Tuesday, October 25, 2011

Apakah Pergolakan Akan Berlaku di Musim Haji Ini?

Kematian Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan bin Abdul Aziz al-Saud, yang merupakan pewaris takhta kerajaan, menyebabkan kekosongan pengganti di Arab Saudi.

Calon utama pewaris takhta Raja Saudi ketika ini adalah Putera Nayef bin Abdul Aziz al-Saud (gambar sebelah), namun ia masih perlu mendapat kelulusan dari Dewan Kerabat DiRaja Saudi. Dewan tersebut adalah yang mengawasi masalah pewarisan dalam pemerintahan.

Pengarah Institut Hubungan Teluk, Ali al-Ahmad dalam wawancaranya dengan Press TV Ahad, (23 Oktober 2011) menyatakan, bahawa kematian Putera Sultan akan menimbulkan perebutan kuasa di Arab Saudi.

Dikatakannya, "Putera Nayef dikenali sebagai ahli politik yang kasar dan merupakan sosok yang menentang segala bentuk pembaharuan dan dia juga bertanggung jawab atas pelbagai pelanggaran hak asasi kemanusiaan di Saudi."

"Banyak warga Arab Saudi yang khuatir jika Putera Nayef menjadi Raja Arab Saudi kerana penindasan keras terhadap rakyat juga akan semakin meningkat. Namun demikian, munculnya Nayef sebagai Raja Saudi dapat membantu mempercepatkan proses perubahan di negara ini," tegas al-Ahmad.

Selanjutnya beliau menjelaskan, jika Nayef menjadi Raja, media massa Barat khususnya Amerika Syarikat akan mendakwa bahawa dia sebagai seorang reformer. Namun rakyat Saudi tidak akan dapat melupakan semua kejahatan yang dilakukan Nayef selama ini. Tidak ada elemen dan lapisan dalam masyarakat Saudi, telah tidak menjadi mangsa kejahatan Nayef.

Menurutnya, akan lebih mudah bagi masyarakat, aktivis politik dan hak asasi manusia Arab Saudi untuk melawan Nayef yang sudah tidak mungkin bersembunyi di balik imej Barat atau dengan aksi lakunan baik seperti yang dilakukan Raja Abdullah dengan kata-kata dan janji-janjinya.

Terjemahan dari sumber
Anak Kepada Putera Mahkota yang paling berpengaruh ialah Putera Bandar

Tuesday, October 18, 2011

SOALAN DEWAN WR NASIR, ADUN KBG ROTAN

Berikut adalah Soalan yang akan dikemukakan dalam sidang DUN Negeri Kedah oleh Wakil Rakyat (WR MOHD NASIR MUSTAFA, ADUN Kubang Rotan) bulan November nanti:-

Terima Kasih kepada seluruh warga Kubang Rotan dan AJK Soalan Dewan yang telah memberi input untuk soalan pada kali ini:-

A. SOALAN BERTULIS

1. PEMBANGUNAN INSAN

Sila nyatakan mengenai pembangunan Insan di Kedah sejak 3 tahun yang lalu (2008—2011) terhadap perkara di bawah-

a. Agensi pelaksana
.

b. Jenis program / kekerapan
.

c. Modul
yang digunakan.

d. Jumlah peserta
setiap program.

e. Jumlah peruntukan
yang dikeluarkan.

2. PEMBANGUNAN USAHAWAN BELIA

Sila nyatakan secara terperindi usaha-usaha ke arah pembangunan usahawan belia yang telah dilakukan sejak 2008 hingga 2011:-

a. Agensi pelaksana

b. Jumlah penerima manfaat

c. Peruntukan yang telah dibelanjakan

3. JABATAN ZAKAT

Nyatakan perkara berkaitan Zakat bagi Negeri Kedah seperti berikut:-

a. Jumlah kutipan 2009 dan 2010.

b. Kaedah agihan dan jumlah penerima mengikut asnaf dan Daerah.

c. Pusat hemodialisis zakat mengunakan asnaf mana?

d. Perancangan Jabatan Zakat Negeri Kedah untuk menangani isu kemiskinan dengan mengunakan wang zakat.

4. SYARIKAT BERKAITAN KERAJAAN

Nyatakan perkara berkaitan Syarikat Perbadanan Negeri Kedah (PKNK dan MBI) serta semua Syarikat Bekaitan Kerajaan (GLC) termasuk Agensi Korporat seperti berikut:-
a. Senaraikan keseluruhan nama syarikat aktif/ tak aktif , Lembaga
Pengarah dan CEOnya bagi tahun 2011.

b. Nyatakan ringkasan Penyata Untung Rugi setiap syarikat dan aktiviti yang telah dijalankan.

c. Berapakah jumlah sumbangan setiap syarikat yang dapat menjana keun tungan yang telah disalurkan ke dalam akaun Kerajaan Negeri tahun 2010 dan 2011?

d. Senarai masalah-masalah yang telah dikenal pasti bagi setiap syarikat.

B. SOALAN LISAN

1. MAKTAB MAHMUD

Nyatakan perkara berkaitan Maktab Mahmud seperti berikut:-
a. Berapakah jumlah Maktab Mahmud sekarang dan di daerah mana?

b. Berapakah jumlah guru dan kategori Maktab Mahmud?

c. Berapakah Peruntukan kepada Maktab Mahmud sejak 2006 - 2011?

d. Apakah perancangan fizikal, korikulum dan mutu alumninya?

2. MAJLIS BANDARAYA ALOR SETAR

Sehingga kini, setiap kali hujan yang agak lebat, banjir kilat sering melanda hingga melimpahi kawasan kampong, taman perumahan dan atas jalan di sekitar Bandar Alor Setar, mohon penjelasan berikut:-

a. Apakah punca utama berlakunya banjir kilat tersebut, terutama di kawasan sekitar perumahan baru dibina?

b. Apakah langkah penyelesaian (segera/ jangka sederhana/ jangka panjang) yang telah dan sedang dilakukan?

c. Pohon nyatakan bilakah kali terakhir perparitan di kawasan di bawah diselenggarakan:
i. Di km 8- km10 jalan Kuala Kedah
ii. Sepanjang kiri kanan Lebuhraya Sultanah Bahiyah dari lampu isyarat MADA Ampang Jajar sehingga lampu isyarat Masjid Aman
iii. Jalan Putera dan kawasan perindustrian Mergong.

c. Bilakah jangkaan tarikh akhir masalah pembayar cukai tersebut dapat diselesaikan?

Sunday, October 9, 2011

CONTOHILAH MEREKA JIKA ITU LEBIH BAIK... APA SALAHNYA

Rahbar: Puncak Kemajuan Bisa Dicapai dengan Para Elit Terpelajar Yang Cinta Negara dan BangsaSetiap Tahun seluruh pemuda yang terpilih dikumpulkan diseluruh Iran untuk mendengar nasihat khusus daripada Pemimpin Tertinggi mereka, tahun ini ianya telah berlangsung pada 5 Oktober 2011 yang lalu, kalangan pemuda ini digelar Pemuda Teladan (Pemuda Contoh). Berikut adalah intisari nasihat yang disampaikan oleh beliau:-

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran Ayatollah Sayyid Ali Khamenei dalam pertemuan dengan para pemuda teladan mengatakan, untuk mencapai puncak kemajuan, kehormatan dan kebanggaan, Iran memerlukan para pemuda dan kelompok teladan yang beriman, peduli dan mencintai negara dan masyarakatnya serta mencintai jatidiri dan masa depan mereka.

Menjelaskan sejumlah pengalaman sejarah, Ayatollah Khamenei menyatakan bahwa ‘kekuatan tanpa dilandasi keimanan dan ketaqwaan' akan menghasilkan kezaliman dan kebuasan. Beliau menambahkan, di dunia yang penuh gelombang saat ini, manusia manapun yang ingin menjaga dirinya, mencegah keganasan ketenteraan dan keamanan, membendung serangan siber, budaya dan moral yang dilancarkan oleh kubu keangkuhan dunia, pasti memerlukan kalangan pemuda yang terpelajar yang hanya mementingkan kemajuan, kemuliaan dan kebanggaan negara dan umatnya.

"Iman dan taqwa adalah faktor paling penting yang mampu menciptakan perasaan ini secara mendalam," tambah beliau.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam menegaskan bahwa dalam masalah keilmuan tak ada kata permusuhan dengan pihak asing.

"Seperti yang sudah berulang kali saya katakan bahwa untuk memperoleh ilmu kita siap berguru. Tetapi menjadi murid tidak untuk selamanya. Kita ingin rakyat Iran sampai ke posisi dimana bangsa-bangsa lain berguru kepadanya," lanjut beliau.

Menyinggung sikap merasa lekeh dan rendah diri di hadapan Barat yang menguasai jiwa para pemimpin rejim Pahlevi, Ayatollah mengatakan, "Meski memiliki masa lalu yang cemerlang dan kaya akan pemikiran dan budaya, Iran dipandang tidak berarti oleh Barat. Akan tetapi, revolusi Islam telah mengusir pemikiran reaksionis itu. Sekarang, selain berhasil mencapai kemajuan yang hebat, berkat rasa tanggung jawab, tekad, dan kemauan kuat para pemuda contoh dan masyarakat umum, negara ini insya Allah akan mencapai kemajuan-kemajuan yang lebih besar."

Di bagian lain pembicaraannya, selain menekankan soal pentingnya pelaburan sebesar mungkin untuk produksi ilmu, inovasi sains dan pemanfaatan produksi dalam negeri yang berkualiti, Ayatollah Khamenei menegaskan, kemajuan-kemajuan yang dicapai rakyat Iran dalam 33 tahun terakhir adalah berkat keimanan dan kecintaan besar para pemuda contoh kepada negeri mereka. Karena itu, meski ada tekanan dan intimidasi (gertakkan) yang menyeluruh dari pihak asing, ratusan tokoh dan ilmuan seperti Syahid Shahriari terus bekerja keras penuh pengorbanan dan menciptakan karya-karya besar di berbagai bidang.

Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam menyebut gerakan keilmuan dalam beberapa tahun terakhir ini dan wacana yang memandang produksi ilmu sebagai norma mulia sebagai buah yang dihasilkan oleh diskusi keilmuan yang sudah berjalan sejak lebih dari sepuluh tahun lalu.

Seraya mengapresiasi pertumbuhan kuantiti dan kualiti makalah ilmiah yang ada, beliau menandaskan, jangan pernah menjadikan peningkatan jumlah makalah ilmiah sebagai tujuan.

Sebab, yang harus dijadikan landasan adalah kualiti makalah, dan yang lebih penting dari itu adalah orientasi makalah ilmiah dengan tujuan untuk memenuhi kebutuhan negara.


Apakah tujuan saya meletakkan artikel ini di blog ini?

Tujuan saya bukan untuk menjadikan pemuda Islam Malaysia menjadi syiah, tetapi untuk memberitahu bahawa penekanan kepada iman dan taqwa oleh pemimpin nombor satu mereka telah menyebabkan Iran adalah antara negara yang paling pantas perkembangan sains dan teknologinya di dunia dalam berbagai bidang ilmu seperti aeroangkasa, nuklear, perubatan, bioteknologi. kimia industri dan ketenteraan. Anggaran kepantasan peningkatan 1000% dalam tempoh 10 tahun mengikut analisis yang dibuat oleh pakar dari UK. Lebih membanggakan ramai daripada 2 juta penuntut dalam bidang sains adalah wanita.

Menjadi masalah kepada kita, kadang-kadang ialah kita Ustaz tetapi tidak yakin dengan ilmu sebagai Ustaz, maka kita akan mula mengejar dunia dalam pemerintahan kita untuk menunjuk kepada mereka yang tidak Ustaz bahawa akupun hebat dalam bab-bab dunia ini... akhirnya dunia tidak kemana... dahi pula sudah lama tidak diletak dibumi ketika sujud. Maka jadilah kita semakin angkuh dan sombong bukan sahaja kepada manusia... dibimbangi kepada Tuhan pencipta kita.

Semoga semua yang diungkapkan mungkin tidak pernah berlaku dan jadikanlah sebagai peringatan kepada kita walaupun ianya tidak pernah berlaku. Aku mohon ampun kepada Mu ya... Allah, janganlah jadikan aku tergolong dari kalangan itu, kerana aku juga dipanggil Ustaz walaupun aku bukan Ustaz, tetapi dikira sebagai golongan Ustaz

Betullah seperti kata Al-Marhum Ustaz Hj Fadzil Mohd Noor. "Sentiasalah mengingatkan mati, kerana sebenarnya orang yang sentiasa mengingati mati adalah seorang yang akan sentiasa berusaha mencapai tahap hidup yang sempurna untuk dunia ini dan akhiratnya"

Tidakkah kita teringin menghantar graduan kita ke negara mereka, yang dipencilkan oleh dunia namun dengan jati diri dan keyakinan dapat bangun menguasai sains dan teknologi. Sekurang-kurang mencari apakah rahsia mereka, jika tidak mahu menjadi mereka sekalipun...

Berikut adalah petikan sumber mengenai kemajuan Sains dan Teknologi di Iran:-

1. Ranking Dunia dalam bidang Sains

2. Sains dan Teknologi di Iran

3. Kapal Selam buatan Iran

4. Military Flying Boat

5. Jurnal Saintifik Iran Peringkat Antarabangsa

6. Video mengenai Sains dan Teknologi di Iran

Thursday, September 22, 2011

Pendakwaan Ke atas Msabu Kes Sejarah: Mirip Akta Anti Holocaust di Eropah dan Israel???

Menafikan berlakunya kejadian Holocoust di Eropah adalah satu kesalahan jenayah di banyak negara Eropah seperti Austria, Belgium, Bosnia, Peranchis, German, Hungry dan termasuk di negara Haram Israel. Holocoust adalah kejadian pembunuhan beramai-ramai Yahudi dalam catatan sejarah yang di tulis oleh Yahudi Zionis untuk menghalalkannya terus menjajah, menjarah dan menindas rakyat Palestin.

Catatan sejarah tersebut ditulis dan di propoganda oleh Yahudi Zionis sehingga diterima umum oleh masyarakat Eropah, berikut adalah catatan sejarah versi Yahudi Zionis:-

"Holocoust
merujuk kepada pembunuhan beramai-ramai secara sistematik yang dilakukan oleh tentera Nazi kepada beberapa kumpulan etnik, agama, nasional dan sekular sewaktu Perang Dunia ke 2.

Ia bermula pada tahun 1941 dan diteruskan sehingga 1945. Kumpulan Yahudi merupakan sasaran utama Holocoust dan pembunuhan ini dianggap oleh puak Nazi sebagai "penyelesaian terakhir kepada permasalahan kaum Yahudi".

Dianggarkan enam juta orang Yahudi terkorban didalam pembunuhan beramai-ramai ini. Selain kaum Yahudi, kumpulan lain yang dibunuh termasuklah kumpulan yang dianggap tidak diperlukan atau "undesirables" oleh masyarakat seperti golongan Slav. Oleh sebab kekurangan rekod, agak sukar untuk menetapkan jumlah sebenar mangsa yang terkorban dalam Holocoust ini tetapi dijangkakan terdapat lebih kurang 6 juta orang yang terbunuh dalam masa yang singkat.

Kegiatan Holocoust dijalankan di semua tempat yang ditakluk oleh tentera Jerman sewaktu Perang Dunia II, biasanya di kem pelupusan. Satu kem ini yang paling terkenal merupakan Kem Auschwitz-Birkenau. Biasanya, kaum Yahudi dibawa ke sini melalui kereta api, dan dibawa ke bilik gas. Di situ, pil Zyklon B dilontarkan ke dalam bilik tersebut. Pil ini bertukar kepada gas "cyanide" yang maut. Selepas kesemua di dalam bilik gas meninggal dunia, mayat mereka dibakar.

Setelah Jerman dikalahkan oleh tentera Perikatan, ramai pemimpin Nazi Jerman didakwa di atas jenayah terhadap kaum manusia ("crimes against humanity"). Kebanyakan mereka didapati bersalah, walaupun mereka beritahu mahkamah bahawa mereka hanya mengikut arahan, dan digantung sampai mati. Namun, Adolf Hitler tidak dapat dihukum — beliau bunuh diri beberapa hari sebelum Jerman menyerah kalah."

Sekali lagi dingatkan! ini adalah catatan sejarah yang ditulis oleh Yahudi Zionis untuk menghalalkan mereka terus menjajah Palestin.

Berikut pula senarai nama mereka yang telah di hukum kerana menafikan atau mempertikai fakta Holocoust ciptaan Yahudi Zionis yang tersebut di atas:-

1. Jean-Marie Le Pen Perancis, Jerman denda
2.
27 Februari 1998: Roger Garaudy, dipenjarakan, denda 240,000
3.
21 Julai, 1998: Jürgen Graf hukuman 15 bulan penjara (melarikan diri Switzerland untuk mengelakkan hukuman)
4.
21 Julai , 1998: Gerhard Forster, 12 bulan penjara
5. 27 Mei, 1999: Jean Plantin, 6 bulan penjara, denda dan ganti rugi
6.
11 Apr 2000: Gaston-Armand Amaudruz, penjara 1 tahun
7.
20 Februari 2006: David Irving, 1 tahun penjara
8. 15 Mac 2006: Germar Rudolf Jerman 2 ½ tahun penjara
9. 3 Oktober 2006: Robert Faurisson € 7.500 denda, 3 bulan penjara
10. 15 Februari 2007: Ernst Zündel, 5 tahun penjara
11. 14 Januari 2008: Wolfgang Fröhlich, 6 ½ tahun penjara
12. 15 Januari 2008: Sylvia Stolz, 3 ½ tahun penjara
13. 11 Mac 2009: Horst Mahler, 5 tahun penjara
14. 23 Oktober 2009: Dirk Zimmerman, 9 bulan penjara
15. 27 Oktober 2009: Richard Williamson, €12.000 denda

Nuffnang Ads

Adakah kebetulan sama apabila pemerintah BN yang mendapat khidmat nasihat dari APCO syarikat Yahudi telah mengambil tindakan yang sama Terhadap Tuan Hj Mohamad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS (Gambar disebelah - ciplak idea tukartiub) dengan mendakwa beliau di bawah Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth pada 21 September 2011 ekoran ucapan mengenai Bukit Kepong dalam versi berlainan dari sejarah yang telah di tulis oleh British 60 tahun yang lalu dan dicedok bulat-bulat oleh UMNO/BN.

Beliau telah dituduh mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. Pihak pendakwa meminta wang jaminan sebanyak RM50,000.00 dikenakan ke atasnya, namun akhirnya berjaya dikurangkan jumlah kepada RM15,000.00 oleh peguam yang mewakilinya iaitu Hj Hanifa Maidin dan Amiruddin Zulkifli.

AWAS: Sejarah Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia hanya benar, tidak lain melainkan benar berdasarkan catatan British dan UMNO sahaja. Catatan atau penceritaan sejarah yang berbeza dari versi tersebut adalah menjadi satu kesalahan jenayah dan anda akan didakwa seperti mereka-mereka yang telah didakwa dan dihukum di negara Eropah kerana mempertikai sejarah Holocoust versi Yahudi Zionis yang sedang mengganyang rakyat Pelestin sekarang ini!!!

Rujukan:-

Undang-undang penafian terhadap Holocaust

Roger Garaudy

Anti-Semetik

Saturday, September 17, 2011

ADAKAH NAJIB TERPAKSA PURA-PURA TURUT PROGRAM 100 HARI PAKATAN ???

Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia berkata dia cadang memansuhkan I.S.A bukan atas desakan pembangkang....

Namun dalam Buku Jingga yang di lancarkan oleh Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada bulan Mac 2011 yang lalu di bawah tajuk PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT perkara No.2 tertera ayat yang berbunyi: "2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)."


Tak caya??? Sila baca sendiri program dalam tempoh 100 hari yang akan dilaksanakan oleh Pakatan Rakyat, jika diberi mandat untuk memerintah negara...

PROGRAM 100 HARI PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat akan melaksanakan reformasi menyeluruh dalam semua aspek pengurusan negara, ekonomi, pendidikan dan sebagainya berdasarkan prinsip yang digariskan di dalam Dasar Bersama.


Sebagai p
ermulaan kepada reformasi tersebut, dalam 100 hari kami mendapat mandat rakyat, kami akan melaksanakan program berikut:

1. Mereformasikan insititusi SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara dan PDRM untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan.

2. Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

3. Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyem- purnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.


4. Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.


5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.


6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengu- rusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan.


7. Menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.


8. Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.


9. Menaikkan royalti minyak kepada Sabah, Sarawak, Terengganu dan Kelantan kepada 20%.


10. Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah.


Persoalan timbul di otak kita sekarang, adakah Presiden UMNO hanya pura-pura menerima tuntutan Pakatan Rakyat untuk meraih kembali undi dari penyokong Pakatan Rakyat atau pun sekurang-kurang satu undi dari parti KITA...

Thursday, September 8, 2011

FILEM 10 TAHUN SEBELUM MERDEKA KARYA FAHMI REDZA

Seluruh rakyat Malaysia yang telah di gegarkan oleh Timbalan Presiden PAS, Hj Mohamad Sabu sepanjang 2 minggu ini mengenai isu siapakah sebenarnya pejuang kemerdekaan tanah air kita yang tercinta ini, untuk menambah maklumat kita, dirasakan amat baik saudara-saudari yang budiman menonton sebuah dokumentari yang di hasilkan oleh Sdr Fahmi Redza

Berikut adalah penjelasan Sdr Fahmi Redza mengenai filem 10 Tahun Sebelum Merdeka yang dihasilkan oleh beliau:-

"10 Tahun Sebelum Merdeka ialah percubaan pertama aku bikin filem, dan juga percubaan pertama aku dalam mengendalikan blog. Blog ini aku khaskan untuk maklumat² sejarah menarik yang aku temui dalam proses penyelidikan untuk filem ini. Aku masih dalam proses mencari veteran² politik lain dari zaman 1945-1957 untuk ditemubual. Jadi, kalau ibu, bapa, nenek, datuk, pakcik, makcik, saudara atau jiran kamu dulu aktif dalam PKMM, API, AWAS, PKM, UMNO, kesatuan sekerja, atau badan² politik lain, tolong email aku di fahmireza@gmail.com
"

Beliau juga menjelaskan,

"20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik negara untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.
"

Mereka yang telah menceritakan pengalaman itu ialah,

Lim Kean Chye / Malayan Democratic Union (MDU)

Yahya Nassim / Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

Hashim Said / Angkatan Pemuda Insaf (API)

Zainuddin Andika / Angkatan Pemuda Insaf (API)

Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)

Pencarian itu telah berjaya dipersembahkan kepada khalayak pada tahun 2007 yang lalu.
Selamat menonton, semoga bermanafaat.










Wednesday, September 7, 2011

JADILAH SEPERTI MEREKA DALAM KERENCAMAN BERMAZHAB

Pemuda dan pemudiku...

Sejukkan hati, dinginkan pemikiran, berbahasalah dengan lidah yang manis, menulislah dengan perkataan yang indah... InsyaAllah, Ia tidak akan mengurangkan sedikit pun kepercayaan kita terhadap apa yang kita yakini! Contohilah mereka ini dalam menghadapi kerencaman bermazhab.

 Ada dua tokoh besar, yang satu adalah faqih besar di zamannya dan marji tertinggi Syiah di masa itu, tokoh ulama yang jarang ada padanannya di era kontemporer ini, beliau adalah Ayatollah al-Udzma Boroujerdi.

Seorang lagi adalah faqih dan mufti besar Ahlussunnah, pemimpin al-Azhar yang berwawasan jauh dan dikenal berani, beliau adalah Allamah Sheikh Mahmoud Shaltut.

Kedua tokoh ini termasuk pendiri dan penganyam Darut Taqrib di Mesir, yaitu lembaga yang berusaha mendekatkan antara madzhab Islam. Usaha pendekatan adalah tanggung jawab seluruh ulama Syiah dan Sunni.

 Sejak lama antara Ayatollah al-Udzma Boroujerdi dan sejumlah ulama Sunni di Mesir ada satu pemikiran untuk menyelesaikan perselisihan yang ada.

Sunni tetap sebagai Sunni dan Syiah tetap sebagai Syiah.

Milikilah aqidah masing-masing, namun tetap bersama dan bergandengan tangan. Tekad dan semangat marji Syiah itu yang sejalan dengan keberanian dan kebebasan pandangan mufti besar Mesir ini telah menghasilkan langkah besar dan sesuai dengan keperluan zaman.

Hari ini, para tokoh, pemikir, ulama, cendekiawan, mufti dan politikus, semuanya memikul tanggung jawab besar di bahu berhubungkait masalah ini.

Sejak lebih dari setengah abad lalu, kedua ulama besar itu telah menyedari hakikat ini dengan benar dan mereka berusaha untuk mewujudkannya. Jika para tokoh keilmuan dan politik melanjutkan usaha kedua ulama tadi, tidak mustahil nescaya dunia Islam hari ini tidak akan menyaksikan tragedi perpecahan di antara kaum muslimin. Dan, mungkin juga derita Palestina dan keadaan menyedihkan dan yang sedemikian tragis tak akan terjadi di dunia Islam.

Seorang lagi yang patut kita contohi ialah Sayyid Jamaluddin Al-Afghani, beliau adalah sosok figur yang tak tertandingi sepanjang sejarah kita dalam menyeru umat Islam kepada pernyatuan. Sayyid Jamal meyakini bahwa jika ingin mengembalikan kehidupan spiritual dan politiknya, tak ada jalan lain bagi dunia Islam kecuali dengan membina penyatuan.

Hal inilah yang selalu diungkap oleh Sayyid Jamaludin dalam semua perjalanan, permbicaraan dan perundingannya. Bagi kalangan Sunni, Sayyid Jamaludin adalah figur Sunni sementara Syiah meyakininya sebagai penganut madzhab Syiah. Jadi, kedua kelompok Islam tersebut sama-sama menerima pribadi besar ini. Sayyid Jamaluddin adalah seorang sayyid bermadzhab Syiah dan asal Iran.

Beliau satu pemikiran dengan Sheikh Mohammad Abduh, ulama dan mufti Sunni madzhab Syafi’i. Pekikan kedua tokoh ini didengar oleh seluruh dunia. Sayyid Jamaludin adalah figur yang mengangkat panji menghidupkan kembali Islam. Karena itu, dalam mengibarkan panji kehidupan kembali Islam tidak ada pembahasan soal Syiah dan Sunni bagi mereka.

Oleh itu, pemuda dan pemudiku, kurangkanlah sentimen dan gelora kepanasan hati dan fikiran kamu. Tumpukanlah kepada usaha mengembalikan Islam agar berada ditempat yang sewajarnya di muka bumi Allah ini.

Di Malaysia tugas utama kita ialah, nyahkan kejahatan dan kemungkaran pemimpin UMNO/BN dan di dunia antarabangsa nyahkan kejahatan Zionis Yahudi, kuncunya seperti Amerika Syarikat dan regim penindas rakyat di negara masing-masing serta keutamaan memikirkan pembebasan qiblat pertama para muslimin iaitu Baitul Maqdis.

Selamat berjuang...

Rujukan:

Allamah Syeikh Mahmoud Syaltut

Sayid Jamaluddin Asadabadi (Al-Afghani)

Syeikh Muhammad Abduh

Ayatollah Seyyed Hossein Borujerdi