Saturday, November 22, 2008

CERITA BABI DI KEDAH


Dengan Allah Yang Maha Pemurah dan Mengasihani

Tup-tup.... timbul cerita babi di Kedah.

Sebermula cerita, pada tahun 2007 Kedah Gemilang yang di perintah oleh BN telah meluluskan pembinaan Ladang Babi Moden yang tempatnya di Bukit Selambau. Tiba-tiba tahun 2008 Kedah Sejahtera mengambil alih pemerintahan pemerintahan oleh Pakatan Rakyat yang diterajui oleh PAS, PKR dan DAP.

Adapun pada tahun 2008, pihak Jabatan Haiwan (Verterinar) Kedah telah berjumpa dengan EXCO Pertanian Kedah Sejahtera, Ir. Hj Phahrolrazi Zawawi untuk bertanya apakah gerangan keputusan yang telah diluluskan oleh Kerajaan Kedah Gemilang dulu nak diteruskan ataupun tidak?

Sebelum EXCO Pertanian Kedah Sejahtera memberi keputusan, dia telah meminta pihak Jabatan Haiwan (Verterinar) menceritakan rasional pembukaan Ladang Babi Moden di Bukit Selambau.

Mereka menerangkan dari segala sudut teknikal, dan keperluan memastikan pencemaran najis babi di kawasan ternakan yang berselarak di Kedah dapat di hentikan dengan pembinaan Ladang Babi Moden ini.

Jadi kami nak tunggu keputusan je.... nak teruskan yang kerajaan Kedah Gemilang dulu luluskan atau pun tidak.

Exco baru kata nanti sat, ini isu sensitif saya kena tanya MB dulu...

Ringkas cerita, EXCO pi tanya MB.

MB kata, "Stop!!!, Jangan teruskan."

Tutup fail.

Tiba-tiba, seperti yang selalu Allahyarham Ustaz Fadzil Nor, dok cerita dalam ceramahnya dahulu, "Kawax ligan kawax" (terjemahan pencuri kejar pencuri)

Dato Bashah, dalam disidang Dewan pada 18 hingga 20 November 2008 yang lalu telah mengemukakan soalan dalam Sidang DUN. Lebih kurang bunyi soalannya, "Adakah kerajaan Pakatan Rakyat bercadang untuk membuka Ladang Babi Moden...."

Yang aku kata, kawax ligan kawax.... kerana dia yang rancang, dia yang lulus tiba-tiba dia yang tanya kerajaan baru ni ada rancangan nak buka Ladang Babi Moden. Sebenarnya soalan perangkap.... teruskan pun masalah..... tak teruskan pun masalah.

Maka jawaban untuk mengelak ianya dieksploits kepada orang bukan Islam, maka di sebut ianya telah diluluskan oleh kerajaan dulu, dan akan diteruskan jika tidak mendapat bantahan.

Alhamdulillah, keluar dalam TV3, lepas tu pakat demontrasi riuh rendah tak mau ladang babi moden, Melayu tak suka, India tak suka, orang Cina pun tak suka..... maka lagi mudah buat keputusan. Tak akan teruskan pembinaan Ladang Babi Moden..... tutup fail sekali lagi.

Aku sendiri dari segi membuka Ladang Babi Moden yang dapat mengelakkan pencemaran alam sekitar setakat keperluan rakyat bukan Islam di Kedah agak tiada masalah, daripada terus menbiarkan ianya dipelihara berkeliaran masuk tak kira kampung orang Siam, Cina, India dan Melayu. Kemudian yang ada kandang pula najisnya dibiar meleleh masuk dalam sungai.

Tak payah bincang panjanglah lagi, pasai hujah nak buka atau tidak Ladang Babi Moden tu, di Kedah kerana orang yang makan babi pun tak setuju bela babi,

"Beli daging lagi senang dari nak bela sendiri, di Melaka banyak" kata Ah Tong.