Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani.
"Hai orang yang beriman, janganlah kamu ambil menjadi rakan kepercayaanmu orang-orang yang diluar kalanganmu (kerana) mereka tidak henti-hentinya (menimbulkan) kemudaratan bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sungguh telah Kami terangkan kepadamu ayat-ayat (Kami). jika kamu memahaminya."
Ali-Imran 118
Jam 10.00 malam turun dari surau selepas mesyuarat khas PAS cawangan untuk persiapan ceramah Ust Nor Azli Musa, DPP Perak dan YB Nasir Zakaria, MP Padang Terap di kampung aku(Kg Baru, Tambak Bunga), aku bergegas kerumah mak dengan motor untuk ambil isteri yang aku hantar ketika nak pergi solat Maghrib di surau.
Isteri ku terus membonceng di belakang motor, sampai dirumah dia terus cerita mengenai TV3 siarkan sedutan kertas soalan Taklimat Pengurusan dan Pentabiran Kerajaan Negeri Kedah yang diadakan pada Jumaat 14 Nov 2008. Menyebut bahawa kertas tersebut di berikan kepada mereka (TV3) oleh seorang YB.
Ngungam..... ngungam... dia dok cerita..... apa yang TV3 siar.... aku masuk dalam bilik bacaan terus cari kertas soalan yang diserahkan oleh Ust Fakhruzzaman Hj Jamil, (Ust Man) Setiausaha Penerangan PAS Kedah ketika taklimat berlangsung kerana aku ialah AJK Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah. Ada ....lega, kertas tu terhad pesan Ust Man.
Aku cuba nak buka internet untuk tengok kembali siaran TV3, tapi bila tengok jam sudah jam 11.13 malam, tak jadi nak layarinya kerana masa nak masuk bengkel kuih dah dekat.
Pergi ambil wudhuk, solat hajat 2 rakaat, terus pecut motor pergi ke bengkel kuih dekat rumah mak aku. Sambil otak dok berligar pasai apa TV3 siar soalan-soalan tu dan siapa yang bagi.
Otak tetap berligar masa adun tepung.... terus berligar lagi masa canai adunan.... terus berligar lagi masa bahagi dough.... terus berligar masa potong pastri........ sedar-sedar pukul 2.30 pagi. Kerja peringkat pertama selesai.... pembantu-pembantu pula lah yang akan sambung.
Cuci semua peralatan..... susun pastri untuk di sambung tugas oleh pembantu-pembantu. Start motor.... sampai rumah mandi, mengadap Tuhan sekejap. Buka internet cari berita TV3, tentang berita yang dicerita oleh isteri aku..... tak jumpa..... sebab tengok cara lompat-lompat.
Otak masih berfikir apa motif TV3 siarkan soalan tersebut, yang kononnya akan ada sambungan lagi esok. Program taklimat yang dibuat adalah program tertutup, hantu kejadah mana yang masuk. Program tu pula adalah program yang disusun oleh PAS Kedah dan memang minta supaya setiap kawasan memberi soalan, cadangan dan komentar terhadap pentadbiran kerajaan Negeri Kedah yang diperintah oleh Pakatan Rakyat secara bertulis agar ada pertanggung jawaban. Tanyalah apa nak tanya... cadanglah apa nak cadang.... komenlah apa nak komen... pemimpin nak tengok dan selepas itu akan ambil mana yang baik dan perjelaskan mana yang mungkin salah persepsi. Benda biasa....
Budaya ingat mengingat, tegur menegur, muhasabah adalah budaya dalam PAS yang disemai sejak dahulu lagi...... biasa sahaja. Kadang-kadang pedas... kadang manis.... kadang masin... kadang-kadang masam.
Otak aku masih berligar apa motif kononnya YB yang bagi soalan tu pada TV3? Dan apakah motif TV3 siarkan?
Apakah ianya bermotif untuk menakutkan pemimpin dan ahli PAS meneruskan budaya sihat bermuhasabah antara satu sama lain. Kerana kalau buat lagi program macam hari Jumaat itu maka akan keluar lagi dalam TV3, RTM, NTV7, TV8, ASTRO dsb yang akan menyebabkan konon PAS malu?
Aku rasa, jika orang yang memberikan kepada TV3 atau TV3 curi merasakan itu adalah salah satu strategi untuk tidak lagi membenarkan PAS menyuburkan budaya muhasabah adalah silap, kerana kami berpegang kepada fahaman 'Agama itu Nasihat'.
Kami memilih perjuangan menegakkanIslam melalui PAS ialah kerana demi menyempurnakan ketaqwaan kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, tidak lebih dan kurang dari itu.... dan kami merasakan inilah minda kelas pertama. Setiap ahli PAS akan terus peka dalam setiap denyut nadi perjuangan agar terus berada diatas landasan siratalmustaqim dan rakyat terus terbela samada ketika BN atau Pakatan Rakyat memerintah, kami tetap setia dengan Islam dan golongan tertindas.
Kami tidak akan menjadi seperti ahli UMNO, ketika kenderaan tayar kempis, masing-masing mengatakan, tak apa tayar je yang kempis. Ketika kenderaan sudah melelong kesana sini, mereka mengata tidak apa, baru melelong, ketika kenderaan menuju gaung, mereka mengatakan tak apa drebar cekap, akhirnya apa yang berlaku UMNO punah ranah terjun gaung, dan sudah tidak mampu untuk diselamatkan lagi.
Aku secara individu sebaik sahaja selesai menulis artikel ini akan mengadakan solat hajat khusus memohon agar individu-individu yang cuba melakukan ganggu gugat kepada perjuangan menegakkan Islam yang syumul dibumi Allah ini akan diberi balasan yang setimpal oleh Allah swt sejak didunia ini lagi.
Maaf aku serius...... 4.24 pagi.
Khusus untuk pemuda dan pemudi ku teruskan budaya muhasabah antara sesama kita, kerana budaya ini adalah budaya yang telah menguatkan kita dan mengukuhkan ukhwah kita. Saidina Umar r.a pernah memberi hadiah kepada sahabat yang memberi nasihat kepadanya. Tanpa kita kekalkan budaya ini tunggulah saat kehancuran seperti yang berlaku kepada umat terdahulu, dan yang paling dekat ialah UMNO.
Dan kepada rakyat Kedah ingin kami beritahu, inilah kami ahli dan pemimpin PAS tetap akan memastikan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah terus berada dilandasan yang betul untuk membela kepentingan rakyat dan tidak akan teragak-agak menegur sesiapa sahaja yang dirasa sudah sampai masanya wajar ditegur.
Kalau motif TV3 nak melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, rasanya dia silap banyak kerana dengan tersiarnya soalan dan muhasabah tersebut menunjukkan bahawa PAS lebih terkehadapan jauh dari UMNO dalam menjaga ketulusan dan ketelusan pemerintahan.
Cukup... dulu... masih belum jumpa apa motif yang sebenarnya??? Aku akan cuba tanya Sdr Zulkifli Yahaya.

2 comments:
Apabila saya sedang menonton Buletin Utama TV3 yang disiarkan pada 17/11/2008 saya agak teperanjat apabila soalan taklimat khas dasar & pentadbiran kerajaan negeri disiarkan oleh tv3.
Dalam soal ini saya tidak mahu mempersalahkan Ahli parti yang menghadir majlis tersebut, akan tetapi apa yang mencurigakan saya ialah tentang 2 orang yang telah diberikan kebebasan untuk beligar dalam dewan semasa taklimat tersebut dijalankan.
Soal pertama yang ingin saya lontarkan ialah dimanakah keselamatan kita.? Hinggakan perkara ini boleh bocor dengan begitu mudah ketangan pihak musuh yang selama ini sedang mencari kelemahan kita.
Mungkin ada hikamhnya apa yang belaku ini. Yang pertamanya ialah disini kita dapat lihat betapa lemahnya kita apabila kita berada di puncak kejayaan yang rapuh ini.
Hinggakan soal keselamatan telah dipandang ringgan oleh semua pihak.
2 orang yang dimaksudkan itu ialah pemandu rasmi dan pengawal rasmi kepada MB. Mereka ini ialah agen kepada musuh kita,sedar atau tak sedar Dato' Seri MB.
Saya rasa terkilan apabila melihat mereka berdua dapat dok bersama dengan Ahli Parti yang lain semasa taklimat tersebut dijalankan. Sedangkan pemandu EXCO yang lainnya hanya berada diluar kawasan dewan.
2 orang ini cukup kuat megampu hinggakan Dato' Seri sering memuji nya, mereka ni baik sayang kat ustaz dan sebagainya, itulah kelemahan Dato' Seri Ustaz Haji Azizan MB kita.
Dalam pendapat saya musuh telah mengetahui dimana kelemahan Dato' Seri MB kita. Jadi disini lah mereka akan menggunakan 2 orang dan beberapa orang lain yang berada di wisma untuk mengcukil dan mengambil maklumat yang berkaitan parti dan kerajaan.
Bahkan mes EXCO pun boleh bocor...?
Dimana kerahsian kita...? Takkan kita nak salahkan Ahli parti juga dalam kontek yang melibatkan isu mes EXCO yang boleh bocor...?
Berapa ramai yang menjadi spy atau agen kepada pihak musuh di wisma darul aman, apabila ditegur mereka ini,sebaliknya kita yang akan kena dengan ayatnya, hang jangan campur parti dan kerajaan.... Cuba kita lihat perlembagaan Parti dimana disebut setiap dasar kerajaan harus lah diteliti dahulu oleh Ahli badan perhubungan sebelum ianya diluluskan. Bukan nya kakitangan kerajaan atau KCS. Sebabnya jelas dalam pelembagaan telah menyebut tentang itu dimana parti itu yang memerintah kerajaan bukannya kerajaan itu memerintah parti.
APA YANG KITA KESALKAN IALAH PERUBAHAN YANG MENDADAK TERHADAP MB DAN EXCO KITA YANG LEKA DENGAN UJIAN DARI ALLAH. UJIAN YANG BERUPA KEMEWAHAN KUASA DAN DUNIA HINGGAKAN MEREKA TELAH LUPA DIMANA TUNJANG PERJUANGAN MEREKA. HINGGAKAN MEREKA SUDAH MELUPAKAN AHLI PARTI DIPERINGKAT AKAR UMBI YANG SELAMA INI BERJUANG DENGAN TENAGA HATTA DENGAN DUIT RINGGIT MEREKA SENDIRI UNTUK PERJUANG INI. SEDAR LAH WAHAI PIMPINAN YANG BERADA DI SINGGAH SANA KEJAYAAN YANG KITA KECAPI INI HANYA UJIAN DARI ALLAH DAN KEMENANGAN YANG RAPUH,DIATAS DOA PARA AMILIN YANG SAYANGKAN ISLAM.
SEKIAN WASSALAM
Dokumen hilang sebelum program itu berlangsung, dicuri dari pejabat urusetia penerangan, sampai sekarang belum dapat tangkap, walau sudah ada suspeknya... lain kali isu keselamatan dan kerahsiaan akan diutamakan..dah terhantok tentulah terngadah..
Post a Comment