Saturday, April 25, 2009

MENCARI TAHA KALU JUNIOR

Aku mencari Taha Kalu Junior...........

Ketika PAS tidak memerintah negeri-negeri............ banyak Taha Kalu Junior

Tetapi selepas memerintah beberapa negeri..... susah lagi untuk mencari Taha Kalu Junior....

Sebab apa? klik disini

Inspektor polis TAHA KALU ?
Inspektor Taha Kalu telah menanggalkan uniformnya sebagai anggota polis dan menyertai ribuan umat Islam berarak dan berdemonstrasi di mahkamah singapura pada tahun 1950 membantah pemurtadan NATRAH ! 11 orang telah syahid pada hari penuh bersejarah tersebut. Dr Burhanudin Al Helmi telah disumbat ke penjara...

WAWANCARA DENGAN TG ABD HADI AWANG


PELBAGAI isu panas berlegar dalam masyarakat dan rakyat, amat memerlukan kupasan serta penjelasan oleh kepimpinan PAS. Jika tidak dirungkai akan berlaku kekusutan serta terbelit dalam kefahaman sesama sendiri. Justeru, wartawan Harakah Terengganu, KHAIRUL AZLAM MOHAMAD mewawancara Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang di kediamannya, di Rusila, Marang baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan berkenaan isu-isu yang melingkungi dalam dan luar parti.

HARAKAH: Dalam agenda membentuk 'Kerajaan Perpaduan' atau 'Government Unity', adakah PAS masih optimis untuk berunding bersama PM Mohd Najib Tun Abdul Razak bagi merealisasikan hasrat tersebut?

USTAZ ABDUL HADI: Saya melihat masih ramai yang tidak faham tentang 'Unity Government' termasuk orang PAS sendiri dan di kalangan pimpinan pun ada yang masih belum faham lagi. Ini kerana, mungkin mereka sibuk, tidak berpeluang membaca buku-buku politik dan tidak membaca istilah-istilah politik.

Dalam politik ada kerajaan yang sepenuhnya, ada yang disebut'Unity Government', ada 'Coalition Government' dan ada 'Front National'. 'Front National' itulah dia Barisan Nasional (BN) yang ada pembangkang. Kerajaan campuran ini adalah antara satu parti yang memerintah dengan parti yang lain diajak sama dalam pemerintah dengan syarat-syarat yang dibuat.

Di mana kebiasaannya dia (parti) terikat, partinya terikat dengan syarat-syarat bersama dengan kerajaan dan tidak banyak perubahan dibuat. Dan PAS berpengalaman dalam dua kerajaan iaitu Kerajaan Campuran (Perikatan) dan Kerajaan Barisan Nasional. 'Unity Government' bukan Kerajaan Campuran dan bukan Barisan Nasional. Itu kena faham. Ini kerana ada orang PAS sendiri faham masuk Barisan Nasional dan kerajaan campuran semula. Ini menandakan tidak faham 'Unity Government'.

Boleh Dato' Seri jelaskan apa yang dimaksudkan dengan 'Unity Government' ini?

USTAZ ABDUL HADI:'Unity Government' ini adalah Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik dan tidak ada pembangkang langsung. Semua parti duduk dalam kerajaan dan semua parti ini ada identiti, ada syakhsiyyah, ada kepelbagaian dan dia (parti) berhak untuk membangkang di mana 'Unity Government' ini membolehkan orang dalam Umno sendiri bangkang kerajaan.

Ini kita (PAS) memecahkan tradisi yang dibuat oleh Umno yang ada pada hari ini. Di mana orang Umno tidak boleh bangkang parti dia dan kalau bangkang dia akan kena pecat. Ini termasuklah, kita membebaskan Umno itu sendiri. Ini kena faham dan dalam masa yang sama 'Unity Government' ini mestilah melakukan perubahan yang adil untuk semua rakyat. Ini termasuklah untuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan kehakiman, pentadbiran.

Boleh Dato' Seri kemukakan contoh-contoh apa yang dikatakan "Unity Government" yang dipakai di mana-mana?Image

USTAZ ABDUL HADI:Konsepnya mesti berubah dan bukan apa yang ada pada hari ini. Sebagai contoh, di Indonesia yang saya sebut tadi. 'Unity Government' di Indonesia berlaku pemisahan kuasa dengan 'SPR' atau Pemilu di Indonesia dengan badan politik. Pemisahan kuasa dengan badan kehakiman, sehingga badan kehakiman di Indonesia boleh menyeret Suharto ke mahkamah, boleh menyeret Perdana Menteri dan Menteri-menteri ke Mahkamah jika melakukan kesalahan. Ini kita (PAS) hendak bersihkan negara.

Di Israel sebagai contoh, Perdana Menteri Israel pun boleh dibawa ke mahkamah dan disiasat. Ini 'Unity Government' dan pilihan raya di Indonesia adalah pilihan raya yang berubah. Di mana Barisan Nasional tidak ada hak memonopoli TV termasuklah semua parti boleh menggunakan TV.

Tapi Dato' Seri, masih ramai orang yang tidak faham termasuk ahli-ahli PAS sendiri?

USTAZ ABDUL HADI:Inilah masalahnya. Ramai yang tidak faham dengan konsep ini. Rakyat ada kebebasan. Ini 'unity' biar kita kena faham. Apa yang saya rasa lucu, ada orang Umno yang membangkang dan ada orang Umno yang bersetuju. Tetapi, orang PAS juga bangkang dia (PAS) tidak tahu. Ini menandakan, dia (orang PAS) tidak tahu apa 'Unity Government'. Barangkali kalau dia tahu bentuknya saya rasa orang boleh terima. Oleh kerana, ramai orang tidak faham, maka, saya tarik balik cadangan saya itu. Saya tarik balik sehingga orang kita faham betul-betul.

Adakah cadangan Dato' Seri ini telah dibincangkan pada peringkat jawatankuasa tertinggi parti?

USTAZ ABDUL HADI:Sebenarnya, 'Unity Government' ini kita telah bincang dalam dialog politik di kalangan kepimpinan PAS Pusat. Kita telah membincangkan semua aspek. Aspek Barisan Nasional, aspek Kerajaan Campuran termasuklah 'Unity Government' dan ini juga menjadi perbincangan termasuklah aspek undi tidak percaya. Dan termasuk 'Unity Government' yang saya kemukakan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi Perdana Menteri. Ianya disokong oleh KeADILan dan DAP.

Saya telah memaklumkan kepada DAP dan DAP menyertai dalam beberapa usaha yang dilakukan tetapi oleh kerana, kita melihat orang Umno sendiri takut hendak buat 'Unity Government' dan mungkin dia (pemimpin Umno) bimbang kerana akan ada orang dia (Umno) dibicarakan di Mahkamah, maka ia terhenti.

Umno takut untuk teruskan?Image

USTAZ ABDUL HADI:Dia (Umno) tidak berani. Sebab itu "Unity Government' tidak jadi dan saya tarik balik cadangan saya. Saya yakin dan percaya pada suatu hari nanti orang akan terima cadangan saya, orang akan fikir balik. Apabila masa tenang balik dia (Umno) fikir balik. Apabila keadaan yang munasabah. Dan 'Unity Government' adalah untuk membuangkan orang yang bermasalah dalam negara. Ini bukan sahaja dalam kerajaan tetapi juga dalam pembangkang sendiri.

Apakah isu ini dijangka akan menjadi topik perbahasan hangat para perwakilan pada muktamar akan datang?

USTAZ ABDUL HADI:Ini akan menilai orang yang bercakap itu faham atau tidak dan dengan sebab itu, saya harap jika tidak faham usah bercakap nanti orang nampak kita tidak faham, kita jahil. Tetapi yang hendak bercakap (Unity Government) mesti yang faham.

Apakah implikasi terhadap kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan KeADILan di Bukit Selambau?

USTAZ ABDUL HADI:Implikasi terhadap kemenangan PAS di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sudah tentu kepada perkembangan politik tanah air. Sokongan kepada Pakatan Rakyat terutama kepada PAS sendiri.

Pertama, sudah tentulah terserlah jentera pilihan raya di semua tempat adalah jentera PAS yang memainkan peranan yang besar. Kedua, kerjasama yang erat antara PAS dengan parti-parti Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Melayu memberi implikasi Islam. Di mana, kita telah berjaya memecahkan tembok pemisahan yang memisahkan antara kita dengan orang-orang bukan Islam hasil daripada kita memperkenalkan politik Islam yang terbuka kepada semua manusia bukan sahaja kepada orang Islam termasuk juga orang bukan Islam.

Adakah ini kesan langusng dari dakwah PAS selama ini?

USTAZ ABDUL HADI:Keadilan Islam adalah mutlak dan kita telah berjaya merealisasikan konsep ini dalam pemerintahan PAS di Kelantan dan pernah di Terengganu. Dalam masa yang singkat pemerintahan PAS di Perak dan di Kedah dan kenyataan kita di negeri Pakatan Rakyat.

Hasil dari pelaksanaan yang ringkas ini telah memberi keyakinan awal kepada orang-orang bukan Islam menyebabkan mereka bekerjasama dengan jentera PAS. Bahkan, memberi undi kepada orang-orang PAS sendiri dalam pilihan raya di Bukit Gantang dan dalam masa yang sama kita berjaya memberi kefahaman kepada akar umbi PAS tentang pelaksanaan kerjasama.

Maksud Dato' Seri, hubungan kerajsama itu makin erat dan dihayati sebetulnya dalam bentuk praktikal ...

USTAZ ABDUL HADI:Ya! Jentera PAS di Bukit Selambau telah memberi kerjasama yang baik untuk memenangkan calon KeADILan. Walaupun calonya dari bukan Islam tetapi mereka adalah dalam kumpulan yang bertahaluf dengan PAS dan akan memberi kekuatan kepada kerajaan yang dipimpin PAS di Kedah.

Ini sudah tentu ia memberi implikasi yang mendalam pada perkembangan politik tanah air. Maka, berlakunya satu anjakan paradigma di kalangan pengundi-pengundi muda orang Melayu Islam yang memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat termasuk PAS. Ini ternyata, melalui saluran-saluran orang muda seperti saluran 3, 4, 5 dan 6. Saluran ini memberi kemenangan besar kepada PAS, walaupun saluran-saluran tua masih lagi menunjukkan perubahan yang sedikit walaupun banyak isu yang berlaku.

Dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang, undi kaum Cina meningkat banyak. Apakah mesejnya itu?

USTAZ ABDUL HADI:Kita melihat pengundi bukan Islam telah mengundi PAS di Bukit Gantang dan memberi undi yang besar. Sebab itu, majoriti di Bukit Gantang adalah di luar jangkaan PAS. Ia di luar kiraan yang kita buat. Ini kerana, ditambah dengan pengundi-pengundi yang bukan Islam. Saya sendiri telah memberi hujah untuk mengemukakan satu senarai calon di Bukit Gantang. Dan hujah ini dibincang bersama kalangan Jawatankuasa Politik PAS Pusat, kemudian mendapat sokongan daripada pengundi muda dan bukan Islam.

Ini perubahan yang berlaku. Sudah tentu dengan perkembangan politik tanah air khususnya di Semenanjung iaitu di kawasan-kawasan rakyat mendapat maklumat, celik politik meningkat. Walaupun media arus perdana yang dikuasai kerajaan dan disalahgunakan oleh kerajaan, cuba menutup kebenaran di pihak Pakatan.

Sebab itu, tidak pelik jika di Batang Ai kita menemui kegagalan kerana itu kawasan pendalaman yang rakyat tidak mendapat maklumat. Radio dan berita pun jarang-jarang dengar, apa lagi TV dan kertas-kertas undi dibawa dengan helikopter. PAS kurang yakin dengan ketelusan, keamanahan pilihan raya itu.

Pada pengamatan Dato' Seri, bagaimana reputasi Perdana Menteri baru yang dipimpin oleh Dato� Seri Najib?

USTAZ ABDUL HADI:Saya anggap ini kenderaan lama yang masih lagi kebocoran tayar, kelemahan enjin dan akan lebih parah. Ia berlaku, sejak pada zaman Tun Dr Mahathir dan ini bukan baru. Image

Pada zaman Tun Dr Mahathir lagi sudah berlaku kelemahan-kelemahan ini dan Tun Abdullah Ahmad Badawi memikul dengan berat penyakit-penyakit itu dan penyakit itu tidak boleh diubat. Sehingga zaman Tun Abdullah Badawi dan Najib mengambil-alih kenderaan yang sama. Cuma yang berubahnya �nakhoda�. Kapalnya �bocor� yang sama dan dibayangi gejala rasuah, dibayangi penyalahgunaan kuasa dan dibayangi oleh pelbagai jenis penyelewengan yang tidak boleh diatasi hingga ke hari ini.

Jadi, perubahan yang dijanjikan oleh Umno dengan pelantikan Dato� Seri Najib sebagai Perdana Menteri sekadar perubahan yang bersifat kosmetik. Apa komen Dato' Seri?

USTAZ ABDUL HADI:Begitulah! Kalau kita hendak kata secara jelas kerana sehingga hari ini tidak ada tanda-tanda yang menunjukkan berlaku satu perubahan yang menyeluruh. Sebab itu, kita kata tunggu. PAS akan lihat positif terhadap sebarang perubahan yang baik dan PAS akan menentang penyelewengan. Soalnya sama sahaja. Tiada perubahan bahkan lebih meningkat dari masa-masa yang lalu berdasarkan kemajuan yang dicapai.

Boleh Dato' Seri mengulas sedikit beberapa keputusan mahkamah terutama dalam kes yang berkait dengan kemelut di negeri Perak?

USTAZ ABDUL HADI:Sehingga hari ini, saya tidak yakin dengan kebebasan kehakiman berlaku dengan sepenuhnya di negara kita. Dan tidak ada pemisahan kuasa di antara �legislative� dengan pentadbiran, dengan kehakiman.

Tidak ada dalam erti kata yang sebenar dalam pentadbiran mengikut sistem British. Apatah lagi mengikut sistem Islam. Dan British pun banyak mengambil daripada Islam dan membekalkan sistem pemerintahan kepada negara barat. Di sini berlakunya pemisahan kuasa yang diajar oleh Nabi s.a.w. pada zaman pemerintahannya. Dan pemisahan kuasa di antara politik, kehakiman dan pentadbiran.

Sehingga Nabi kita Muhammad s.a.w. dalam mengendalikan kes dia (Nabi) dengan rakyat dibawa kepada hakim yang dilantik, yang dibebaskan bercampuran dengan Rasulullah s.a.w. sendiri. Tiada campurtangan Rasulullah s.a.w. sendiri dalam kehakiman.

Ini pada zaman Khilafah dan cara ini diambil oleh British dan diamalkan di negara kita. Diamalkan pada zaman Tunku Abdul Rahman, masih ada di zaman Tun Abdul Razak dan makin lemah pada zaman Tun Hussein Onn dan zaman Mahathir lagi lemah. Semua orang tahu bagaimana bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dipecat dan bagaimana hakim-hakim yang lain dipecat. Ini adalah gejala yang tidak sihat yang dimulakan pada zaman Tun Dr Mahathir dengan sebab itu, saya meragui zaman pemerintahan Najib yang dibayangi oleh Tun Dr Mahathir yang ada di dalamnya.

Muktamar PAS dijangka akan diadakan pada bulan Jun ini. Beberapa jawatan utama pastinya dipertandingkan. Wajarkah 'pertandingan' di peringkat jawatan tertinggi parti itu?

USTAZ ABDUL HADI:Ini bukan kali yang pertama berlaku sejak zaman PAS mula ditubuhkan. Zaman Dato� Asri Muda, zaman Ustaz Yusof Rawa, zaman Dato� Fadzil Noor bahkan, pada zaman saya pun berlaku dalam muktamar yang lalu. Tetapi saya yakin terdapat kematangan di kalangan ahli PAS dan saya minta kematangan ini dipelihara. Dan PAS hendaklah selamat daripada gejala-gejala politik yang tidak sihat seperti politik wang, politik ugut, politik melobi dan politik kempen yang �melampau�.

Apa yang berlaku, pertandingan atas dasar �berlumba-lumba untuk mengerjakan kebajikan� dan bukan berlumba-lumba untuk menjadi ketua dan berlumba-lumba mendapat kelebihan. Kalau berlumba untuk jadi ketua itu dilarang oleh Islam. Kalau berlumba untuk mendapat fadhilat, untuk berada di medan yang hadapan, untuk menghadapi musuh dan menjadi sasaran kepada gejala-gejala politik zalim. Itu merupakan satu petanda yang baik dan itulah yang kita harapkan berlaku dalam PAS ini.

Penilaian Dato' Seri terhadap cabaran dan harapan kepada Pakatan Rakyat yang menggabungkan kerjasama antara PAS, KeADILan dan DAP?

USTAZ ABDUL HADI:Harapan saya supaya Pakatan Rakyat diteruskan dan bagi PAS sendiri kita akan meningkatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Sebenarnya, Pakatan Rakyat ini ditaja oleh PAS sejak zaman kita (PAS) bersama dengan Parti Melayu Semangat 46. Kemudian, lebih meningkat lagi dengan Barisan Alternatif (BA) pada zaman Ustaz Fadzil Noor dan pada tahun 2004-2008 ianya menjadi lebih matang lagi.

Dan kita mengharapkan mantap lagi pada masa yang akan datang. Harapan saya 'Pakatan Pembangkang' ini tidak berpecah. Kita bersatu dalam menghadapi �Pakatan Kerajaan� dan berlakunya dua parti dalam negara itu lebih sihat dan tidak banyak memecahkan rakyat.

PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman. Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain.

<>Sejak mutakhir ini dilihat kecelaruan berlaku dalam politik Umno-BN, bukan sahaja di Terengganu, malah di seluruh negara. Apa yang Dato' Seri boleh simpulkan?

Saya tidak mahu campurtangan banyak dalam hal Umno. Pengamatan saya dari luar itu lebih bersifat perlumbaan untuk merebut kepentingan. Royalti akan dipulangkan balik kepada Terengganu. Ini sudah tentu banyak projek yang akan mencurah di Terengganu melalui royalti yang akan dipulang-balik itu. Mereka merasakan mereka tidak berpeluang lebih banyak melalui projek-projek ini, akan berrsikap haloba untuk mendapat kuasa itu. Kepada saya ini suatu gejala yang tidak baik bagi negeri Terengganu, cukup dengan berlakunya projek-projek haloba dari tahun 1978 hingga 1998.

Ketika PAS berkuasa dulu, macam mana PAS betulkan kepincangan ini?

USTAZ ABDUL HADI:Apabila PAS cuba hendak buat pembetulan, kita telah dicantas melalui politik yang kotor. Daftar pemilih yang terlalu besar jumlah sehingga tidak padan dengan penduduk di negeri Terengganu. Dan kita sabar menghadapi karenah itu. Kita tidak bertindak liar. Bahkan, saya pernah sebut di dalam Dewan Undangan Negeri (Dun), PAS pernah bersabar selama 40 tahun. Dari tahun pilihan raya 1959, kita menang dan kita jatuh. Kita tunggu hingga pilihan raya 1999 (40 tahun). Kita boleh sabar, kerajaan PAS jatuh di tengah jalan dalam tahun 60-an. Kita sabar dan kita menunggu sehingga PAS menang tahun 1999. PAS pernah diguling tahun 2004 dengan cara yang begitu rupa dan kita bersabar.

Kita balik dengan lapan kerusi semula dan kita sabar menghadapi karenah-karenah ini. Saya percaya mereka (pemimpin) yang rakus dalam Umno tidak bersabar dalam melihat perubahan ekonomi yang akan berlaku bagi kepentingan puak masing-masing tanpa mengira dunia ditenggelam oleh gejala dan krisis ekonomi yang parah. Sudah tentu Terengganu yang duduk dalam Malaysia akan menerima kesan yang sama. Sepatutnya, kita berfikir bagaimana untuk mengatasi masalah rakyat dan kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Bukan kita berebut untuk mendapat projek dan merasakan kuasa politik yang ada ini boleh menghalang di kalangan tertentu mendapat projek dan berlakulah pergolakkan itu.

Pakatan Rakyat sekali lagi bakal berdepan dengan pilihan raya kecil di Dun Penanti Pulau Pinang, ekoran pengosongan kerusi Adunnya, Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan. Apa harapan Dato' Seri?

USTAZ ABDUL HADI:PAS bersedia untuk menghadapi pilihan raya. Sebenarnya, PAS mempunyai cawangan yang banyak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti dan kawasan itu juga adalah �kubu� kuat PAS.

Insya-Allah, jentera PAS akan lebih baik daripada Bukit Gantang dan lebih baik daripada Bukit Selambau. Apatah lagi, PAS pernah menghadapi pilihan raya di Permatang Pauh. Di mana, Dun Penanti berada dalam Parlimen Permatang Pauh dan kita mengganggap ini satu latihan yang paling baik bagi PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. - azm_

SUMBER dari Harakahdaily

Thursday, April 23, 2009

MOHD SABU.... DI HATI RAKYAT.... ADAKAH DIHATI PERWAKILAN


Mohd Sabu di hati rakyat.... tidak dapat dinafikan lagi....

Turun kelaut bersama nelayan...

Turun kebendang bersama petani...

Menebar
jala dan menarik pukat bersama nelayan sungai...

Bersembang santai di warung kopi tepi jalan bersama anak muda dan orang tua....

Berceramah sejak zaman Pak Mat Jawa.......


Menjadi idola kepada Pak Din Hancur, Pak Mat Kudong, Pak Awang Peremba dan banyak lagi.....


Diminati oleh Al-marhum TG Haji Yahaya Junid, Almarhum TG Hj Mat Lala.... dan banyak lagi....

Berbincang masalah dunia bersama tokoh gerakan Islam sedunia.....

Berseminar dan dialog di
tempat ekslusif bersama tokoh-tokoh akademik....

Berjuang mempertahankan hak-hak peneroka bandar dan penduduk asal....

Antara pencetus kepimpinan Ulamak di dalam PAS, sehingga termaktub didalam Perlembagaan PAS Majlis Syuraa Ulamak....

Terlalu banyak untuk di ungkit oleh Kak Norma isteri beliau... yang selalu ditinggalkan...

Diguna ketika ingin mengutip derma untuk perjuangan....

Di penjara kerana Islam.....


Di seksa kerana Islam....

Di dakwa kerana Islam....

Di caci kerana Islam...


Cuma... belum di bunuh kerana Islam....

Ikuti tulisan mengenai beliau, klik MOHAMAD SABU

Monday, April 20, 2009

MOTIVASI RAKYAT SIRI 5 BERSAMA HJ MOHD SABU


Ikuti Motivasi Rakyat Siri 5 oleh Hj Mohd Sabu di Tongkang Yard

Mencari Kebenaran.........

Apakah kebenaran?
Mengapa perlu kebenaran?
Siapakah yang mahukan kebenaran?
Bagaimana untuk menegakkan kebenaran?
dan banyak lagi akan dikupas oleh beliau...


Friday, April 17, 2009

INGAT AKHIRAT DAN BERMUKTAMAR LAH...


Tentukan Tujuan Sebenar Mengapa Menawar Diri Menjadi Pemimpin.....

Pemuda dan Pemudi ku...

Sesungguhnya kehidupan dunia ini adalah satu kehidupan sementara yang tersangat singkat. Sedangkan kehidupan akhirat adalah kehidupan sebenar dan kekal untuk selama-lamanya.

(Mungkin bila baca intro artikel ni pun kita sudah bosan, cubalah baca…)

Dalam ayat Al Quran Allah telah menjelaskan sehari di akhirat bersamaan 1000 tahun kehidupan di dunia. Sekiranya kita ditakdirkan hidup selama 100 tahun beerti kehidupan kita hanya 100/1000 beerti 10% dari sehari diakhirat. Ia hanyalah sekitar 2 ½ jam. Namun purata kehidupan manusia hanya 60-70 tahun sahaja. Dengan kata lain tempoh kehidupan kita adalah lebih singkat dari itu.

Apakah yang kita mampu untuk lakukan dalam tempoh 2 ½ jam. Kalau kita bekerja dalam tempoh 2 ½ jam sehari kita dikira pekerja sambilan sahaja. Adakah kita boleh menyiapkan sebuah rumah atau membina satu program yang canggih atau menyiapkan satu taman yang indah dalam tempoh 2 ½ jam. Semua ini adalah mustahil bukan.

2 ½ jam selalunya adalah masa yang sesuai untuk kita menjalani ujian atau peperiksaan atau masa yang sesuai untuk menonton sebuah filem. Ia adalah satu masa yang sangat singkat , cuba kita bayangkan semula tempoh kehidupan kita selama 20 , 25, 28,40, 50 mungkin 70 tahun satu tempoh yang panjang. Masa yang berlalu bagaikan tersangat singkat. Apakah 20, 30,40 tahun akan datang lebih panjang dari masa yang telah berlalu. Ooh tidak , sesungguhnya masa untuk kita adalah terlalu pendek Cuma yang panjang hanyalah angan-angan kita sahaja.

Percayalah sesungguhnya 100 tahun yang lalu kita tidak pernah mengenali dunia ini dan insyaAllah 100 tahun akan kita tidak akan mendiami dunia ini lagi. Kemanakah kita pada masa itu. Kita akan berada di alam akhirat yang kekal untuk selama-lamanya. Kaum-kaum yang terdahulu yang mempunyai tamadun yang hebat. Membina empayar yang menjangkau jajahan yang luas. Sebahagiannya sangat digeruni. Namun di manakah mereka semua. Kita tidak pernahpun mengenali mereka. Seandainya Allah tidak menceritakan dalam Al Quran nescaya kita tidak akan mengetahui kewujudan mereka.

2 ½ jam adalah masa Allah menguji kita di dunia ini. Setelah kita memberi penyaksian di hadapan Allah setelah Allah bertanya : " Siapa kah Rab kamu " maka kita menjawap " Bahkan kaulah Rab kami ya Allah. Maka Allah swt akan menguji kita dengan kesusahan, kesenangan, pangkat, kekuasaaan, kesakitan dan sebagainya. Semata-mata untuk melihat siapakah yang benar-benar beriman dengan Allah swt.

Adakah 2 ½ jam itu satu masa yang terlalu panjang untuk menyebabkan kita merasa berputus asa dari rahmat Allah ? Adakah 2 ½ jam itu satu masa yang tersangat panjang untuk kita bersabar dari ujian Allah ? Apakah 2 ½ jam itu masa yang terlalu panjang untuk kita bersukaria dengan nikmat yang Allah kurniakan ? Adakah 2 ½ jam itu masa yang tersangat panjang untuk kita berasa sombong dengan pangkat dan kekuasaan yang Allah kurniakan ? Adakah 2 ½ jam itu masa yang terlalu panjang untuk kita mengekang hawa dan nafsu kita?

2 ½ jam adalah masa yang terlalu singkat sebenarnya samada untuk bersabar ataupun bersukaria. Oleh itu masa yang terlalu singkat ini seharunya kita gunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah dan berbakti kepada ummat manusia supaya mereka juga dapat kembali kepada Allah dalam keadaan Allah redha kepada mereka.

Percaya tak sekiranya saya katakan bahawa Allah telah menjadikan 18 000 jenis makhluk selain manusia adalah untuk berkhidmat kepada manusia. Lihat sahaja matahari memancarkan cahaya untuk kesenanngan manusia, Allah jadikan tanah untuk manusia bergerak, Allah jadikan haiwan sebagai makanan dan kenderaan, Allah jadikan pokok untuk menyedut udara kotor dan mengeluarkan oksigen kepada manusia, pokok juga sebagai hiasan dunia ini juga sebagai penampan dari hakisan, Allah jadikan lautan untuk manusia belayar dan mengambil khazanah makanan dan sebagainya. Sebenarnya segala ciptaan Allah yang saling berinteraksi ini hanyalah ditujukan khas untuk memberi kesenangan kehidupan kepada manusia.

Persoalannya , kenapa dan untuk apa manusia di ciptakan ?

Sesungguhnya Allah ciptakan Jin dan Manusia adalah semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah swt. Dengan kata lain 100% melaksanakan perintah Allah dan 100% meninggalkan larangan Allah swt.

Pemuda dan pemudi ku !

Seandainya kita katakan dunia ini sebagai ujian pastinya pemeriksaan akan dilakukan dan keputusan ujian akan diberi. Oleh itu di Padang Mahsyar Allah swt akan memainkan semula pita lakonan kehidupan kita didunia ini yang akan mengambil masa 2 ½ jam. Ia boleh diibaratkan sebagaimana kita melihat filem-filem yang kita lihat hari ini. Filem dari seorang itu lahir, dewasa, samada ia gembira atau berduka dan akhirnya mati. Kita kadangkala akan mengalirkan air mata sekiranya filem tersebut menyayat hati.

Seseorang itu akan mendapat ganjaran yang berlipat kali ganda seandainya filem yang dilakonkan mengikut skrip pengarahnya . Bagi pelakon yang ingkar dan menyeleweng dari skrip pengarahnya maka ia akan dikenakan hukuman yang setimpal.

Ulamak mengatakan kehidupan dunia seumpama satu titik dari satu garisan yang panjang yang tiada kesudahan. Yang mana garisan panjang yang tiada kesudahan itu adalah masa akhirat.

Oleh itu marilah kita memikirkan sungguh-sungguh tentang masa 2 ½ jam ini dan bagaimanakah kita perlu mengisi dan menghiasinya….

SELAMAT BERMESYUARAT AGUNG TAHUNAN DAN BERMUKTAMAR TAHUNAN

Artikel ini diadabtasi dari sini

Sunday, April 12, 2009

USAHA-USAHA YANG KURANG DI USAHAKAN LAGI...


Hidup perlu diteruskan, selagi nyawa dikandung badan


Pemuda dan Pemudi ku.

"BAHAWA dengan sesungguhnya adalah diisytiharkan, demi untuk menyempurnakan taqwa kepada Allah dan kebaktian kepada sesama manusia, yang dijadikan bagi menegakkan ALAMRU BIL MAKRUF WAN NAHYU 'ANIL MUNKAR dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara, maka inilah diisytiharkan sebuah pertubuhan yang dinamakan "PARTI ISLAM SE MALAYSIA"

Petikan di atas adalah muqadimah yang tercatat di dalam Perlembagaan PAS sejak 1951.

Dan fasal-fasal yang dipetik dibawah juga adalah petikan dari Perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS), untuk sentiasa kita baca dan teliti, mana tahu kita sudah dilihat tidak ikut asas yang telah dipacak kukuh oleh Ulamak sejak 1951, atau paling tidak takut tergelincir dari landasan yang dibina itu.

Fasal 3. Dasar PAS ialah ISLAM

Fasal 4. Seruan PAS ialah ALLAHU AKBAR

Fasal 5.

i. Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah

ii. Mempertahan kesucian Islam serta kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Fasal 6. Usaha-usaha

i. Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan.

ii. Memperjuangkan Islam sebagai aqidah dan syariah sertakan menjadikannya sebagai panduan berpolitik dan bernegara serta memperkenalkan nilai-nilai ke Islaman dalam usaha menegakkan keadilan dan kemajuan disegenap bidang termasuk pemerintahan dan pentadbiran, ekonomi dan sosial serta pelajaran dan pendidikan.

Usaha-usaha yang tercatat dalam perlembagaan PAS ada sehingga 10 perkara, jika nak tahu beli buku Perlembagaan PAS di mana-mana pejabat PAS Kawasan dan baca.

Pemuda dan Pemudiku...

Kamu orang muda, kamu boleh dan akan dididik dan ditabiyyah oleh mereka yang sudah tua dan lama berjuang di dalam PAS ini yang telah menghayati asam garam perjuangan ini. Kamu masih lagi berkesempatan untuk menimba berbagai ilmu secara teori dan praktikal dari ustaz dan ustazah atau dari abang dan kakak yang lebih tua. Oleh itu timbalah ia dimana sahaja kamu berada di atas planet bumi ini dan selepas itu bersiaplah untuk memimpin generasi seusia kamu pada masa akan datang, selagi dunia ini belum kiamat. Bukan setakat menjadi pemimpin PAS malah bersedia untuk menjadi Khalifah Dunia dengan memutar kembali haluan sejarah kepada pemerintahan mengikut acuan Junjungan Besar Muhammad saw.

Untuk kamu menjadi pemimpin PAS, maka asas utama perlembagaan Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang telah termaktub itu mestilah digarap dan hayati dengan penuh kesungguhan untuk menunaikan kehendaknya, jika tidak lemparlah sahaja perlembagaan tersebut dan kamu berjalanlah mengikut haluan kamu dan cita rasa semasa.

Pemuda dan pemudiku....

Perkara utama yang mesti diusahakan dengan bersungguh-sungguh ialah melaksanakan usaha-usaha yang termaktub didalam perlembagaan PAS. Kamu sebagai pemuda dan pemudi yang mungkin masih tiada penyakit unsur-unsur kepentingan diri dan sebagainya boleh menjadi penggerak kepada gelombang ke 3, untuk mentajdidkan kembali PAS untuk terus berada dilandasannya yang asalnya. Apakah maksud tajdid? tajdid yang aku maksudkan disini ialah memperbaharui tekad agar usaha-usaha yang terdapat di dalam perlembagaan PAS dapat diusahakan secara bersungguh, samada di negeri yang belum diperintah dan di negeri yang telah di perintah.

Cuba renung dalam-dalam dan fikir dengan penuh keimanan terhadap usaha pertama yang telah digariskan di dalam perlembagaan PAS iaitu:-

"Menyeru umat manusia kepada Syariat Allah dan Sunnah RasulNya melalui dakwah secara lisan, tulisan dan amalan."

Tanyalah diri kita sendiri secara jujur dan ikhlas kepada Allah swt.

1. Telahkah ianya kita usahakan secara bersungguh-sungguh untuk menjelaskan kepada umat manusia?

2. Telahkah ianya kita usahakan secara bersungguh-sungguh untuk memahamkan kepada umat manusia?

3. Telahkah ianya kita usahakan secara bersungguh-sungguh untuk melaksanakannya dengan penuh keadilan kepada umat manusia?

4. Telahkah kita sendiri yakin dan menghayati dengan penuh kesedaran usaha pertama yang dianjurkan itu?

5. Apakah sekarang ini usaha itu telah dijelaskan dengan sejelas-jelasnya kepada ahli-ahli baru PAS, terutama mereka yang masuk bukan melalui program kuliah, tetapi masuk atas kecewa, marah, tak puashati dan ada berbagai gelaran besar pulak dipangkal namanya?

6. Adakah aku (jika yang menjadi pimpinan PAS) sekarang ini dimana-mana peringkat sudah benar-benar menghayati keperluan melaksanakan usaha pertama itu secara bersungguh-sungguh dan konsisten sebagai amanah Allah yang akan disoal di akhirat nanti?

7. Apakah sudah lama kita meninggalkan usaha tersebut sekarang ini, kerana terlalu asyik menumpu dalam perkara yang lain?

Banyak lagi persoalan yang perlu ditimbul oleh kita sendiri dan kita jawablah sendiri jika kita yakin bahawa perjuangan kita ini bukan setakat didunia, tetapi menjangkau sehingga ke hadapan Rabbul Jalil.

Pemuda dan pemudiku....

Tahun ini adalah tahun pemilihan, tahun ini adalah tahun PAS sudah diterima masyarakat, tahun ini adalah tahun PAS banyak memerintah negeri, tahun ini adalah tahun habuan dunia makin mudah dikecapi, tahun ini adalah tahun pangkat dalam kerajaan banyak bersepah, tahun ini adalah tahun kena smart, tahun ini adalah tahun ramai musang berlagak ayam, tahun ini adalah tahun menunggu pilihanraya ke 13 yang ada macam-macam habuan lebih besar.

Oleh itu wahai pemuda dan pemudiku pastikan jika kamu menjadi perwakilan diberbagai peringkat Mesyuarat Agung Tahunan atau Muktamar Tahunan pastikan agar mereka yang terpilih adalah mereka yang telah menghayati Perlembagaan Parti dalam bentuk teori dan praktikal dalam kehidupan sehariannya. Jangan mudah terpesona, kaget, terpukau dengan imej luaran, tetapi hampas fikrah perjuangannya. Ini adalah penting demi kesinambungan perjuangan cita-cita kita meruntuhkan jahilliyyah dan menegakkan Islam atas runtuhan jahilliyah tersebut.

Itulah harapan ahli PAS, seperti Hj Mail Kopi Arab (Hj Ismail Wan Teh) yang duduk sebelah aku ketika Kuliah Hj Mohd Sabu, 8 April baru-baru ini di surau Tambak Bunga, Alor Setar dan telah menghantar SMS kepada aku berbunyi,

"Perjuangan kita adalah meruntuhkan jahilliyah. Iaitu ditegakkan Islam di atas runtuhan itu. BUKANNYA menegakkan jahilliyah baru di atas runtuhan jahilliyah lama!"

Aku pun tidak faham mana jahilliyah baru yang telah ditegakkan di atas runtuhan jahilliyah lama, mungkin beliau ada maklumatnya. Tetapi yang paling penting, itulah harapan ahli PAS agar usaha-usaha PAS yang termaktub dalam perlembagaan PAS terus nampak jelas diusahakan secara serius oleh mereka yang diamanahkan sebagai kepimpinan.

Pemuda dan pemudiku...

Gunakan hak kamu sebagai pemilih dengan memilih pemimpin diberbagai peringkat dan terutamanya pemimpin peringkat tertinggi yang mampu menggalas amanah kepimpinan terdahulu seperti yang telah termaktub di dalam perlembagaan parti kita.

Dan kepada yang bercita-cita menawar khidmat sebagai pimpinan PAS hayatilah dulu perlembagaan PAS dalam tempoh matang yang munasabah, kerana kamu akan mengemudi sebuah bahtera yang akan belayar bukan sekadar lautan dunia, tetapi menyeberangi sehingga ke alam Barzhah dan Mahsyar.

SELAMAT BERMESYUARAT AGUNG DAN BERMUKTAMAR

Friday, April 10, 2009

ORANG BAIK BANYAK LAGI MENGAPA PILIH YANG TAK BAIK?


"Apa ni Jamil Khir. Anak orang PAS. Tapi join org2 jahat." Itu SMS yang aku terima semalam dari seorang sahabat dari Serawak.

Aku foward mesej itu kepada Hj Mohd Sabu, yang kebetulan baru berlepas balik ke KL setelah menghadiri program Motivasi Rakyat di Dun Kubang Rotan, kerana keluarga Jamil Khir memang kenal rapat dengan Hj Mohd Sabu.

Hj Mohd Sabu balas balik mesej tersebut............ dan aku pun faham. Apa isi mesej tersebut? Rahsia akulah, tak kan nak cerita semua kut.

Aku foward pula mesej tersebut kepada Abang Pie (Abang Ipar) untuk dapat jawapan nak balas semula kepada sahabat dari Serawak kerana keluarga Abang Ipar aku nie memang dengan keluarga Jamil Khir dalam bahasa Kedah kata begulin-begarak (baik sungguh).

Sampai hari ini dia tak jawab lagi.... aku pun tak jawablah lagi mesej di atas kepada sahabat dari Serawak tu sampai hari ini.

Kebimbangan aku.......... harapan semoga tidak menjadilah perkara itu?

Perkara apa pulak?

"Jadi kupang tembaga", kata kata Kak Limah aku yang duduk di Seberang Kota, Kuala Kedah, bila aku beritahu mesej di atas kepadanya, ketika sembang di meja makan selepas balik kuliah pagi Jumaat di surau oleh Ustaz Abd Rahman Saad, dari Insaniah.

"Orang jahat ni akan pakai kita bila dia terdesak, bila dia dah OK, dan silap-silap haribulan kita pulak telajak cakap pasai nak tunjuk kita hebat jahat lebih pada dia, yang akhirnya menyebabkan orang marah kat kita termasuk dengan dia. Maka dia akan terajang kita sampai menugin, itu yang kena kat Anwar Ibrahim dulu dengan Dr. Mahathir, tak kan adik tak ingat", tambah Kak Limah aku sambil mulut menunyah karipap.

Sambungnya lagi, "Lepas itu depa (pemimpin BN) pun tak mahu la kat kita lagi, pasai kita masa tu dah jadi beban kat depa, orang puteh kata lebaliti ka..... akhirnya kupang tembaga la kita...... orang jahat meluat..... orang baik tak percaya.... boleh lah sekupang dua untuk hidup atas dunia ni sementara nak mati."

"Nak nasihat depa jadi baik?" tanya beliau.

Dia jawab sendiri, "Tobat lahum, depa ni nak terima, kita kena sedar kalau depa tu nak Islam sebenar-benarnya memang dah lama depa buat, depa nak guna kita saja, cuba adik tengok mana Firdaus bekas imam masjid negara lani..... mana Hamid Osman..... Mashitah pasai dok segak lagi".

Nak tutup perbualan, aku menyampuk, "Adik nak pi galas mesin rumput nak tebas depan rumah, pasai rumput dah panjang tak dan nak tebas kalut sikit seminggu dua ni."

"Ha.... tak pa.... cuma adik bagi tau la kat Zul Baharom adik Jamil Khir tu kata orang Kuala Kedah tak seronokla abang dia anak orang PAS pi bekawan dengan orang jahat, orang baik banyak lagi awatla pi pilih yang jahat...." menutup bicaranya.

"InsyaAllah, cuma dah lama tak jumpa Zul", jawab aku.

Wednesday, April 8, 2009

Cerita Seorang Isteri

Isteri kepada Wak (Abd Hamid bin Hamdan) yang bertugas sebagai tukang masak dari kontijen PAS Kuala Kedah di gedehok Markas UPU Taman Ria Jaya, telah meninggal dunia semasa Wak sedang sebok memasak di Markaz UPU Taman Ria Jaya, tempat pengundi paling ramai sekali iaitu 5,122 orang, untuk makanan petugas-petugas dari Kuala Kedah, Kubang Pasu, Penang dan Petugas tempatan yang sedang berjemur panas matahari berayu undi di hadapan sekolah tempat pembuangan undi.

Wak telah dimaklumkan oleh keluarganya dari Alor Ibus, Kuala Kedah tentang kematian tersebut dan telah terpaksa bergegas pulang, kerana solat jenazah akan disempurnakan pada jam 4.00 petang (sebelum Asar).

Inilah gambaran kegigihan pejuang PAS bawahan yang tidak mengharapkan apa-apa selain daripada yakin kepada Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

Wak adalah seorang biasa yang hanya bekerja sebagai tukang masak di Kedai Jamil Gulai Ikan Temenung (Kembung) hadapan Bernas, Jalan Batas Paip, tetapi itulah kegigihan seorang pejuang yang mungkin tidak apa-apa di sisi manusia, tetapi insyaAllah ianya ada di sisi Allah yang Maha Agung dan Perkasa.

Iklan: Gulai disitu panas-panas- nak makan baru masak, siapa belum cuba silalah cuba jika datang ke Kuala Kedah. Kedai Gulai Temenu Hadapan Bernas Batas Paip.

Isteri sanggup ditinggalkan hanya kerana membenarkan suami turun berkorban untuk menegak keadilan Islam dan suami sanggup meninggalkan isteri yang sedang sakit juga hanya semata yakin dengan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

Tahniah Wak!!! Al-Fathihah untuk arwah Isteri enta, dari Pak Teh Aris.

Memandang Wak adalah insan biasa, tiada siapa yang terkenal akan bersama-sama menyempurna solat jenazah isterinya, aku ambil keputusan untuk balik dari Markaz Besar PAS Bukit Selambau walaupun berat hati nak tinggal segala kelengkapan yang telah disusun oleh Unit IT dan Bilik Gerakan untuk dipublish keputusan secara live di internet dan layar besar. Perasaan sayang nak tinggal itu lebih-lebih lagi ialah kerana ikut Bilik Gerakan (unit Kri) Manikumar akan menang sekitar 2,683 undi dan Bahagian PGS menyatakan akan menang sekitar 2,355 sementara unit Hj Nan Ayam kata menang 2,487, tambah-tambah lagi unit Lee Hock Seng pulak kata "Cina solid kali ni, Pak Teh".

Pejam, mata capai beg laptop, aku turun dari tingkat pertama Markaz Besar PAS, masuk dalam kereta start injin, sekitar jam 3.15 petang pandu kereta pergi ke Masjid Alor Ibus lebih kurang jarak 50 Kilometer dari Markas Besar. Betul seperti yang dijangka jumpa di sana antara pimpinan PAS ialah Hj Yazid Hj Hashim, Bendahari PAS Kawasan Kuala Kedah, kerana yang lain masih sebok di Bukit Selambau. Mohon maaf bagi pihak mereka kepada Wak, yang saya rasa Wak pun tidaklah harapkan sangat, cukuplah sekadar 200 orang penduduk sekitar menyempurnakan solat jenazah isteri beliau.

Nak patah balik, ke Markaz Besar pada mulanya, aaaaahhhh perut pulak memulas, lepas ratah goreng hati masak kicap di Markaz Besar tadi rasanya. Jarak masjid Alor Ibus dari rumahpun hanya 3 kilometer sahaja, tak jadi pi markaz besar ke? balik rumah jumpa isteri dan tengok keputusan melalui internet yang telah siap disetup oleh Azman dan Safardi (Geng Hassan Abu Sukri).

Balik rumah........ makan pill Chi Kit Teck On!!!!

Terus layari internet.... Up-date blog untuk masukkan link ke keputusan Bukit Selambau dan Bukit Gantang, mana tau kut-kut ada pelayar yang sangkut di blog arisawang mudahlah mereka nak pergi melihat keputusan.

Bermula jam 7.00 malam ramai kawan pakat dok SMS dan call tanya keputusan, Alhamdulillah boleh jawab selambe je macam ada di markaz besar, kerana aku buka keputusan melalui Pakatan Blogger yang update keputusan secara automatik tak payah refresh (hebat-hebat, tahniah). Lebih kurang jam 9 malam keputusan lengkap telah di ketahui Pakatan Rakyat menang.

Isteri aku tanya satu soalan yang aku pun tak terfikir, "Agak-agak Pak Lah, seronok dak dengan keputusan ni?"

Dia tambah lagi, "Najib sudah tentu tak seronok, tapi Pak Lah mesti kata, haaa... dulu hampa kata kat aku masa 2008 kalah teruk, tapi aku menang besar masa 2004.... Hang, Najib awai-awai lagi dah kalah dah"

Huh.... aku pun hairan macamana isteri aku berani kata macam tu.... rupa-rupanya dia adik kepada Najib.......... bukan Najib Razak..... tapi Najib Fahmi Hj Yahaya.

Semalam dan pagi ini masuk bengkel kuih semua pembantu-pembantu (ada yang masih UMNO) pun cerita sakan kutuk pemimpin UMNO padan muka.... aku rasa macam nak nasihat jangan kata macam tu tak baik........ tapi ingat biaq pilah UMNO baru sedaq....

Siapa mereka itu........ pembantu-pembantu yang buat kuih lebih kurang 17 orang itu jugak adalah isteri-isteri jiranku sekitar kampung dan bekas-bekas isteri orang (janda la maksudnya). Makna sekarang orang yang bergelar isteri jugak sudah faham bahawa UMNO/BN sudah tak releven lagi.

Semoga harapan rakyat ini dapat digalas dengan baik dan penuh amanah oleh S. Manikumar a/l Subramanian dan Ir. Hj Mohd Nizar Jamaludin seperti SMS yang telah aku hantar kepada sahabat dari kalangan EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan pimpinan Keadilan Negeri Kedah berbunyi:

"TAHNIAH, INGAT ALLAH, INSAF DIRI - Semoga harapan rakyat tidak kita main-main dengan kerenah individu lagi. Pemerintahan adalah amanah Allah yang amat berat, bukan untuk glamour, wang dan pangkat - Selamat memandu S. Manikumar dengan acuan Islam melalui Lisanul Hal oleh kita semua: ARIS AWANG"

Tahniah Rakyat, Tahniah Petugas Tetap, Tahniah Petugas Separuh Masa, Tahniah Blogger, Tahniah Melayu, Tahniah Cina, Tahniah India, Tahniah seluruh Rakyat Malaysia.

Monday, April 6, 2009

BAHAYA UMNO AJAK UMAT ISLAM SENSITIF TAK KENA TEMPAT

UMNO dah buat report (polis) berkenaan pemimpin DAP (non-muslim) membaca ayat Quran dalam ucapan dan ceramah mereka. UMNO marah kononnya perbuatan itu mencemarkan kesucian Al-Quran. Al-Fadhil ulama' UMNO pun bermadah bahawa orang kafir tidak dibolehkan membaca ayat Quran. Pemimpin DAP dituduh mempermainkan kitab suci umat Islam. Pemimpin PAS dan PKR beragama Islam dituduh merelakan Quran dihina dan dipermainkan.

Dari sudut benar atau salah, memanglah UMNO salah. Mereka hanya membuktikan kebodohan apabila membangkitkan isu ini. Tetapi dari sudut kesannya kepada pengundi Bukit Gantang, kita tak boleh pandang remeh. Orang Melayu ada ketikanya amat sensitif tentang maruah agama. UMNO yang tak pernah peduli tentang agama itu sentiasa licik menggunakan isu agama untuk membunuh imej pihak lawan. PAS ditakuti dan dibenci oleh pengundi non-muslim sejak dulu kerana UMNO berjaya melekatkan imej agama yang ganas dan kolot kepada PAS. Alhamdulilah penipuan UMNO itu beransur terbongkar kebelakangan ini. Sembahyang dua imam, amanat Hj. Hadi, taliban dan anti kemajuan adalah contoh eksploitasi isu agama yang berjaya mengukuhkan UMNO.

Oleh itu PR khususnya PAS tidak wajar terlalu defensif. Isu DAP baca ayat Quran ini perlu difahamkan secepat mungkin dalam tempoh satu hari yang terakhir ini.

Pemimpin DAP yang membaca ayat Quran itu, juga membacakan terjemahannya yang betul seperti teks terjemahan yang asal. Mereka membaca ayat-ayat itu secara serius dan dengan maksud yang nyata. Bukan secara bermain-main atau dengan gaya memperolok-olokkannya. Tiada nas Quran atau Hadith yang melarang non-muslim membaca ayat Quran. Logiknya pun, kalau mereka ditegah membaca Al-Quran maka bagaimana kita nak menyeru mereka kepada Islam sedangkan sumber utama Islam ialah Al-Quran. Umar Al-khattab membuat keputusan memeluk Islam setelah dia membaca ayat Quran surah Taha di rumah adiknya. Ketua Biro Penyelidikan Majlis Gereja Sedunia, Garry Miller memeluk Islam setelah bertahun-tahun membaca dan mengkaji ayat Al-Quran. Sekarang dia adalah pendakwah yang aktif dengan nama baru Abdul Ahad Omar. Beribu-ribu pelajar non-muslim di sekolah menengah negara ini belajar mata pelajaran Pendidikan Islam sehingga ramai yang lulus cemerlang A1 bagi subjek Pendidikan Islam SPM. Pelajar-pelajar itu belajar Al-Quran dan membacanya selama bertahun-tahun. Mengapa kerajaan UMNO tidak menghalang mereka?

Sebenarnya UMNO hanya cuba menggunakan isu ini untuk mengelirukan pengundi atas pagar. Mereka cuba menyemai perasaan membela kesucian Al-Quran secara songsang. Al-Quran memang suci. Kesucian Al-Quran wajib dipertahankan. Perlakuan mempermainkan Al-Quran mesti ditentang habis-habisan. Hampir semua umat Islam akan terguris hati jika Al-Quran diperolok-olokkan. Maka UMNO pun cuba memesongkan fakta peristiwa pemimpin DAP membaca ayat Quran itu. UMNO cuba menggambarkan perlakuan pemimpin DAP itu sebagai tindakan menghina Quran. UMNO cuba membentuk persepsi bahawa PAS bacul kerana membiarkan non-muslim mempermainkan ayat Allah.

Kita mesti beritahu pengundi tentang fakta sebenar peristiwa ini. Pemimpin DAP baca ayat yang sebenar. Pemimpin DAP baca terjemahan yang sebenar. Pemimpin DAP mengaplikasi maksud ayat-ayat yang dibaca itu secara bertepatan dengan maksud yang sebenar. Maka tak ada apa-apa yang salah.

Kita mesti beritahu pengundi bahawa kita tidak berhak menghalang non-muslim membaca ayat Quran selagi ia bukan bertujuan mempermain atau memperolokkannya. Kita perlu betulkan persepsi pengundi tentang Quran, Islam dan dakwah. Bantulah pengundi sehingga mereka dapat melihat betapa dakwah Islam mestilah berkait dan bersumberkan Al-Quran. Apabila non-muslim yang berkawan dengan kita sudah mula mahu membaca Al-Quran, itu merupakan antara kejayaan awal dakwah kita. Maka sepatutnya kita bersyukur apabila mereka tampil dikhalayak ramai membacakan ayat Quran. Mudah-mudahan lambat laun mereka akan menerima hidayah untuk menjadi muslim.

Kita juga mesti fahamkan pengundi bahawa yang menolak Al-Quran ialah UMNO. Islam UMNO sebagai sebuah kerajaan hanyalah Islam syiar. Islam mereka hanya pada masjid dan sekolah agama. Islam mereka hanya pada pejabat agama dan tengok anak bulan. Islam mereka hanyalah pada pusat Islam dan pusat pungutan zakat. Islam mereka hanyalah pada sambutan maulidur rasul dan sambutan maal hijrah.

UMNO tak peduli pada halal haram yang ada dalam Quran. UMNO mempersetankan ayat Quran tentang aurat. UMNO tak pedulikan ayat Quran tentang riba dan rasuah. UMNO menghina ayat Quran tentang hudud dan qisas. UMNO memandang sinis ayat Quran tentang tarbiah dan tazkirah. UMNO mempersendakan ayat Quran tentang khilafah. UMNO mentertawakan ayat Quran tentang siasah dan daulah. Pendek kata, UMNO memusuhi Al-Quran. Kitab suci itu adalah musuh UMNO.

Petikan dari laman disini

Sunday, April 5, 2009

JANGAN RUGIKAN UNDI ANDA

Jangan rugikan undi anda, jika anda ingin meneruskan Kemenangan Rakyat pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Teruskan mengundi Pakatan Rakyat yang hanya baru setahun memerintah, berbanding BN yang sudah memerintah 50 tahun. Kejahatan mereka selama 50 tahun tidak mungkin boleh diubati lagi, kecuali dengan memberi kesedaran kepada pimpinan BN dengan pukulan 3-0.

Oleh itu, kepada seluruh pengundi, bila masuk bilik mengundi di Bukit Selambau ingat lambang Parti Keadilan Rakyat - pangkah di petak yang berbetulan lambang tersebut.

Abaikan lambang dacing!

Seterusnya, abaikan semua lambang bebas, kerana jika kita mengundi mereka, kita merugikan undi kita sendiri untuk meneruskan Kemenangan Rakyat yang telah sama-sama kita cipta pada 8 Mac 2008 lalu.

Berikut adalah maklumat ringkas calon-calon bebas yang akan hilang wang deposit mereka pada 7 April 2009 nanti:-

1. L.Sarala (cap basikal)
  • berkempen dengan bertemu pengundi di lokaliti dan tempat tumpuan ramai
  • dakwa sayangkan kerajaan PAS dan mahu pengundi memberi undi kepadanya jika mahu kerajaan yang ada sekarang ini dikekalkan
  • poster dan banner calon agak kurang
  • pos dan bilik gerakan sudah agak malap
2. Tan Hock Huat (cap kunci)
3. Husaini Yaakob (cap bas)
  • kempen agak agresif
  • berkempen menggunakan bas yang dipasang banner dan sticker kempennya di kampung-kampung dalam Bukit Selambau dan mengagih-agihkan barang keperluan kepada pengundi
4. T. Chandarajan (kapal terbang)
  • aktif berkempen dan dibantu agen-agen insuran yang bernaung dengannya.
  • bertemu pengundi dari pintu ke pintu untuk melariskan jualan insuran.
  • mengeluarkan manifesto insuran, kerana beliau ada syarikat insuran.
  • mengupah pekerja-pekerja bangladesh untuk pasang banner, stremer dan poster kempen
  • poster, banner dan streamer dipasang secara menyeluruh
  • markas besar operasi di Bukit Lembu
  • Dianggap oleh pengundi sebagai strategi terbaru beliau untuk melariskan jualan insuran
5. Abdul Rahim Abu (cap loceng)
  • bekas ahli umno Bukit Gelugor
  • kurang aktif berkempen dan tiada jentera pilihanraya
  • poster dan banner langsung amat kurang
6. Mohd Fadzil Wahab (cap kepala harimau)
  • kurang agresif berkempen
  • banner kempen cuma kelihatan di beberapa simpang jalan utama
  • pos dan bilik gerakan cuma ada di Ambangan Height, Sungai Lalang
  • jentera pilihanraya yang sedikit dan malap
7. Khamis Awang (cap ayam jantan)
  • tidak aktif berkempen
  • poster dan banner yang kurang
  • tiada jentera pilihanraya yang aktif
8. Mejar (B) Anuar Abdul Hamid (cap telefon)
  • giat berkempen dan bertemu pengundi di tempat-tempat tumpuan orang ramai dan mengedarkan risalah pengenalan calon
  • aktif mengemaskini blog kempen http://undimejaranuar.blogspot.com/
  • banner kempen cuma kelihatan di beberapa simpang jalan utama
  • pos dan bilik gerakan di Taman Peruda
  • jentera kerja di kalangan orang-orang kuat umno
9. M. Venason (cap ikan)
  • kempen kurang menyerlah
  • poster dan banner kempen amat kurang hanya di simpang-simpang jalan utama
  • bilik gerakan di daerah mengundi United Petani tidak dapat sambutan
  • jentera pilihanraya lemah
10. S. Moganakumar (cap buku)
  • kempen kurang menyerlah
  • poster dan banner kempen yang kurang
  • pos dan bilik gerakan di depan Esso Sungai Lalang sudah makin malap
  • sasaran pengundi di kalangan orang India dan Melayu yang kononnya mengenalinya
11. R. Loganathan (cap kelapa sawit)
  • tidak aktif berkempen
  • poster dan banner langsung tidak kelihatan
  • tiada maklumat berkaitan aktiviti calon
12. Radzi Mad Lazim (cap kerusi)
  • bekas ahli PKR yang kecewa
  • tidak aktif berkempen
  • banner kempen yang amat kurang
  • tiada maklumat berkaitan aktiviti calon
13. A. Jayagopal (cap payung)
  • bekas ahli PKR yang kecewa
  • tidak aktif berkempen
  • banner kempen yang amat kurang
  • tiada maklumat berkaitan aktiviti calon
Setelah kita menilai setiap pergerakan calon, kita dapati kesemua mereka akan hilang wang deposit dan tidak munasabah akan mendapat melebihi 500 undi. Oleh itu rugilah undi kita jika kita mengundi mereka dan akan membantutkan "Kemenangan Rakyat 8 Mac 2008" yang telah kita pahat dalam lipatan sejarah.

Strategi terakhir calon bebas ini ialah, "Undilah saya, supaya wang deposit saya tidak hilang", oleh itu sekali lagi saya mengatakan adalah teramat rugi jika kita memberi undi kepada mereka hanya semata kasihan, agar wang deposit mereka tidak hilang, sedangkan mereka sebenarnya telah mengkhianati kemaraan rakyat menumpas Barisan Nasional.

Jadikan 7 April 2009 sebagai satu lagi catatan sejarah kita rakyat menolak Rasuah dengan pukulan tiga Pakatan Rakyat kosong Barisan Nasional.

UNDI PAS DI BUKIT GANTANG
UNDI PKR DI BUKIT SELAMBAU
UNDI PKR DI BATANG AI

MUNAJAT UNTUK KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT

Segala puji dan puja kepada Allah Azzawajalla.

Selawat dan salam kepada Junjungan Besar Muhammad saw, keluarganya serta para sahabatnya.

Ya Allah ya Tuhanku ampunilah dosaku.

Ya Allah ya Tuhanku ampunilah dosa seluruh pejuang Islam.

Ya Allah ya Tuhanku berikanlah petunjuk dan hidayah kepada kami dan rakan seperjuangan kami di dalam Pakatan Rakyat.

Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu hati seluruh pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk mereka menolak kezaliman pimpinan-pimpinan Barisan Nasional.

Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu hati seluruh pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai untuk melihat dengan mata hati mereka kepura-puraan pimpinan-pimpinan Barisan Nasional dalam mengkaburi mata kasar rakyat.

Ya Allah ya Tuhanku bukakanlah pintu hati seluruh pengundi-pengundi di Bukit Gantang, Bukit Selambau Batang dan Ai untuk mengundi Pakatan Rakyat dan sedar akan tanggung jawab mereka melakukan perubahan untuk Malaysia yang tercinta ini.

Ya Allah ya Tuhanku cita-cita kami adalah untuk mendaulat syariat Mu diatas muka bumi ini, dan sekarang jalan ke arah itu semakin nampak hasilnya melalui kerja dan usaha yang kami lakukan, seluruh rakyat telah dan sedang menerima perjuangan yang kami bawa ini, berikan laluan yang semakin luas untuk kami meneruskan usaha suci yang dilakukan ini.

Ya Allah ya Tuhanku, kemenangan di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai pada Selasa, 7 April 2009 ini memberi erti yang sangat besar kepada Pakatan Rakyat, oleh itu berikanlah kemenangan itu kepada Pakatan Rakyat.

Tidak ada daya dan upaya kami untuk menandingi kekuatan dan kekuasaan Mu, oleh itu setelah kami berusaha untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai kepura-puraan pimpinan Barisan Nasional mengumpan dan menggula-gula rakyat sepanjang tempoh kempen pilihanraya ini menggunakan berbagai saluran yang sah dan tidak sah, maka kami pulangkan segala usaha kami itu kepada ketentuan yang akan berpihak kepada Pakatan Rakyat yang berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan kepura-puraan di atas muka bumi Malaysia ini.

Ya Allah terimalah permohonan kami ini.

Ya Allah terimalah permohonan kami ini.

Ya Allah terimalah permohonan kami ini.

Ameen Ya Rabbal 'Alamin

Saturday, April 4, 2009

NAJIB MACAM SAYA KATA DR. MAHATHIR

Dalam berita jam 8.00 malam TV3 siarkan Dr. Mahathir serah borang UMNO kepada Najib.

Dalam temubual dengan wartawan Dr. Mahathir kata Najib sama macam dia

"Najib sama macam saya, masa baru dilantik menjadi Perdana Menteri, bebaskan tahanan ISA" kata Dr. Mahathir.

Ya, betul Dr. Mahathir telah membebaskan tahanan ISA sebaik sahaja dilantik menjadi Perdana Menteri..... tetapi selepas itu, kita tahu apakah yang telah dilakukan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Oleh itu, rakyat tidak boleh lupa semua kezaliman yang dilakukan olehnya, yang akan diteruskan oleh Najib selepas ini.

UNDI PAKATAN RAKYAT DI KETIGA-TIGA KERUSI UNTUK MEMASTIKAN KESINAMBUNGAN KEZALIMAN MAHATHIR TIDAK DITERUSKAN.

KITA JANGKA BELIAU SUDAH INSAF, RUPANYA TIDAK!!!!!


TAMATLAH RIWAYAT 6 JAHANAM

Sila tengok gambar Enam Jahanam filem P. Ramlee di youtube, rasa-rasa ianya adalah satu lagi filem P. Ramlee yang ada kena mengena dengan politik semasa sekarang ini.....

Cari sendirilah alamat dia.....

Aku sebok nak pi kempen di Bukit Selambau....

Nak tamatkan riwayat 6 Jahanam yang ke 6.

Selamat Menonton.


Thursday, April 2, 2009

MOTIVASI RAKYAT SIRI 4 OLEH HJ MOHD SABU


Manusia sentiasa mencari keadilan

Mengapakah ianya di cari?

Siapakah yang dapat menjamin keadilan?

Apakah kayu ukur keadilan?

Bilakah keadilan dikatakan tiada?

Bila pula keadilan dirasakan ada?

Bagaimanakah berjuang untuk menegakkan keadilan?

Apakah keadilan hanya retorik orang politik?

... dan banyak lagi persoalan keadilan yang akan di kupas oleh:

Hj Mohd Sabu, Naib Presiden PAS

HADIRLAH BERAMAI-RAMAI DISAMPING MENDENGAR KUPASAN KEPUTUSAN 3 PILIHANRAYA BUKIT GANTANG, BUKIT SELAMBAU DAN BATANG AI.