad Saw. Para pemuka Nasrani di awal-awal masanya juga banyak berkorban demi tegaknya keadilan. Teks-teks suci agama, baik Taurat, Injil maupun AlQuran, sangat menekankan upaya penegakan keadilan. Jika isu pro-keadilan sekarang juga dikumandangkan oleh para agamawan Nasrani maupun Muslim, maka ini menjadi daya tarik yang luar biasa. Kaum Yahudi yang beriman kepada Taurat "bukan Zionis", sebab Zionis tidak memiliki keimanan apapun juga merupakan umat yang mendambakan keadilan.

Urgensi Hubungan Dengan Tuhan Bagi Kehidupan Manusia

Manusia tidak akan bisa hidup normal tanpa ada hubungan dengan Tuhannya. Contohnya adalah masyarakat komunis. Semua gereja tiba-tiba disesaki umat ketika sistem Marxisme yang ateis kehilangan kekuatannya di Uni Soviet. Padahal, kaum Marxis mengira rakyat sudah tidak mungkin lagi mendatangi gereja karena Marxisme sudah 70 mengkampanyekan ateisme. Inilah kesalahan fatal mereka. Masyarakat tetap berduyun-duyun menuju gereja walaupun sudah 70 tahun mereka diasingkan dari agama. Jika sekarang Anda ke Rusia atau negara-negara Eropa Timur, Anda akan menyaksikan betapa gereja kini sudah padat jemaat. Gerakan rakyat Poland melawan Marxisme pada prinsipnya adalah gerakan agamis Nasrani.

Spiritualitas, Titik Temu Semua Agama

Meskipun dalam banyak hal berbeda, semua agama ketuhanan tetap memiliki berbagai titik temu. Salah satu titiknya yang terpenting adalah besarnya perhatian semua agama itu kepada spiritualitas. Agama membangkitkan kesadaran manusia bahwa realitas tidak terbatas pada fenomena yang tersadap dengan perangkat inderawi. Agama menyadarkan mereka bahwa di balik semua fenomena terdapat hakikat yang jauh lebih besar dan nyata.

Sekarang spiritualitas di dunia sudah dirasakan sebagai sesuatu yang memang eksis. Sayangnya, arus yang lebih kuat justru bergerak ke arah yang berlawanan. Karena itu, sudah cukup untuk disebut sebagai satu pengabdian besar jika umat beragama berusaha melawan arus tersebut semampunya. Di sinilah Islam dan Nasrani bisa bertemu. Dialog antarpemuka agama sudah seharusnya difokuskan pada masalah ini. Agama-agama sejati tentu tidak menganjurkan masyarakat menjauh dari usaha-usaha duniawi. Agama hanya memberikan pengertian kepada umat manusia bahwa semua kegiatan duniawi bisa diarahkan sebagai bagian dari proses pendakian spiritual. Karena itu, agama menuntun jiwa mereka kepada hakikat nan cemerlang. Mengabaikan hakikat ini sama dengan menjerumuskan diri sendiri kepada kebinasaan total. Manusia masa kini sudah terlampau mengabaikan hakikat ini. Kolosalitas gerakan materialisme di seluruh belahan dunia telah menyebabkan manusia terbius dan hilang kesadaran.

Benturan Antara Nasrani dan Islam

Benturan antara Nasrani dan Islam sesungguhnya tidak ada dan tidak akan pernah ada. Jika yang dimaksud dengan benturan antara Islam dan Nasrani ialah konflik antara negara yang bangsanya memeluk Islam di satu pihak dan negara yang bangsanya memeluk agama Nasrani di pihak lain, maka harus diingat bahwa konflik seperti ini tidak lebih besar dari konflik antarnegara yang penduduknya sama-sama beragama Nasrani. Dengan rasa prihatin harus diakui bahwa ambisi perang memang ada di tengah pergaulan antarbangsa. Dan patut diakui pula bahwa dalam 70 tahun terakhir ini dunia Nasrani telah dilanda dua peperangan yang dampaknya juga menerjang umat Islam.

Persatuan yang diserukan oleh pemerintahan Republik Islam kepada umat Islam dimaksudkan bukan untuk berkonfrontasi dengan umat Nasrani atau agama dan bangsa-bangsa lain, melainkan untuk melawan kaum agresor dan ambisius perang, menegakkan norma-norma etika, menghidupkan rasionalitas dan keadilan Islami, menggalang kemajuan di bidang sains dan ekonomi, dan membangkitkan lagi kehormatan Islam. Pemerintahan Republik Islam mengingatkan kepada khalayak dunia bahwa ketika Baitul Maqdis berada di tangan umat Islam di era Khulafa’ Rasyidin, umat Nasrani dan Yahudi bisa hidup dengan aman dan tentram. Namun, ketika Baitul Maqdis diduduki oleh kaum Zionis atau Kristen-Zionis, darah umat Islam tiba-tiba dipandang halal untuk ditumpahkan!!

Agama Rahmat dan Kasih Sayang

Islam tidak memerangi agama-agama lain. Islam adalah agama yang ketika berkuasa di wilayah non-Muslim, para pemeluk agama-agama lain di sana justru mengapresiasi Islam sebagai agama yang membawa rahmat. Mereka menilai penguasa Muslim lebih santun dan ramah daripada penguasa-penguasa sebelumnya. Ketika prajurit Islam membebaskan kawasan Syam, umat Yahudi maupun Nasrani di sana mengakui keramahan umat Islam kepada masyarakat. Islam memang agama rahmat dan kasih sayang; rahmatan lil’alamin (pembawa rahmat bagi semesta alam). Kepada umat Nasrani Islam berkata;

تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ

“… marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kalian.” (QS.3.64)

Islam mengindahkan berbagai persamaan dan titik temunya dengan Nasrani. Islam tidak memelihara kebencian terhadap bangsa dan agama lain. Islam hanya menekankan perlawanan terhadap penindasan, kezaliman, antagonisme, dan ambisi-ambisi kotor. Namun, realitas ini diputar balik oleh kaum ambisius, tiran, dan arogan. Mereka mendistorsinya di depan masyarakat dunia dengan mengerahkan segenap fasilitas propagandanya, termasuk lembaga Hollywood dan lembaga-lembaga pemberitaan, serta senjata dan kekuatan militer.


Bab Ketiga: Nasrani di Era Modern

Ajaran Nasrani di Tengah Kita

Seandainya Nabi Isa al-Masih as sekarang ada di tengah kita, sudah pasti beliau tidak pernah kendur berjuang melawan para penindas dan kekuatan-kekuatan arogan dunia. Beliau pasti tidak akan tahan menyaksikan berjuta manusia kelaparan dan terlantar akibat ulah kekuatan-kekuatan raksasa yang membawa mereka ke arah perang, korupsi, dan kebuasan.

Inflitrasi Kaum Imperialis

Salah satu misi imperialisme di dunia ialah membasmi ideologi pengharapan dan spirit perjuangan di hati masyarakat. Mereka sudah berkali-kali berusaha memadamkan pelita ini tapi selalu gagal. Usaha mereka gencar bukan hanya di Iran, tapi juga di seluruh bagian Dunia Islam. Sudah cukup lama terbetik laporan serius bahwa kelompok-kelompok misionaris berdatangan dari Eropa ke wilayah utara Afrika dengan tujuan melicinkan misi para imperialis. Para pendeta berdatangan ke berbagai kawasan terpencil Afrika dan menetap di sana selama bertahun-tahun. Untuk apa? Mengapa Kristenisasi suku-suku di Afrika sedemikian mereka perlukan? Semua sudah mengetahui bahwa mereka sebenarnya adalah corong kaum imperialis. Tugasnya adalah mengkristenkan penduduk pribumi agar para imperialis bisa menggarap rencana-rencananya di sana dengan mulus. Para pendeta itu bukannya tidak mengetahui apa yang mereka lakukan di sana. Tapi coba perhatikan; demi tujuan ini mereka sudi hidup bersusah payah; hal yang sama sekali tidak dapat ditukar dengan harta. Di situ bahkan ada orang yang bersedia tinggal tujuh tahun, misalnya, di tempat yang dihuni oleh manusia-manusia kanibal! Ini terungkap dan tergambarkan di berbagai literatur, laporan, film, dan karya-karya roman. Saya mengetahui apa yang dilakukan oleh para imperialis selama ini.

Salah satu masalah yang paling dikeluhkan umat beragama di dunia ialah tindakan para penguasa di negara-negara Nasrani menjadikan agama sebagai kemasan untuk mengusung imperialismenya. Kelompok-kelompok misionaris menjadikan ajaran yang secara lahiriah Nasrani sebagai kedok untuk melicinkan ambisi para imperialis Eropa. Mereka mendatangi negara-negara Islam dan berbagai negara dunia lainnya kemudian mencengkeram kekuatan politik di sana. Naifnya, usaha mereka ini berhasil di banyak negara.

Berakhirnya Era Keagamaan dan Dimulainya Era Sains

Di Eropa, bermulanya kebangkitan sains identik dengan berakhirnya era keagamaan. Konon demikian dan bisa jadi memang demikian. Sebab, ajaran keagamaan di lingkungan Nasrani sarat dengan khurafat, fanatisme, dan bertolak belakang dengan ilmu pengetahuan. Kondisi ketika di Eropa seorang ilmuwan dihukum penjara, cambuk atau bahkan dibakar karena menghasilkan temuan ilmiah jauh berbeda dengan kondisi kita sekarang. Sebagaimana tergambar jelas dalam literatur dan sejarah perkembangan sains di Barat, selama sekian abad ilmuwan dipandang sebagai penyihir yang layak dihukum bakar. Akibatnya, agama dipandang nista dan diperangi habis-habisan ketika sains berhasil menemukan pengaruh dan kekuatannya di tengah masyarakat. Dan era keagamaanpun berakhir. Ini wajar terjadi.

Agama yang diberontak oleh para intelektual Eropa memang tidak sesuai dengan realitas kehidupan masyarakat. Agama demikian, yaitu ajaran yang telah menghukum mati ilmuwan Galileo dan para ilmuwan yang lain, jelas berbau khurafat. Dosa mereka adalah menghasilkan temuan ilmiah! Ajaran ini jelas bukan ajaran Nasrani yang sesungguhnya. Jadi yang patut dipersoalkan memang bukan pemberontakan sains terhadap agama, melainkan perlawanan terhadap tindakan yang memisahkan sisi spiritualitas dan etika dari sains, politik, tatanan hidup dan pergaulan individual dan sosial.

Ketidak Berimanan Kepada Al-Masih

Sekarang tak perlu disangsikan lagi bahwa doktrin keagamaan yang terkemas dalam demokrasi dan Hak Asasi Manusia bukanlah faktor yang mendorong ambisi mayoritas (kalau bukan semuanya) penguasa Barat. Polos sekali jika kita menduga bahwa semangat kekerasan yang menghasilkan pembantaian umat Muslim Bosnia oleh milisi Serbia dan pembantaian umat Islam di kawasan-kawasan lain bersumber pada keimanan al-Masih. Orang-orang yang gigih memusuhi Islam dan alergi terhadap segala bentuk gerakan kaum Muslim sama sekali tidak beriman kepada ajaran al-Masih yang sesungguhnya. Mereka hanya beriman kepada doktrin monopoli kekuasaan dan kepentingan, hawa nafsu, dan kebenciannya yang meluap-luap kepada siapapun yang berani mengusik ambisi mereka! Celakanya, tangan mereka yang sudah berlumur darah itu berhasil menjalankan skenario Nasrani versus Islam. Padahal semangat permusuhan terhadap Islam muncul hanya dari luapan ambisi mereka sendiri.

Anti Spiritualitas

Di tengah kehidupan dunia yang sudah bercorak materialisme ini, pemerintahan Republik Islam Iran berdiri justru dengan basis spiritualitas. Inilah yang patut diperhatikan terlebih dahulu sebelum menyorot soal apakah pemerintahan itu Islami atau Nasrani. Yang penting adalah terkikisnya arus yang menggiring masyarakat dunia, tak terkecuali kalangan agamawan ke arah kontra-spiritualitas! Agamawan memang tak luput dari arus despiritualisasi. Sebuah geraja, misalnya, bisa terpaksa disiasati sedemikian rupa agar memiliki daya tarik di mata kaum remaja dengan cara membuat event-event hiburan seperti disko. Umat Nasrani mestinya sulit membayangkan betapa keadaan sudah sedemikian runyam sehingga event-event seperti itu bisa diadakan oleh seorang pastur!

Seorang penulis kesohor Arab dalam sebuah karya tulisnya mengatakan, “Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri seorang pastur ada di sebuah acara disko di tengah pasangan muda mudi laiknya seorang event organizer. Dia memperhatikan apakah penerangan, misalnya, sudah cukup sesuai atau tidak dengan suasana acara. Dia sendiri yang menata lampu dan mengatur pencahayaan agar tidak terlalu terang. Kemudian dia menyuruh pelayan gereja supaya semua pintu ditutup setelah para pengunjung bubar. Setelah itu dia baru bisa beristiarahat.”

Penulis Arab tadi menambahkan, “Esok atau lusanya saya mendatangi gereja dan bertanya; ‘Tuan Pastur, kondisi sepertinya sudah sedemikian berubah?’ Pastur menjawab, ‘Bukan begitu, ini adalah cara kami menyiasati para pemuda supaya tertarik datang ke gereja. Bukankah Anda sudah melihat bagaimana muda-mudi berdatangan ke gereja?!’”

Kisah ini menggambarkan adanya arus penjauhan dari spiritualitas yang bahkan menerpa kalangan agamawan. Bukankah pendeta tadi adalah rohaniwan Nasrani?! Contoh-contoh serupa juga ada pada kalangan agamawan Islam, baik Syiah maupun Sunni. Di tengah momen historis sedemikian rupa, peristiwa spektakuler tiba-tiba terjadi; sebuah negara berbasiskan spiritualitas berdiri. Pemerintahan ini mengkampanyekan norma-norma spiritual dan menjadikannya sebagai asas dalam menjalankan pemerintahan, menentukan perang atau damai, menyusun anggaran, dan membuat kebijakan politik. Mungkin bisa dikatakan bahwa sistem pemerintahan seperti ini hanya pernah ada pada penggalan-penggalan kecil sejarah. Rezim-rezim teokratis dengan konsepsi masing-masing tentang pemerintahan teokratis tentu selalu ada di berbagai belahan dunia, terutama di dunia Nasrani. Namun, sistem dan pemerintahan Islam Iran berbeda dengan semua itu. Sebab yang ditampilkan oleh rezim-rezim tersebut bukanlah kedaulatan nilai-nilai agama dan spiritual, melainkan kekuasan sosok agamawan.

Ketidakpedulian Gereja Terhadap Isu Keadilan

Institusi-institusi kegamaan Nasrani sekarang boleh dikata tidak peduli kepada persoalan yang paling krusial bagi umat manusia. Ketidakadilan kini sedang melanda dunia, tapi apa yang diperbuat oleh kalangan Nasrani untuk menghadapi fenomena ini? Mereka meneriakkan slogan perdamaian! Slogan perdamaian tentu saja sangat menarik bagi umat manusia, tapi ini saja masih belum cukup. Slogan perdamaian harus dibarengi dengan slogan keadilan. Manusia sekarang terbelenggu oleh ketidak adilan. Ada kekuatan-kekuatan besar sedang menindas berbagai bangsa dan umat manusia. Orang-orang Eropa mengumandangkan slogan perdamaian, padahal mereka sendirilah yang mengobarkan berbagai peperangan besar.

Sekarang sudah puluhan tahun tidak ada perang seperti itu, tapi isu perdamaian mereka jadikan pretensi. Padahal, yang diperlukan oleh umat manusia sekarang adalah keadilan. Tragisnya, slogan keadilan tidak pernah meluncur dari gereja dan dari lisan Paus. Kalangan gereja hanya menonton dan membiarkan apa yang terjadi! Pemerintahan Islam di Iran sama sekali tidak bisa menerima sikap gereja tersebut terhadap arogansi Barat. Tanggungjawab gereja jauh lebih besar dari sekedar mengkampanyekan perdamaian. Saya sudah melayangkan pesan kepada Paus supaya mengedepankan isu keadilan. Semua agama sekarang harus mengedepankan pesan penegakan keadilan, yaitu pesan utama Nabi Musa as, Nabi Isa as, dan Nabi Besar Muhammad Saw.

Dampak Keterjauhan Dari Ajaran al-Masih as

Orang-orang Eropa dan terlebih lagi orang-orang AS berminat pada agama, label-label agama, dan cover-cover keagamaan. Namun, perilaku mereka memperlihatkan kedangkalan dalam mempersepsikan agama. Mereka tidak melihat adanya kontradiksi antara pengharapan mereka kepada al-Masih atau Bunda Maria, misalnya, dengan berbagai perilaku amoral dan maksiat yang biasa mereka lakukan. Kemudian, doktrin permohonan mereka juga tidak berlandaskan argumentasi-argumentasi logis. Doktrin Nasrani –sesuai yang umum- didasarkan pada kecintaan dan perdamaian. Tapi Barat sendiri ternyata paling banyak dilanda perang, kekerasan, pengkhianatan, dan kriminalitas. Padahal di saat yang sama di sana terdapat keyakinan kepada doktrin Nasrani. Ini lantas menandakan bahwa sekularisme memang sudah menjadi fondasi peradaban di sana.

Sesuai data mereka sendiri, usia rata-rata pecandu narkotik di sana terus menurun; dari yang semula 17 tahun turun menjadi 15 tahun dan kini anjlok ke usia 13 tahun! Rasio yang sama terjadi pada kasus-kasus kriminal dan apatisme terhadap keluarga, ayah, ibu dan tradisi. Ini adalah akibat dari sekularisme. Sebenarnya tidak mustahil manusia menemukan energi atom, misalnya, tapi tidak menggunakannya untuk membuat senjata pemusnah massal. Ini tidak mustahil seandainya orang-orang yang menguasai sains di bidang ini patuh kepada norma-norma etika, menjaga keimanannya kepada agama. Tapi mereka tidak demikian sehingga naiflah apa yang mereka suguhkan kepada bangsa-bangsa dunia. Sudah sekitar setengah abad silam bom atom diciptakan kemudian diledakkan, tapi sampai sekarang keberadaan bom ini masih sangat dan semakin meresahkan. Tidak ada kemungkinan keresahan ini akan menurun.

Beberapa waktu lalu sebuah lembaga Nasrani dunia mengumumkan data bahwa pada abad terakhir ini, jumlah warga Nasrani yang menjadi korban pembunuhan telah mencetak rekor. Saya lantas ingin bertanya kepada pihak yang mengajukan data ini; siapa yang membunuhi warga Nasrani itu? Apa orang Islam yang membunuh mereka? Apakah umat Budha? Atau pembunuhnya adalah orang-orang Nasrani sendiri?! Siapa yang membunuh penduduk Eropa dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II? Mereka dibantai oleh orang-orang Nasrani sendiri, orang-orang Eropa dan Barat sendiri. Dan banyak pula warga non-Nasrani dan non-Barat yang tewas di tangan mereka!

Kondisi minus spiritualitas menimbulkan akibat yang sangat fatal dan tak berkesudahan untuk umat manusia. Pemerintah Republik Islam bercita-cita menampilkan sebuah generasi teladan yang dapat membuktikan kepada dunia bahwa generasi ini mampu menguasai sains dan teknologi serta memanfaatkan anugerah Ilahi di alam semesta dan dalam diri manusia sendiri ini secara maksimal meskipun mereka adalah generasi masyarakat yang salih dan berkomitmen kepada norma-norma etika dan spiritual.

Klaim Bohong

Banyak orang mengaku sebagai pengikut al-Masih as, tapi dalam praktiknya mereka tidak demikian. Isa al-Masih as menggiring manusia kepada penghambaan kepada Allah Swt serta mengajarkan kepada mereka perlawanan terhadap para Fir’aunis. Namun, sekarang tak sedikit orang yang mengaku sebagai pengikut beliau justru berada di posisi para Fir’aunis yang diperangi oleh beliau. Kekuatan-kekuatan besar sering mengesankan diri mereka sebagai kaum yang beriman kepada ajaran al-Masih as. Namun, makna ajaran al-Masih as sebagai sebuah agama ketuhanan dan etika tidak pernah dimengerti oleh para gembong kekuatan politik yang dominan di kalangan yang selama ini gemar menebar kezaliman, arogansi, agresi dan kejahatan. Semua itu dilakukan dengan mengerahkan kehebatan ilmu pengetahuan. Ilmu pengetahuan sekarang ada di tangan pihak-pihak yang buta akan nilai-nilai kemanusiaan. Sains dan teknologi mereka gunakan untuk tujuan-tujuan yang sepenuhnya merugikan masyarakat manusia dan hanya menguntungkan para pemodal, para penimbun kekayaan, dan para imperium.

Bab Keempat: Republik Islam Iran dan Warga Minoritas Nasrani

Pengaruh Revolusi Islam di Dunia Nasrani

Revolusi kita bukan hanya mengalirkan spirit umat Islam untuk kembali kepada Islam, tetapi juga membuahkan pengaruh positif untuk kalangan Nasrani. Terimbas oleh pengaruh revolusi Islam, masyarakat berbagai negara yang sekian lama terasing dari agamanya, Nasrani, akhirnya ikut bersemangat untuk kembali kepada spiritualitas dan agama. Kondisi ini menjadi satu pendahuluan bagi kehancuran imperium Timur dan konstruksi doktrin marxisme di dunia. Ini adalah peristiwa yang amat menakjubkan dan sangat fenomenal. Kemudian, posisi Republik Islam Iran juga terangkat oleh kedahsyatan resistensinya terhadap kekuatan-kekuatan raksasa yang lahir dari rahim doktrin materialisme, yaitu doktrin yang sama sekali tidak apresiatif terhadap etika, spiritualitas, dan agama.

Kerukunan Hidup di Iran

Pemerintahan Republik Islam Iran ada di sebuah negara yang memang terhiasi oleh kerukunan hidup antara umat beragama. Umat Yahudi, Nasrani, Zoroaster, dan Islam bisa hidup berdampingan di bawah pemerintahan Islam. Mereka kooperatif dan ikut berkiprah dalam pemerintahan. Karena itu, tentu ada kewajiban-kewajiban yang harus dipenuhi oleh pemerintahan Islam terhadap mereka. Pemerintahan Islam tidak pernah mengeluhkan perilaku warga minoritasnya. Bahkan, ketika musuh-musuh Republik Islam mencoba mengusik Iran dengan isu penindasan warga Yahudi, ternyata warga Yahudi sendiri angkat bicara membela pemerintahan Islam Iran. Ketika hal serupa terjadi berkenaan dengan warga Nasrani, pembelaan terhadap Republik Islam juga dilakukan warga Kristen Armenian dan beberapa sekte Nasrani lainnya. Semua ini jelas merupakan kebanggaan bagi Republik Islam.

Warga Minoritas Nasrani Iran

Berikut ini adalah Pesan Ayatollah Ali Khamenei Dalam Pertemuan Dengan Uskup Agung Kristen Armenian dan Para Wakil Rakyat Armenian di Majelis Shura Islam;

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Kami merasa bahagia atas kesejahteraan, ketentraman, dan kebahagiaan saudara-saudara kami setanah air dari kalangan Nasrani, begitu pula atas adanya sebagian dari mereka yang ikut mengabdi kepada negara. Ini sesuai dengan apa yang kita kehendaki. Kita sama-sama menghendaki warga penganut agama minoritas di negeri kita ini, baik Nasrani, Yahudi, maupun Zoroaster, ikut menikmati keamanan, ketenteraman, dan semua haknya sebagai warga negara. Dan –alhamdulillah- harapan ini terpenuhi.

Kami juga perlu menyampaikan apresiasi kami atas simpati dan duka cita saudara-saudara yang mulia atas bencana gempa bumi Bam, walaupun simpati Anda ini memang sudah sewajarnya. Di era Perang Pertahanan Suci selama delapan tahun pun warga Kristen Armenian Iran juga ikut berkiprah besar di bidang logistik dan teknis, sebab warga Armenian di Tehran maupun di tempat-tempat lain banyak yang mahir di bidang teknik. Bahkan sejak sebelum kemenangan revolusi Islam, saya sendiri tahu persis kemahiran warga Armenian di bidang teknik semisal teknik otomobil. Saat kita dilanda perang, mereka datang kepada kami dan menyatakan siap memainkan peranan.

Sekitar tahun 1359 – 1360 (1980-1981) mereka bergegas ke Ahvaz dan mendirikan kamp-kamp di sana. Saya sempat meninjau kamp-kamp mereka. Di kesempatan lain ketika saya berada di Tehran saya didatangi sekitar 100 orang warga Armenian yang menyatakan keinginannya untuk ikut berperang. Mereka minta dikirim ke medan laga. Saya lantas menginstruksikan supaya mereka diberangkatkan dengan pesawat terbang. Karena itu, bukanlah sesuatu yang mengejutkan ketika Anda turut berbelasungkawa atas tragedi Bam.

Saya tentu menjalin hubungan silaturahim sebaik dan sedekat mungkin dengan keluarga-keluarga Armenian dan Ashuri di Tehran yang telah ikut mempersembahkan anggota keluarganya sebagai martir di medan pertempuran. Saya memahami kebaikan hati dan jiwa mereka. Semoga Allah memberi kita kemampuan bergerak di jalan yang benar. Semoga Allah senantiasa mencurahkan kasih sayang dan petunjuk-Nya kepada kita semua. Salam sejahtera saya untuk segenap warga Armenian atas tibanya tahun baru dan hari raya kelahiran Al-Masih as.

Kecintaan dan Kedekatan

Saya bersimpati dan merasa dekat dengan warga Armenian Iran. Kami bersimpati kepada umat Nasrani. Sepanjang era revolusi dan perang, mereka telah banyak membantu kami. Anda tentu mendengar kiprah mereka, tapi saya mengetahuinya dari dekat. Di berbagai medan pertempuran saya sering berjumpa dengan prajurit Armenian Iran yang ikut berjuang membantu kami di tengah kecamuk serangan bom dan peluru musuh. Tentunya yang saya maksud adalah mereka yang datang ke medan perang secara sukarela bukan karena kewajiban militer.

Kami memperlakukan warga penganut agama minoritas di Iran seperti saudara-saudara kami yang lain. Karena itu kami juga bersilaturahim ke rumah-rumah mereka tanpa terbersit pikiran bahwa mereka berbeda agama dengan kami atau bahwa mereka tidak menerima ajaran Islam. Saya sendiri biasanya setiap tahun selalu bertamu ke rumah-rumah keluarga para martir kita dari kalangan Nasrani, baik dari aliran Ashuri maupun aliran Armenian. Saya duduk beramah tamah dengan putera-puteri dan isteri para martir dan menikmati jamuan mereka.

Thursday, August 4, 2011

BERTASBIHLAH KEPADA ALLAH

Surah Al-A'laa

Hayatilah kemerduan alunan bacaan yang dari lantunan suara Sheikh Mahmud Shahat di malam Ramadhan yang mulia ini. Sambil merenungi makna yang di seru oleh Tuhan Yang Maha Tinggi dari segala sifat kekurangan.

Selamat menghayatinya dengan penuh ketundukan


سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى

[1] Bertasbihlah mensucikan nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi (dari segala sifat-sifat kekurangan), -

الَّذِي خَلَقَ فَسَوَّى

[2] Yang telah menciptakan (sekalian makhlukNya) serta menyempurnakan kejadiannya dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya;

وَالَّذِي قَدَّرَ فَهَدَى

[3] Dan Yang telah mengatur (keadaan makhluk-makhlukNya) serta memberikan hidayah petunjuk (ke jalan keselamatannya dan kesempurnaannya);

وَالَّذِي أَخْرَجَ الْمَرْعَى

[4] Dan Yang telah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan untuk binatang-binatang ternak,

فَجَعَلَهُ غُثَاء أَحْوَى

[5] Kemudian Ia menjadikan (tumbuh-tumbuhan yang menghijau) itu kering - (berubah warnanya) kehitam-hitaman.

سَنُقْرِؤُكَ فَلَا تَنسَى

[6] Kami sentiasa menjadikan engkau (wahai Muhammad) dapat membaca (Al-Quran yang diturunkan kepadamu - dengan perantaraan Jibril), sehingga engkau (menghafaznya dan) tidak lupa,

إِلَّا مَا شَاء اللَّهُ إِنَّهُ يَعْلَمُ الْجَهْرَ وَمَا يَخْفَى

[7] Kecuali apa yang dikehendaki Allah engkau lupakan; sesungguhnya Ia mengetahui (segala keadaan yang patut berlaku), dan yang tersembunyi.

وَنُيَسِّرُكَ لِلْيُسْرَى

[8] Dan Kami tetap memberi kemudahan kepadamu untuk (melaksanakan segala perkara) Ugama yang mudah diterima oleh akal yang sihat.

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَى

[9] Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

سَيَذَّكَّرُ مَن يَخْشَى

[10] Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;

وَيَتَجَنَّبُهَا الْأَشْقَى

[11] Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,

الَّذِي يَصْلَى النَّارَ الْكُبْرَى

[12] Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),

ثُمَّ لَا يَمُوتُ فِيهَا وَلَا يَحْيَى

[13] Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.

قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّى

[14] Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh),

وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّى

[15] Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk).

بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا

[16] (Tetapi kebanyakkan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;

وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

[17] Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.

إِنَّ هَذَا لَفِي الصُّحُفِ الْأُولَى

[18] Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -

صُحُفِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَى
[19] Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa.