Tuesday, July 31, 2012

PERTEMPURAN DI SYRIA DAN PERKAITAN HADIS RASULULLAH SAW

Adakah pertempuran di Syria yang berlaku sejak tahun 2011 hingga sekarang ada perkaitan dengan hadis Rasulullah saw mengenai tanda awal kiamat?

Berikut maksud hadis tersebut:-

Berkata Abu Daud telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Ammar, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Hamzah, telah menceritakan kepada kami Abu Jabir, telah menceritakan kepada kami Zaid bin Arta', aku mendengar Jubair bin Nufair, dari Abu Farda', bahawasanya Rasulullah saw bersabda, "Sesungguhnya lemahnya kaum muslimin ketika berkecamuknya pertempuran berada di Al-Qatrah di dekat sebuah bandar bernama Damsyik (Damascus) yang merupakan bandar terbaik di Syam (Syria)."

Ahmad berkata, telah menceritakan kepada kami Waqi', dari Nuhas bin Fahm, telah menceritakan kepadaku Syadad bin Ammar, dari Muaz bin Jabal, dia berkata Rasulullah saw bersabda, "Enam di antara tanda kiamat, kematian ku, penaklukkan Baitul Maqdis, kematian berlaku kepada manusia bagaikan bulu kambing yang gugur, fitnah yang masuk kesetiap rumah orang Islam, seorang di beri 1,000 dinar dan masih tidak merasa puas, dan bangsa Rom (Eropah) akan berkhianat lalu mereka datang dengan 80 panji,pada setiap panji 12,000 tentera"  



Kedudukan Al-Qatrah dan kejadian pertempuran, telah diberi tahu oleh Rasulullah saw 1,4000 tahun yang lalu dan sekarang kita menyaksikannya. Al-Qatrah berada antara Damascus, Homs, Hamah dan paling hampir dengan Allepo di Syria seperti peta di atas (Tanda merah adalah Al-Qatrah)

Hadis ini di petik dari Kitab "Malapetaka Bakal Menimpa Menjelang Kiamat" iaitu kumpulan hadis-hadis Rasulullah saw mengenai kejadian akhir zaman yang karangan Abul Fidaa' bin Katsir Al-Quraisy (Ibnu Katsir - Lahir pada 702 Hijrah dan wafat tahun 774 Hijrah) terjemahan oleh Taat Amrullah dan Harun ArRasyid Hj Tuskan. - di muka surat 90-91 cetakan Darul Fajr.

Lagi hadis berkaitan pergolakan Syria (Syam), berbunyi “Kalau fitnah Palestin sudah bergelojak, maka negara Syam (Syria) akan bergelojak seperti bergelojaknya air di dalam bejana dan kemudiaannya hilang..sedangkan pada waktu itu jumlah kalian masih sedikit dan hanya dapat mengeluh, kerana banyak di antara kalian yang sudah terbunuh, baik ditangan musuh atau disebabkan oleh sesama sendiri."

Sehingga sekarang aku masih was-was apakah hadis yang diceritakan oleh Rasulullah saw itu, adalah kejadian yang sedang berlaku sekarang.

Jika ia benar seperti itu, maka akan timbul lagi persoalan apakah Nabi Isa as semakin hampir akan diturunkan dan akhir Mahdi as akan muncul?

Kepada siapakah aku perlu menadah kitab untuk mengetahui secara lebih terperinci mengenai peristiwa akhir zaman ini, disamping memastikan terelak dari lembah kefanatikan serta kesesatan ... setelah kitab Ibnu Katsir belum cukup untuk menghilangkan dahagaku mengenai perkara itu. 

Aku telah meneliti klip video ini dalam usaha mencari gali sumber agama samawi selain hadis Rasulullah saw mengenai peristiwa akhir zaman, walaupun masih tidak mempercayai keseluruhan isi kandungannya, sekurang-kurangnya dalam membuka sedikit minda ke arah menyediakan diri menghadapi peristiwa yang mungkin akan berlaku didepan mataku tanpa terlalu terperanjat, kerana rupa-rupanya ianya telah dijelaskan oleh Rasulullah saw sejak 1,400 tahun yang lalu dan begitu juga oleh kitab agama Samawi walaupun sebahagian besar telah diseleweng oleh tangan manusia.

Boleh percaya boleh tidak.... teruslah mengkaji
 
Tambahan maklumat pergolakan di Syria (update 4 Ogos 2012) 

Dengar juga ucapan Mufti Besar Syria, Dr. Ahmad Badreddin Hassoun (maklumat peribadinya klik sini) di Majlis Pengkebumian anak lelakinya yang syahid dalam keganasan di Syria untuk mengaitkankan bahawa  peristiwa telah dijelas oleh hadis Rasulullah saw di atas. Beliau seorang ulamak Mazhab Syafie yang mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang Fiqh Syafie menggantikan mufti sebelumnya iaitu Ahmed Muhammad Amin Kuftaro (maklumat peribadinya klik sini


11 comments:

Pak Mat said...

Ni banyak nak promote syiah ni... Tak payah la aris ooiiii....

Unknown said...

Apa yang syiahnya Pak Mat..Mimpi di siang hari? Jgn banyak tidur, nanti otak jadi lembab..

Unknown said...

Kalau nak menyedarkan Umat Islam Alhamdulillah, tapin kalau nak promote syiah baik tak payah lah....

Kapsul Kulit Manggis said...

terima kasih atas infonya,..salam sehat selalu

Anonymous said...

Fakta dikatakan promosi syiah manusia tak berakal dan suka menkaji bergitu le komen bersahaja

Unknown said...

insya alloh imam mahdi n isa ibnu maryam segera tiba.butinya panji panji hitam,tim suksesnya imam mahdi dah muncul yaitu isis,tapi jgn heran bnyak kalangan muslim yg mnganggap isis teroris,bahkan jgn brimajinasi kl imam mahdi dah kluar lalu umat islam brbndong bondong bmbaiatnya.disalah1 hadis di sebutkan brbaiatlah wl mrgkak diatas salju,itu gmbaran btapa susahnya brgabung dgn imam mahdi,jgnkan pergi brgabung jadi pans nya saja mgkin udah diaggap teroris,pa lg di indonesia yg sekuler

Unknown said...

hidayat jefriansah: panji hitam bukan isis aja x.. tapi klo tidak salah saya pernah dengar hadits nya bahwa tidak ada kata "isis" bakal jadi pasukannya imam mahdi. Alloh a'lamu bissawaab.

Unknown said...

Asyik2 nak salahkan Syiah .Saya nak tanya ;adakah awak 100% yakin yang pegangan awak tu yang betul ? Sebenarnya kita ini tak tahu .Main dengar cakap kedai kopi saja

Unknown said...

Asyik2 nak salahkan Syiah .Saya nak tanya ;adakah awak 100% yakin yang pegangan awak tu yang betul ? Sebenarnya kita ini tak tahu .Main dengar cakap kedai kopi saja

Anonymous said...

Yg mengaku syiah tp tidak mengkafirkan para sahabat nabi bererti org itu bukannya syiah.syiah itu mengkafirkan para sahabat.kitab syiah bukannya al quran...ini jelas syiah berbeza dgn Islam.

hammer of thor said...

Greetings admin
I like your topic, after reading your article very helpful at all and can be a source of reference
I will wait for your next article updates
Thank you, for sharing

hammer of thor
hammer of thor asli
hammer of thor italy
hammer of thor original
obat hammer of thor
jual hammer of thor
obat pembesar penis
ciri hammer of thor asli