Wednesday, August 11, 2010

Khutbah Nabi saw Menyambut Bulan Ramadhan


“Wahai manusia! Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya hari-hari yang utama, malam-malamnya malam-malam yang paling utama, dan saat-saatnya saat-saat yang paling utama.

Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya. Di bulan ini nafas-nafasmu dihitung sebagai tasbih, tidurmu ibadah, amal-amalmu diterima dan doa-doamu dimakbul. Bermohonlah kepada Allah Tuhanmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan puasa dan membaca kitabNya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini.

Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fuqara dan masakin.Muliakan orang yang lebih tua dari kamu, sayangi yang lebih muda, sambungkanlah tali persaudaraan, jaga lidahmu, tahan pandanganmu dari apa yang tidak halal dipandang dan pendengaran dari apa yang tidak halal didengar. Kasihilah anak-anak yatim, niscaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu-waktu shalatmu karena itulah saat yang paling utama ketika Allah Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih sayang. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya, dan mengabulkan mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.

Wahai manusia! Sesungguhnya dirimu tergadai oleh perbuatanmu, bebaskan dirimu dengan istighfarmu. Punggungmu berat oleh beban-bebanmu, ringankan dengan lamanya sujudmu.

Ketahuilah! Sesungguhnya Allah swt bersumpah dengan kemuliaanNya untuk tidak menyiksa orang-orang yang shalat dan orang-orang yang sujud, dan tidak mencampakkan mereka ke dalam api neraka pada hari manusia dibangkitkan menuju Tuhan alam semesta.

Wahai manusia! Barangsiapa di antara kamu memberi buka kepada orang-orang mukmin yang berpuasa di bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang budak dan ia diampuni dosa-dosanya yang lalu.

Sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, tidak semua kami mampu berbuat demikian”. Rasulullah saw bersabda: Jagalah dirimu dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air, sesungguhnya Allah swt memberi pahala kepada orang yang beramal sekalipun sedikit, jika ia benar-benar tidak mampu melakukan lebih dari itu.”

Wahai manusia! Siapa yang memperindah akhlaknya di bulan ini ia akan berhasil melewati shirathal mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan beban pekerjaan pembantu dan pegawainya di bulan ini, Allah akan meringankan pemeriksaan-Nya di hari Kiamat. Barangsiapa menahan kejelekannya dibulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa denganNya.

Barangsiapa yang memuliakan anak yatim di bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa menyambungkan tali persaudaraan di bulan ini Allah akan menghubungkan dia dengan kasih sayang-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Barangsiapa yang memutuskan silaturrahim di bulan ini, Allah akan memutuskan ia dengan kasih sayangNya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Barangsiapa melakukan shalat sunnat di bulan ini, Allah akan mencatat baginya kebebasan dari api neraka. Barang siapa melakukan shalat fardhu, baginya ganjaran 70 kali shalat fardhu di bulan yang lain. Barangsiapa memperbanyak shalawat kepadaku di bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangan meringan. Barangsiapa membaca satu ayat al-Quran di bulan ini, ganjarannya seperti mengkhatam al-Quran pada bulan lainnya.


Wahai manusia! Sesungguhnya pintu-pintu surga dibukakan bagimu, maka mohonlah kepada Tuhanmu agar tidak pernah menutupkannya bagimu. Pintu-pintu neraka tertutup, maka mohonlah kepada Tuhanmu untuk tidak akan pernah dibukakan bagimu. Setan-setan terbelenggu, maka mintalah agar ia tak lagi pernah menguasaimu …” (Fadhail Al-Asyhur Ats-Tsalatsah, hlm 79)

Tuesday, August 10, 2010

Melayu Tinggalkan UMNO Mari Bersama PAS


Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya memahami hakikat sebenar bahawa berlakunya salah urus dan penyelewengan oleh Umno-BN sejak sekian lama terhadap kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera sebagaimana yang dimaktubkan dalam perlembagaan negara. Kegagalan Umno inilah yang menyebabkan berlakunya ketirisan dan ketidakadilan, sehingga yang menjadi mangsa adalah orang Melayu dan Bumiputera sendiri. Inilah persoalannya yang menghantui rakyat dalam negara kita selama puluhan tahun sejak negara mencapai kemerdekaan, di mana Umno telah bertindak menjadikan kedudukan istimewa orang Melayu sebagai senjata untuk mereka mempertahankan Umno dan merobek harta negara di atas nama hak keistimewaan orang Melayu dan kaum Bumiputra.

Kepada orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama Umno, sampailah masanya kini untuk mereka membuat keputusan yang sangat penting kepada masa depan generasi yang akan datang untuk bersama dengan PAS bagi melakukan perubahan yang lebih adil, sesuai dengan keadilan Islam untuk semua.


Cukuplah kecelaruan kefahaman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh Umno terhadap orang Melayu, dengan berlakunya pelbagai diskriminasi politik terhadap orang Melayu sendiri. Sebagai contohnya, kita tidak sekali-kali lupa terhadap tindakan merampas royalti minyak pada masa pemerintahan Kerajaan PAS di Terengganu, dan kini di Kelantan, di mana ianya adalah keputusan diskriminasi jahat yang dibuat dalam Perhimpunan Agung Umno di ketika itu terhadap penduduk negeri yang lebih dari 95% terdiri dari orang Melayu beragama Islam.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menegaskan bahawa kedudukan orang Melayu dan kaum Bumiputera dalam perlembagaan negara sekarang perlu dipertimbangkan dalam pelaksanaan sesuatu dasar, dengan syarat ianya tidak sekali-kali berlaku zalim kepada kaum-kaum lain yang menjadi rakyat dalam negara kita ini. Inilah juga yang dipersetujui dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat pada tahun yang lalu.

Kepada seluruh rakyat dalam negara kita ini, marilah terus bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat untuk melakukan suatu perubahan dan keluar dari politik peras ugut, untuk kita sama-sama merubah sistem kehakiman, kebebasan media, sistem pilihanraya, keselamatan negara, dan sebagainya untuk melahirkan iklim politik yang lebih adil dan aman di Malaysia.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


8 Ogos 2010

Wednesday, August 4, 2010

DR. ZUL........ AYUH HUNUSKAN SENJATA BARU KITA!!!

Entah apa, tiba-tiba teringat aku kepada Dr. Zulkifli Ahmad, Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya, Lajnah yang di ketuainya ini adalah Lajnah yang baru di tubuhkan oleh PAS.
Pelancarannya telah dilakukan semasa Muktamar yang lalu. Lihat muka beliau bukanlah muka orang seni, tetapi muka seorang pemikir dan penyelidik. Racun pun dia selidik, inikan pulak manusia.

Tetapi, bila bersama PAS letaklah dimana, insyaAllah menjadi, walaupun ada sinis dari sahabat-sahabat ketika beliau dijemput memberi ucap utama dalam program Mobilisasi Demokrasi baru-baru ini.

Ketika beliau memberikan fakta-fakta berkaitan pola pilihanraya di Malaysia yang telah dikajinya dan mengulas mengenai erti demokrasi menurut kacamata Al-Quran.

Ada suara gurauan yang mengusik, "Letak orang tak kena tempat tu.. sepatutnya bukan pegang Lajnah Seni Sheikh.....". Beliau hanya tersenyum dan meneruskan kupasannya dengan serius, yang kadang-kadang diselang seli cuitan kepada hadirin.

Harapan ku, sebagai penyelidik beliau akan dapat mengkaji kemahuan generasi baru mengenai hiburan dan menampilkan satu hiburan alternatif yang sekarang kebanyakkan kuning lagi barat kepada satu hiburan kontemporari dengan acuan Islam. Lebih-lebih lagi dalam suasana bahang Pilihanraya Umum mula terasa kepanasannya, mencungkil bakat baru dan lama sekurang-kurangnya menghasil sebuah album yang mampu memberi motivasi kepada petugas PAS khususnya dan Pakatan Rakyat Amnya untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional serta mengajak seluruh rakyat bangun menumbang rejim BN.

Jika di Lubnan, Parti Hezbollah, walaupun dalam keadaan bertempur bertarung nyawa dengan Israel, masih mampu mengadun nasyid-nasyid yang mampu menyemarak perjuangan tentera mereka menentang penindasan.

Tonton dan dengarlah salah satu nasyid Hezbollah yang mencerita kehebatan Saidina Ali, yang di gelar oleh Rasulullah s.a.w sebagai Haidar (Singa) yang mempunyai pedang bernama Zulfikar, antara yang menjadi pendorong mereka menentang kekejaman Israel dengan mengingatkan ketangkasan Saidina Ali di medan tempur.



Alangkah sedapnya jika kita ada nasyid mengenai pilihanraya, kewajipan mengundi, hak rakyat, BN rasuah dan sebagainya. Semoga nasyid versi PAS akan menjadi top dan meletup-letup ke seluruh pelusuk negara dari Perlis hingga ke Sabah yang akan menjadi alunan zikir setiap penentang kebobrokan UMNO/BN sehingga ia tersungkur dengan senjata baru PAS ini.

Dan senjata itu, sekarang berada ditangan Dr. Zulkifli Ahmad, Pengerusi Lajnah Seni dan Budaya, PAS Pusat.

Semoga berjaya dihunus oleh Dr. Zul, dalam masa terdekat. InsyaAllah.

Monday, August 2, 2010

BANG MAT! SAYA SETUJU ........

Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 31 Julai: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu berharap kerajaan pusat dan negeri-negeri mencontohi kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor melantik Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dari kalangan pembangkang.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor baru-baru ini, kerajaan Selangor mengemukakan usul melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Burong dari Barisan Nasional (BN) sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) negeri.

"Ia satu rekod dan patut dicontohi untuk membantu pentadbiran kerajaan berjalan dengan telus, lebih berakauntabiliti dan bertanggungjawab," katanya.

Mohamad melihat tindakan itu sangat penting untuk memastikan perbelanjaan wang rakyat dapat dilakukan dengan pengawasan yang lebih realistik serta disegani.

"Kalau kita melihat di peringkat pusat misalnya, perlantikan 'kawan sendiri' dari Umno dan BN sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC)hampir-hampir tidak membantu pengawasan yang disegani ke atas perbelanjaan wang rakyat.

"Rakyat semakin sakit hati melihat wang mereka dibelanjakan sesuka hati secara tidak bertanggungjawab, contohnya juak-juak parti yang memerintah keluar negeri beramai-ramai sehingga empat lima puluh orang tanpa sebab yang munasabah.

"Tindakan itu sama sekali tidak pro-rakyat," katanya.

Beliau melihat tindakan-tindakan yang hampir tidak bermanfaat untuk kepentingan rakyat itu hanya membazirkan wang mereka.

"Kalau pergi dengan duit sendiri, itu mereka punya fasal. Tetapi rombongan seperti itu diadakan dengan menggasak wang rakyat," katanya.

Mohamad juga berharap tindakan kerajaan Selangor itu dapat membantu pentadbiran yang lebih adil.

"Katakanlah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim menerima akibat dari tindakan melantik pengerusi PAC dari kalangan pembangkang itu.

"Bagi saya secara peribadi, tidak mengapa Khalid terkorban kerana mempertahankan keadilan.

"Mempertahankan keadilan adalah jauh lebih baik dari semata-mata mempertahankan pemerintahan," katanya.

Tidak ada gunanya mempertahankan pemerintahan yang tidak ada keadilan, tegas beliau lagi.

"Jika kita mengkaji sejarah, Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah dalam tempoh tak sampai tiga tahun.

"Tetapi, pencapaian dalam pemerintahannya menjadi sebutan, ikutan malah diratapi sehingga ke hari ini," kata Mohamad.


Nota: Kepada Bang Mat selamat pergi Umrah dengan Kak Norma dan sahabat-sahabat. Semua pakai duit hasil titik peluh sendiri, bukan gasak duit rakyat, InsyaAllah.


Sunday, August 1, 2010

KARPAL SEMAKIN POSITIF TERHADAP UNDANG-UNDANG YANG DULU DIANGGAPNYA ZALIM

Perkembangan baik, dihujung usia Karpal Singh, telah berubah dari menentang undang-undang yang dianggap zalim sebelum ini, kepada bersedia menerimanya, kerana tidak sanggup lagi melihat kedurjanaan manusia ke atas manusia lain yang tidak berdaya.

Berita Lanjut baca sini.

Friday, July 30, 2010

AKU MERINDUI MU RAMADHAN

Tadi 29 Julai 2010 dari Maghrib sehingga jam 11.00 malam kami dari PAS Kawasan Kuala Kedah telah menganjurkan program Istiqbal Ramadhan di Masjid Alor Ibus. Dimulai dengan solat jamaah Maghrib di Imamkan oleh Ustaz Hj Abdullah, bacaan Yassin, Tahlil, Solat Isyak berjamaah, jamuan makan, Ucapan oleh Sdr Ziadi sebagai Pengerusi Majlis, Ucapan aluan oleh Aku sebagai SU Kawasan, Tazkirah oleh Ustaz Syarkawi dari Dewan Ulamak Negeri, Ucapan Penutup oleh WR. Hj Ir. Pharolrazi Zawawi, YDP Kawasan.

Malam dan siang kami menanti mu Ramadhan dengan penuh kerinduan........ Ramadhan ya Ramadhan dengarkanlah rayuan munajat di bawah...........

Thursday, July 29, 2010

Aku Sudah Insaf........ Mari Melayu Bersatu

Aku sudah insaf..............

Melayu marilah bersatu,

Bersatu untuk apa???

Bersatu lawan UMNO.

Tok Guru Nik Aziz marilah bersatu lawan UMNO.

Tok Guru Hj Hadi marilah bersatu lawan UMNO.

Anwar Ibrahim marilah bersatu lawan UMNO.

Ezam marilah.......... eeeh Ezam bukan Ketua Pemuda PKR lagi? Ahh... demi perpaduan Melayu pedulikan, Marilah bersatu lawan UMNO.

Lokman Adam............ apa (tapak tangan letak di telinga), sudah masuk UMNO? Ahh pedulikan... demi perpaduan Melayu, marilah bersatu lawan UMNO.

Ibrahim Ali marilah bersatu bersama-sama lawan UMNO. Jangan lupa ajak PERKASA sekali lawan UMNO demi perpaduan Melayu.

Kepada semua Melayu................ marilah bersatu lawan dengan UMNO dan orang yang cuba menghidupkan UMNO.

Aku sudah insaf............. Melayu memang perlu bersatu.

Bersatu!!! Tentang UMNO!

Bersatu!!! Lawan UMNO!

Bersatu!!! Hancur UMNO!

Bersatu!!! Untuk Islam!

Bersatu!!! Dengan Al-Quran!

Bersatu!!! Di Landasan Kebenaran!

BERSATULAH MELAYU........... LAWAN UMNO!!!

MELAYU AKAN BERPADU JIKA WAKIL RAKYAT UMNO TIADA DI PARLIMEN DAN DUN.........

JIKA TAK PERCAYA PILIHANRAYA 13 KALAHKAN SELURUH CALON PARLIMEN DAN DUN YANG DIWAKILI OLEH UMNO/BN.

SILAP HARI BULAN............ NAJIB DAN MAHYUDIN PUN MOHON JADI AHLI PAS SELEPAS KEKALAHAN ITU. APATAH LAGI MUFTI YANG MUFTA.

TAK PERCAYA???

CUBA, TRY, TEST TENGOK!!!