Friday, February 26, 2010

Jangan Kamu Hampiri .... Zi...... (Rasuah)

Pemuda dan Pemudiku

Selamat menyambut bulan kelahiran Rasulullah saw.

Ada yang mengatakan pada 9, ada yang mengatakan pada 12 dan ada yang mengatakan pada 17 Rabiulawal tahun gajah.

Pemuda dan pemudiku...

Sekarang adalah zaman kita memerintah di negeri-negeri. Di Kelantan sudah 20 tahun, di Kedah sudah hampir 2 tahun, di Pulau Pinang dan Selangor juga begitu.

Apabila kita memerintah, penyakit yang paling mudah menjangkiti kita ialah RASUAH!!!

Islam begitu benci dan mengutuk golongan yang mengamalkan amalan rasuah, dalam apa jua bentuk dan keadaan. Rasulullah s.a.w bersabda yang berbunyi :

لعن الله الراشي والمرتشي

Maksudnya : Allah melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah

Oleh itu pemuda dan pemudiku, tolonglah semak butiran dibawah mana tahu kemunginan kita sudah mendekati perkara yang dilaknat oleh Allah swt itu:-

1. Meminta/Menerima Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

2. Menawar/Memberi Rasuah.
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/bersetuju menerima suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.

3. Membuat Tuntutan Palsu.
Mana-mana orang memberi kepada ejen , atau ejen memberi kepada prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.

4. Menyalahguna Jawatan/Kedudukan.
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau sekutu - nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.

5. Takrif Suapan

  • wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain;
  • apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa sifat;
  • apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;
  • apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau peratusan;
  • apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau benda berharga;
  • apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, termasuk perlindungan daripada apa-apa penalti atau ketakupayaan yang dikenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan
  • apa-apa tawaran, aku janji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang terdahulu.


Aku sedang menanti satu kupasan dari Hj Mohammad Sabu mengenai alasan memakan duit rakyat (salah guna kuasa) atas nama perjuangan dan jamaah....

Masih belum dapat secara detail, hanya satu kupasan singkat ketika beliau singgah di kedai Pak Cik Lah dua malam lepas. Cukup terkesan di sanubariku.

2 comments:

Anonymous said...

Saudara Aris, nasihat dan pandangan saudara amat berguna dan kerja yg sangat mulia.Tapi rasanya tidak cukup setakat tu saja sewajarnya saudara bertindak lebih realistik sebab saudara berjawatan dan berpengaruh (antara bekas Ketua Pemuda Negeri yg dihormati dan berjaya samada diperingkat negeri maupun pusat).

Terbaru, ada seorang sahabat pergi berurusan dengan SADA agensi kerajaan negeri yg baru dikorporatkan katanya beliau rasa kesal kerana pada pandangan beliau proses pengkorporatan telah dipengaruhi unsur ketidaktelusan yg nyata.
Tujuan sahabat tadi adalah untuk membuat kajian lapangan untuk menyiapkan tesis phd beliau di sebuah ipta di Kedah.
Sebelum ke SADA beliau ada buat sikit homework berkenaan pegawai SADA yg akan beliau temui iaitu Pegawai Perhubungan Awan dan Korporat.
Penemuan yang agak menarik ditemui kerana
1)Latarbelakang pendidikan dan pengalaman kerja tiada kena mengena bidang kerja beliau.
2) Mempunyai hubungan keluarga dengan pegawai tinggi di tingkat 3 blok A Wisma Darulaman.
3)Ahli Majlis Daerah dimana CEO SADA pernah jadi YDP.

Keraguan yg ditemui terjawab semasa sessi temubual berlaku.

Sahabat saya kesal dan hairan bagaimana sebuah agensi penting kerajaan yang bertanggungjawab menjaga kesejahteraan rakyat dan baru dikorporatkan untuk lebih efisien diera kerajaan PR boleh mengizin berlakunya sesuatu yg amat meragukan ini.

Pegawai Perhubungan amat penting bagi mana2 intitusi pun apalagi intitusi korporat yg berkaitan kerajaan.

Apatah lagi agensi itu sedang bergelut dgn bebanan kerja dan masalah dengan masyarakat awam/politik diawal pengkorporatannya.

Persepsi mampu memusnahkan ketamadunan.

Anonymous said...

ni lagi satu ...kat tingkat 3 Wisma DAman ada yang dok makan gaji buta ja ...7-8 ribu sebulan tapi pejabat pun tak pernah masuk..dok pi kalut kheja lain ....masyuk...masyuk...buat malu PAS ja..dok bawah dagu kepimpinan ulamak yang hangpa dok agung-agungkan tu...cakap tak seropa bikin...hangpa pakat jelen lidah tgk...pakat jadi bewak habih dah..

baru hangpa tau bahana kuasa...dulu hingaq sangat...hanya takut pada Allah swt saja..tak bertuhan kan manusia konon...la ni apa sudah jadi?


piiiiiiiiiirrrrrrrrrrraaaaaaaaahhhhhh...Mat Sabu buleh buat apa? Aris Awang dok bertapa tak habih lagi ka...nak jadi wali songo kut...insyallah no..!!kami tak tau...tu TG Azizan punya ijtihad....hehehe...jawab la di padang Mahsyar nanti macam tu.