Allah, Tuhan Yang Menguasai Langit dan Bumi.
Pemuda dan Pemudiku
Dahulu aku hairan.... mengapa Haman sanggup menjadi Menteri kepada Firaun yang mengaku dirinya Tuhan.
Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.
Dahulu aku hairan.... mengapa Qarun yang diberi kekayaan oleh Allah sanggup mendurhakai Tuhan sehingga akhirnya ditelan bumi diri dan hartanya.
Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.
Dahulu aku hairan.... mengapa Qabil membunuh saudaranya Habil kerana merebut seorang wanita yang disukainya walaupun ditegah Tuhan.
Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.
Dahulu aku hairan.... mengapa negara Soviet Union mempunyai seorang mufti walaupun fahaman negara tersebut adalah komunis yang tidak mempercayai adanya Tuhan.
Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.
Dahulu aku hairan.... mengapa Hamid Othman sanggup menjadi penasihat agama kepada Perdana Menteri yang digelar rakyat pada ketika itu sebagai MahaFiraun.
Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.
Dahulu aku hairan.... mengapa pemimpin UMNO mencari berbagai alasan untuk membenarkan perbuatan mereka yang jelas salah dengan menggunakan hujah Al-Quran, bahkan tidak cukup mengimport ulamak dari luar negara untuk menghalalkan perbuatan mereka.
Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.
Dahulu aku hairan.... mengapa Yusof Nor lulusan Phd Tasawuf, boleh bersama UMNO dan menjadi salah seorang pendebat olok-olok untuk mempertahankan UMNO dan juga pakar rujuk untuk mencari jalan membenarkan segala tindak tanduk pemimpin UMNO.
Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.
Dahulu aku hairan.... mengapa Firdaus bekas Imam masjid negara apa boleh masuk UMNO dan bertanding atas tiket BN dan sampai sekarang ketika UMNO barah dengan rasuah masih rela bersama UMNO.
Sekarang tidak lagi..... kerana aku memahami itulah manusia.
Oleh itu wahai pemudaku, carilah kebenaran, kenalilah kebenaran.... InsyaAllah kamu tidak akan sesat, tetapi jika kamu hanya mengenali manusia dan topeng yang dipakainya, tetapi tidak mengenali kebenaran aku bimbang kamu akan disesatkan oleh manusia dan topengnya kerana kamu dan aku juga adalah manusia.
2 comments:
Aris Awang,
Kita ini bukan generasi pertama atau kedua yang mendiami dunia ini. Telah ada beribu-ribu generasi sebelum kita.
Dari awal hingga sekarang tidak ada jauhnya perbezaan kehidupan manusia ini.
Inilah sifat-sifat manusia yang telah ditentukan oleh Allah semasa Dia menciptanya.
Jadi apalah nak dihairankan.
Alhamdulillah enta dah tak hairan lagi, yang ana hairan macamana enta tak hairan pemimpin PAS pun boleh terbalik-kuang pula lanie....jangan enta kata -baru aku sedar mereka pun manusia juga!
Post a Comment