Tuesday, March 30, 2010

GEJALA BUANG BAYI : PAS BUAT APA???


Nampaknya semua media arus perdana memfokuskan isu pembuangan bayi di negara ini. Seperti biasa pemimpin negara mengecam perbuatan tersebut dengan ucapan yang menggambarkan kekesalan terhadap gejala tersebut, ada yang sebak menangis mengenangkan peristiwa tersebut. Saya mendapat respon banyak dalam Facebook saya, apa pula yang PAS buat untuk mengatasi masalah ini. Apakah PAS hanya pandai menyalahkan pihak kerajaan sahaja dalam isu ini. Inilah nasib malang PAS kerana apa yang PAS buat tidak diketahui oleh masyarakat. Media perdana tidak menyebelahi PAS, sehingga masyarakat tidak mengetahui apa yang PAS buat. Mereka menganggap bahawa PAS hanya sebuah parti politik untuk mendapat kuasa sahaja. Seolah-olah PAS tidak memperdulikan persoalan, moral dan akhlak remaja.

Saya ingin tegaskan sebagai sebuah parti Islam dasarnya ialah Islam dalam perkara 3 “Dasar Pas ialah Islam”. Maka jelaslah bahawa Islam yang hendak ditegakkan berbeza dengan apa yang hendak dipejuangkan oleh Umno/BN di negara ini. PAS bukan sahaja sebagai parti politik tetapi ia adalah Gerakan pelitik dan gerakan Dakwah. Walaupun aktiviti Pas nampak lebih menonjol dalam politik, sebenarnya PAS juga sebagai gerakan dakwah. Justeru itu walaupun tarikh pilihanraya masih jauh, sebagai gerakan dakwah terus berjalan sebaik sahaja pintu pagar tempat mengundi ditutup. Dalam erti kata yang lain PAS akan bergerak sebagai sebuah parti Islam bagi menyebarkan risalah Allah di muka bumi ini.

PAS menggunakan pendekatan dalam membendung gejala buang bayi ini dengan kaedah mencegah dan menguatkuasakan undang-undang. Ada tohmahan PAS hanya hendak pakai undang-undang tanpa mendidik. Maka di bawah ini adalah jawapannya.

Antara program yang dilakukan untuk membendung gejala yang tidak bermoral supaya tidak berlaku pembuangan bayi ialah;

-Kuliah-kuliah yang mengisi kefahaman Islam dan penghayatan melalui ustaz dan tenaga pengajar PAS di masjid dan di surau. Pendidikan supaya mereka berakhlak dengan akhlak Islam. Kerana penghayatan agama adalah benteng yang paling kukuh dalam memerangi gejala ini.

-Pemuda Pas melalui program “Duta Penyelamat” yang turun berjumpa secara langsung dengan golongan muda mudi. Berjumpa dengan mereka yang duduk berduan yang boleh menjurus kepada perzinaan dengan penuh kasih sayang, menasihati mereka supaya mereka tidak melakukan perbuatan yang menghampiri zina.

-Pemuda dan Nisa’ turun ke padang bertemu dengan remaja yang datang ke tempat bandar besar pada hari keramaian seperti awal tahun baru dan sambutan kemerdekaan. Remaja dibekalkan dengan risalah kesedaran untuk mereka menjadi manusia yang jauh daripada perbuatan zina. Kerana malam itu ialah malam pesta anak muda yang menggerunkan kita sebagai orang yang beriman dan bimbnag tentang masa depan mereka.

-Di Kedah ada satu NGO yang dikendalikan oleh ahli PAS membuat kerja lapangan yang begitu menakjubkan iaitu LANDAS yang berpusat di Sungai Petani. Kumpulan ini telah bertindak membimbing mereka yang terjebak dengan kehancuran hidup seperti dadah, arak, pelacur. Mereka turun dengan bersemuka dan cuba membimbing mereka untuk kembali ke pangkal jalan.

-Di Selangor, kerajaan Pakatan Rakyat telah mengamanahkan kepada Exco Pas Dr Halimah untuk mengendalikan Program Pembangunan Modal Insan dengan kewujudan SPIES (Spirtual, Physical,Intellectual, Emotional, Social). Semua acuan yang dibuat melalui program belia remaja adalah menjuruskan kepada pembinaan jati diri remaja di negara ini.

-Di Kelantan adanya Unit Belia, untuk mengendalikan program belia seperti bina insan, sukan rekreasi, kursus motivasi

-Program hidup sihat diperkanalkan supaya hidup remaja terisi dengan memperkenalkan program sukan melaui Lajnah Sukan Dan Rekreasi Pemuda. Ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dalam Islam juga ada sukan dan PAS bukan anti sukan.

-Kempen jauhi arak telah dibuat, kerana arak adalah ibhu segala maksiat yang boleh menjuruskan kepada perzinaan.

-Untuk mengelak supaya faktor rangsangan seks dapat diatasi, maka pihak Dewan Pemuda PAS pernah berjumpa dengan Kementerian Dalam Negeri dengan membawa contoh majalah lucah yang bercambah di pasaran untuk dijadikan bukti supaya pihak KDN bertindak, malangnya dijawab kalau rakyat kita kuat iman maka tidak menjadi masalah. Pas bimbang majalah seperti ini yang merangsang nafsu seks kepada pembaca. Kalau yang boleh pihak kerajaan kawal pun mereka tidak buat apa-apa, apa tah lagi hendak diharap untuk kawal alam siber.

- Kempen supaya mengalakkan budaya hedonism di lancarkan supaya rakyat terutama remaja dapat mengelak untuk mendekati dengan budaya yang tidak sihat.

-PAS telah melatih anak-anak kecil lagi melalui pendidikan pra sekolah, sejak umur 4 tahun melalui Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI). Anak-anak kecil diajar supaya memakai pakaian menutup aurat, cintakan akhlak Nabi, doa dan hafalan ayat-ayat lazim. PAS menganggap mereka ialah generasi yang akan mewarnai zaman akan datang.

-Kelantan memperkenalkan kaunter berasingan di pasaraya. Semua ini sebagai langkah menutup pintu perzianaan.

-Kelantan mengadakan setiap tahun sepanjang bulan Rejab kempen bulan solat. Kerana solat adalah kunci untuk tidak mekakukan kemungkaran. Walaupun usaha ini dipandang remeh tetapi mempunyai impak yang besar.

-Beberapa program smart Muslim dan Smart Solat diadakan untuk melahir generasi yang bertaqwa kepada Allah dan mempunyai jati diri yang kental.

-Setiap kali cuti persekolahan panjang, PAS telah mengadakan Kem Pembinaan Iman selama 2 hari semalam. Program yang terbuka kepada semua remaja yang berumur 12 tahun sampai 20 tahun.Pengisian ceramah, bengkel, motivasi pelajar cemeralang, qiamullai, tilawah al-Quran.

-Program Unit Amal dan Nisa’ sebagai satu program alternatif kepada remaja untuk program luaran yang bersifat rekreasi dan bersantai. Sudah tentu ia satu kelainan dengan Rakan Muda dan PLKN.

-Setiap PAS negeri ada program yang tersendiri untuk memastikan remaja belia terbimbing. Contohnya di Kedah ada Kem Bina Shakhsiah. Program yang boleh dijadikan satu alternatif yang menjuruskan kepada pembinaan iman dan taqwa serta kekuatan fizikal.

-Usrah remaja diwujudkan disetiap cawangan PAS, untuk memberi kefahaman Islam kepada remaja. Pengisian ibadat, akhlak dan adab pergaulan ditekan kepada mereka.

Mungkin orang mempertikaikan kenapa gejala tidak bermoral juga berlaku di Kelantan dan negeri yang PAS kuasai. Jawapannya kerana kuasa negeri amat terbatas, banyak peraturan dikuasai oleh kerajaan pusat. Banyak kuasa seperti polis, kastam, imigresen, Badan Pencegah Rasuah di bawah kuasa pusat. Rangkaian TV dibawah kerajaan Umno/BN, sistem pendidikan kebangsaan di bawah Umno, akta cetak yang membenarkan majalah hiburan di bawah Umno. Secara keseluruhannya ini adalah kegagalan Umno dalam menangani isu ini. Malahan Umno menjadikan ini sebagai senjata untuk terus melekakan rakyat supaya rakyat tidak mempedulikan penyelewingan dan kegagalan mereka menguruskan negara. Mereka tahu apabila belia dilekakan, maka mudahlah mereka mendapat sokongan dan undi dalam pilihanraya.

Sekurang-kurangnya PAS dengan berbagai kekangan telah berusaha membendung supaya menutup pintu perzinaan yang berakhir dengan pembuangan bayi. Mungkin banyak lagi kekurangan dalam program yang perlu diperbaiki. Walau bagaimanapun usaha PAS adalah lebih baik daripada apa yang kerajaan umno/bn lakukan sehingga keadaan semakin parah.

Ust. Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

AKU SETUJU DENGAN BAKAQ HAQ ....

Aku Sokong Bakaq Haq (Penarik Beca) dalam perkara yang dibangkitkan oleh beliau.

Sila klik sini untuk baca.

Islam datang untuk menghapuskan feudalisma dan perhambaan sesama manusia.

Terima kasih.

RM52 BILION SAHAM BUMIPUTERA HILANG : UMNO/BN PENGKHIANAT?


Parti Islam Semalaysia (PAS) kesal di atas pengkhianatan kerajaan Umno/BN yang dengan kehilangan RM52 bilion saham bumiputera. Siasatan menyeluruh mesti dibuat ke mana lesapnya nilai saham yang begitu banyak yang diperuntukan kepada Bumiputera. Siapakah dalang yang mengkhianat hak Bumiputera perlu disisasat. Menteri yang bertanggungjawab mesti disiasat dan meletak jawatan.

PAS yakin dengan peruntukan wang sebanyak itu, pemilikan ekuiti bumiputera akan mencapai melebih daripada 30%. Tetapi akibat pengkhianatan amanah dan kejahilan pemimpin Umno/BN maka ekuiti bumiputera hanya mendapat 19.4% sahaja.

Mereka juga menjadikan modal supaya rakyat yang miskin akan menjadi abdi moden dan takut untuk menyokong PAS dan Pakatan Rakyat. Kerajaan Umno/BN memahami bahawa rakyat yang ,miskin adalah stok penimbal setiap kali pilihanraya. Memang kajian menunjukan rakyat yang miskin dan kurang pengetahuan begitu kuat bergantung dengan kerajaan melalui projek mee segera yang diberikan setiap kali pilihanraya

PAS menyedari bahawa kemiskinan yang dirancang supaya ia menjadikan modal dan halwa manisan untuk orang-orang Melayu/Bumiputera akan terus menyokong Umno/BN dalam setiap kali pilihanraya. Kerajaan Umno/BN memahami bahawa rakyat miskin adalah stok penimbal setiap kali pilihanraya. Memang kajian, menunjukkan rakyat yang miskin dan kurang pengetahuan begitu kuat bergantung dengan kerajaan terutama janji yang ditaburkan setiap kali pilihanraya.

Umno/BN akan mencanang bahawa Melayu mundur kerana ia adalah akibat ancaman daripada orang bukan Melayu. Mereka mendakwa kalau orang Melayu mahu selamat maka teruslah bersama dengan Umno/BN kerana Umno sahaja parti yang menjaga ketuanan Melayu di negara ini. Sebenarnya atas nama ketuanan Melayu menjadi tiket kepada mereka untuk menggadai hak orang Melayu di negara ini.

PAS berpendapat buatlah apa dasar sekalipun jika tidak membuang sifat pembaziran, rasuah dan ketirisan dan salah urus, maka dasar Model Ekonomi Baru (MEB) juga akan mengulangi kegagalan DEB sebelumnya, kerana pelakon yang sama membawa watak yang sama.

Ust Idris Hj Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

Tuesday, March 23, 2010

Politik Saidina Ali

Saidina Ali (karamalLah wajhah) dalam wasiatnya kepada Kumail bin Ziyad berkata, "Wahai Kumail! Demi Allah, aku bukanlah orang yang ingin merebut hati supaya dipatuhi, bukan pula menabur janji agar tidak ditentang, bukan pula menginginkan makanan sederhana orang badwi supaya memperoleh kekuasaan atas kaum mukminin"

Dalam wasiat ini, beliau menjelaskan beberapa tindakan yang dilakukan oleh orang pada umumnya di dunia untuk meraih kekuasaan dan mengokohkannya. Beliau menolak cara-cara itu dengan tegas.

Sikap mengambil hati bukan hanya dilakukan oleh orang-orang kecil di hadapan para pembesar atau orang kaya. Malah sering berlaku seorang penguasa berusaha meraih hati rakyatnya dan orang-orang di sekitarnya agar dipatuhi.

Beliau berkata, "Aku tidak memberikan harapan kepada rakyat, atau menabur janji agar mereka mematuhiku. Tidak pula aku memakan makanan sederhana orang-orang pedesaan (badwi) agar aku dipercaya untuk memimpin kaum mukminin."

Perlu diperhatikan bahwa kata-kata ini diucapkan oleh Saidina Ali r.a yang menu makanannya setiap hari sangat sederhana. Beliau yang memilih gaya hidup yang sulit bagi dirinya. Namun di saat yang sama, ia berkata, "Aku tidak mengejar kekuasaan dengan cara mengada-ngada dan pura-pura."

Masalah ini sangat penting artinya bagi kita. Kita harus mengambil pelajaran darinya, bagaimana tujuan dan niat kita ikhlas dan hanya untuk Allah, dan setiap yang kita lakukan semata-mata untuk menjalankan syariat Allah.

Itulah politik Islam yang suci.

Tolong baca berita ini PAS mahu Rukun Negara dipinda Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang


Friday, March 19, 2010

MELIHAT KE DALAM DIRI SETELAH 2 TAHUN: MOHAMAD SABU

Wartawan Kanan Harakah, WAN NORDIN WAN YAACOB bersama AJK PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu di Mahkamah Tinggi Jalan Duta pada 15 Mac membincangkan prestasi pemerintahan dua tahun kerajaan Pakatan Rakyat dan peluang dalam pilihan raya umum akan datang.

Harakah : Apa pandangan saudara berhubung prestasi kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat setelah dua tahun memerintah?

Mat Sabu : Dari segi umumnya lebih baik daripada kerajaan-kerajaan BN, terutama sekali perubahan yang dibuat di Selangor Pulau Pinang, untuk wujudkan kerajaan yang berintergriti, wakil rakyat yang berintergriti nampak kedua-dua negeri ini melakukan perubahan yang begitu menakjubkan, adapun negeri-negeri lain perubahan berlaku tetapi perkara fundamental tidak diusik, misalnya peranan RTM, BTN. Kedah dan Kelantan tidak usik fundamental itu, sedangkan inilah punca kekuatan kepada Umno/BN, penyalahgunaan dua agensi yang gunakan wang rakyat. Keberanian Pulau Pinang dan Selangor saya amat kagum dengan perubahan dua negeri ini. Saya harap negeri lain membuat perubahan terutama dari sudut struktur, penyalahgunaan kuasa yang dilalui atau digunakan Umno/BN selama ini. Perubahan-perubahan itu perlu untuk kita kemukakan satu pemerintahan yang baru, kalau kita tidak melakukan perubahan ini bermakna kita hanya mengambil alih pemerintahan daripada Umno/BN, sedangkan segala bentuk strukturnya sama.

Harakah :Apakah elemen-elemen yang baik yang ada pada pemerintahan negeri-negeri terbabit, mungkin ada contoh dari saudara?

Mat Sabu : Setakat ini Perak tidak dapat kita nilai sebab hanya 10 bulan walaupun ada perubahan yang mereka buat. Pulau Pinang dari sudut menyekat pembaziran, exco dan Ketua Menteri digalakkan berbelanja secara sederhana menggunakan wang kerajaan walaupun mereka berhak menggunakan wang kerajaan atas kerja rasmi, tetapi diminta gunakan secara minimum, dan ternyata mereka boleh selamatkan wang rakyat lebih 36 juta. Begitu juga segala bentuk perbelanjaan wakil rakyat Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa Selcat untuk memberi penerangan walaubagaimana pun perubahan-perubahan itu kita alu-alukan, tetapi kita belum lagi rasa berpuashati, kita tak mahu kita hanya mengambil alih sahaja pemerintahan BN, iaitu jika dahulu Menteri Besar A dengan Exconya, dan kini Menteri besar B dengan Exconya, tetapi perkara fundamental yang sebabkan penyelewengan tidak berubah. Ini kita harapkan perubahan. Di samping Kedah menunjukkan prestasi baik dalam memungut hasil balak, tetapi perkara pentadbiran perlu kita berani buat perubahan. Letakkan perubahan ke arah melahirkan kerajaan yang benar-benar berintegriti. Soal kalah menang dalam pilihan raya umum akan datang itu perkara yang kedua, tidak guna jika kita terus menang pilihan raya tetapi kita mengambilalih perangai dan struktur BN yang akhirnya menjurus kepada negara kepada kekurangan kewangan hasil penyelewengan yang diwarisi bertahun-tahun.

Harakah : Adakah berlaku perubahan dalam sikap dan imej pimpinan, atau kerajaan negeri?

Mat Sabu : Pemerintahan Perikatan pada peringkat awalpun penyalahgunaan kuasa dalam pembinaan kekayaan orang politik tidak ketara hanya selepas Mahathir memerintah dan kemudian Tun Abdullah Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak baru kita nampak pemimpin politik kaya mendadak. Kita tidak mahu benda seperti itu berlaku dalam pemerintahan kita, walaupun bibit-bibit awal itu mula berlaku, kita perlu menentangnya. Macam kita kata di Kelantan, secara peribadi Tok Guru (Menteri Besar, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat) hidup dalam keadaan yang cukup sederhana , tidak menggunakan wang rakyat. Namun kita mengharapkan beliau mendoktrinkan amalan itu kepada bawahan sebab jika tidak diturunkan jadi satu pentadbiran, bila dia (Tok Guru) pergi nanti samada beliau berhenti atau meninggal dunia, maka cara pentadbirannya akan kembali kepada asal yang dibuat oleh BN, ini kita tidak mahu kerana kita mahu perubahan secara struktur, individu itu perlu tetapi struktur itu lebih penting daripada perubahan dalam hanya bentuk individu. Kita lihat jika berlaku perubahan individu akhirnya struktur yang serupa akan makan balik apa yang berlaku di Kelantan kebelakangan ini ada dengar suara-suara yang walaupun tidak dibuktikan, tetapi kita dengarlah ada suara-suara orang tertentu dapat konsesi balak secara berulang dan kaya mendadak berlaku beberapa orang dan perkara itu akan berulang.Perginya orang-orang yang berintegriti seperti Tok Guru Nik Aziz, kita bimbang ulangan pentadbiran ala Umno/BN itu kembali. Ini yang kita mahukan perubahan itu dari sudut menyeluruh dan berintergriti kerajaan itu disamping perubahan individu. Memang perubahan itu bermula dengan individu, tetapi ia mesti dimulakan turun ke bawah untuk wujudkan pentadbiran yang penuh intergriti.


Harakah : Rakyat sebelum PR memerintah mereka mahukan kerajaan intergriti adakah
pada Saudara sudah menepati atau sebagainya?

Mat Sabu : Belum menepati, tetapi peringkat awal tadi saya kata persembahan baik. Sebab macam kita kata bahawa kerajaan Umar Abdul Aziz cuba nak memperbetulkan pengagihan kekayaan negara tetapi beliau hanya memerintah dua tahun empat bulan tetapi sistem yang beliau tinggalkan itu menjadi rujukan dan kajian seluruh universiti hingga kini. Pada saya jika kita buat perubahan belum tentu kita menang dalam PRU13. Kita kena asingkan antara mengwujudkan kerajaan yang menang dalam pilihan raya umum atau mengwujudkan sebuah kerajaan yang berintergriti. Kadang kala kita takut nak buat perubahan hingga kita takut nak buat apa-apa, ini
nanti kita bimbang konsep amar maaruf nahi mungkar itu tak berjalan, kita tengok amar maaruf itu berjalan tetapi nahi mungkar itu kita tidak berani.Nahi mungkar itu dalam bentuk rasuah, nepotisme, memberi kontrak kepada orang yang sama berulang-ulang, atau dalam nahi mungkar dalam bentuk arak judi dan kelab malam dan sebagainya. Akhirnya kita tidak berani buat apa-apa dalam nahi mungkar sebab kita takut hilang kuasa, bila takut hilang kuasa maka kita kekalkan sistem yang ada maka ia berulang apa yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN walaupun kerajaannya bertukar yang ini tidak capai matlamatlah. Bagi saya kita baru dua tahun dan kita boleh baiki keadaannya, saya nampak fundamental kerajaan lama hanya digoyang oleh Pulau Pinang dan Selangor sahaja, tetapi kalau tanya pilihan raya akan datang mereka menang atau tidak itu 'wallahuaklam' tetapi mereka telah ubah, wujudkan Selcat, CAT, tender terbuka di Pulau Pinang, jika kita menguasai kerajaan pusat dan membuat tender terbuka seperti ini mungkin kita akan lihat suatu hari nanti Ketua Umno Bahagian terpaksa jual mee goreng untuk cari makan dan bukan boleh lagi harapkan kit beg money ataupun syarikat dua ringgit untuk projek kerajaan, dan sebagainya. Maka kita akan lahirkan usahawa tulen pada masa akan datang yang menyebabkan rakyat dan masyarakat, negara lebih mewah.

Harakah : Kerajaan negeri yang disebutkan cukup teruk diserang Umno mutakhir ini,
apakah sebabnya?

Mat Sabu : Ya...Umno rasa terancam terutamanya di Pulau Pinang, jika mereka nak cari makan dengan cara amalan dahulu dah tidak boleh kerana mereka mesti ada syarikat, kena masuk tender dan tidak boleh lagi menelefon orang tertentu untuk masuk projek, mungkinlah ada satu dua yang bocor tetapi secara umumnya payahlah. Mereka dapat bayangkan kalaulah kerajaan pusat begini pemerintahannya akan datang jadi orang-orang politik ini yang nak cari makan kerana kedudukan dalam politik habis, sekarang ini kita dengar cerita-cerita dalam politik wang sudah menjadi perkara umum, dalam Umno jika nak menang dalam Ketua Bahagian, mereka perlu habiskan dua tiga juta ringgit, kerana mereka tahu selepas jadi ketua bahagian mereka boleh dapat lebih dari itu dalam masa dua tiga tahun, jadi menjadi pemimpin politik adalah pelaburan, jadi benda itulah yang kita di Pakatan Rakyat kena hentikan, orang yang nak kaya dia mesti kerja ikut profesionalisme mereka bukan melalui kedudukan politik. Ini yang saya kagum dengan apa yang dibuat di Selangor dan Pulau Pinang, banyak kelemahan tetapi mereka telah memulakan satu era baharu.Tidak dilakukan di negeri-negeri bawah PAS.

Harakah : Adakah perlu pembaharuan di negeri yang diperintah PAS?

Mat Sabu : Ya mesti membuat perubahan dan pembaharuan berani buat walaupun kita akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

Harakah : Pernahkah dicadangkan di negeri-negeri PAS supaya wujudkan jawatankuasa
pemantau untuk memantau perjalanan pentadbiran, hal ehwal wakil rakyat dan intergriti mereka termasuk di Kelantan?

Mat Sabu : Ada tetapi tidak berapa berjalanpun, kita tengok di Kelantan kita nampak
tuduhan dan dapat dilihat satu tuduhan itu dan dapat dilihat, orang yang terlibat dalam balak orang itu memang akan kaya mendadak, kaya mendadak berlaku perubahan yang mendadak, kaya bertambah kaya pada orang yang sama. Ini siaran ulangan apa yang dibuat oleh BN, dengan intergriti Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besarnya itu kita tak nafikan. Kita jangan lupa rakyat mengundi dan mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan itu kerana intergriti Menteri Besarnya, tetapi persoalannya jika menteri besarnya itu 'pergi' sistemnya tidak berubah kita bimbang apa yang akan berlaku pada masa akan datang oleh itu kita mahu perubahan berlaku pada sistem dan struktur pentadbiran itu sendiri. Sebab kita lihat negara kita yang kaya ini misalnya sekarang ini tahun lalu sahaja di kerajaan pusat, perbelanjaan yang bocor 28 billion, kalau kita ambil alih kerajaan pusat mungkin jumlah bocor itu sama jika sistemnya tidak berubah. Tetapi jika dibuat seperti Selcar dan CAT ini jika tidak dapat 'zerokan' tetapi dapat dikurangkan begitu banyak. Akhirnya wang dapat dikembalikan kepada khazanah negara dan rakyat akan dapat sedikit kelegaan kebajikan pada masa akan datang. Di sini PAS kena berani buat perubahan itu, jika tidak kita buat perubahan di peringkat awal tambah pula dua tiga penggal berakar umbi kita hanya akan ulang sistem BN, cuma dulu kroni BN sekarang kroni kita. Ini yang saya cuba menulis hal ini kebelakangan ini. Saya telah 30 tahun lebih lihat perubahan pemerintahan di luar negara saya lihat perubahan yang dibuat bersungguh-sungguh di Singapura, China, Jepun dan negeri yang kalah perang dengan British dan miskin muncul sebagai antara gergasi ekonomi dunia kini, mereka ini memerangi rasuah, walaupun masih ada sedikit tetapi ketara perubahan itu berlaku. Jadi bagi saya berita-berita yang mutakhir ini yang kita dengar berlaku di Kelantan itu tidak menyenangkan kita walaupun kita sebut soal sejengkal dilaporkan sebagai satu hasta, tetapi satu jengkalpun berlaku, itu yang kita tidak mahu kerana sejengkal boleh jadi satu hasta. Begitu juga kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dalam interbiu Selcat mereka, ada Adun yang berbelanja makan durian hingga berbelas ribu tetapi dengan kaedah itu mereka telah diinterbiu dan mereka kena jawab dan jelaskan kepada jawatankuasa kenapa berbelanja begitu, ertinya ada akautabiliti peruntukan itu lebih telus pada masa akan datang, ini yang kita harapkan berlaku.Jika kita tidak berani buat perubahan fundamental ini pada awalnya bolehlah kita tunjukkan kita dapat naikkan pendapatan sana-sini, tetapi dalam masa yang sama saya melihat kroni baharu sudah muncul, jika kroni baru muncul masuk dua penggal kita akan jadi macam Umno. Kita kena ingat Perikatan sendiri memerintah awal dulu baik, menteri-menterinya hanya ada harta mengikut gaji mereka, cuma kebelakangan ini dari zaman Tun Mahathir jadi begitu, tetapi di peringkat kita jika dari awal lagi kita tunjukkan yang tidak baik, belakang lagi kita bimbang lebih buruk kita dilihat rasuah dan seleweng nepotisme atas nama Islam, berbanding atas nama sekular.Inilah yang saya bimbang.

Harakah : Ada pandangan yang menyatakan PAS seolah-olah gadai prinsip dengan sikap
demikian?

Mat Sabu : Tidak menggadai..saya tengok dalam PAS sendiri dari segi menentang rasuah dan penyelewengan, dari sudut ceramah dan penerangannya memang berlainan dari parti lain.Dan dalam sudut buat masa singkat ini dalam memerangi rasuah, saya nampak boleh kepada DAP dengan kehidupan wakil rakyatnya yang hanya bergantung kepada elaun-elaun wakil rakyat yang tidak seberapa, mereka lebih zuhud jauh dari wakil rakyat kita, sedangkan kita daripada parti Islam mesti atasi DAP melainkankan ada mereka yang orang meniaga dan dah kaya kemudian masuk politik, ini cerita lainlah.Kita nampak intergriti hidup bertawadhuk dan bergantung kehidupan hanya dengan elaun bukan meniaga, kita nampak hanya wakil rakyat DAP lebih bertahan berbanding kita.

Harakah : Dengan prestasi yang ada, adakah kerajaan Pakatan Rakyat ini akan bertahan?

Mat Sabu : Dalam pilihan raya akan datang ini kita nampak peluang Pakatan Rakyat cerah sebab orang dah meluat dengan Umno, dan orang Umno pun dah meluat dengan Umno, bukan kerana persembahan kita terlalu baik tetapi kerana Umno terlalu lama, dan birokrasi mereka terdedah sekarang. Misalnya bila Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (MB Selangor) melarang pegawai kerajaan negeri mengikuti program BTN dan kemudiannya sepatutnya diikuti dengan Pulau Pinang, diikuti Kedah dan Kelantan sebab itulah senjata yang digunakan oleh Umbo/BN kenapa kita tidak berani. Ada yang kata kita takut hilang kerajaan, biarlah kerana selama ini kita sudah biasa jadi pembangkang, tetapi kita kena tunjukkan berani buat perubahan.

Harakah : Sikap Umno/BN gunakan polis dan pihak berkuasa lain beri tekanan kepada
Pakatan Rakyat. apa komen Saudara?

Mat Sabu : Itu tidak perkara baru sebab gunakan polis ini lama dah kerana ia digiatkan oleh pemerintahan Mahathir sampailah sekarang. Jadi tidak ada perubahan ke arah kebaikan bahkan bertambah buruk adalah.Kita ada media bloggers yang perlu diselaraskan, ini boleh memberi maklumat lain kepada rakyat. Maklumlah kita ini duduk dalam dunia ketiga yang mana kerajaan masih mengamalkan pemerintahan 'JAKUN' ini bukan pengertian Jakun di Sarawak tetapi yang bermaksud 'peelaq'(bahasa Kedah). Kita jangka dekat pilihan raya nanti mereka (umno) akan lebih agresif, tetapi saya nak kata bahawa rakyat juga akan lebih agresif. Kita nampak yang paling lemah komponen BN iaitu MIC, Gerakan dan MCA juga Pemuda Umno yang sudah mati kutu, dan hilang taring jika banding dengan tahun 70-an, mereka ada dalam keadaan lemah, mereka ada wang tetapi tidak ada kadir-kadir yang berani, bahkan di tempat-tempat awam pun orang Melayu kini agak susah nak mengaku mereka sokong Umno.

Sumber dari sini

Friday, March 12, 2010

Terima Kasih TGNA dan Rakyat Kelantan

Tepat jam 3.45 petang hujan turun mencurah-curah di Alor Setar, Kedah. Sebelum ini suhu setiap hari kadang-kadang meningkat sehingga 36 darjah celcius - panas membahang dimana-mana seluruh Kedah, kecuali di dalam bilik hawa dingin.

Walaupun terlewat hampir 8 jam, tetapi AlhamdulilLah setelah Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat melakukan solat istisqa' di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV pada jam 8.30 pagi 12 Mac 2010, hari Jumaat, hari ini.

Di Kelantan di beritakan hujan mula turun ketika bacaan Al-Fatihah dikumandangkan oleh Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz pada rakaat pertama solat tersebut.

Saya mewakili warga Kedah mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah swt. yang telah menurunkan hujan.

Terima kasih diucapkan kepada 2,000 orang yang telah berpuasa pada hari Khamis dan bersedekah sehari sebelum program solat Istisqa' diadakan seperti di arahkan oleh TG Nik Aziz dan tidak di lupakan khusus kepada Tuan Guru Hj Nik Abd Aziz Nik Mat yang telah mengimami solat.

Persitiwa ini insyaAllah akan menambahkan keimanan kita kepada Allah swt mengenai perkara ghaib.



Alif Lam Mim,

Inilah kitab yang tidak ada keraguan padanya.

Menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.

Iaitu mereka yang beriman dengan perkara ghaib, mengerja solat dan mereka yang menafkahkan harta.

Thursday, March 11, 2010

Mengapa Perlu Politik???

Pemuda dan Pemudiku.

Kembali kepada punca adalah perlu apabila, keadaan berkecamuk dan bercelaru dalam memahami sesuatu, kerana kehidupan perlu diteruskan dengan terus berada dilandasan yang benar walau penuh dengan dugaan.

Aku perturunkan ringkasan ucapan Ali Khamenei mengenai politik, semoga ianya menjadi renungan kita bersama walaupun mungkin berbeza aliran fahaman.

Jelinglah sebelah mata.....

Segala hal yang dilakukan oleh manusia sebahagiannya berkaitan dengan masalah individu yang hanya mencakup sebagian kecil dari aktiviti -seperti mencari nafkah, kegiatan spiritual, hubungan perasaan, dan hubungan sesama individu dengan berbagai hal, namun bahagian yang lebih besar dari aktiviti manusia adalah kegiatan di tengah masyarakat yang dilakukan secara bersama-sama atau yang disebut dengan politik; politik ekonomi, politik sosial, politik ketenteraan, politik budaya, politik tempatan dan politik internasional.

Itu semua merupakan bahagian utama dari kegiatan manusia dalam kehidupannya. Mengapa utama? Karena politik tersebut pada hakikatnya mengarahkan manusia kepada tujuan dan arah tertentu. Kebanyakan kegiatan manusia adalah aktiviti makro (besar) yang secara menyeluruh mengarahkan aktiviti individu hingga yang terkecil sekalipun. Agama berkaitan dengan keduanya, dalam tindakan individu maupun di kancah politik yang ruangnya sangat luas dalam kehidupan manusia.

Langkah pertama Rasulullah SAW setelah hijrah, adalah pembentukan pemerintahan dan pusat kegiatan politik masyarakat, atau banyak bukti lainnya yang menunjukkan perkaitan antara agama dan politik. Ya, Islam yang murni menilai politik sebagai bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari agama dan menyeru seluruh umat Islam untuk memahami dan mengamalkan politik.

Tidak hanya agama Islam, bahkan dalam semua agama Allah SWT tercakup masalah politik, keilmuan, kehidupan, dan masalah-masalah sosial. Agama adalah pengatur kehidupan manusia di semua sisi termasuk politik.

Fenomena imperialisme yang menjerumuskan puluhan negara dan jutaan umat manusia ke dalam kepedihan yang paling menyayat, merupakan salah satu akibat dari pemisahan ilmu pengetahuan dan politik dari spiritual, serta pemisahan antara pemerintahan dan moral di Eropa. Muncul Perang Dunia I dan II, merebaknya komunisme, runtuhnya hubungan kekeluargaan, membanjirnya kerosakan moral, dan tiupan badai kapitalisme radikal, merupakan imbas dari pemisahan tersebut.

Ketika kita mengatakan bahwa politik kami sama dengan agama kami dan agama kami sama dengan politik kami -yang diungkapkan oleh Almarhum Ayatollah Mudarres dan ditekankan kembali oleh Imam Khomeini-memiliki makna yang jelas.

Dipandang dari sisi lain maka artinya adalah bahwa politik kita harus religius. Tidak semua politik baik. Sebagian orang memandang politik sebagai sebuah aktiviti politik murni yang tidak ada kecenderungan kepada agama. Tujuannya adalah agar politik tersebut terlaksana. Ini tidak benar, politik harus religius.

Segala hal yang diharamkan dalam syariat juga harus diperhatikan dan diberlakukan dalam politik. Meski demikian terdapat dua bahaya yang selalu mengancam politik: pertama, jika sampai politik terpisah dari moral dan menjauh dari spiritual dan maknawiyah, yaitu ketika setan telah menguasai politik, ketika hawa nafsu telah menyembelih politik, ketika kepentingan pihak arogan di masyarakat menguasai politik serta menyeretnya ke sana ke mari. Jika bencana ini telah menjangkiti politik, maka seluruh sisi sosial masyarakat akan mengalami kerusakan. Bahaya politik lainnya adalah ketika kendali politik dipegang oleh orang-orang berpikiran dangkal, keanak-anakan, dan lemah, dan ketika keluar dari tangan orang-orang yang mampu dan jatuh ke tangan orang-orang yang tidak layak.

Bacaan seterusnya, sila klik disini

Monday, March 8, 2010

JOM PI EKSPO PEMUDA PAS KEDAH


Ustaz Mat Ya, Ketua Pemuda Parti Islam SeMalaysia (PAS) Peringkat Negeri Kedah hantar SMS minta tolong promote Ekspo Dua Tahun Pemerintahan Islam Kedah . Sama-samalah kita pilih mana tarikh yang sesuai untuk meraikannya:-




Untuk ikuti keterangan lebih jelas sila layari: http://ekspo2tpr.blogspot.com/

PERUTUSAN MURSYIDUL AM PAS SEMPENA DUA TAHUN PAKATAN RAKYAT

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya,

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk ”Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,

Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).
[al-Hujuraat, 49: 13]

Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat,
Mursyidul Am PAS,
merangkap Menteri Besar Kelantan.
22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.

Sunday, March 7, 2010

TG NIK AZIZ: KOMEN HARUSSANI

Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.

Go to fullsize image Go to fullsize image

Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.

Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,

“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.

“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.

“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”

Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.

Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?

Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!

Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Pejabat Menteri Besar Kelantan.

21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010

Tuesday, March 2, 2010

Sehari Empat Ringgit Tiga Kupang....


Setahun ada 365 hari. Sehingga sekarang sudah 25 tahun. Jika Sehari RM4.30 di bayar (lebih murah dari harga minimum sekotak rokok 20 batang - RM6.20). Jika ini dibuat secara istiqamah benda tu dah jadi hak milik pun!!!.


365 hari, kali dengan 25 tahun sama jugak dengan 9,125 hari. Harga yang kena bayar ialah RM39,600 termasuk faedah.

Tak percaya??? Cuba tekan mesin kira (calculator). RM39,600 bahagi dengan 9,125 hari sama jugak dengan RM4.33726027397 (Empat Ringgit Tiga Kupang jika digenapkan).

Itulah harga Perumahan Awam Mergong Taman Wira, Alor Setar yang telah menjadi riuh rendah oleh Pemuda UMNO Bahagian Alor Setar dalam demontrasi yang di Ketuai oleh Anak Syed Yunan iaitu Syed Hafiz sebagai Timbalan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Padang Blok A, Taman Wira Mergong (Tempat Agih Kanji). Bashah tak nampak pun.... pi mana, sepatutnya dialah yang kena jadi juara takkan nak bagi kat Mahadir Khalid kut.

Perumahan Awam Mergong, Taman Wira mula diduduki pada tahun 1985 iaitu 25 tahun yang lalu. Sepatutnya hari ini semua peduduk di Taman Wira tu dah dapat hak milik mereka masing jika kutipan sewa beli dilakukan dengan sempurna oleh KCS UMNO (Bahagian Perumahan), Exco UMNO dan MB UMNO sejak sebelum Mac 2008.

Sudahlah urusan kutipan tidak diurus dengan sempurna, syarat tanah masih lagi pertanian, punya la terok UMNO memerintah Kedah selama 51 tahun. Kenyataan ini memang menyakitkan kepada pemimpin UMNO yang mendengarnya, tetapi itulah hakikatnya.

Tetapi nasi masih belum menjadi bubur, insyaAllah seluruh penduduk Taman Wira yang ada tunggakan hutang yang sedikit panas kerana di layoq oleh pemimpin UMNO Bahagian Alor Setar akan kembali tenang.

Yang penting, penjelasan yang sewajarnya perlu diberikan kepada seluruh penduduk, bahawa sesiapa yang melangsaikan tunggakkan hutang sewa beli mereka yang sudah tidak terlalu banyak itu, seterusnya melakukan proses ubah syarat tanah di pejabat tanah maka rumah dan tanah yang diduduki itu menjadi hak milik masing-masing. Maksud jadi hak milik, boleh jadi pusakalah.

Ada geran cek ooiii.......... sapa tak mau, silap-silap sesak boleh sandar bank untuk buat modal bisnes ke..... apa ke.......

Kiah kaum ibu UMNO yang masuk TV3, kata dia tak mampu bayar sampai makan nasi dengan kicap je. Malam tadi aku pi la round tengok kawasan Taman Wira tu termasuk rumah Kiah yang makan nasi dengan kicap tu. Astro ada, rumahpun dah buat tambahan, kereta pun ada............ aku rasa dia silap cakap kut, bukan makan nasi dengan kicap tetapi makan nasi dengan lauk ayam masak kicap.

Walaupun begitu............ bila ditanya kepada penduduk, "Apa pandangan jika urusan menuntut semula hutang diserah kepada bank", jawapan yang diterima ialah, "Tidak setuju.... dan meminta Kerajaan Negeri mengkaji semula dan membuat penyusunan semula kaedah pembayaran".

Aku terjumpa jugak dengan bekas JKKK yang nak isytihar masuk PAS selepas ini, dia menyebut dalam tinjauannya sekitar 60% hingga 70% penduduk tidak setuju jika diserah kepada bank dan mereka juga tidak setuju dengan cara Pemuda UMNO Bahagian membuat demontrasi kerana masalah datang daripada mereka (UMNO) sejak 25 tahun lalu, kerajaan Pakatan sekarang ini cuma sedang mencari jalan hendak memberi hak milik rumah itu kepada penduduk dan jugak hendak mendapatkan semula tunggak hutang untuk membuat rumah lain kepada mereka yang masih memerlukan rumah.

"Tolong bawa mai Mat Sabu, kita buat ceramah, insyaAllah saya akan isytihar masuk PAS dalam majlis tu bersama dengan 80 orang ahli UMNO yang saya dah kutip setakat la ni.... rasa boleh tambah lagi." sambung bekas JKKK tu penuh semangat.

Aku dok fikir, "Hebat orang tua ni, bersyarah kat aku pulak... nampak lebih cerdik dari Pemuda UMNO Bahagian, tu..... baru kata nak masuk PAS, kalau masuk lagi cerdik apa?.

Dia jugak minta, "Pasai bank-bank tu tak payah dok sebut la, dia boleh bagi kesan politik, yang penting macam mana Pejabat Perumahan tu boleh bertindak seperti bank dengan berkesan, orang tak marah punya. Sebut bank je semua penduduk jadi seram sejuk".

"Kepada tujuh orang yang tak pernah bayar duit sewa beli, sejak azali tu, kami setuju ambik tindakan kat depa" celah salah seorang yang duduk di gerai depan Insaniah.

Seorang lagi mencelah (rasa aku nama dia Zul Che Harun), "Masalahnya sekarang UMNO tinggai taik, PAS yang kena basuh.... bila PAS nak basuh Pemuda UMNO mai hasut penduduk jangan basuh".

Apapun mereka adalah rakyat terbanyak yang perlu diberi pendidikan, teguran dan kasih sayang dari sebuah pemerintahan yang berlandas Islam yang suci. Segala kekusutan yang ditinggalkan oleh pemerintahan UMNO dan BN jangan lah diulangi oleh penggubal dasar dan pelaksana tugas bahagian perumahan.

Selamat mendapat Hak Milik Rumah setelah bayaran yang sebenarnya hanya Empat Ringgit Tiga Kupang sehari, di langsaikan oleh 1,982 unit penyewa beli Perumahan Awam Mergong, Taman Wira terdiri dari blok A, B, C, D dan E.

Bayar jangan bayar!!!